Sunday, September 30, 2012

Dan Sebenarnya... Bab 1





Assalamualaikum... 

Dan Sebenarnya... citer ni santai-santai saja...
Mencoret kala otak tengah membeku dengan idea.
Jika ada terkurang dan terbabas kat mana-mana harap dimaafkan ya...
So... selamat membaca & semoga terhibur  ^_^ 


************ ^_^ ************


 

Oh bulan
Yang melayan diriku lagi
Pabila air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio seolah-olah memerli aku
Pabila kau bersama yang lain

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Ku enggan
Berpura-pura ku bahagia
Ku enggan
Melihat kau bersama si dia
Oo ku akui cemburu mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain

Terhenti lenggok Hana apabila lagu Dan Sebenarnya nyanyian Yuna sunyi tiba-tiba.
“Eh, kau pergi off ni kenapa? Aku nak dengar la,” kata Suhana lantas jarinya menekan kembali butang ‘on’.
“Aku tak nak dengar!”
“Kau tak nak dengar sudah pekakkan telinga, aku ni nak dengar...”
Aku menjeling geram apabila kali ini Suhana turut sama menyanyikan lagu itu menambahkan sakit hatiku. Kenapa dengan aku ni? Tiba-tiba nak terasa pulak dengan lagu ni.

Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku

Di saat kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air
Adakah perasaan benci ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku
Ohh ohh oh...

Dan sebenarnya... dan sebenarnya...
Aku rindu...
Dan sebenarnya... dan sebenarnya...
Aku tak mampu...


“Dan sebenarnya… cinta…” tokok Suhana sambil melirik senyum sinis padaku. Kalau tidak mengenangkan aku tengah memandu, sudah lama minah ni kena dengan aku. Nak aje aku sumbat CD tu dalam mulut dia.
“Yang kau tersengih-sengih ni kenapa?soalku bersama lirikan mata  pada Suhana.
“Tak ada apa... aku cuma hairan napa kau tiba-tiba  hangin satu badan?” soal Suhana dengan kerutan di dahinya. Jarinya pula di bawa ke dagu seperti orang sedang memikir lagaknya.
Menyampah betul minah ni. Ada saja nak menguji jiwaku. “Aku cuma tak suka lagu tu, itu aje yang kau perasan lebih-lebih ni kenapa?”
“Kau cemburu ya?” duga Suhana mendekatkan wajahnya padaku. Sengihan panjang tidak lekang dari bibirnya.
“Cemburu apa?” soalku buat tidak tahu.
“Kau cemburu Hariz dengan perempuan tu kan?”
“Eh, biarlah dia dengan siapa pun. Aku apa peduli. Aku tak ada kaitan dengan dia la Cik Suhana oii...” jawabku cuba melindungi perasaan sebenar. Cemburukah! Ya Allah kenapa lelaki itu mesti hadir lagi dalam hidupku ini. Detik pertemuan semula setelah dua tahun mengubat hati yang terluka terimbau di ruang mata.
Langkah kakiku semakin laju diatur. Jam tangan dikerling sekilas. ‘Alamak aku dah lambat!’ Fail di tangan aku dakap kuat ke dada. Hayunan kakiku semakin laju ke arah bilik mesyuarat. Kelibat Suhana di luar bilik mesyuarat yang tampak kegelisahan menangkap pandanganku. 
“Wafi!! Kenapa kau lambat?!!” jerit Suhana sebaik aku menghampirinya. Wajahnya jelas tampak kegelisahan. “Kau tau tak Encik Jaafar sejak tadi asyik tanya pasal kau!” sambungnya lagi masih nada yang sama seperti tadi.
“Sorry Hana... jam teruk tadi, ada accident. Aku dah keluar awal tapi dah nak jam nak buat macam mana,” beritahuku termengah-mengah. Tidaklah seawal mana aku keluar cuma setengah jam lebih awal dari hari-hari biasa. Ingatkan boleh sampai awal dari biasa tetapi sungguh nasibku kurang baik hari ini terpaksa menempuhi jam teruk pula. Bukan nak sampai awal, lewat lagi adalah. Sudahlah hari ini ada presentation dengan client. Awal-awal lagi sudah tunjukkan bad impression.
“Client kita dah sampai ke?” tanyaku berdebar-debar.
“Belum...” jawabnya dengan riak selamba membuat mataku terbuka luas.
“Belum!! Habis tu yang kau beria-ia nak marahkan aku ni, kenapa?” tanyaku sedikit geram dengan tingkah Suhana tadi.
“Ye lah, aku risau takut kau lambat. Selalunya pukul lapan kau dah sampai office. Ini 830 tak nampak batang hidung lagi. Mahu aku tak risau. Dahlah semalam kau bermalam kat rumah parent kau. Aku takut kau terlajak tidur aje. Telefon pun kau tutup. Aku call kau banyak kali tau. Kenapa kau tutup telefon kau tu? Mana aku tak risau. Macam nak pecah dada aku ni tau. Dup dap dup dap...” jawab Suhana panjang lebar. Tangannya melekap di dada bersama riak wajah yang masih bersisa kerisauan.
“Telefon aku bateri kong. Lupa nak charge semalam. Aku lambat 5 minit aje bukan 5 jam lagi pun client kita tu pun tak sampai lagi kan. Kau ni yang risau lebih.”
“Amboi... bukan main lagi dia. Tadi dia sendiri pun cuak nak mengata orang lebih. Encik Jaafar nak jumpa kau nak tanya pasal presentation tu. Dia tunggu kau kat bilik dia.”
“Kejap lagi boleh tak?”
“Mana boleh kejap lagi, presentation tu pukul 9 lagi 20 minit.”
“Kau cakap pukul 830 semalam. Kau tipu aku ya?”
Tersengih-sengih Azura memandangku. “Sengaja aku cakap awal setengah jam supaya kau lebih bersedia.” 
“Hana!! Eeiii... geramnya aku...!! Kau tahu tak aku macam lipas kudung tadi.” Ringan saja jariku hinggap di lengan Suhana melempiaskan geram.
“Sakitlah!

******

Selepas keluar dari bilik Encik Jaafar, aku kembali semula ke bilik mesyuarat untuk membuat sedikit persediaan sebelum mesyuarat dimulakan lebih kurang 15 minit lagi. Daun pintu bilik mesyuarat aku buka seluasnya. Sebaik memastikan penghawa dingin dan projector berfungsi dengan baik, kertas kerja untuk pembentangan aku letakkan di atas meja.
Aku menghela nafas. Entah mengapa dada ini terasa begitu berdebar-debar. Mungkin kerana ini pertama kali aku akan membuat pembentangan. Sebelum ini aku hanya menjadi pembantu Encik Hashim. Hari ini tanggungjawab itu telah diserahkan padaku kerana Encik Hashim terpaksa bertugas di luar daerah. Ada perkara yang lebih penting yang perlu dia selesaikan.
Aku menarik nafas panjang. You can do it, Wafi! Kepercayaan Encik Hashim tidak akan aku sia-siakan. Sementara menunggu yang lain masuk, aku mengambil kesempatan untuk meneliti kertas kerja yang akan dibentangkan sebentar lagi.
Aku segera berpaling apabila terdengar pintu dibuka.
“Wafi, client kita dah sampai,” beritahu Suhana. Kemudian dia melabuhkan punggung di kerusi sebelahku.
“Berapa orang?” tanyaku.
“Dua orang...” beritahu Suhana.
Kami serentak menoleh ke arah pintu apabila tawa Encik Jaafar kedengaran. Kelihatan Encik Jaafar berjalan beriringan bersama seorang lelaki yang tampak dalam lingkungan seusia dengannya. Kala mataku terpandang lelaki yang menyusul di belakang, nafasku bagaikan terhenti. Pantas aku berpaling menyembunyikan wajah.   
Ya Tuhan, mengapa aku dipertemukan dengannya kembali. Mengapa ada getar di hati ini walau berjuta kebencian tersemat terhadap lelaki itu? Menggigil terasa seluruh tubuhku rasakan disaat ini. Terasa tidak mampu lagi untuk bertahan dengan tekanan yang semakin menyendat dadaku ini. Terasa sesak nafasku.
 Aku mengangkat wajah lantas bertemu pandang dengan wajah Encik Jaafar yang kebetulan memandang padaku. Senyuman keyakinan di wajahnya sedikit menyuntik kembali semangat yang telah hilang dalam diri ini. Kepercayaan Encik Jaafar padaku tidak patutku sia-siakan begitu sahaja. Aku perlu buktikan diri ini bukan lagi seperti Wafiah Najwa yang dulu. Bangun Wafiah Najwa!! Dia bukan lagi sesiapa pada kau!
Encik Jaafar memperkenalkan aku kepada mereka.
“Encik Hashim tidak dapat hadir dalam pembentangan hari ini kerana ada tugasan luar yang tidak dapat dielakkan dan akan digantikan oleh pembantunya Cik Wafiah Najwa. Wafi, ini Encik Lukman Ketua Pengurus dan Encik Hariz Iskandar Senior Engineer. Dan Encik Hariz juga dipertanggungjawabkan memantau projek kita di Putrajaya.”
Aku menunduk bersama senyuman nipis kepada Encik Lukman dan pandanganku beralih pada lelaki di sebelahnya. Riak terkejut jelas di raut wajah lelaki itu. Senyum paksa terukir di bibirku kala ini. Aku percaya pasti tampak hambar di matanya.
Dia masih seperti dulu kacak dan bergaya. Sekarang lebih tampak matang dan berkarisma mungkin kerana jawatan yang disandangnya kini membuatkan dia lebih menjaga personaliti diri.
Sepasang matanya tidak berkedip memandangku. Aku beralih pandang pada Encik Jaafar. Tidak sanggup lagi bertentangan mata dengan sepasang mata itu yang mampu menggetarkan dada ini. Encik Jaafar terus memperkenalkan pula Suhana kepada mereka. 
Aku tidak lagi memandang wajahnya. Tumpuanku kini diberikan sepenuhnya pada kertas  kerja yang akan aku bentangkan sebentar lagi. Kepercayaan Encik Hashim tidak patut aku sia-siakan begitu sahaja hanya kerana lelaki di hadapanku ini.
Setelah hampir satu jam pembentangan itu berlangsung, aku menarik nafas lega kerana Encik Lukman berpuas hati dengan kertas kerja kami. Kini bibirku mampu mengukir senyuman kepuasan. Aku mendengar penuh minat penerangan Encik Lukman tanpa mempedulikan lelaki di hadapanku ini. Walaupun dari ekor mata aku tahu dia asyik memandang ke arahku.
Aku tersentak apabila Suhana menyiku lenganku. Aku menoleh ke arahnya. Sekeping nota diletakkan di atas ribaku. Dengan lagak santai aku membaca nota itu supaya tidak sesiapa menyedari tingkahku.

Hensem gilerrr.... Encik Hariz Iskandar tu.... sekacak namanya.
Mamat tu asyik pandang kau aje?
Aku rasa dia minat kat kau.
JANGAN LEPASKAN PELUANG WAFI!!

Aku melirik pandang ke arah Suhana seketika sebelum mengambil pen di atas meja. Melihat Encik Jaafar dan Encik Lukman asyik dalam perbincangan aku mengambil kesempatan untuk membalas nota daripada Suhana itu.

Aku tak berminat!
Rupa hensem bukan boleh harap.
Entah-entah buaya darat jadian!

Nota itu aku letakkan di atas riba Suhana. Tingkah Suhana yang menahan tawa menarik perhatianku. Cepat-cepat aku siku lengannya supaya dia mengawal diri. Khuatir jika disedari mereka nanti. Entah kenapa sepasang mataku bagaikan tertarik untuk memandang si dia.
Ya Tuhan, tidak disangka dia sedang memandangku. Sepasang matanya redup menikam mataku membuatkan debaran di jiwa bergelora kembali. Seketika pandangan kami bersatu. Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan ke arah lain. Tidak sesekali aku biarkan kenangan lama merantai jiwaku kembali. Dua tahun aku cuba memujuk hati ini, tetapi kenapa hari ini dia ada di hadapanku lagi.
Lega rasanya perbincangan hari ini tidak berlanjutan agak lama. Berada bersama lelaki ini boleh membuatkan aku separuh nyawa.
Aku cepat-cepat meminta diri daripada Encik Jaafar atas alasan ada perkara penting yang patut aku buat selepas ini. Suhana tidak senang hati dengan penolakan aku untuk keluar minum bersama mereka.
“Kau ni tolak rezeki Wafi...” rengek Suhana di sebelahku.
“Aku tak halang kau nak ikut. Tapi kau yang tak nak ikut kan. Nak salahkan aku pulak,” jawabku sambil mengemas fail-fail di atas meja.
“Kalau aku sorang malu la, kalau kau ada, tak ada malu sangat.”
“Nak makan pun malu.”
“Kerja apa yang penting sangat sampai orang nak belanja makan pun kau tolak?”
Aku tidak menjawab soalan Farhana malah kakiku atur ke arah bilik  meninggalkan Suhana yang masih tidak berpuas hati dengan sikapku.
Keluhan berat terhembus dari bibirku. Bermula dari saat itu hatiku mula digamit rasa resah dan gelisah. Apatah lagi pertemuan demi pertemuan antara aku dan dia membuatkan perasaanku gundah gulana sahaja. Walaupun aku pernah menyuarakan hasratku untuk menarik diri dari terlibat dalam projek itu tetapi tidak dipersetujui oleh Encik Jaafar. Katanya projek inilah yang akan memberi banyak pengalaman padaku. Lemah rasa tulang temulangku mendengar keputusan itu. Arrgghhh!!! Lelaki itu betul-betul buatkan hidupku jadi huru hara!


akan bersambung ^_^ 

5 comments:

Zalida said...

Gee, macam best je cerita ni. Cepat sambung ya. Thanks.

iffah said...

Kak fuziah..cter best cptla smbung xsbq nk taw ni..

AniLufias said...

GEE....

diam2 ada citer baru yea..
menarik nie...sukaaaa sgt
tahniah ..chaiyok!!!

Anonymous said...

menarik...suka sesangat...
~saza~

Gee Muszisya said...

terima kasih semua... insyaAllah akan bersambung lagi dengan sokongan semua... chaiyok3!!!(semangat utk diri sendirik) hikhikhikhik