Friday, September 21, 2012

Tika Hati Berbicara Bab 16







“Manisnya buah rambutan ni... kat kampung musim buah apa lagi Qaseh?” tanya Diana. Tidak henti-henti mulutnya menguyah buah rambutan sedari tadi.
Kebisuan Qaseh menarik perhatian Diana. Matanya beralih arah pada Qaseh membatu seperti mengelamun sahaja.
“Qaseh.”Diana menyentuh perlahan lengan Qaseh.
“Hah.” Tersentak Qaseh dengan teguran itu.
“Kau berangan ke mana?” tanya  Diana. 
“Kau tanya aku apa tadi?” soal Qaseh menjatuhkan tangannya di atas meja. Terpinga Qaseh seketika dengan pandangan pelik Diana padanya.
“Kau ni kenapa asyik termenung aje? Ada apa-apa yang tertinggal kat kampung ke?”
“Mana ada...”
“Habis tu asyik mengelamun aje dari tadi.”
Qaseh hanya melemparkan senyum. Membisu seribu kata. Memang fikirannya tengah buntu sekarang. Hubungannya dengan Arief tiba-tiba berubah dingin. Salah diakah kerana berterus terang tentang apa yang terbuku di hatinya selama ini?
“Hah! Tengok mengelamun lagi,” tegur Diana kala dia hanya berdiam diri sahaja.
“Assalamualaikum.”
Serentak Qaseh dan Diana menoleh sambil menjawab salam. Diana berdiri tegak apabila Azman melangkah menghampiri mereka.
“Makan rambutan Encik Azman. Qaseh yang bawakan dari kampung. Jemput makan Encik Azman,” ramah Diana mempelawa sambil tersengih-sengih kepada Azman.
“Ye ke, tuan punya buah tak pelawa pun...” balas Azman melirik pandang pada Qaseh yang hanya berdiam sahaja. Bagai terubat rindu yang mula bermukim di hati. Seminggu tidak menatap wajah itu terasa kosong harinya.  
“Bukan macam tu, Encik Azman dari tadi tak nampak batang hidung macam mana nak pelawa. Ini saya bawakan sebungkus untuk Encik Azman. Kat office semua dah merasa.”
Qaseh mengambil sebungkus plastik yang penuh dengan buah rambutan dari bawa meja lalu diletakkan di atas meja berhampiran Azman.
“Untuk saya... banyak ni. Terima kasih...” ucap Azman tersenyum lebar.
“Amboiii... ada special untuk Encik Azman...”usik Diana.
Qaseh menjeling. Tidak senang dengan usikan itu. Apatah lagi senyuman yang terukir di bibir Azman apabila Diana berkata begitu. 
“Habis tu yang kau dapat sebungkus plastik besar tu apa? Kau tengok meja aku ni lebih kulit dari isinya. Siapa yang makan?”
 “Kau perli aku ya Qaseh.”
“Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya.”
Azman tergelak.
“Kau ni... malu aku dengan Encik Azman, kut eya pun cover- cover la sikit. Nampak sangat aku ni kaki melantak,” bisik Diana. Matanya mencerung memandang Qaseh.
“Kalau rezeki depan mata takkan nak  menolak kan, Ana,” usik Azman. Bibirnya masih tidak lekang dengan senyuman.
Azman meletakkan sebuah fail di atas meja Qaseh. “Saya ada meeting dengan syarikat pembekal di Damansara. Mungkin saya tak balik office sebab saya akan pergi ke beberapa kilang pembekal selepas meeting tu. Saya nak Qaseh sediakan dokumen yang saya senaraikan dalam fail ni. Encik Khalid dari syarikat Perkasa Jaya perlukan semua dokumen tu hari ni,” terang Azman.
Qaseh diam. Perkasa Jaya? Bukankah itu syarikat suaminya, Arief Hakimi. Berdebar dada Qaseh  tiba-tiba.
“Saya nak minta tolong Qaseh hantarkan dokumen tu ke Perkasa Jaya dan serahkan pada Encik Khalid sendiri,” sambung Azman lagi.
“Hah! Saya yang kena hantar!”
Qaseh mula gelabah. Tidak menentu perasaannya. Bagaimana dia hendak berhadapan dengan Arief nanti? Sudahlah masing-masing bersikap dingin.
“Kenapa, ada masalah ke?”soal Azman sedikit pelik dengan riak terkejut Qaseh. Bukan pertama kali dia meminta tolong Qaseh menghantar dokumen penting kepada pelanggan mereka.
“Tak ada apa-apa. Saya akan sediakan dokumen tu secepat mungkin dan serahkan pada Encik Khalid nanti,” jawab Qaseh menyedari keterlanjuran tingkahnya.
“Okay, saya pergi dulu, kalau ada apa-apa just call me,” pesan Azman sebelum berlalu pergi.
Qaseh hanya mengangguk mengerti.
“Eh, kau nak pergi dengan apa? Kereta kau kan kat workshop lagi?”
“Alah... teksi kan banyak...”
“Kalau Encik Azman tahu kereta kau masih kat workshop mesti dia tak minta kau hantarkan dokumen tu.”
“Takkan itu pun aku nak beritahu Encik Azman. Lagipun tambang teksi aku claim la nanti.”
“Bila kereta kau nak siap?”
“Entahlah, aku pun tak tahu. Mungkin petang nanti aku pergi workshop tengok kereta. Harap-harap tak teruk sangat.”
“Kalau tak teruk takkan seminggu masih terbengkalai lagi kat workshop tu.”
“Itu yang merisaukan aku,” luah Qaseh. Termenung seketika.
“Eh, kau ni tak reti-reti nak buang segala kulit rambutan atas meja aku ni ke? Makan sampai tak ingat. Jangan makan banyak sangat rambutan tu Ana, karang ada yang hilang suara,” perli Qaseh apabila melihat Diana masih menyambung makan rambutan yang dibawanya dari kampung itu.
Diana mencebik. “Macam kau tak tahu aku hantu buah ni....tambah lagi yang lekang isi dan manis macam ni. Kalau aku hilang suara guna bahasa isyarat,” jawab Diana mula mengutip kulit-kulit rambutan di atas meja Qaseh lalu dimasukkan ke dalam bakul sampah.
“Main-main pulak perempuan ni. Kau ni memang pantang jumpa buah ni kan.”
“Tahu tak apa.”
“Okaylah aku nak sambung buat kerja. Kalau kau nak makan sila sambung di meja sendiri ya.”
Diana mencebik. “Yelah Cik Qaseh Qalesya,” jawab Diana lalu membawa beg plastik yang berisi buah rambutan itu ke mejanya.
Qaseh hanya memandang Diana berlalu ke mejanya sendiri. Fail yang diberikan oleh Azman dibuka. Beberapa senarai dokumen telah tercatat di atas sekeping nota. Qaseh mula menyemak dokumen yang diperlukan itu. Tumpuan sepenuhnya diberikan memandangkan masa yang agak suntuk.


*********

Sebaik membayar tambang, Qaseh melangkah keluar dari perut teksi. Tadi dia ada menghubungi abang Malik. Keretanya masih di bengkel. Menurut abang Malik keretanya itu mengalami masalah enjin yang agak kritikal. Itu yang memeningkan kepalanya. Kalau hari-hari naik teksi, belum sampai setengah bulan boleh kering poketnya. Habis bayar duit teksi sahaja. Walaupun setiap bulan Arief ada memasukkan duit ke dalam akaunnya tetapi dia lebih senang hanya menyimpan sahaja duit itu. Dia belum bersedia walaupun dia berhak untuk menggunakannya.
Qaseh menghela nafas. Bangunan yang tersergam megah di hadapannya dipandang seketika.
Adakah dia akan bertembung dengan Arief? Minta-minta tidaklah! Pagi tadi dia keluar awal sebaik selesai menyediakan sarapan untuk Arief. Entah mengapa dia hendak mengelak berduaan dengan Arief. Kadang-kadang tak faham betul dengan perangai aku ni? Apa yang aku mahukan sebenarnya?
Qaseh menggeleng perlahan. Bingung memikirkan dengan kemahuan hatinya sendiri. Ah! Tak payah fikir, makin pening kepala otak aku ni.
Qaseh mengatur langkah ke pintu utama Perkasa Jaya. Pintu cermin ditolak perlahan dan dengan debaran di dada dia mengatur langkah ke arah penyambut tetamu yang sudah tersenyum manis menyambutnya.
Mesra gadis itu menghulurkan salam. “Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” soal gadis itu ramah.
“Saya dari syarikat Bersatu Setia. Ada appointment dengan Encik Khalid pukul 3.00,” beritahu Qaseh.
“Sebentar ya Cik,” ujar gadis penyambut tetamu itu.  Sementara menunggu, Qaseh meliarkan pandangan di ruang lobi itu yang tampak mewah dengan susunan atur dari perabot moden.
“Encik Khalid ada short discussion tapi Cik boleh tunggu Encik Khalid di ruang menunggu di tingkat 8,” beritahu gadis itu sebaik meletakkan ganggang telefon.
“Okay, terima kasih,” ucap Qaseh bersama senyuman manis terukir di bibir.
“Sama-sama,” balas gadis itu turut melemparkan senyuman pada Qaseh.

Qaseh melangkah ke arah lif. Dia melirik sekilas pada jam tangannya. Tepat 2.50 petang. Dia menunggu seketika di hadapan lif. Apabila pintu lif terbuka dia melangkah masuk dan ketika itu juga seorang lelaki turut melangkah masuk ke dalam perut lif.
Qaseh ingin menekan butang untuk ke tingkat 8 tetapi tiba-tiba ada tangan lain yang terlebih dahulu menekan butang bernombor 10. Terkejut Qaseh dengan tindakan lelaki itu sehingga fail yang dibawanya jatuh ke lantai. Qaseh pantas menoleh memandang lelaki yang begitu hampir dengannya. Sebaik sepasang matanya bertembung dengan pandangan lelaki itu dia terkaku. Debaran di dadanya hanya Tuhan yang tahu.
“Abang!”
Qaseh hanya melihat Arief mengutip fail yang terlepas dari pegangannya. Anak mata Qaseh tidak lepas pada fail yang berada di tangan Arief. Tiada tanda-tanda Arief akan menyerahkan fail itu kepadanya.  Qaseh mengetap bibir.
“Abang...” Akhirnya Qaseh bersuara namun tiada sahutan. Arief hanya membisu memandang ke hadapan. Sempat Qaseh mengamati penampilan Arief yang kemas berkemeja lengan panjang  dengan tali leher yang dilonggarkan sedikit ikatannya. Tubuhnya yang tegap dan sasa menyerlahkan gayanya yang tersendiri.  Apatah lagi dengan wangian yang dipakai menusuk hidung menggetarkan naluri wanitanya.  
“Abang.” Qaseh mencuba lagi dan kali ini panggilannya berjaya menarik perhatian Arief.  Serius raut wajah Arief menjamah pandangan Qaseh.
“Fail,” pinta Qaseh teragak-agak. Renungan tanpa secalit senyuman itu mengundang resahnya.
Tiba-tiba pintu lif terbuka. Arief terus menarik tangan Qaseh keluar dari lif itu.
Terkejut Qaseh dengan tindakan Arief. “Abang nak bawa Qaseh ke mana ni? Qaseh kena jumpa Encik Khalid!”
Namun pertanyaan Qaseh tidak dijawab. Arief  terus menarik tangan Qaseh mengikut langkahnya.
“Abang dengar tak?!” Suara Qaseh sedikit meninggi. Dia cuba menarik tangannya dari genggaman Arief tetapi tidak berjaya.
Tingkah mereka menarik perhatian Rita, setiausaha Arief. Tidak berkedip mata Rita melihat langkah bosnya dengan riak wajah yang serius. Siapa pula perempuan tu? Dan kenapa Encik Arief macam marah aje? Tidak lepas pandangan Rita sehinggalah Arief berhenti di hadapan pintu biliknya.
“Rita, saya tak mahu diganggu.” Sempat Arief berpesan sebelum menyambung langkah masuk ke biliknya.  
Terpegun Rita tidak terkata apa. Tidak lepas pandanganya pada Arief dan Qaseh sehingga pintu bilik tertutup rapat.
Rita garu kepala. “Bos aku kidnap perempuan tu ke?” Tekanya sendiri. Berkerut wajahnya memikir.
 Persoalan demi persoalan mula bermain di mindanya. Apatah lagi dia belum pernah melihat perempuan itu disamping Arief sebelum ini. Penampilan sopan Qaseh jauh berbeza dengan perempuan-perempuan yang cuba mendampingi Arief sebelum ini menambah kehairanan di benak fikirannya.
Siapa perempuan tu ya? Cantik! Kalau perempuan macam tu baru nampak sepadan dengan bos aku. Selalu perempuan yang miskin kain selalu menggedik dengan Encik Arief. Harap aje duit banyak tapi nak beli kain pun tak  mampu.


“Abang ni dah kenapa?” tanya Qaseh masih cuba melepaskan tangannya dari genggaman tangan Arief.
Arief terus menarik  Qaseh hingga ke sofa yang berada  di tengah ruang  bilik pejabatnya. Fail di tangan dilempar ke atas meja.
Masam mencuka raut wajah Qaseh apabila dipaksa Arief. Ruang bilik yang luas begitu sempit dirasakannya saat ini. Wajah Arief yang serius tanpa secalit senyuman tidak dipandangnya.
“Bukan abang tapi Qaseh!” balas Arief sebaik dia memaksa Qaseh duduk di  sofa.
Qaseh bangkit tapi ditahan Arief. “Abang kata duduk!” Suara Arief yang menahan geram menjentik perasaan gerun di hati Qaseh. Akhirnya Qaseh akur lalu kembali melabuhkan punggung di sofa.
“Abang nak apa sebenarnya ni?” tanya Qaseh memberanikan diri melawan pandangan tajam Arief. Tetapi hanya Tuhan yang tahu betapa hebat getaran dan debaran hatinya kala ini.  
“Qaseh tanya kenapa dengan abang tadi kan?”tanya Arief memandang tepat ke dalam anak mata Qaseh. Raut wajahnya tampak tegang.
Qaseh turut membalas pandangan Arief. Suasana hening seketika sehinggalah Qaseh merasakan Arief semakin mendekat dengannya dan kala wajah Arief hanya beberapa inci dari wajahnya Qaseh menolak dada Arief. “Abang nak buat apa ni?!”
“Kenapa Qaseh cuba mengelak dari abang?”
“Mana ada,” nafi Qaseh. Dia melarikan pandangan ke arah lain. Tangannya melekap di dada Arief apabila kedua tangan Arief telah merangkul pinggangnya.
“Qaseh sedar tak apa yang Qaseh buat?”
“Qaseh tak buat apa pun. Qaseh cuma mahu abang berterus terang tentang hubungan kita sebab Qaseh percaya pasti ada sesuatu perkara yang memulakan semua ni.”
Terlepas rangkulan di pinggang Qaseh. Arief meraup rambut ke belakang. Sikap Qaseh menekan perasaannya. “Kenapa degil sangat ni sayang?” suara Arief semakin mengendur. Tersandar tubuhnya di sofa.
“Perkahwinan kita bukan kebetulan semata-mata kan?”
Arief mengeluh berat. “Kenapa perkahwinan kita menjadi persoalan? Abang ikhlas berkahwin dengan  Qaseh. Jujur abang menerima Qaseh sebagai isteri abang kerana Allah. Sekarang Qaseh amanah dan tanggungjawab abang. Tak boleh ke Qaseh terima yang kita memang ditakdirkan untuk bersama.”
“Takkan semudah tu?”
Arief diam seribu bahasa. “Takkan  abang terima Qaseh semata-mata kerana takdir?”
Wajah Arief ditenung lama. “Okay, Qaseh nak tanya abang. Kalaulah bukan Qaseh yang kena langgar malam tu tetapi perempuan lain. Abang akan kahwin dengan perempuan tu juga macam abang kahwin dengan Qaseh?”
Arief diam. Riak wajahnya tampak resah dengan pertanyaan Qaseh yang bertalu-talu menggasak dirinya.
“Abang tolonglah beritahu hal sebenar.” rayu Qaseh. “Takkan hanya sebab nak tolong Qaseh semata-mata. Ada cara lain lagi,  tetapi kenapa abang pilih kahwin dengan Qaseh?” bertalu-talu soalan terbit dari bibir Qaseh. Namun Arief tetap membisu seribu bahasa.
“Qaseh nak abang jawab! Jangan diam macam ni!”
“Sebab abang sayangkan Qaseh.” Akhirnya terluah ungkapan yang dipendam selama ini.
Terpegun Qaseh. Sukar untuknya percaya kata-kata yang terungkap dari bibir Arief. Sepasang mata Arief yang redup dipandang lama. Keadaan hening seketika.
“Macam mana abang boleh sayang Qaseh kalau abang tak kenal Qaseh? Abang ingat Qaseh percaya? Please abang... Qaseh bukan budak-budak lagi untuk abang mainkan perasaan Qaseh.”
“Abang dah beritahu perasaan abang tapi Qaseh yang tak mahu percaya.”
Qaseh senyum sinis sambil menggeleng. “Bukan mudah untuk Qaseh percaya setelah apa yang berlaku pada Qaseh selama ini,” perlahan suara Qaseh menusuk ke telinga Arief. 


akan bersambung >>>>>>

maaf diatas kekurangan... nantikan sambungannya ^_^




11 comments:

NurAtiZa said...

Best....#^_^
Tak sabar nak tunggu sambungan seterusnya.... XD

AniLufias said...

gee....good job
n3 yg pjng...dan menarik
bina lagi ayat2 cinta yg tiada penghujungnya dan teruskn usaha lagi..chaiyok !!!

Rozie said...

oh goshhhh Qaseh.....he already confess his love for you...what more do you want?...haduiii aiiii Gee...masak akak nk nunggu dak Qaseh respond dik oiii.....dak Qaseh ni...nanti dh terlambat br time tu nk confess......ter over emo sudah......hahahhaha

Kak Sue said...

sambunggg ... bestttt...
Arief berterus terang sahajalah.... kasiahan Qaseh... tentu hati Qaseh boleh terima Arief ....
jangan sampai terlambat Arief dan Qaseh....

Unknown said...

nak lagi please tq

Anonymous said...

bestnye!!! Cepat cepat smbung yer

Zalida said...

Hi Gee...bestnya. Cepat2 sambung ya. Suruhlah Qaseh bukakan sikit hatinya utk dengar luahan Arief tu... tak ke mananya reason di sebalik perkahwinan tu kalau dah suka sama suka :-)

strawberry.chocolate81 said...

alaaaaa kak Gee....pendek r....baru nak xcited...skalu tgk maaf diatas segala kekekurangan...bersambung huhuhu

Gee Muszisya said...

NurAtiZa > terima kasih... nantikan sambungannya ya :)

AniLufias > terima kasih k Ani... insyaAllah... moga terus diberi ilham utk menghasilkan ayat2 cinta... ahakss ~~

Rozie > akak Rozie dah emo ni... hahaha... tp bukan senang nak buat akak emo kan... hihihi

Kak Sue > terima kasih kak Sue... insyaAllah akan sambung nanti :)

baby mio > ok2... nanti akak sambung ya baby mio ;)

Anonymous > thanks :) insyaAllah akan cepat2 sambung...

Zalida > Hi Zalida...terima kasih... insyaAllah nantikan sambungan kisah mereka nanti ya :)

strawberry chocolate81 > hahaha...tgh dok excited tiba2 sambung ya... saja ja tu nak bagi geram...kihkihkih

cik ct payung said...

jeng jeng jeng....luahkan arief, luahkan!

Unknown said...

akak nk ggggg dek,sambung laju2 ye............