Thursday, July 26, 2012

Tika Hati Berbicara Bab 14



Assalamualaikum,

Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa buat semua pengunjung blog Rencah Kehidupan geemus :D

Moga ibadah kita di bulan mulia ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.... amin....

Buat semua pengikut citer THBR sedikit sambungan kisah Arief dan Qaseh....
Terima kasih kerana sudi mengikuti citer ini. Sokongan anda sangat saya hargai...
Selamat Membaca & Semoga Terhibur... ;D



**********BAB 14***********



Usai menjemur kain di ampaian, langkah di atur mendaki anak tangga utama rumah. Qaseh berpaling sekilas pada Najihah dan Aizat yang sedang menyusun kepingan asam keping di atas pangkin kayu di halaman. Ketika kakinya menapak di anak tangga yang terakhir,  suara Najihah mencecah anak telinganya. “Akak!”

 Qaseh menoleh mencari wajah Najihah yang memandangnya dengan senyuman di bibir.  “Ada apa Jihah?” tanya Qaseh.

“Nanti  akak nak pergi pekan, kan. Jihah nak ikut boleh? Ada barang Jihah nak beli,” beritahu Jihah.

“Ijat pun nak ikut jugak,” sampuk Aizat di sebelah kakaknya.

“Okey, boleh tolong akak bawakan barang-barang untuk kenduri nanti.”

“Ini kena mintak upah kak... berat tu...”

“Amboi... Ijat bukan main lagi ya... sikit-sikit nak upah. Okay tak apa... nanti akak bagitau abang Arief minta tambang kat Ijat buat duit minyak,”kata  Qaseh terselit gurauan.

“Minta apa?” tersentak Qaseh apabila suara itu begitu hampir menyapa telinganya.

Dia yang terkejut dek sapaan itu tidak dapat mengimbangi badannya.

“Aarrrgghh...”  Matanya tertutup rapat disaat tubuhnya terasa ingin melayang jatuh. Namun, pautan kemas di pinggang membuka kembali kelopak matanya dan wajah Arief menyapa pandangan. Terlalu dekat sehingga dia dapat merasai desas nafas yang terhembus.

Terpana Qaseh dengan keadaan itu. Pandangan mereka bersatu. Tiada kata yang dapat menafsirkan perasaan mereka tika ini. Hanya mata menjadi bicara hati.  Qaseh terus terkaku menanggapi pandangan Arief yang menusuk ke anak matanya. Redup renungan itu menggoda nalurinya. Disaat itu degupan jantungnya berdetak hebat. Sehebat degupan yang dirasainya kini apabila tapak tangannya terdampar di dada bidang lelaki itu. Merasai setiap detik degupan bagai bersatu dengan denyutan nadinya.

Berada dalam dakapan lelaki itu memutik satu perasaan bahagia di jiwanya. Belum pernah dia berperasaan begini. Sentuhannya sentiasa menjentik satu perasaan halus di lubuk hatinya. Apakah perasaan yang terlindung di hati ini sebenarnya? Namun, kehadiran lelaki ini yang tidak diduga sentiasa mematahkan setiap perasaan yang mula bercambah. Keyakinan itu lenyap dibawa arus curiga dengan keikhlasan yang ditaburkan. Apatah lagi bibir itu belum pernah mengungkapkan kata cinta untuknya.   

Pandangan Qaseh jatuh pada bibir merekah lelaki itu. Bibir yang mencuri pandangannya dikala mengukir senyuman. Menawan. Ungkapan yang selalu berbisik di sanubarinya. Semakin lama wajah Arief semakin mendekat padanya. Qaseh sedar akan tingkah Arief itu. Dia bergerak menjauh sambil berdehem kecil.

“Awak...”akhirnya suara Qaseh perlahan meluncur di bibir.

“Sampai bila nak merajuk dengan abang ni.”

“Mana ada merajuk...” berkerut kening Qaseh menafikan kata Arief. Walaupun pada hakikatnya rajuk di hati  masih ada pada lelaki itu.

“Habis tu kenapa nak berawak-awak lagi dengan abang? Dah sedap-sedap panggil abang hari tu. Sayang kena ingat perjanjian kita... denda tetap kena denda ya.”

“Siapa yang cari pasal dulu? Boleh tak lepaskan saya. Budak-budak tu pandang  kita la...”

“Nope, kalau sayang terus merajuk dengan abang. I won’t let you go...”

“Jangan nak mengada kat atas tangga ni boleh tak.”

Arief mempamerkan riak selamba. Keningnya terjongket bersama senyuman nipis di bibir. Kemudian sebelah tangannya beralih pada tangan Qaseh yang masih melekap di dadanya. Qaseh tersentak. Dia cuba menarik tangannya tapi Arief menggenggam kuat. Sudahnya dia merelakan tangannya berada dalam genggaman lelaki itu. Arief meletak kembali telapak tangan Qaseh di dadanya.

“Cuba sayang rasa degupan jantung abang. Kalau sayang nak tahu degupan ini sentiasa berombak kuat bila abang ada dekat dengan sayang. Abang pun tak tahu kenapa? Mungkin sayang ada kuasa buat jantung abang berdebar macam ni agaknya,” tenang bisikan itu terungkap dari bibir Arief. Memandang sepasang mata Qaseh yang merenunginya sedalam-dalamnya. Seolah meluahkan perasaan yang tersimpan kejap selama ini. Andai dia berterus terang, dapatkah Qaseh menerimanya dengan seikhlas hati tanpa ada perasaan curiga.

Dia tidak mahu Qaseh terus berprasangka dengan perkahwinan mereka. Sesungguhnya dia ikhlas menerima Qaseh kerana cinta yang lahir dalam jiwanya sejak dulu lagi. Bukan kerana amanat dan janjinya pada Qalif. Tapi kerana cinta yang dianugerahkan oleh Allah padanya. Cinta yang sentiasa berdetik kala bertemu dengan pendamping hidupnya. Terlalu indah perancangan Yang Maha Kuasa sehingga tidak tergapai akal manusia. Dia berharap Qaseh juga akan berperasaan sepertinya suatu hari nanti. Menerimanya sebagai suami yang dicintai sepenuh hati.

“Ehem, ehem...”

Suara dehaman itu menyedarkan Arief dan Qaseh yang terkaku dek terbuai dengan perasaan sendiri. Qaseh tertunduk malu dan wajahnya mula menampakkan rona merah. Pautan tangan Arief masih tetap kukuh di pinggang dan tangannya. Tiada tanda-tanda Arief akan meleraikannya.   

“Nasib baik abang Arief sempat sambut, kalau tidak dah tergolek kak Qaseh tadi. Macam tengok citer hindustan pulak, kan Ijat,” kata Najihah sambil tersengih panjang melihat tingkat Arief dan Qaseh.

“Haah... bila hero selamatkan heroin lepas tu ada adegan main-main mata kan kak Jihah. Macam abang ngan akak tiba-tiba jadi patung kat atas tangga tu.”

Keningnya terjongket-jongket sambil tersengeh-sengeh.

Malu Qaseh dibuatnya bila tingkah mereka menjadi tontonan Najihah dan Aizat. “Awak... malu la dengan budak-budak tu,” Qaseh cuba meleraikan pelukan itu.

“Nope! Before you call me, a...bang...”  

Qaseh menghela nafas sambil menggeleng perlahan. Wajah Arief yang tersengeh-sengeh padanya direnungi lama. Terpaku Arief dengan renungan Qaseh pada sepasang matanya. Renungan yang penuh menggoda nalurinya. Bagai terhenti jantungnya berdetik kala kedua tangan itu melekap di pipinya.

“Cik abang pengarang jantung hati sayang... boleh tak lepaskan sayang sekarang. Lepas ni kita nak kena pergi beli barang. Kalau sekarang belum bergerak pukul berapa kita nak balik. Kalau melayan perangai abang ni tak berlauk kenduri malam ni,” lembut tutur kata yang terlontar dari bibir Qaseh membuatkan Arief terpaku sejenak.

Terjongket kening Qaseh melihat mata Arief terpaku di  wajahnya. Pipi Arief ditepuk perlahan. 

“Abang....” panggilnya lembut.

“Aduh... boleh luruh jantung abang kalau macam ni,”kata Arief sambil tangannya melekap di dada.

“Mengada,” kata Qaseh lantas menarik hidung mancung Arief.

Mengeringai Arief mengaduh sakit sambil  mengusap-ngusap batang hidungnya.

Meletus tawa Aizat dan Najihah  kedengaran di halaman. “Tu la abang... kan dah kena...” kata Najihah dengan tawa yang masih bersisa.

“Abang kamu ni la Jihah...  suka usik akak.”

“Usik-usik sayang akak.” Aizat pula mencelah. Tersengeh-sengeh bersama kening yang dijongket beberapa kali pada Arief dan Qaseh.

Mengecil mata Qaseh memandang Aizat. “Amboi... bukan main lagi dia ya. Dah habis belum kerja tu? Kalau dah habis, cepat pergi siap, tadi kata nak ikut. Kalau lambat kena tinggal.”

“Jihah tak terlibat akak.”

“Habis tu yang kak Jihah gelak jugak tu kenapa? Tak terlibat konon.”

Mati sengihan di bibir Najihah mendengar kata adiknya itu. “Takkan gelak pun tak boleh... mengadalah kau ni Ijat, jom pergi siap cepat. Tak pasal-pasal kena tinggal nanti. Kami pergi siap dulu ya abang, akak.” Najihah turun dari pangkin  sambil menarik tangan Aizat yang masih tersengeh-sengeh itu.

Sebaik Najihah dan Aizat berlalu pergi. Pandangan mata mereka kembali bertaut. “Usik pada yang sayang kan...” perlahan tutur kata Arief bersama senyuman nakal terukir di bibir.

“Nakal ya sekarang.”

“Nakal pada yang sayang...”jawab Arief sambil mengelipkan matanya pada Qaseh. Senyuman menawan terukir di bibir. Menggeleng Qaseh dengan tingkah Arief. “Okay abang sayang... tak jadi apa kalau melayan abang ni...” Pipi Arief ditepuk perlahan. Qaseh ingin berlalu pergi namun Arief memaut kembali pinggangnya. Terhenti langkah Qaseh.

“Thanks sayang...” ucap Arief. Dahi Qaseh dikucup lembut.

Terpana Qaseh. Sepasang matanya merenungi wajah Arief yang dihiasi senyuman nipis di bibir. Tidak terluah ungkapan di bibirnya.

“Sayang pergi siap dulu. Abang tunggu kat bawah,” kata Arief apabila Qaseh hanya membisu seribu bahasa. Perlahan pautan di pinggang Qaseh terlerai dan  sebelum dia berlalu pergi sempat tangannya mencuit lembut hidung Qaseh yang masih terpaku di situ.

Tidak tahu hendak bereaksi bagaimana, Qaseh melemparkan senyuman nipis buat Arief sebelum mereka sama-sama melangkah. Arief mengatur langkah turun ke halaman. Manakala Qaseh membawa langkah ke biliknya.

Pintu bilik di tutup rapat. Tubuhnya tersandar di dada pintu. Dahi yang dikucup Arief tadi disentuh lembut. Perlahan tangannya beralih ke dada merasai debaran yang terus berombak bagai tiada penghujung. Ya Allah, perasaan apakah ini? Mengapa kucupan itu begitu menusuk ke lubuk hatinya. Melahirkan perasaan yang belum pernah dirasakan sebelum ini.  Cintakah itu?



**********


“Encik Arief bercuti, Datuk,”beritahu Malik.

“Bercuti?Tapi kenapa saya tak diberitahu?” soal Datuk Rahim kembali. Nadanya kedengaran tegang.

 “Maaf Datuk, Encik Arief ada perkara peribadi yang perlu diselesaikan. Sebab itu, Encik Arief tidak mahu sesiapa tahu di mana dia berada.”

“Awak pembantu peribadi dia takkan tak tahu.” Lontaran suara Datuk Rahim sedikit meninggi. Perasaan tidak puas hati dengan tindakan Arief mula bertandang dalam dirinya. Sepatutnya Arief tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil cuti panjang tanpa pengetahuannya.

“Maaf Datuk.”

Malik tetap dengan pendiriannya. Tidak akan sesekali membuka mulut kepada Datuk Rahim. Bosnya itu sudah berpesan kepadanya supaya tidak memberitahu sesiapa dimana dia berada terutama Datuk Rahim.

“Awak boleh keluar sekarang,” arah Datuk Rahim. Jelas riak serius di raut wajah Datuk Rahim. 

Malik mengangguk sedikit kepada Datuk Rahim sebelum melangkah keluar.

Datuk Rahim mendengus kasar. Sejak akhir-akhir ini dia perasan dengan perubahan Arief. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan daripada pengetahuannya. Arief sudah banyak berubah. Mereka sering bertingkah pendapat. Apa saja cadangan yang diutarakan sering kali ditolak oleh Arief.  

Tindakannya menjual 20% daripada 50% syer syarikatnya dua tahun yang lalu kepada Arief mula membibit penyesalan dalam diri. Kerana salah percaturan,  syarikat yang ingin ditubuhnya sendiri tidak berjalan dengan lancar apabila projek yang ingin ditawannya telah jatuh ke tangan orang lain. Walaupun berbagai cara telah dilakukan termasuk sogokan yang bukan sedikit jumlahnya, namun projek itu terlepas juga ke tangan musuhnya, Datuk Ridzuan.  

Sejak dia sibuk dengan urusan syarikat barunya, segala urusan Syarikat Perkasa Jaya diserahkan kepada Arief. Syarikat Perkasa Jaya adalah titik usaha antara dia dan arwah papa Arief.  Namun, dia mengambil alih sepenuhnya urusan syarikat apabila sahabatnya itu pergi menyambut panggilan Ilahi. Ketika itu Arief masih dalam pengajian. Setelah Arief berjaya menamatkan pengajiannya, bermulalah usahasama dengan anak muda itu menerajui syarikat seperti yang diamanahkan oleh arwah papa Arief.

Dia akui sejak Arief mula mengambil alih syarikat, banyak perubahan yang  telah dibuat oleh anak muda itu. Ternyata bukan calang-calang orangnya kerana Arief bijak mengatur strategi menaikkan kedudukan Perkasa Jaya sebaris dengan syarikat-syarikat besar yang lain. Walaupun syarikat mengalami masalah ketika Arief mengambil alih tetapi segala masalah itu telah dapat diselesaikan dengan baik.

Dia tidak mahu Perkasa Jaya lenyap dari genggaman tangannya. Arief pernah menyuarakan hasrat untuk membeli 30% lagi syernya sekiranya dia tidak berminat lagi untuk terus menerajui Perkasa Jaya. Adakah Arief telah menghidu penubuhan syarikat barunya? Perkara itu terus berlegar-legar dalam benak fikirannya sehingga hari ini. Dia perlu mengatur perancangan supaya hak milik Perkasa Jaya terus berada dalam genggamannya.

Mengapa tiba-tiba Arief mengambil cuti panjang? Setahunya Arief begitu komited dengan kerjanya. Arwana Jaya melebihi segalanya. Perkara peribadi apa yang penting sangat? Persoalan demi persoalan berlegar di fikiran Datuk Rahim. Wajah gadis yang menemani Arief disuatu tengahari di sebuah hotel kembali bermain di  mindanya. Mereka tampak mesra sekali. Hatinya berdetik sesuatu. Adakah gadis itu kekasih hati Arief?  
Tidak pula dia mendengar desas desus Arief sudah mempunyai kekasih. Ahli perniagaan yang berjaya seperti Arief apatah lagi kacak dan bergaya sudah pasti akan menjadi buruan wartawan untuk menghiasi berita-berita sensasi di dada akhbar. Dia akan siasat siapa gadis itu di samping Arief. Kali ini tidak akan dibiarkan rancangannya gagal lagi. Tekad Datuk Rahim.

akan bersambung :)


12 comments:

NurAtiZa said...

Best...#^_^

Liza said...

Selamat Berpuasa Gee...Nak tanya sikit pasal cite nie... sblm kahwin.. Qaseh duduk ngan makcik dia ker? Dia kena dera tu... sorriii dah konpius..

Kak Sue said...

SELAMAT BERPUASA...
SEMOGA ARIF KEMABLI BERKERJA DENGAN LEBIH BERSEMANGAT BILA APA YANG ADA DALM HATI KEDUANYA TERLUAH ..... LUAHKAN PERASAAN PADA YANG HALAL ARIFFF.... sambunggggg

Cik Orkid said...

Best..taknak komen apa2..kalau boleh nak lagi..lagi..dan lagi..hihihi..

Gee Muszisya said...

Thanks NurAtiZa *_*

Gee Muszisya said...

Selamat berpuasa jg buat Liza...sebelum kahwin Qaseh tinggal dgn mak tirinyaPuan Samsiah...sorri mgkn gee guna makcik samsiah buat liza konpius sikit...hehe

Gee Muszisya said...

Selamat berpuasa sue...walau x terluah mata membicarakan rasa hati...mgkn hr ini x terluah kata ht tp mgkn esok akan terluah jg...hehe

Gee Muszisya said...

Thanks Cik Orkid...x nk komen2 apa ke? hehe...tak apa....hrp terus mengikuti citer ni ya...nantikn smbungannya...:)

Lia said...

Amboiiii... Atas tangga pun sempat main mata yer... Hehehe... Tak lama lah tu... Adehhh... Hahahahahaha

Gee Muszisya said...

Lia > hihihi... jatuh hati tak apa jangan jatuh tangga pulak ya...kihkihkih

Anonymous said...

.bl nk smbg nxt n3 ni?

Unknown said...

nak lagi.....nak novel dia pulak.....bila novel nak keluar