Tuesday, July 17, 2012

Tika Hati Berbicara 13

Sedari tadi tingkah Qaseh diperhatikan Arief. Mereka kini seperti melancarkan perang dingin. Arief dengan sikap egonya, manakala Qaseh pula malas hendak melayan kerenah angin pasang surut Arief itu.

Usai sarapan pagi, Qaseh menolong nenek dan maksunya di kebun sayur. Manakala Arief melayan kerenah Aizat yang semakin  mesra dengannya di halaman rumah. Namun, pandangan dan fikirannya tidak lepas pada Qaseh yang tidak mengendahkannya sedari tadi. Gundah rasa hati dengan sikap beku dan dingin Qaseh terhadapnya. Sebentar tadi, Aizat yang memanggilnya untuk bersarapan bukan Qaseh seperti yang diharapkannya.

Khusyuk Qaseh dengan kerjanya. Tangannya lincah membuat  penjarangan setelah biji-biji benih sawi yang sudah menampakkan anak pokok tumbuh subur di atas batas-batas yang telah tersedia. Proses ini penting untuk mengurangkan anak-anak pokok bersaing untuk mendapatkan cahaya, air dan nutrien. Disamping itu juga untuk menentukan tumbesaran yang sekata dan memperolehi hasil yang tinggi.

Alhamdulillah, dengan hasil dari penjualan tanaman ini sekurang-kurangnya dapat menampung kehidupan maksu dan anak-anaknya. Sejak paksu meninggal dunia dua tahun yang lalu, maksulah yang bertungkus lumus menyara dua anaknya Najihah dan Aizat dengan menjual kuih di pasar-pasar kecil.

Namun, sejak setahun yang lalu jualan kuihnya agak merosot  kerana persaingan yang tinggi. Dia yang mencadangkan pada maksunya supaya  tinggal bersama nenek dan memperluaskan lagi kebun sayur dan ulam-ulaman yang diusahakan nenek sebelum ini. Kini hasil tanaman mereka dibeli oleh penduduk kampung dan peraih-peraih untuk di pasarkan.

Tapi apa yang lebih melegakan hatinya nenek tidak keseorangan tinggal di rumah ini. Ada cucu peneman dikala sunyi dan ada yang menjaga sakit peningnya.  

Tumpuan Qaseh terganggu apabila menyedari Arief sedang mengatur langkah menghampirinya. Namun Qaseh hanya meneruskan kerjanya seperti biasa, wajah Arief langsung tidak dipandangnya. Kejadian semalam masih berbekas di hati. Ditambah lagi dengan sikap Arief diwaktu mereka bersarapan tadi menambahkan lagi geram di hatinya.

“Kamu berdua ni merancang ke?” tanya Maksu. Qaseh yang sedang menyuap nasi lemak ke mulut terpinga-pinga.

“Teringin nenek nak ada cicik baru,” celah Nenek pula.

Qaseh tersedak. Arief yang berada di sebelahnya menghulurkan cawan yang berisi air teh. Air teh itu diteguk sehingga habis. Mujur air teh itu suam sahaja.

Arief di sebelah dikerling sekilas. Senyuman nipis di wajah lelaki itu jelas dipandangannya.

“Belum rezeki kami lagi nek,” jawab Arief mendatar sahaja.

“Rezeki tu bukan boleh ditunggu sahaja kena ada usaha. Qaseh, nanti maksu bawa kamu pergi berurut dengan bidan kampung ni,” saran Maksu.

Qaseh mula tidak senang duduk. “Nak buat apa urut maksu, tak payahlah.” Qaseh mula mengelat.  

“Mana boleh tak payah. Biarlah bidan tengok rahim kamu tu elok ke tidak letaknya. Elok untuk badan kamu tu... buang angin, kut ada urat yang tersimpul. Biar lancar peredaran darah dalam badan kamu  tu. Orang perempuan ni kena jaga dari awal. Benda dalaman ni kita tak tahu. Tak salah kita mencuba.”

Berkerut wajah Qaseh. Aduh, maksu ni berceramah pulak dia. Masak aku nanti kalau kena urut. Sakit siut!!

“Pergilah yang, mana tau lepas ni melekat. Yang penting kita usaha.”

Tak tertelan nasi dalam mulut Qaseh mendengar kata Arief itu. Qaseh melirik tajam ke arah Arief yang menyimpan senyum. Jelingan tajam Qaseh dibalas dengan kenyitan membuatkan bebola mata Qaseh terbuka luas membalas.

Arief hanya bersikap selamba. Kalau tidak mengenangkan nenek dan maksu berada bersama mereka kini sudah tentu ketawanya sudah terlepas melihat reaksi Qaseh yang memandangnya seperti hendak ditelan sahaja. Memberontak dalam diam. Apatah lagi dia menyokong penuh saranan maksu itu.

Kejadian tadi melayang jauh pergi apabila Arief bertinggung hampir di sebelahnya, Qaseh bergenjak sedikit menjauh. Tidak diendahkan kehadiran Arief di sisinya.  Mujur nenek dan maksunya berada agak jauh di belakang. Tidaklah perasan sangat mereka berdua sedang melancarkan perang dingin.

Melihat Qaseh bergenjak menjauh, Arief menatap setapak ke sisi mendekatkan lagi tubuhnya di sebelah Qaseh. Muncung wajah Qaseh.

“Buat apa ni, yang?”tanya Arief.

“Panjat pokok,” jawab Qaseh tanpa riak.Dah tahu lagi mau tanya. Qaseh meneruskan kerjanya.

“Loyar buruk pulak isteri abang ni. Boleh abang tolong.”

“Tak payah, pergi dok jauh-jauh sikit mengacau aje orang buat kerja.”

“Amboi, menghalau nampak. Sampai hati...”

Qaseh mencemik melihat wajah muncung Arief. “Merajuk ke? Ha, pergilah merajuk... tak ada orang nak pujuk.” Matanya dilirik sekilas pada Arief sebelum menyambung kerjanya.

“Amboi... cium kang mulut tu,”

“Jangan nak mengada tengah-tengah panas ni.”

“Garang la nyonya sayur ni... tak baik tau,  nanti kecut habis sayur-sayur ni dengar suara awak.”

Mencerlung mata Qaseh. Bibirnya diketap kejap. Wajah Arief yang tersengih nakal menambah geramnya. “Amboi... sedapnya cik abang ni mengata kita ye...”

“Aduh!” Terduduk Arief di atas tanah. Walaupun tolakan Qaseh tidaklah sekuat mana tetapi dengan keadaannya yang bertinggung itu mudah sahaja punggungnya mencecah tanah. “Apa main tolak-tolak ni.. udahlah garang, ganas pulak tu.” rungut Arief sambil menepuk-nepuk seluar dan tangannya.

“Padan muka!”

Arief tergelak. Tercuit hatinya melihat raut wajah geram Qaseh. Rasa hendak dicubit-cubit pipi mulus yang kemerahan itu.  

Tiba-tiba suara Aizat yang melaung suara Qaseh sambil berlari –lari menarik tumpuan mereka berdua.

“Telefon akak ni dari tadi berbunyi,” ujar Aizat sambil menghulurkan telefon bimbit ke arah Qaseh.

Qaseh mendongak memandang Aizat. Dia mengecilkan sedikit matanya dek pancaran mentari pagi yang menyilaukan pandangan. Peluh yang merenik di dahi diseka dengan belakang tangannya.

“Tangan akak kotor, Ijat tolong tengok siapa yang call akak tu.”

Pandangan Aizat terus beralih ke skrin telefon bimbit itu. “Encik Azman,” sebut Aizat sebaik membaca nama yang tertera.

Berkerut dahi Qaseh. Kenapa pagi-pagi Encik Azman menghubunginya? Hari minggu begini takkan ke pejabat juga. Mungkin ada hal penting.

“Kejap akak pergi basuh tangan dulu.” Qaseh terus bangun melangkah laju ke arah paip air tidak jauh dari situ. Renungan tajam Arief  langsung tidak diendahkannya.

Sebaik mencuci tangan, Qaseh kembali untuk mengambil telefon bimbitnya daripada Aizat. Namun, langkahnya yang laju tadi beransur perlahan apabila telefon bimbitnya kini berada di tangan Arief. Aizat pula entah ke mana perginya.

 “Boleh bagi balik telefon saya tu,” pinta Qaseh.

Qaseh  ingin mengambil telefon bimbitnya dari tangan Arief tapi pantas Arief menyimpan telefon itu di dalam poket seluarnya.“Dia tak tahu ke awak tengah bercuti sekarang.”

“Mungkin ada hal penting, kalau tidak untuk apa dia hubungi saya.”

Sambil berpeluk tubuh Qaseh menyambung bicara. “Saya nak tanya awak, sekiranya awak mempunyai urusan penting dengan seseorang tetapi orang yang ingin awak hubungi tidak menjawab panggilan awak walaupun berkali-kali awak cuba hubunginya dan awak merasakan orang itu sengaja tidak mahu menjawab panggilan awak itu. Awak marah tak?”

Terdiam Arief. “Awak marah tak?” soal Qaseh lagi bila Arief hanya menyepi. Sengaja ingin menduga kerana dia sendiri tahu dengan sikap Arief yang memang pantang jika panggilannya tidak berjawab. Melentingnya tidak tentu pasal.

“Marahlah jugak...” malas sahaja Arief menjawab pertanyaan Qaseh itu.

“Marah banyak ke marah sikit?”

Arief diam. Pertama kali dia melihat riak tegas di raut wajah Qaseh. Terpesona seketika. Dalam lembut ada tegasnya.

“So... boleh pulangkan telefon saya tu, Encik Arief.” Keningnya terjongket sebelah.

Arief mencebik. Lambat-lambat dia menyerahkan telefon itu kepada pemiliknya.

“Terima kasih,” ucap Qaseh setelah telefon itu berada di tangannya. “Boleh beri laluan sikit,”pinta Qaseh apabila Arief berada di tengah-tengah lorong laluan keluar. Arief bergerak sedikit ke tepi memberi laluan kepada Qaseh.

Kemudian Arief mengekori langkah Qaseh keluar dari kawasan kebun itu menuju ke arah pangkin di bawah pokok rambutan. Sebaik Qaseh melabuhkan punggung di atas pangkin, Arief pula mengambil tempat di sebelah Qaseh. Cukup rapat sehingga Qaseh terpaksa mengesok sedikit untuk memberi keselesaan duduknya.

“Ni kenapa nak berhimpit dekat orang pulak ni,” tanya Qaseh tidak puas hati.

“Saja,” selamba Arief menjawab. Qaseh melirik pada Arief yang bermuka selamba sahaja.

Qaseh menghubungi kembali Azman dan beberapa saat talian bersambung.“Assalamualaikum Encik Azman,”

“Waalaikumussalam Qaseh, sorry ganggu cuti awak,”jawab Azman dihujung talian.

“Tak apa... ada apa Encik Azman call saya?” tanya Qaseh lembut bicara menjentik perasaan cemburu Arief yang sedari tadi memasang telinga.

“Saya nak tanya pasal beberapa dokumen dan fail untuk mesyuarat esok. Saya tak tahu mana letaknya fail-fail tu,”beritahu Azman di hujung talian.

“Fail apa yang Encik Azman nak tahu?” soal Qaseh sambil melirik pandang pada Arief di sebelahnya.

Arief perasan dengan pandangan tidak senang Qaseh padanya. Tapi dia tidak peduli. Dia terus memasang telinga. Jelas diperdengarannya Qaseh menyebut beberapa dokumen dan fail.

Namun, apabila sesekali tawa halus meletus di bibir Qaseh membuatkan tahap kecemburuannya semakin menebal dalam diri.

Dia cuba menahan gelodak jiwa. Dikala itu sepasang matanya tertarik pada sepohon pokok bunga raya. Bunganya berwarna merah jambu dan berlapis-lapis berbeza dengan bunga raya biasa yang sering dilihatnya. Lantas langkahnya diatur ke arah pokok bunga itu lalu dia memetik beberapa kuntum bunga yang mekar berkembang.

Kemudian, Arief kembali duduk di pangkin. Dia menoleh ke arah Qaseh yang masih berbual di talian. Beberapa helaian rambut Qaseh yang berjuntaian dek ikatan rambut yang longgar diselipkan di  belakang telinga.

Qaseh yang tekun mendengar ditalian sedikit tersentak dengan tindakan Arief itu. Lalu matanya beralih pandang ke arah Arief. Arief hanya mempamerkan riak bersahaja.

Kemudian kuntuman bunga raya yang dipetik tadi diselipkan pula di telinga Qaseh. Cantik! Bibirnya tersenyum lebar menatap wajah Qaseh yang berseri dihiasi bunga itu. Berkerut kening Qaseh melihat Arief yang tersenyum-senyum padanya.

Arief ingin menyelitkan sekuntum lagi bunga namun Qaseh bergerak menjauh. Tetapi tidak diendahkan Arief. Dia mencuba lagi walaupun Qaseh mengelak  sehinggalah batang bunga yang lembut itu terkena  telinga Qaseh.

Terlepas tawa Qaseh. “Gelilah,” spontan tangannya mengusap-ngusap telinga. Dan pantas juga tangannya beralih menutup mulut menyedari keterlanjurannya.

“Kenapa tiba-tiba awak gelak, ada apa-apa yang melucukan ke?”tanya Azman hairan apabila Qaseh tiba-tiba ketawa.

Suara Azman mematikan tawa Qaseh. “Sorry Encik Azman, ada kucing bergesel dekat kaki saya tadi, lapar agaknya kucing ni,” jawab Qaseh memberi alasan.   

Meletus tawa Azman. “Kucing tu nak bermanja dengan awak kut Qaseh,” senda Azman.

Gurauan itu disambut tawa halus oleh Qaseh. Sepasang matanya tidak lepas dari Arief di sebelahnya yang sedang menahan ketawa.

 “Hhm... ada apa-apa lagi Encik Azman nak tanya?”soal Qaseh ingin menamatkan bicara.

“Rasanya tak ada apa lagi. Cuma teringin berbual panjang dengan awak. Awak ada kerja ke?”

“Ha’ah, Encik Azman. Saya nak bagi kucing ni makan kejap, makin galak dah saya tengok. Lapar sangat agaknya.”

 Qaseh menarik nafas lega apabila Azman menerima alasannya itu. Usai memberi salam talian terus dimatikan.

Dia berpaling memandang Arief. “Amboi... bukan main lagi dia ya...” mendayu-dayu suara Qaseh. Kemudian matanya liar mencari sesuatu sebelum terhenti pada ranting kayu yang tidak jauh dari kakinya. Laju sahaja dia turun dari pangkin lantas dikutip ranting kayu rambutan yang agak panjang itu.

“Meh sini, sayang nak gelikan telinga abang pulak.”


Qaseh sudah bercekak pinggang bersama renungan tajam.


“Alamak yang, jangan buat muka macam tu, tak comel.” Arief sudah bersiap sedia turun dari pangkin.

“Ijat!!! Tolong abang... akak Qaseh kamu dah mengamuk!!!” 

Keadaan makin riuh apabila Aizat dan Najihah turut serta. Nenek Esah dan Maksu Lijah hanya mampu menggeleng melihat tingkah mereka. Gelak tawa mereka memutik perasaan bahagia di wajah masing-masing.

akan bersambung :)
maaf diatas kekurangan... jangan lupa komen ya teman-teman :)




10 comments:

sue said...

sibuk ja En. Azman tu call orang waktu cuti.... x jumpa File atau rindu nak dengar suara .....
so sweettttt mereka berdua..... manafaatkan lah cuti ini untuk membuka suara hati berdua...ok....

roza mamat said...

Bila ni arief nk luahkn prsaan...

eizzara eizzaty said...

kali ni cerita semakin menarik ... Qaseh dah pandai merajuk...

Lia said...

Cemburu nampak en arief kita ni... Hehehe... Bagus juga en azman call... Biar kasi panas sikit hati en arief kita ni kan.. Hehehehe... Hmmm... Jaga qaseh... "kucing" tu tgh " lapar" tu.... Hahahahahha.....

Anonymous said...

makin menarik jalan ceita ni..

geemus said...

sue > thanks sue sudi komen...moga suara ht akan terus berbicara merungkai perasaan yg tersimpan...

geemus said...

roza mamat > akan terluah juga nanti roza...:)

geemus said...

eizzara eizzaty > hehe...qaseh dh pandai tunjuk perasaan...

geemus said...

Lia > erk! kucing tgh lapar ya....hahahaha

geemus said...

Anonymous > thanks...nantikn smbungannya ya...:)