Sunday, February 19, 2012

Tika Hati Berbicara 7 bahagian b




“Kau ni kenapa Zack, asyik termenung aje aku tengok. Masa kita jumpa Mr Tan tadi pun kau tak banyak cakap?” tegur Amir. Sikap sahabatnya yang sedari tadi membisu menjadi tanda tanya di benak fikirannya. Raut wajahnya seperti memikirkan sesuatu.

Zakri tersentak. Dia menoleh ke arah Amir, sahabatnya merangkap rakan kongsi sejak 2 tahun yang lalu. “Tak ada apalah Mir, aku tengah fikir macam mana nak selesaikan masalah hutang dengan Mr Tan tu. Tadi takkan kau tak dengar apa yang Mr Tan cakap. Dia beri tempoh 3 bulan untuk langsaikan hutang kita pada dia,” jawab Zakri.

Namun, jauh lamunannya bukan masalah hutang yang difikirkan tetapi wajah Qaseh Qalesya yang bermain di kotak fikirannya. Sejak setahun yang lalu, bayang Qaseh terus lenyap dari pandangan dia sekeluarga. Tiba-tiba muncul seorang lelaki menyelamatkan Qaseh dengan menawarkan tawaran yang cukup lumayan. Siapakah lelaki itu? Tanpa ragu-ragu memenuhi setiap kemahuan keluarganya. Asalkan Qaseh menjadi galang gantinya. Pelik?

“Aku pun tengah buntu. Mana kita nak cari duit bayar hutang Mr Tan tu,” ujar Amir raut kebuntuan jelas terpamer di wajahnya.

“Entahlah Mir, aku pun tak boleh fikir sekarang ni,” kata Zakri pula. Tadi wajah Qaseh yang bermain di ruang matanya tetapi kini wajah Mr Tan yang bengis pula menjentik kerunsingan jiwanya.

“Zack, kau tak boleh pinjam duit mama kau ke?” Perlahan suara Amir seakan berbisik meluahkan cadangan yang tiba-tiba muncul di benak fikirannya.

“Huh, nak pinjam duit mama aku? Nak mampus! Kalau kau nak tahu, mama aku dah berapa kali tanya pasal duit 30 ribu tu. Aku cakap, aku dah laburkan untuk buat business. Sekarang mama aku tanya business apa yang aku buat sampai sekarang tak nampak hasilnya. Ni kau suruh aku pinjam duit mama aku lagi. Memang cari nahas jawabnya,”

“Betul apa kita nak guna duit tu untuk kembangkan business kita, tapi nak buat macam mana si Kadir tu penipu. Kalau aku dapat Kadir tu memang aku cincang-cincang dia tu. Sudahlah duit 30 ribu lenyap, lepas tu berhutang dengan Mr Tan lagi. Aku pun tak tahu macam mana nak cari duit lagi Zack. Nasib baik Mr Tan tu bukan along, kalau tidak dah jadi arwah kita, Zack.”

“Mr Tan tu bagi muka kat kita sebab kita banyak tolong dia. Tapi hutang tetap hutang, Mir.”

“Itu aku tahu, tapi kau ada cara lain lagi?”

Zakri diam. Fikirannya menerbang jauh pada wajah NurQaseh Qalesya. Aku perlu cari Qaseh. Hanya dia yang dapat tolong aku sekarang.

*********

Arief membawa Qaseh ke Jalan TAR. Dari satu kedai ke satu kedai mereka kunjungi. Qaseh memilih beberapa pasang kain ela dan tudung untuk nenek dan mak usu yang telah menetap bersama nenek sejak suaminya meninggal dunia hampir 10 bulan yang lalu.

“Kita rehat kat sini kejap, Qaseh,” ujar Arief.

Qaseh yang sedang leka menonton persembahan muzik yang dimainkan oleh orang kurang upaya penglihatan tersentak apabila tangannya ditarik perlahan oleh Arief ke arah satu bangku tidak jauh dari situ. Qaseh hanya mengekori langkah Arief.

Sebaik Qaseh melabuhkan punggung di kerusi, dia menghela nafas panjang seolah dapat melepaskan rasa kelegaan dek kakinya yang mula terasa lenguh. Apa tidaknya berkasut tumit tinggi memang tidak sesuai ketika keluar untuk membeli belah.

“Qaseh tunggu sini kejap,” beritahu Arief lantas bangkit dari kerusi.

“Encik Arief nak ke mana?” soal Qaseh hairan melihat Arief kembali berdiri.

“Kejap aje,”ujar Arief sebelum berlalu pergi.

Tidak lama kemudian Arief kembali dengan membawa dua kon aiskrim cornetto di tangannya.

“Vanilla or coklat?” soal Arief menunjukkan aiskrim di tangannya kepada Qaseh.

“Vanilla,”jawab Qaseh sambil mengambil aiskrim cornetto berperisa vanilla di tangan Arief.

“Thank you,”ucap Qaseh tersenyum manis kepada Arief yang memandangnya.

“You’re welcome...sayang”jawab Arief dan ungkapan ‘sayang’ perlahan sahaja terbit di bibirnya. Namun, ungkapan itu masih mampu mencecah halwa telinga Qaseh.

Berkerut dahi Qaseh memandang Arief yang sedang melabuhkan punggung di sebelahnya. Senyuman nakal yang terukir di bibir Arief menarik perhatiannya.

“Encik Arief tak rasa bersalah ke ajak saya ponteng kerja?” tanya Qaseh sambil menikmati aiskrim cornettonya.

“Sekali sekala bukan selalu,” jawab Arief bersahaja.

“Sekali sekala tu yang mungkin akan jadi selalu.”

“Sebenarnya saya nak beli sesuatu untuk nenek tapi tak tahu nak pilih, sebab tu saya ajak Qaseh. Sambil-sambil tu boleh kita jalan-jalan makan angin. Dah lama saya tak datang sini.”

“Kat KL ni mana ada jalan-jalan makan angin, makan asap ada la Encik Arief,” seloroh Qaseh.

Arief tergelak. Dia menoleh memandang Qaseh. Namun, pandangannya terpaku pada wajah Qaseh yang tidak menyedari Arief sedang memerhatinya.

Qaseh leka menjamu mata dengan gelagat manusia yang lalu lalang di situ. Entah mengapa kesepian Arief menjentik nalurinya. Dia menoleh ke sebelah dan terpegun seketika apabila Arief sedang merenunganya.

“Kenapa Encik Arief pandang saya macam tu.”

Arief menunjukkan sesuatu ke arah wajahnya. Namun, Qaseh tidak faham apa yang ingin disampaikan oleh Arief itu.

“Ada aiskrim kat bibir awak,” beritahu Arief sambil membawa jari ke arah bibirnya sendiri.

Pantas jari Qaseh di bawa ke bibirnya.

“Bukan sebelah situ, tapi sebelah sini,” kata Arief sambil membawa jarinya ke bibir Qaseh lantas mengesat lembut secebis aiskrim yang terlekat di tubir bibir Qaseh.

Qaseh terpana melihat perbuatan Arief itu dan renungan Arief menikam lembut matanya membawa debaran di dada.

Wajah Qaseh mula menghangat. Dia tertunduk malu. Cuma seketika dia menunduk, wajahnya kembali menyapa Arief yang sedang tergelak halus. Berkerut dahi Qaseh hairan.

Arief menoleh ke arah Qaseh. “Kenapa merah muka tu?” tanya Arief. Senyuman masih memekar di bibirnya. “Itu belum saya cium.”

“Encik Arief!” Tegur Qaseh. Perasaan malu semakin menebal dalam dirinya apabila Arief terusan merenungannya dengan pandangan yang nakal sekali.

Kali ini tawa Arief semakin galak. Tangannya di letakkan di atas palang bangku itu. Qaseh membisu. Sepasang matanya seolah terpaku pada raut wajah itu yang menawan tangkai hatinya. Gelak tawa itu begitu indah menyapa halwa telinganya. Disaat ini, dia merasakan lelaki ini terlalu dekat dengannya. Kehangatan tubuhnya seperti dapat dirasakan walaupun mereka tidak bersentuhan. Gerak laku Arief menyentuh nalurinya membenihkan satu perasaan halus di jiwanya.

Lama dia menatap wajah itu sehingga sepasang mata Arief kembali memandangnya. Qaseh pantas melarikan pandangan.

“Merahnya pipi macam buat ceri.” Usik Arief sekilas jarinya menyentuh pipi Qaseh. Qaseh melarikan sedikit wajahnya apabila disentuh Arief. Wajahnya tertunduk malu.

Mendengar tawa kecil Arief menarik pandangan Qaseh untuk menatap wajah lelaki itu.

“Kenapa dengan Encik Arief hari ni? Tertelan ulat bulu ya, semacam aje perangai saya tengok.”

Lepas tawa Arief. Kali ini lebih kuat. Mujur tawa Arief ditenggelami oleh bunyi muzik yang berkemundang di situ. Kalau tidak pasti mereka pula yang menjadi tontonan orang ramai.

“Sebab hari ni saya happy sangat,” jawab Arief.

“Happy?” tanya Qaseh kembali. Nalurinya begitu kuat ingin tahu apa yang membuatkan Arief begitu gembira hari ini.

Arief diam seketika. Sepasang matanya bertemu dengan mata hitam Qaseh yang menanti jawapannya. “Happy sebab buat pipi awak merah,” kata Arief sambil mencuit pipi Qaseh sambil mengejitkan sebelah matanya.

Qaseh mengetap bibir geram. Bertambah geram mendengar tawa nakal yang terbit di bibir Arief.

“Eh, Encik Arief , apa tu...?” tiba-tiba raut wajah Qaseh berubah serius memandang ke arah bungkusan di sebelahnya.

Melihat wajah Qaseh begitu, Arief turut mengalihkan pandangannya ke arah itu.

"Apa dia?" soal Arief. Dia tidak nampak apa-apa perkara yang mencurigakan. Ketika Arief kembali menoleh ke arah Qaseh tidak semena-mena aiskrimnya terkena hidungnya sendiri gara-gara Qaseh yang ingin mengambil bungkusan yang berada di sebelahnya itu dan tangan Qaseh terkena sikunya.

"Tak ada apa, saja..." tutur kata Qaseh terhenti sebaik terpandang hidung Arief yang tercalit aiskrim itu. Kali ini Qaseh pula yang mentertawakan Arief.

Arief memandang geram pada Qaseh yang begitu asyik mentertawakannya. Dia tahu Qaseh sengaja berbuah begitu.

“Lebih baik awak lap hidung saya sekarang,” ujar Arief berbaur amaran.

“Kalau saya tak nak,” usik Qaseh bersama sisa tawa di bibirnya.

Arief diam. Matanya merenung ke dalam mata Qaseh. “Kita main laga-laga hidung kat sini nak? Baru adil,” kata Arief dengan selambanya. Sengaja ingin mengenakan Qaseh. Tersungging senyuman nakal di bibirnya.

Qaseh terkedu. Dia menahan malu. “Memang tak betul Encik Arief hari ni,” omel Qaseh sambil mengambil sehelai tisu dari dalam beg tangannya. Perlahan dia mengelap hidung Arief yang tercalit aiskrim itu. Renungan Arief meresahkannya. Mata mereka bertatapan seketika. Tidak mahu terus tenggelam dengan keadaan itu, Qaseh berdeham sambil mengalihkan tangannya sebaik memastikan tiada lagi calitan aiskrim di hidung Arief.

“Okay, dah tak ada...” Qaseh melarikan pandangan dari wajah Arief. Hatinya begitu berdebar-debar.

Arief melirik senyum nipis. Dia tahu Qaseh malu direnung begitu. Tetapi entah mengapa dia suka pada sinar mata Qaseh yang sentiasa mengundang suatu perasaan di jiwanya. Matanya sedikit pun tidak lari dari wajah itu. Tingkah Qaseh yang tidak keruan mencuit hatinya. Arief kembali bersandar santai di penyandar bangku dan tangannya sekali lagi di letakkan di atas palang bangku sambil menghabiskan aiskrimnya.

Qaseh hanya membisu walaupun terasa sentuhan tangan lelaki itu. Entah kenapa dia hanya membiarkan sahaja. Malahan perasaan selesa mula menyerap halus dalam dirinya. Kemudian mereka hanya menghabiskan aiskrim tanpa bicara. Melayan perasaan yang beralun di jiwa.


Selamat membaca & semoga terhibur (^_^)

7 comments:

zm said...

uiks..... bunga2 cinta sedang bkembang

Anonymous said...

Alahaiiii....terbuai di buatnya....romantik jugak si Arief ni eh....sukeee....

From:
Rozie

Gee Muszisya said...

zawani > cinta sedang berputik di hati.. ahaks ~

Rozie > wahhh... berkesan penangan Arief ni ya... heee ;))

Kak Sue said...

Yesss..... sekurang-kurangnya Arief dah boleh terima Qaseh..... bunga-bunga cinta sedang berkembang tu... sambungggg......

Eppy Safri said...

Salam, sy br bc dr bab 1 smpai 7b ni,
Just nk share komen...
Citer ni best, tp sy dh mula menyampah ngan si zak, ape lg dia nk ni...ishhhh. Ngacau tul

Gee Muszisya said...

sue > bunga2 cinta sedang memekar kembang sue... nantikan sambungannya ya ;)

Eppy Safri > waalaikumussalam Eppy...terima kasih sudi baca THBR :) zack tu memang pengacau besar... apa rancangan dia pada qaseh ya? hehe... nantikan sambungannya ya Eppy ;)

Anonymous said...

Crita ni best sngt2......arief so sweet....wlaupun bru baca ckit tp saya suka sngt crita ni...