Friday, December 2, 2011

Tika Hati Berbicara 5

Di ruang tamu Arief Hakimi membawa beberapa dokumen lalu melabuhkan punggung di sofa. Dokumen itu di letakkan di atas meja kopi. Terluah keluhan di bibir saat melihat beberapa dokumen yang perlu disemaknya. Selama ini dia bekerja keras untuk mengukuhkan empayarnya. Bukan sedikit usaha yang telah dicurahkan, malah dia telah mengorbankan kehidupannya semata-mata untuk melihat empayarnya terus berdiri teguh.




“Minum Encik Arief...” sapa satu suara.

Arief tersentak. Tidak sangka dia mengelamun tadi sehingga tidak sedar Qaseh di hadapannya. Kopi di atas meja di tatap seketika. Kemudian dia beralih pada Qaseh yang tersenyum memandangnya.

“Awak tak minum sekali?” tanya Arief Hakimi.

Qaseh melirik senyum sebelum membalas pertanyaan Arief. “Saya tak minum kopi malam-malam Encik Arief, nanti tak boleh tidur,” jawab Qaseh.

Arief tersenyum nipis.

“Okay Encik Arief, saya masuk tidur dulu, jangan tidur lambat sangat tau,” pesan Qaseh sebelum berlalu pergi.

“Qaseh...” panggil Arief lembut.

Qaseh kembali berpaling, bagaikan terkena renjatan elektrik apabila pergelangan tangannya dicengkam lembut. Terkedu Qaseh melihat sepasang mata redup Arief merenung tepat ke dalam matanya.

Keadaan hening seketika sebelum mata Qaseh beralih pada tangan Arief yang memaut lengannya kejap. Hari ini tingkah Arief sentiasa mengundang debaran di dadanya. Arief yang menyedari pandangan Qaseh perlahan meleraikan pautan itu.

“Boleh kita berbual sekejap?” Lembut suara Arief menyapa telinga Qaseh.

Qaseh diam. Arief sabar menunggu.

Wajah Arief berubah sedikit ceria apabila Qaseh melemparkan segaris senyuman sambil mengangguk perlahan.

“Duduk sini,” kata Arief sambil menepuk sofa meminta Qaseh duduk di sebelahnya. Qaseh yang ingin duduk di sofa yang bertentangan teragak-agak. Namun, melihat wajah Arief yang berharap diturutkan saja. Tidak mahu merosakkan mood Arief yang tidak tentu dirasakannya hari ini. Tadi sewaktu mereka menikmati makan malam Arief lebih banyak berdiam diri daripada bercakap. Paling menyesakkan fikirannya raut mendungndi wajah Arief menambahkan kehairanan dalam dirinya.

“Kita dah lama tak berbual macam ni kan?” tanya Arief.

“Encik Arief kan sibuk sangat kebelakangan ni. Sebelum ni pun Encik Arief asyik ulang alik ke luar negara saja. Mana ada masa nak berbual dengan Qaseh lagi,” kata Qaseh terselit nada rajuk.

Melebar senyuman di bibir Arief mendengar kata Qaseh. Dia melirik pandangan ke wajah Qaseh.

“Kenapa? Rindu?” soal Arief tanpa selindung. Renungan matanya penuh makna.
Qaseh terkedu. Seketika pandangan mereka bertaut tanpa bicara.

“Rindu teman berbual...” jawab Qaseh melindungi rasa malu yang mula menyelinap dalam dirinya. Senyuman di bibirnya entah bagaimana bentuknya. Serba tidak kena jadinya. Dia melarikan pandangan. Tidak sanggup melawan renungan Arief yang begitu menusuk ke sanubari.

“Macam mana kerja?” soal Arief setelah mereka hanya membisu sahaja.
Qaseh mengangkat muka menatap wajah kacak itu.

“So far, okay...” jawab Qaseh bersama senyuman di bibir.

“Saya tak pernah tanya tentang tempat kerja Qaseh kan sebelum ni.”

Qaseh tersenyum nipis. “Qaseh suka bekerja di situ. Kawan-kawan sekerja pun baik. Bos Qaseh pun banyak beri tunjuk ajar dan dia memang seorang yang penyabar. Maklumlah masa Qaseh mula-mula kerja dulu, apa satu pun Qaseh tak tahu,” jelas Qaseh ceria menceritakan keadaan tempat kerjanya kepada Arief Hakimi.







Arief Hakimi hanya diam. Wajahnya mula mencuka. Tiba-tiba hatinya membahang mendengar kata pujian meniti di bibir Qaseh terhadap lelaki itu.

“Apa nama bos Qaseh?” soal Arief hambar.

“Encik Azman,” beritahu Qaseh.

“Lelaki yang duduk sebelah Qaseh di restoran tadi tu ke?” soal Arief lagi.

Qaseh mengangguk. Perempuan yang bersama Encik Arief tadi tu siapa? Girlfriend Encik Arief ke? Ingin sekali dia melontarkan pertanyaan itu, namun ia hanya bergema di hatinya sahaja. Kenapa pulak kau nak tahu Qaseh? Kau cemburu? Cemburu? Tidak dinafikan dia cemburu melihat kemesraan Arief dengan perempuan itu. Tetapi dia tidak layak untuk mempunyai perasaan itu. Dia perlu sedar siapa dirinya di sisi Arief Hakimi.

“Muda lagi saya tengok,”

“Muda dua tahun saja daripada Encik Arief.”

“Dah kahwin?” tanya Arief lagi.

“Belum.”

“Dah ada girlfriend?”

Berkerut kening Qaseh. Wajah Arief ditatap dengan penuh kehairanan. Apa jenis soalan ni? Manalah aku tahu dia ada girlfriend ke tidak. Aku bukannya jenis busy body hal orang.

“Tak tahu...” jawab Qaseh ringkas. Itulah jawapan yang sejujurnya. Dia tidak pernah mengambil tahu hal peribadi bosnya itu. Walaupun, ada desas-desus Azman seperti menaruh hati padanya tetapi dia cuba menafikan antara dia dengan Azman tidak lebih daripada hubungan majikan dengan pekerja.

“Takkan awak tak tahu, itu kan bos awak,” ujar Arief kedengaran sinis menyapa telinga Qaseh.

“Encik Arief... saya hanya pekerja di situ, bukan kerja saya nak ambil tahu hal peribadi orang,” balas Qaseh ternyata tidak senang dengan kata-kata yang meniti di bibir Arief. Mungkin dia sudah terbiasa dengan sikap serius Arief tetapi dia tidak selesa apabila dia dihujani dengan soalan yang tidak berasas.

Arief rasa tersindir.

“Saya tengok dia macam berminat saja dengan awak...” begitu selamba Arief melontarkan rasa yang bermain di mindanya sejak siang tadi. Dia bersandar di sofa. Pandangannya mencari sesuatu di wajah Qaseh yang jelas berubah riak mendengar kata-katanya itu.

Qaseh mula tidak sedap hati. Duduknya serba tidak kena. Apa jawapan yang perlu diberikan kepada Arief? Sesiapa juga akan menaruh syak wasangka kalau melihat cara Azman melayannya tadi.

“Mengarut saja encik ni, Encik Azman tu memang baik dengan semua orang,” jawab Qaseh cuba menyakal prasangka yang mula bersarang di hati Arief. Walaupun dia sendiri dapat merasakan bosnya itu mempunyai perasaan terhadapnya.

“Saya harap awak sedar dengan status awak. Jaga pergaulan awak bila di luar. Bukan bererti kebebasan yang saya berikan membenarkan awak berbuat sesuka hati awak tanpa memikirkan baik dan buruknya,” kata Arief meluahkan rasa yang terbuku di hati. Kata-katanya lebih berbaur cemburu.

Tersirap darah Qaseh mendengar kata-kata itu seumpama belati menghiris hati. Pedih menjalar di relung hatinya. Raut wajah Arief direnung lama.

“Encik Arief jangan risau, saya sedar siapa diri saya. Encik Arief tak perlu nak ingatkan saya. Saya masuk dulu, dah mengantuk,” jawab Qaseh bingkas bangun dan pantas dia mendaki anak tangga. Kelopak matanya mula terasa panas dan setitis demi setitis air mata menyapa pipinya. Qaseh pantas menyeka airmata itu.

Sampai sahaja di bilik dia merebahkan diri di atas katil dan melempiaskan tangisan yang ditahan sedari tadi. Teresak-esak dia menangis melempiaskan kepedihan yang membaluti diri.

Arief yang terkedu tidak terkata apa. Dia mula menggaru kepala. Hish, apa aku dah buat ni. Bodoh betul lah kau, Arief. Cakap tak pernah nak berlapik. Itulah bercakap ikut perasaan.

Arief mula resah. Sekejap dia berdiri, sekejap dia duduk. Perasaan bersalah terhadap Qaseh semakin lama semakin menebal dalam dirinya. Raut wajah mendung Qaseh seolah menggigit rantai hatinya. Dengan rasa itu, Arief membawa langkah ke bilik Qaseh.

Agak lama dia termangu di hadapan pintu bilik Qaseh. Bersama debaran tangannya mengetuk pintu, namun tiada sahutan dari dalam. Dia mencuba lagi tetapi tetap sepi. Arief memulas tombol pintu mengharapkan ia tidak berkunci. Dia bernasib baik lslu pintu bilik Qaseh dikuak perlahan. Walaupun dia tahu risiko daripada perbuatannya itu akan mengakibatkan Qaseh akan lebih marah kepadanya tetapi dia lagi tidak sanggup membiarkan hati itu terus terluka disebabkannya. Dia perlu meminta maaf diatas keterlanjuran kata-katanya tadi.

Kepalanya dijengulkan sedikit ke dalam bilik dan sepasang matanya menangkap susuk tubuh yang sedang membetulkan duduk di atas katil sebaik menyedari kehadirannya. “Boleh saya masuk?” tanya Arief lembut menyapa perdengaran Qaseh.

“Dah masuk pun... masuk ajelah...” jawab Qaseh sedikit geram dengan tindakan Arief yang sesuka hati masuk tanpa kebenarannya. Macam mana aku boleh lupa kunci pintu pulak tadi. Dia ni kalau nak masuk main redah aje. Kalau dah orang tak menyahut tu, faham-faham sendirilah. Manakala jemarinya pantas menyapu air mata yang masih bersisa di pipi.

Arief perlahan melangkah ke arah katil dan melabuhkan punggung di sebelah Qaseh yang tertunduk membisu seribu bahasa. Melihat kesepian Qaseh, Arief dapat merasakan kehadirannya tidak diperlukan dan perasaan bersalah semakin bertimpa-timpa dalam dirinya. Apa aku nak buat ni?

“Saya minta maaf, saya tak bermaksud nak cakap macam tu tadi,” ujar Arief berterus terang setelah beberapa ketika membisu.

“Sudah lah Encik Arief, kita lupakan pasal tu, kalau tak ada apa-apa lagi saya rasa lebih baik Encik Arief keluar sebab saya dah mengantuk, nak tidur,” kata Qaseh sedikit pun tidak memandang wajah Arief. Jelas terpancar rajuk di raut wajah itu.
Arief gelisah. Rajuk Qaseh semakin menderanya. “No, saya tahu awak kecil hati dengan kata-kata saya tadi. Tapi saya tak tahu macam mana kata-kata itu boleh keluar dari mulut saya.”

Qaseh tersenyum sinis. “Macam mana kata-kata tu boleh keluar dari mulut Encik Arief? Hanya Encik Arief saja tahu jawapannya. Apa yang ada di hati kita akan terlafaz dengan kata-kata. Apa yang ada di hati Encik Arief itulah yang Encik Arief nak sampaikan pada saya, kan?”

Mati bicara Arief mendengar kata-kata Qaseh itu. Qaseh betul-betul berkecil hati dengannya. Bagaimana lagi cara untuk dia memujuk hati gadis ini. “Qaseh, saya tahu tidak patut saya berkata begitu pada awak.”

“Kan saya dah beritahu tadi, lupakan saja hal tu. Memang tak salah apa yang Encik Arief cakapkan tu. Saya ni mungkin kadang lupa diri,” sinis saja kata-kata yang terluah di bibir Qaseh. Arief mula gelisah melihat sikap jauh hati Qaseh.

“Qaseh jangan macam ni, tak senang hati saya tengok awak jauh daripada saya,” luah Arief.

Qaseh terdiam cuba memahami maksud kata-kata Arief itu. Dia memberanikan diri menoleh memandang Arief. Dengan raut wajah bersahaja sepasang matanya silih berganti melihat kedudukannya dengan Arief yang tidak jauh mana kedudukan mereka. Arief yang dapat membaca pandangan Qaseh itu tergelak kecil lalu perlahan kepala Qaseh ditolak perlahan dengan jarinya. “Awak ni kadang lurus sangat,” ujar Arief bersama sisa tawanya.

Qaseh mencemik.

“Saya minta maaf, saya akan pastikan perkara ni tak akan berulang lagi. Maafkan saya ya?” ungkap Arief sekali lagi.

“Tiada maaf bagimu,” balas Qaseh menyimpan senyum. Nada gurau terselit dibalik kata-katanya itu.

Arief menarik senyum, dia tahu Qaseh seorang yang lembut hatinya. Selama mengenali Nur Qaseh Qalesya peribadi gadis itu sering mengusik hati kecilnya. Dia sedar kehadiran Qaseh semakin menyerikan jiwanya yang telah lama mati. “Macam filem Ali Setan pulak,” balas Arief.

“Jangan Encik Arief macam Ali Setan sudah...”

“Kalau saya jadi Ali Setan, tak duduk jauh macam ni. Dia duduk rapat-rapat macam ni,” kata Arief nakal dan merapatkan dirinya pada tubuh Qaseh.

Bulat mata Qaseh dengan tingkah Arief itu. “Encik Arief jangan nak mengada,” balas Qaseh sambil menolak tubuh Arief menjauh darinya.

Pecah tawa Arief melihat wajah Qaseh yang mula kalut itu. Qaseh menjeling geram melihat Arief yang mentertawakannya. Melihat wajah ceria Arief, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu yang ingin dicakapkan kepada Arief. “Saya ada perkara nak cakap dengan Encik Arief,” beritahu Qaseh. Wajah Arief yang masih bersisa dengan tawa diperhatikannya. Suka dia melihat senyuman lelaki itu. Cukup memikat dan menawan.

“Cakap pasal apa?” soal Arief. Wajah Qaseh ditatap lembut.

“Saya nak balik kampung,” beritahu Qaseh.

“Nak balik kampung! Nak buat apa?” tanya Arief terkejut. Takkan merajuk lagi kut, sampai nak lari balik kampung. Duga Arief mulai kalut. Khuatir Qaseh masih berkecil hati dengannya.

Qaseh tergelak. Entah mengapa terasa geli hati melihat wajah Arief begitu.

“Saya bukan nak lari. Rindu sangat kat nenek. Dah lama saya tak balik kampung,” jelas Qaseh seolah dapat menduga apa yang difikirkan oleh Arief.

“Kalau macam tu saya temankan awak.”

“Huh, Encik Arief nak balik kampung jugak?” soal Qaseh tidak percaya. Setelah mereka bernikah Arief terpaksa berulang-alik ke luar negara. Semenjak itu Arief tidak pernah lagi menjejakkan kaki di kampungnya itu. Hanya dia sahaja akan pulang melawat neneknya. Sebab itu apabila Arief menyuarakan keinginan untuk menemaninya melawat nenek, dia seperti tidak percaya.

“Betul Encik Arief nak balik kampung dengan saya?” tanya Qaseh inginkan kepastian.
Arief mengangguk bersama senyuman nipis di bibir.

“Encik Arief tak sibuk ke?”

“Kerja sampai bila pun tak habis. Lagipun saya dah lama tak balik tengok nenek kan.”

“Nenek faham Encik Arief sibuk,” beritahu Qaseh. Namun, jauh di sudut hati dia ingin sekali Arief menemaninya pulang ke kampung bersama. Setiap kali dia balik ke kampung, tentang Arief sahaja yang meniti di bibir neneknya itu. Walaupun Arief kerap menghubungi nenek tetapi ia tidak sama dengan menatap wajahnya. Seolah-olah perasaan rindu terus mencengkam di dalam diri selagi tidak bertemu pandang. Tapi apa kan dayanya menyedari kedudukannya disamping Arief Hakimi. Dia tidak layak untuk meminta-minta. Itu yang dipegangnnya selama ini sebaik mengahwini Arief.

“Bila awak nak balik?” tanya Arief memecah lamunan Qaseh.

“Hujung minggu depan,”

“Berapa hari?”

“Kalau boleh Qaseh nak minta cuti seminggu. Dah lama sangat tak balik kampung. Encik Arief boleh ke cuti lama-lama. Saya kuli saja tak kisah. Encik Arief tu bos, mana boleh tinggalkan kerja lama-lama kan.”

“Itu awak jangan risau, ditanggung beres,” jawab Arief senang.

“Nenek mesti sangat gembira dapat jumpa Encik Arief. Nenek rindu sangat kat Encik Arief.”

“Mestilah, saya kan cucu kesayangan dia,” kata Arief tersenyum lebar sambil menjongket sebelah keningnya kepada Qaseh.

“Perasan...” kata Qaseh.

Arief tergelak melihat cebikan di bibir Qaseh.

“Layan gelak Encik Arief ni sampai esok pun tak habis. Tak kerja pulak saya esok,”

“Menghalau nampak,”

Qaseh tersengih. “Memang menghalau pun...” jawabnya selamba.

“Okaylah, orang dah menghalau, pandai-pandailah angkat kaki kan,” balas Arief perlahan bangkit melangkah perlahan ke pintu.

“Jangan tidur lewat sangat Encik Arief,” pesan Qaseh sebelum Arief menutup pintu biliknya.

“Okay, good night,” ucap Arief.

“Night, Assalamualaikum,” ucap Qaseh pula.

Arief menjawab salam sambil menutup pintu bilik Qaseh. Senyuman masih memekar di bibirnya. Bersama Arief dia rasa dilindungi. Tidak dinafikan, hatinya sesekali dipaut bahagia dengan layanan Arief padanya. Walaupun kekadang Arief mempunyai mood yang tidak menentu. Adakalanya Arief boleh berubah menjadi terlalu serius tidak tentu hala. Ada ketikanya lelaki itu menjadi seorang yang boleh dijadikan teman untuk berbicara. Dan wajah lelaki itu akan sentiasa dihiasi senyuman yang menawan menemani setiap bicaranya. Senyuman di bibir Qaseh perlahan larut apabila terkenang raut wajah kesedihan membaluti raut wajah Arief pada satu malam. Wajah itu seperti menanggung satu beban yang tidak tertanggung lagi. Ingin sekali dia merapati lelaki itu tetapi dimatikan hasratnya itu kerana mungkin Arief ingin bersendirian ketika itu.




bersambung :))



sudi-sudikan komen ya ;D



Saturday, November 26, 2011

Penangan Ombak Rindu....



“Papa nak tahu, filem ombak rindu tu diadaptasi daripada novel, Aaron Aziz & Maya Karin hero dan heroinnya..." beritahu si isteri.

Si suami hanya diam mendengar. Matanya terus melekap di kaca televisyen. Si isteri merenung si suami yang buat tidak endah. Hish, laki aku ni boleh buat tak dengar pulak. Hhm... ye la dia bukan tahu sangat pasal novel-novel ni.

“Pa!” panggil si isteri.

“Napa?”

“Dengar tak mama cakap?”

“Dengar...” meleret saja si suami menjawab.

“Owh... dengar... ingat kan tak dengar.”

“Pa...” panggil si isteri manja.

Si suami menoleh memandang si isteri yang tersenyum manis.

"Nak apa pulak ni... lain macam saja ni...” tanya si suami.

“Kalau mama nak nonton filem ombak rindu boleh tak?”

“Ooo... sebab tu yang lentok semacam ni...” usik si suami.

Si isteri hanya tersengih.

“Tunggu DVD keluar ajelah...”

“DVD lambat...wayang 1 Dec dah start, jomlah pa...” pujuk si isteri.

“Malaslah... nanti bukan papa tengok wayang, wayang yang tengok papa...”

“Jomlah pa...” pujuk si isteri lagi, manja.

“Malaslah ma...” si suami juga menjawab dengan nada yang sama.

“Nak merajuklah macam ni,” kata si isteri muncung sedepa.

“Alah... lama mana sangat nak merajuk tu...” kata si suami sambil tersenyum simpul.

“Kali ni lama nak merajuk ni,”

“Lama ya... okay papa set time,” perli si suami menoleh ke arah jam dinding.

“Eeiiii... papa ni... “kata si isteri geram.

"Hahahaha...." pecah tawa si suami melihat wajah muncung si isteri.

Petikan di atas hanya rekaan semata-mata, sekadar hiburan kita bersama. (^_^) peace no war ♥ ♥ ♥


Demam Ombak Rindu bakal melanda Malaysia tidak lama lagi...kihkihkih




Thursday, October 20, 2011

Tika Hati Berbicara 4

Lelaki itu tampak segak dan bergaya, Arief Hakimi Tan Sri Arshad seorang usahawan muda yang berjaya. Kehidupannya sentiasa sibuk dengan urusan business. Namun, tiada siapa yang tahu Arief Hakimi mempunyai sejarah duka yang tidak mungkin akan terpadam buat selamanya. Badai gelora luka yang berombak sepi di sanubari kadang kala menghempas buas ketenangan dirinya.

“Rita, any message for me?” soal Arief Hakimi sebaik menghampiri meja setiausahanya.
Rita sedikit mengangguk sebelum menjawab. “Encik Redzuan call tadi nak berbincang tentang Projek Kemilau Jaya. Kalau boleh dalam minggu depan,” beritahu Rita.

“Itu saja?”

“Ya bos... itu saja.”

“Okay, thanks!”

Arief melangkah masuk ke dalam biliknya dituruti Malik di belakang. Sebelum itu Malik sempat melemparkan senyuman kepada Rita yang memandangnya dengan kerutan di dahi. Malik yang memahami bahasa mata Rita yang ke arah bos mereka hanya mampu menjongketkan bahu. Mungkin riak wajah Arief yang sedikit tegang menjadi tanda tanya di benak fikiran Rita.

“Malik aku nak kau carikan maklumat untuk aku,” kata Arief sambil melabuhkan punggung di kerusi.

“Maklumat tentang apa bos?” tanya Malik yang berdiri di hadapan meja Arief.

“Maklumat tempat Qaseh bekerja,” beritahu Arief.

Berkerut dahi Malik. Kenapa pula bosnya ingin mengetahui tempat Qaseh bekerja? Dulu bosnya yang mengarahkan dia mencarikan kerja untuk Qaseh. Kebetulan ketika itu Arief terpaksa ke luar negara kerana menguruskan beberapa urusan penting. Dia telah dipertanggungjawabkan oleh bosnya untuk melindungi Qaseh daripada keluarga tiri Qaseh sendiri. Sejak itu dia jatuh simpati kepada gadis itu. Dan sejak itu juga hubungan mereka menjadi akrab. Qaseh sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Namun, apa yang merisaukannya ikatan perkahwinan antara Arief dan Qaseh terlalu rumit. Dia sendiri tidak tahu sampai bila keadaan ini akan berterusan.

“Kenapa bos perlukan maklumat tu?”

“Selama ni aku tak pernah ambil tahu di mana tempat Qaseh kerja. Segalanya aku serahkan pada kau, Malik. Tadi kau nampak lelaki yang bersama Qaseh kan?”
Malik diam seketika sebelum bersuara. “Yang mana satu bos?”

“Yang duduk sebelah Qaseh. Aku nampak dia begitu mesra dengan Qaseh,” beritahu Arief. Ada nada cemburu terbit dari bibirnya.
Malik mengulum senyum. Kes cemburu lah ni.

“Kalau tak silap saya, syarikat Qaseh bekerja ada masuk tender untuk projek di Langkawi tu bos.”

Kata-kata Malik menarik perhatian Arief. Berkerut dahi Arief memandang Malik. “Syarikat yang mana satu?” soal Arief. Banyak syarikat yang menghantar tender untuk projek di Langkawi itu.

“Bersatu Setia Enterprise.”

“Kalau macam tu dapatkan maklumat tentang syarikat tu,” putus Arief Hakimi.

“Baik bos! Kalau tak ada apa saya keluar dulu bos.”

“Aku nak tahu semuanya Malik, jangan ada tertinggal satu pun,” beritahu Arief tegas.

Malik mengangguk faham sebelum berlalu pergi.

Sebaik kelibat Malik hilang di balik pintu, Arief bersandar di kerusi dan menghala pandangan ke luar tingkap. Pandangan langit yang membiru tidak mampu menenangkan hati Arief yang tidak keruan saat ini. Arief meraup muka beberapa kali. Entah apa kena dengan dia? Melihat Qaseh bersama lelaki itu hatinya bagaikan terbakar. Ya, dia cemburu! Cemburu melihat cara lelaki itu melayan Qaseh. Dia tahu lelaki itu ada menaruh hati kepada Qaseh. Pandangan dan senyuman lelaki itu tergambar kebahagiaan tika berbicara dengan Qaseh.

Arief mengeluh berat. Nur Qaseh Qalesya... mengungkap segaris nama itu seolah memberi sejalur ketenangan dalam dirinya. Kelembutan wajahnya memberi seribu kedamaian di jiwa. Tingkah Qaseh sering mengundang kerinduannya. Sejak pertama kali terpandang wajah itu, hatinya seperti berdetik sesuatu. Kejamkah aku kerana menggunakan Qaseh untuk kepentingan perasaannya sendiri? Dia bertekad Qaseh mesti menjadi miliknya. Kejamkah dia kerana mengambil kesempatan disaat Qaseh dalam kesempitan? Mengingatkan kembali peristiwa setahun yang lalu perasaan resah dan gusar silih berganti menjalar dalam dirinya. Tapi dia telah berjanji. Amanat yang tidak mungkin dia akan mungkiri.

Sesekali tangannya menyapu air mata yang tidak henti-henti mengalir membasahi pipi. Sejak nenek di masukkan ke hospital, Qaseh tetap setia menemani di sisi neneknya.

“Ehem...” Qaseh pantas berpaling ke belakang. Saat melihat susuk tubuh lelaki itu dia pantas berpaling kembali ke hadapan. Segera air mata yang membasahi pipi disapu bersih.

“Kata doktor nenek cik Qaseh dah semakin stabil,” beritahu lelaki itu.

“Terima kasih kerana encik dah banyak tolong saya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya,” perlahan suara Qaseh menuturkan kata.

Kemudian masing-masing hanya membisu. Qaseh hanya menunduk. Kelu lidah untuk berbicara.

“Qa... Qaseh...” suara nenek menarik perhatian Qaseh. Pantas tangan nenek digenggam erat.

“Qaseh kat sini nek...” jawab Qaseh. Sebak dadanya melihat neneknya yang perlahan-lahan membuka mata.

“Nenek kat mana ni Qaseh?” tanya nenek lemah.

“Nenek kat hospital. Semalam nenek pengsan,” beritahu Qaseh. Dalam kerisauan Qaseh cuba mengukir senyuman kepada nenek. Ubun-ubun nenek diusap lembut.

“Qaseh tak apa-apa? Zakri ada buat apa-apa pada Qaseh?” tanya nenek risau. Raut wajah Qaseh tekun diamatinya.

“Qaseh tak apa-apa nek. Nek jangan risau. Qaseh takut sangat tengok nenek pengsan semalam. Tak patut betul abang Zakri buat nek macam tu,” luah Qaseh pilu. Tidak pernah dia menyangka Zakri sanggup berlaku kasar terhadap nenek. Tidak sanggup lagi dia melihat nenek terus dikasari oleh keluarga tirinya itu, biarlah dia saja yang menanggungnya. Dia sanggup berkorban, walaupun nyawanya menjadi galang gantinya.
Pandangan nenek beralih pada lelaki di sebelah Qaseh. “Ini siapa? Tunang Qaseh ya?” tanya nenek. Wajah yang pucat tampak sedikit berseri melihat pemuda di sebelah Qaseh.
Pertanyaan nenek itu membuatkan Qaseh terkedu. Qaseh berpaling seketika pada Arief Hakimi.

“Bu...”

“Ya nek... saya tunang Qaseh,” jawab Arief lalu tangan nenek dicium lembut.
Qaseh terkasima. Tindakan lelaki itu tidak terduganya.

“Segak betul orangnya. Dah lama nenek tunggu nak kenal-kenal dengan tunang cucu nenek ni. Entah kenapa Qaseh nak sorokkan pulak tunang dia. Nenek tengok segak bergaya. Secocok betul dengan cucu kesayangan nenek ni.” Tidak beralih pandangan nenek pada seraut wajah Arief. Segaris senyuman menawan menghiasi wajah Arief menyerlahkan lagi kekacakkannya apabila mendengar kata nenek.

“Siapa nama tunang Qaseh ni?” tanya nenek.

“Nek kena banyak berehat. Badan nek masih lemah.” Qaseh semakin tidak keruan apabila nenek semakin berminat berkenalan dengan lelaki di sebelahnya ini.

“Nek dah tak apa-apa. Sekarang nenek nak kenal dengan tunang Qaseh ni. Bila nenek tanya, ada saja alasan Qaseh. Dulu Qaseh kata bila nenek dah jumpa orangnya nenek tanyalah apa yang nenek nak tanya.”

Qaseh terdiam. Kelu lidahnya untuk berkata.

“Nama saya Arief Hakimi nek...” jawab Arief.

“Arief Hakimi... sedap nama tu seperti orangnya juga,” puji nenek.

Qaseh mencuri pandang ke arah lelaki di sebelahnya. Arief perasan tingkah Qaseh itu lalu dia menjongket sebelah kening ke arah Qaseh sambil melirik segaris senyuman nipis buat Qaseh. Qaseh melarikan wajah.

“Kalau nenek minta Arief buat sesuatu untuk nenek, bolehkah Arief tunaikan?” kata nenek. Raut wajahnya tersirat seribu pengharapan terhadap Arief yang disangka tunang Qaseh itu.

Qaseh mengangkat muka. Hatinya mula berdebar-debar. Dia mula tidak sedap hati melihat raut wajah nenek. Dia tahu dari wajah neneknya bukan perkara ringan yang ingin dibicarakan.

“Ada apa nek? Arief akan cuba tunaikan,” jawab Arief Hakimi tenang.

“Nenek mahu Arief kahwin dengan Qaseh secepat mungkin. Nenek tidak sanggup lagi Qaseh terus diseksa oleh keluarga tirinya. Nenek tak mampu berbuat apa-apa...” kata nenek sebak.

“Nek, kita bincang hal ni lain kali ya. Sekarang nek perlu banyak berehat,” pujuk Qaseh supaya nenek tidak terus berbicara tentang hal perkahwinan yang tidak mungkin terlakar dalam hidupnya.

“Tidak Qaseh... walaupun Qaseh tak pernah bercerita tapi nek tahu hidup Qaseh terseksa. Nenek tak sanggup lagi biarkan Qaseh menanggungnya sendirian. Dan selagi nek tak dapat jawapan dari Arief, hati nek tak tenang,” luah nenek.

“Tolong nek ya Arief... nek percaya Arief baik orangnya. Nek berharap sangat Arief dapat tunaikan permintaan nek ni,” kata nenek sayu.

Suasana menjadi hening seketika sebelum Arief bersuara.

“Saya tak ada masalah nek... terserah kepada Qaseh. Kalau Qaseh setuju saya akan percepatkan perkahwinan kami,” jawab Arief perlahan membuatkan jantung Qaseh hampir luruh.


“Kenapa encik mengaku tunang saya tadi. Encik tahu tak encik dah menambahkan masalah saya lagi. Kalau sebab kemalangan tu, encik tak payah risau. Saya maafkan. Lagipun saya yang cuai, melintas jalan tak tengok kiri kanan. Encik tak perlu tebus kesalahan sampai macam ni sekali,” hambur Qaseh. Wajahnya serius memandang ke arah lelaki itu mengharapkan penjelasan segala persoalan yang menghentak benak fikirannya.

“Kalau itu anggapan cik Qaseh, anggap saja saya ingin menebus kesalahan itu,” jawab Arief. Sikap selamba Arief membuatkan Qaseh semakin geram. Lelaki itu dirasakan terlalu mengambil mudah semua perkara. Nikah kahwin bukan boleh di buat main-main.






“Encik ni betul ke tidak?”

Arief menghala nafas. Dia melabuhkan punggung di sebelah Qaseh. Pantas Qaseh menjarakkan duduknya. Manakala Arief tetap dengan wajah tenangnya.

“Macam mana cik Qaseh nak selesaikan masalah ni? Saya dah tak nampak jalan lain lagi.”

“Panggil saja Qaseh tak payah bercik – cik dengan saya. Saya akan cuba cari jalan penyelesaian. Kalau tak ada cara lain mungkin saya akan berterus terang saja dengan nenek.”

“Qaseh tak risau keadaan nenek akan lebih teruk jika dia tahu perkara sebenar?” soal Arief yang ternyata mampu mengubah riak di wajah Qaseh. Sepasang mata redupnya bertemu pandang dengan mata sayu milik Qaseh.

Qaseh hanya membisu seribu bahasa. Berat untuknya menerima tetapi dia juga tiada jalan penyelesaian pada masalah yang bertimpa-timpa menekan jiwanya.

“Kita ditakdirkan bertemu tentu ada sebabnya...” perlahan suara Arief menuturkan kata. Dia berpaling menatap langit yang kemerahan menandakan malam bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi. Cukup indah langit di pandangan matanya saat ini.

“Tapi kenapa saya?” cukup perlahan ungkapan itu mencecah perdengaran Arief. Kata-kata itu seolah meluahkan seribu pertanyaan. Wajah Qaseh saat itu meruntun jiwa dan perasaannya.

Arief Hakimi menarik nafas dalam. Perasaan itu seakan memukul tangkai hatinya. Dia tahu selama ini Qaseh melayannya dengan baik kerana ingin membalas budi. Tetapi dia tidak pernah mengharapkan Qaseh membalasnya. Apa yang kau harapkan Arief Hakimi? Kau nak Qaseh menjadi ubat duka di hati kau tu? Kau tak takut akibatnya nanti jika Qaseh tahu? Arief seperti mendengar kata bisikan padanya.

Arief meraup muka dan beristighfar panjang. Lantas dia mencapai beg bimbitnya lalu memasukkan beberapa dokumen ke dalam beg itu. Dia bangkit sambil mencapai kot yang di sangkut di kerusi dan melangkah keluar dari biliknya.

“Rita... any call for me just take the message.” pesan Arief sebelum melangkah pergi.

“Okay bos!” jawab Rita. Sepasang matanya tertumpu pada susuk tubuh Arief yang semakin menjauh dari pandangan. Tingkah Arief menimbulkan tanda tanya di benak fikirannya. Apa kena dengan bos aku hari ni? Tiba-tiba saja moody. Pagi tadi elok saja aku tengok. Takkan gaduh dengan Cik Julia kut? Tadi bukan main lagi gelak ketawa. Teringat dia tingkah Julia yang berseri-seri wajahnya kerana Arief sudi menemaninya makan tengahari. Siapa tidak kenal dengan Julia, model yang semakin meningkat nama. Terpampan wajahnya dalam majalah-majalah fesyen. Sebelum ini sudah beberapa kali Cik Julia cuba memujuk bosnya itu keluar bersama. Namun, Encik Arief sering menolak atas alasan jadual kerjanya yang padat. Bukan dia tak tahu semuanya itu hanya alasan semata-mata. Tetapi hari ini terlepas pulak ya. Ah! Lantaklah diaorang, tak payah nak jadi buzy body.

“Rita!”

Terperanjat Rita mendengar rakan sekerjanya Zila memanggilnya dengan nada suara yang agak tinggi. “Eh, apasal kau jerit panggil aku ni?”

“Dah aku panggil kau tak dengar... mengelamun mana entah?” jawab Zila.

“Ye ke... sorry lah aku tak sedar tadi,” jawab Rita tersenyum simpul.

“Bos ada tak?”

“Bos dah keluar...”

“Keluar ke mana?”

“Entah, Encik Arief tak bagitau pulak.”

“Tadi aku nampak Encik Arief keluar dengan Cik Julia,” kata Zila sambil meletakkan fail di atas meja Rita. Dia terserempak dengan Encik Arief dan Cik Julia ketika dia baru balik dari meeting di luar. Dan sempat juga bosnya itu meninggalkan pesan mahukan fail projek Mega Jaya atas mejanya selepas waktu makan nanti.

“Aku tahu... dah lama Cik Julia tu ajak Encik Arief keluar, tapi sering ditolaknya.”

“Tahu pulak kau ye?”

“Mestilah aku tahu. Aku ni yang selalu kena cari alasan nak tolak perlawaan Cik Julia tu. Bukan main seksa aku nak perah otak cipta alasan,” jawab Rita sepatuh merungut.

Zila tergelak melihat Rita yang sudah menarik wajah muncung itu. “Ni, aku nak serahkan fail yang Encik Arief nak tu. Nanti kau tolong letak atas meja dia ya. Esok pagi aku ada appointment dengan client, kalau bos nak tanya apa-apa petang baru aku masuk office,” terang Zila sambil menyerahkan fail itu kepada Rita.

“Okay... no problem,” kata Rita sambil menyambut fail itu.

Qaseh menolak perlahan pintu dan melangkah masuk. Terkial-kial dia menutup kembali pintu apabila tangannya memegang plastik yang sarat dengan barangan dapur yang dibelinya tadi.

“Hai...”

Terlepas segala barangan di tangan kerana terkejut dengan sapaan itu. Dia pantas berpaling ke belakang. Dadanya berdegup kencang. Tersandar tubuhnya di dada pintu menahan debar di dada.

Melihat wajah pucat Qaseh, pantas Arief mendekati Qaseh. “Awak okay?” tanya Arief bimbang.

Qaseh tetap membisu. Tangannya melekap di dada. “Qaseh, awak tak apa-apa ke? Maaf sebab buat awak terkejut.” Arief bersuara lagi apabila melihat Qaseh tetap mendiamkan diri. Perasaan kesal mula terbit dari dalam dirinya melihat keadaan Qaseh begitu.

“Saya tak apa-apa. Awal Encik Arief balik hari ni?” tanya Qaseh sambil menatap wajah

Arief yang terusan merenungannya. Seketika mereka berpandangan. Qaseh mula tidak keruan dengan tingkah Arief. Pandangannya seperti menyimpan sesuatu yang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.

Melihat tingkah Arief yang terusan membisu, Qaseh mengambil keputusan untuk mengutip segala barangan yang bertaburan di lantai. Namun, tiba-tiba tubuhnya kaku apabila melihat tangan Arief melekap di pinggangnya. Debaran yang surut mula berdetak kembali.

Arief yang menyedari pandangan Qaseh itu, dengan perlahan meleraikan pautannya di pinggang Qaseh. Bukan niatnya, dia jadi bimbang melihat wajah pucat Qaseh dan tanpa disedari tangannya memaut pinggang Qaseh.

Pantas Qaseh mengutip barangan yang berselerakan di lantai dan di masukkan ke dalam beg plastik kembali. Arief juga turut membantu. Namun, tidak semena-mena tangan Arief dan Qaseh bertemu ketika mereka ingin mengambil sebiji buah epal. Keadaan kaku seketika. Tersirap darah Qaseh apabila tangannya digenggam erat seketika oleh Arief sebelum dilepaskannya. Qaseh kehairanan. Tidak pernah Arief bersikap demikian. Arief kemudian membawa beg plastik itu ke dapur tanpa menoleh ke arah Qaseh lagi. Perlahan Qaseh berdiri. Fikirannya sarat dengan tanda tanya dengan sikap Arief tadi.

Qaseh melangkah ke dapur dan melihat Arief mengeluarkan buah-buahan dari dalam beg plastik dan dimasukkan ke dalam peti sejuk.

“Encik Arief, biarkan saja di situ. Nanti Qaseh kemaskan,” tegah Qaseh.

“Maaf, saya betul-betul tak sengaja. Bukan niat saya nak buatkan awak terkejut tadi,” kata Arief tidak mengendahkan tegahan Qaseh.

“Encik Arief... “ panggil Qaseh perlahan. Terhenti perbuatan Arief kala itu saat mendengar suara Qaseh.

“Encik Arief tak sihat ke?” tanya Qaseh terusan merenung wajah Arief. Qaseh perasan sepasang mata Arief yang cuba dilarikan dari pandangannya.

“Saya sihat... saya cuma penat,” jawab Arief lemah.

“Kalau macam tu Encik Arief pergi berehat dulu. Nanti saya masakkan special untuk Encik Arief. Kita makan sama-sama. Okay?” kata Qaseh cuba menceriakan keadaan yang suram saat ini.

Arief hanya mengangguk. Dia melemparkan segaris senyuman sebelum melangkah keluar dari ruang dapur itu.

Qaseh mula mengeluarkan bahan-bahan untuk dimasaknya nanti. Kadang kala dia merasakan dirinya tidak ubah seperti perempuan simpanan. Tetapi Arief tidak pernah cuba mengambil kesempatan terhadap dirinya. Dia betul-betul terhutang budi dengan pertolongan Arief. Dia tidak kisah jika Arief ingin merahsiakan hubungan mereka. Ye la, dengan kedudukan dan pangkat Arief sudah tentu akan memburukkan statusnya berkahwin dengan perempuan sepertinya yang tiada apa-apa. Cuma layak untuk dikasihani saja.

Qaseh mengeluh. Ah! Jangan dilayan sangat perasaan, pasti akan mengundang kepedihan dan kesedihan dalam dirinya. Dengan lafaz bismillah, Qaseh mula memotong bahan-bahan untuk masakan tomyam. Dia tahu Arief gemar makan tomyam, cukup berselera dia makan. Tanpa disedari segaris senyuman terukir di wajahnya.

Tuesday, September 27, 2011

Tika Hati Berbicara 3

Mati langkah Qaseh sebaik melangkah masuk ke restoran yang exclusive itu. Bukan dia terpegun dengan suasana restoran tetapi susuk tubuh yang sedang menikmati hidangan bersama seorang gadis jelita tidak jauh dari tempatnya berdiri ketika ini. Mesra sekali pasangan itu dipandangannya.



“Kenapa Qaseh?” Qaseh tersedar lalu berpaling memandang jejaka yang menegurnya. Lantas senyuman hambar terukir di raut wajah Qaseh saat ini. Entah mengapa hatinya bagaikan terasa dihiris-hiris apabila pandangannya dijamu dengan adegan tadi.


“Tak ada apa Encik Azman, sa.. saya tak sangka Encik Azman nak bawa saya makan kat sini,” agak gugup Qaseh menjawab.



“Dah lama saya nak ajak awak makan Qaseh, cuma awak selalu mengelak. Ini pun kita keluar ramai-ramai baru awak sudi keluar makan dengan saya kan,” kata Azman bersama senyuman di wajah. Azman merupakan Ketua Bahagian Pemasaran dan Qaseh adalah salah seorang pembantunya. Jatuh cinta pandang pertama boleh diungkapkan untuk jejaka bernama Azman ini apabila pertama kali dia bertemu Qaseh semasa sesi temuduga empat bulan lalu. Seraut wajah lembut itu betul-betul menawan hatinya.




“Bukan begitu Encik Azman, apa kata yang lain kalau kita berdua saja yang keluar. Kalau ramai macam ni tak ada yang akan berkecil hati kan,” balas Qaseh sedaya boleh tidak mahu Azman terasa kerana sering menolak pelawaannya.




“Boleh tak saya nak buat satu permintaan dengan Qaseh?”




“Permintaan?” tanya Qaseh. Berkerut wajahnya memandang Azman.



“Boleh tak awak jangan panggil saya Encik. ”




Qaseh terkedu.




“Mana boleh tu Encik Azman, saya dah biasa panggil Encik Azman, encik. Lagipun saya orang bawahan. Saya perlu hormat pada Encik Azman,” jawab Qaseh jujur.




“Qaseh... Qaseh... saya tak pernah membandingkan staff-staff saya. Kita bekerja dalam satu pasukan, barulah ada keseronokan bila bekerja. Saya tak kisah pun...” jelas Azman.


Qaseh hanya diam. Tapi saya kisah Encik Azman. Kata hati Qaseh. Dalam diam dia mengakui kata-kata Azman ada benarnya. Bekerja dalam satu pasukan. Bersatu teguh bercerai roboh. Tetapi takkan dia nak panggil ‘Azman’ sahaja sebaliknya staff lain memanggilnya ‘Encik Azman’ tidakkah nampak janggal. Sudah tentu staff lain akan menyangka yang bukan-bukan.


“Jomlah mereka dah tunggu kita tu,” kata Azman beralah dengan sikap Qaseh yang sukar untuk dia selami itu.


Qaseh hanya mengangguk bersama segaris senyuman kepada Azman. Kemudian mereka beriringan menuju ke meja yang telah ditempah sejak awal lagi. Qaseh teragak-agak untuk duduk di kerusi yang ditarik oleh Azman untuknya. Tingkah Azman tampak gentleman sekali. Serba tidak kena dibuatnya apabila pandangan-pandangan yang melihat sikap Azman padanya. Dia tidak tahu bagaimana ingin menyusun kata supaya Azman tidak terus melayannya begini.


Dalam memikirkan sikap Azman, jiwanya meronta-ronta untuk memandang ke hadapan. Wajah yang sentiasa mengundang debaran di dadanya. Debarannya semakin hebat sebaik sepasang matanya bertaut dengan pandangan lelaki itu. Tajam pandangan itu menusuk ke sanubarinya. Perasaan gentar mula menyelubungi diri. Sudahnya, Qaseh tertunduk memandang permukaan meja. Tidak sanggup membalas renungan lelaki itu. Marahkah dia? Tetapi dia sudah meminta izin tadi. Dan dia telah mengizinkannya. Kenapa dia nampak macam tak suka saja?

“Man, kalau tak silap aku, itu Encik Arief kan?”










Qaseh mengangkat muka. Pertanyaan Razif menarik perhatian Qaseh. Kini Arief menjadi tumpuan mereka pula.


“Ye la... itu Encik Arief. Siapa pulak perempuan tu? Kekasih dia ke?”

Suara Diana pula mula mencipta gosip. Qaseh hanya membisu. Entah mengapa hatinya bagaikan dihiris melihat gelak ketawa Encik Arief bersama gadis itu. Gaya pemakaian gadis itu sudah cukup untuk menjelaskan citarasa Arief. Kalau hendak dibandingkan dengan dirinya yang lebih selesa berbaju kurung dan hanya mengenakan solekan yang nipis sahaja, awal-awal lagi sudah ditolak ke tepi. Mungkin sebab itu selama ini Arief bersikap dingin terhadapnya.



"Ye ke kekasih dia. Setahu aku Encik Arief tu ramai girlfriend. Ini entah girlfriend yang keberapa tak tahu lah. Siapa yang tak kenal dengan Encik Arief tu... ramai perempuan cuba nak dekati dia. Siapa yang nak tolak orang macam Encik Arief... sudahlah kacak bergaya, banyak duit pulak tu...” Laila pula menokok tambah cerita.

“Orang perempuan ni tak habis-habis bergosip. Habis tu korang tak nak join sekaki ke pikat Encik Arief tu?” suara Hamdan pula mencelah kerancakkan Diana dan Laila bercerita.

Tersipu-sipu Diana dan Laila malu ditegur Hamdan. Hamdan pula merupakan Ketua di bahagian Sumber Manusia. Diana dan Laila adalah pembantu-pembantunya.

“Kita belum dapat apa-apa jawapan lagi ke Man pasal projek kat Langkawi tu?” soal Hamdan.
"Belum... mungkin dalam dua atau tiga minggu lagi,” beritahu Azman yang membisu sedari tadi. Tidak dinafikan dia menaruh harapan yang tinggi untuk tender di Langkawi itu. Segala keputusan terletak di tangan Arief Hakimi.

Qaseh hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu menahu pasal projek yang diperkatakan mereka itu. Dan tidak menyangka pula Arief menjadi topik perbualan mereka.
“Aku harap kita berjaya dapat tender tu, walaupun kita tahu Encik Arief tu bukan senang hendak memberikan tender pada syarikat kecil macam kita. Dah banyak tender kita cuba sebelum ni. Harap-harap kali ini syarikat kita bernasib baik,” kata Hamdan.

"Kita dah cuba buat yang terbaik. Selebihnya kita berdoa dan berserah pada Allah. Kalau rezeki kita tak kemana. Tapi yang penting jangan kita berputus asa mengembangkan syarikat kita agar terus berjaya lagi. Walaupun kita hanya mendapat tender yang kecil tetapi sekiranya kualiti kerja kita terbaik... sudah tentu akan ada lagi tender untuk kita. Okey! Sekarang kita makan... bukan senang bos-bos kamu ni nak belanja macam hari ni... tambah-tambah lagi nak ajak sorang puteri ni...” ujar Azman sambil melirik pandang ke arah Qaseh di sebelahnya.

Qaseh membetulkan duduk. Serba salah dibuatnya apabila mata rakan-rakannya sudah tertumpu kepadanya. Apatah lagi senyuman penuh makna menghiasi bibir mereka masing-masing. Dia tahu kata-kata Azman itu ditujukan buatnya.
“Man kalau dah berkenan tu cepat-cepat la masuk meminang...” sakat Razif sambil tersengih panjang.

Tak tertelan air liur Qaseh. Ya Tuhan, kenapa perkara ini pula yang ditimbulkan.

“Jangan dilayan si Zif ni... kalau bab menyakat memang no satu. Dari layan si Zif ni baik kita makan.” ujar Azman. Melihat wajah Qaseh, Azman tahu Qaseh malu dengan kata-kata Razif tadi. Mungkin rakan-rakannya sudah dapat menghidu perasaannya yang mula tumbuh terhadap Qaseh. Dia juga tidak malu untuk mengakui perasaannya itu. Tetapi yang menjadi masalah adalah Qaseh yang sukar untuk dia takluki sekeping hati itu.

Bau aroma yang menusuk ke hidung sedikit pun tidak membangkitkan selera Qaseh. Namun, demi menjaga hati Azman yang beria-ia melayannya digagahkan juga menyaup nasi ke mulut. Nasi yang ditelan terasa pasir sahaja. Berbanding rakan-rakan yang lain nampak cukup berselera sekali menikmati hidangan yang terhidang di atas meja.

“Tak sedap ke Qaseh? Saya tengok tak luak pun nasi tu,?” tanya Azman.

Qaseh tersentak apabila ditegur Azman yang berada di sebelahnya.

“Eh, sedap Encik Azman... cuma saya kurang selera sikit. Mungkin dah kenyang sebab saya sarapan lewat tadi,” dalih Qaseh. Segaris senyuman di bibir cuba diukir buat Azman yang terusan merenungnya.

“Awak selalu sarapan lewat. Banyak sangat ke kerja yang saya bagi sampai tak sempat nak sarapan?” soal Azman cukup mengambil berat tentang diri Qaseh. Apa juga mengenai Qaseh pasti akan menjadi perhatiannya.




“Tak adalah Encik Azman, saya yang selalu terleka buat kerja sampai terlupa nak makan,” jawab Qaseh.


“Jangan amalkan Qaseh, tak baik untuk kesihatan awak...” nasihat Azman.

Qaseh diam. Dia hanya melemparkan senyuman nipis buat Azman. Tidak tahu untuk berkata apa lagi. Sikap ambil berat Azman kekadang merunsingkannya. Sudah kedengaran cakap-cakap dia dan Azman mempunyai hubungan lebih dari rakan sekerja. Aduh... apa yang harus dia lakukan untuk menafikan perkara itu. Dan paling dikhuatiri sekiranya gosip itu sampai ke telinga Arief. Mungkin Arief tidak akan mengizinkannya bekerja lagi.


Qaseh memberanikan diri memandang ke hadapan. Senyum dan tawa mesra Arief menggambarkan dia cukup bahagia didampingi gadis itu. Tidak pernah senyuman seperti itu terukir buatnya. Ada rasa kepedihan tergaris di hati, tapi apa haknya untuk merasai perasaan itu. Dia sepatutnya tidak boleh membiarkan perasaan itu terus menjalar dalam dirinya. Peristiwa setahun yang lalu mula berputar di benak fikirannya.

“Kenapa busuk sangat hati kau Siah. Apa dosa Qaseh pada kau sampai kau sanggup buat dia macam ni. Kau memang tak ada hati perut langsung ugut aku dengan Qaseh ikut kehendak kau!”

“Mak tak payah nak membebel kat saya lah... saya ada hak atas harta abang Din. Saya isteri dia, segala harta dia milik saya.”

“Sejak bila pulak Din ada tukar nama tanah ni atas nama kau?”

“Mak saja tak tahu... abang Din sudah tukar hak milik tanah ni pada dua bahagian. Sebahagian atas nama Siah sebahagian lagi atas nama Qaseh. Aku tak kira Qaseh! Kau mesti setuju jualkan tanah ni!” keras kata-kata Puan Samsiah kepada Qaseh yang ternyata terkejut dengan perkara yang disampaikan oleh ibu tirinya itu. Selepas kematian ibu, abah telah menukar hak milik tanah ini sepenuhnya atas namanya. Kenapa lain pula jadinya? Tanah ini pun sebenarnya arwah wan yang serahkan kepada abah.

“Habis tu nenek nak tinggal kat mana makcik? Kasihanlah nenek...” rintih Qaseh mengharapkan belas kasihan Puan Samsiah.

“Anak-anak dia yang lain kan ada. Tinggal ajelah dengan diorang,” jawab Puan Samsiah.
“Di rumah ni sajalah kenangan yang nek ada bersama wan... kalau nak tinggal dengan anak-anak yang lain dari dulu lagi nek dah tinggal dengan diaorang,” kata Qaseh mengharapkan pengertian ibu tirinya itu.

“Apa aku kisah... kenang benda-benda tu bukan boleh buat aku senang pun,” sinis kata-kata yang terluah dari bibir Puan Samsiah. Sikap pentingkan diri sendiri sudah sebati dalam dirinya. Susah orang lain tidak pernah diambil tahunya. Apa yang penting kemahuan hatinya yang perlu didahulukan dulu.


“Eh, Qaseh! Kau jangan buang masa kami boleh tak! Baik kau cepat-cepat sign dokumen ni. Kami pun tak mahu duduk lama kat sini. Hish! Banyak nyamuk,” celah Elyana yang sejak tadi asyik bertepuk tampar apabila tubuhnya dihinggapi sang nyamuk.


“Qaseh tak nak sign!” tegas suara Qaseh meluahkan pendiriannya.


“Apa kau cakap Qaseh? Kau tak nak sign!” tengking Zakri menyinga berang dengan tindakan Qaseh itu.

"Kenapa kau ni degil sangat hah! Aku bukan suruh kau buat apa pun. Aku mintak kau sign saja. Takkan itu pun susah sangat!”


Terjerit Qaseh apabila rambutnya direntap Zakri.


“Zakri lepaskan Qaseh!” pinta nenek lalu menghampiri Zakri. Tangan nenek yang cuba melepaskan Qaseh ditepis Zakri kasar.



“Nenek!!!!” jerit Qaseh apabila melihat neneknya rebah ditolak Zakri. Qaseh cuba meronta-ronta melepaskan diri dari cengkaman Zakri tetapi gagal. Tidak cukup rambutnya ditarik. Pipinya juga menjadi mangsa tamparan Zakri.


“Lepaskan aku!!” jerit Qaseh terus meronta. Tubuh Zakri dipukulnya tetapi sedikit pun tidak memberi kesan kepada Zakri. Malah tubuh Qaseh yang menjadi mangsa tangan kasar Zakri.


Keadaan nenek yang sudah tidak bergerak betul-betul mencemaskan Qaseh.

“Nenek...!!!” panggil Qaseh. Berharap neneknya memberi reaksi tetapi hampa. Airmata mula deras mengalir di pipinya.


“Tolonglah lepaskan aku...” kali ini Qaseh merintih.


“Baiklah aku turutkan kehendak korang...” putus Qaseh bersama hiba. Dia tidak lagi meronta. Hilang segala kudratnya untuk melawan kekuatan Zakri.

“Lepaskan dia!!”


Satu suara kedengaran dari luar rumah. Semua mengalih pandangan ke arah suara itu. Arief Hakimi melangkah masuk ke dalam rumah. Sepasang matanya tajam menikam wajah Zakri. Di sisi Arief berdiri tegap pembantu peribadinya, Malik.


“Lepaskan dia... aku akan bayar tiga kali ganda dari harga yang kau nak tetapi bersyarat,” ujar Arief Hakimi serius.


“Apa syaratnya?” soal Puan Samsiah tidak sabar mendengar tawaran itu.



“Qaseh hak aku!”

Terpanpam Qaseh. Terasa kelam dunianya saat ini. Dirinya yang menjadi galang ganti. Maruahnya yang menjadi taruhan. Namun, apa lagi pilihan yang dia ada. Mungkin ini pengorbanan yang perlu dia lakukan. Apa yang berlaku setahun yang lalu akan Qaseh simpan kedap di lubuh hatinya. Walaupun duka yang berlubuk dalam jiwa tetapi dia cuba untuk menerimanya.


Qaseh mengeluh.


“Awak ada masalah ke Qaseh? Asyik termenung dari tadi,” tegur Azman.

Qaseh mengalih pandangan ke wajah Azman yang memandangnya dengan riak kerisauan.


“Kenapa Encik Azman terlalu baik pada saya?” soal Qaseh tanpa berselindung lagi.

Mendengar soalan Qaseh itu, Azman melirik senyum. Sepasang matanya terus menatap wajah Qaseh yang semakin mengajarnya erti rindu. Azman mendekatkan tubuhnya sedikit kepada Qaseh.


“Awak tahu jawapannya Qaseh. Apa sahaja yang berkaitan dengan awak pasti akan menjadi perhatian saya. Cuma awak tidak menyedarinya, Qaseh,” bisik Azman perlahan. Tidak mahu kata-kata itu didengari oleh rakan-rakannya.


Qaseh diam seribu bahasa. Wajahnya tidak beriak. Apakah ini bermakna Azman sudah jatuh cinta padanya? Tak mungkin! Azman tidak boleh jatuh cinta dengannya. Lantas dia berpaling dari wajah Azman yang terusan memandangnya. Apatah lagi senyuman menawan terusan terukir buatnya.


“Tapi saya teringin nak tahu jawapan awak Qaseh?” soal Azman. Wajah Qaseh menjadi santapan matanya. Raut indah wajah itu penuh dengan kelembutan dan kemanjaan.


“Kalau macam tu saya buat-buat tak sedar saja lah Encik Azman,” kata Qaseh perlahan sambil tertunduk. Namun masih mampu didengari Azman. Tingkah Qaseh itu mencetuskan ketawa Azman. Tahu Qaseh malu dengannya.



Tingkah Qaseh sentiasa mencuit hatinya. Inilah bahananya kalau sudah jatuh cinta. Segalanya terasa indah sahaja. Walau tidak bertemu rasakan beribu tahun lamanya. Azman menggeleng sambil tersenyum nipis dengan falsafah cintanya.


bersambung ( ^_^ )

Wednesday, July 27, 2011

Adakah anda sudah memiliki novel KDU?? Lontarkan pendapat anda mengenai novel ni :)

Assalamualaikum

Adakah anda sudah memiliki novel Kau Ditakdirkan Untukku?

Apa pendapat anda mengenai jalan citernya? Sudi2kanlah memberi pendapat ya... :)

Pendapat anda sedikit sebanyak dapat memperbaiki kelemahan cara penulisan gee yang masih merangkak dalam bidang penulisan.

Terima kasih buat semua yang setia menunggu nvl ini sehingga diterbitkan.

Salam Sayang buat semua :D

Tuesday, July 12, 2011

chak!! Cover & Sinopsis ~ Kau Ditakdirkan Untukku






SINOPSIS: Kenangan lama dalam hidupnya telah menutup pintu hati Akmal Ikram untuk bercinta lagi, namun pertemuan dengan Nuranis Fatihah membuatkan hatinya mula goyah. Dia mula tertarik dengan keperibadian yang ada pada gadis itu. Kelembutan dan kenakalan Anis sering mengusik hati Akmal. Sejak itu, hatinya mula terpaut. Wajah yang sentiasa dihiasi senyuman indah itu sering menggamit kerinduan di hatinya. Akmal teruja kala perancangan keluarga ingin menjodohkannya dengan Nuranis Fatihah. Namun sebaliknya bagi Anis yang berpegang pada prinsip perkahwinan yang terbina bukan atas dasar cinta tak akan membawa bahagia.


"Kenapa awak tak berterus terang aje. Tadi bukan main berani lagi nak berterus-terang sendiri. Sampai nangis-nangis," sindir Akmal tersengih nakal.


"Bos jangan sebut pasal tu lagi boleh tak!" bidas Anis geram.


Kemunculan Farah Hanim telah menggugat kepercayaan Anis terhadap Akmal. Apatah lagi fitnah yang ditabur oleh Farah disaat ambang perkahwinan mereka menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi pada perkahwinan mereka nanti? Mampukah Akmal memenangi hati gadis idamannya disaat dia bergelut dengan perasaannya sendiri?


Monday, July 11, 2011

Antara babak yang menarik dalam Kau Ditakdirkan Untukku







"Anis! Nak dengar tak saya lepaskan tension kat depan tu," tanya Akmal sambil mata di hala ke arah pentas.
"Hah! Bos nak lepaskan tension kat situ. Tak payahlah bos. Kalau tadi bos tak duduk depan saya, bolehlah. Nanti buat malu saya aje," terkejut Anis dengan saranan bosnya itu. Bos aku ni nak buat hal lagi ke? Jangan dia nak terpekik terlolong atas pentas tu sudahlah.
"Apa salahnya kalau saya nyanyi kat situ. Saya ni pandai main piano tau."
"Ye ke? Entah buaya entah badak, entah eya entah tidak," sindir Anis kurang percaya dengan kata Akmal itu.
"Awak tak percaya ye. Tak apa nanti saya buktikan."
"Hah! Nak buktikan! Tak payahlah bos. Kalau bos nak lepas tension pergi lah kat tepi pantai tu. Kat situ bos nak menjerit terlolong sampai terkeluar anak tekak pun orang tak peduli," kata Anis mula gusar jika Akmal serius dengan kata-katanya.
Bulat mata Anis bila melihat Akmal sudah berdiri sambil tersengih kepadanya. Anis mula tidak keruan. Tangannya mula menggaru kepala. Bos aku ni buat hal lagi. Semalam kat restoran malam ni kat sini pulak. Apa lah nasib aku dapat bos perangai ikut kepala dia aje ni.
Anis hanya berserah saja apa yang akan berlaku nanti. Dia hanya memerhati Akmal berbincang dengan pemain-pemain di situ. Berdebar dada Anis bila Akmal mula mengambil tempat di hadapan piano. Tika itu sempat Akmal mengalih pandang pada Anis seraya tersenyum.
Muzik mula dimainkan. Terpukau Anis mendengar suara Akmal mengalunkan lagu take me to your heart dari kumpulan Michael learn to rock. Lincah jari jemari Akmal memetik piano seperti sudah biasa gayanya.




Hiding from the rain and snow
Trying to forget but I won't let go
Looking at a crowded street
Listening to my own heart beat

So many people all around the world
Tell me where do I find someone like you girl

Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand before I'm old
Show me what love is - haven't got a clue
Show me that wonders can be true

They say nothing lasts forever
We're only here today
Love is now or never
Bring me far away

Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand and hold me
Show me what love is - be my guiding star
It's easy take me to your heart

Standing on a mountain high
Looking at the moon through a clear blue sky
I should go and see some friends
But they don't really comprehend

Don't need too much talking without saying anything
All I need is someone who makes me wanna sing









Tepukan gemuruh dari penonton menyedarkannya Anis dari terus terpaku merenung Akmal. Dilihat Akmal memberi tunduk hormat sebagai tanda terima kasih. Tidak mengangka Akmal mempunyai bakat terpendam, alunan lagu amat bersesuai dengan suaranya. Akmal melangkah menghampirinya. Anis sudah membetulkan duduk. Serba tidak kena pula jadinya. Apa kena dengan aku ni? Gemuruh semacam aje ni.
"Macam mana, okey tak?" tanya Akmal sebaik melabuhkan punggung di sofa.
"Ehem... tak sangka bos ada bakat terpendam ye," puji Anis tersenyum lebar.
"Tak adalah... sekali sekala main nak lepas tension," nafi Akmal merendah diri. "Melalui lagu juga boleh menyampaikan sesuatu mesej atau meluahkan perasaan kita pada seseorang," sambung Akmal lagi.
"Tadi bos nyanyi untuk yang mana satu?" tanya Anis sekadar ingin tahu.
"Saya rasa lebih kepada meluahkan perasaan kot," jawab Akmal lantas merenung ke dalam mata Anis sambil melemparkan senyuman yang cukup menawan.
Anis terkedu. Dia cuba melirik senyum menyembunyikan rasa tidak keruan. Pandangan Akmal mengundang debaran di dada. Kelu lidahnya, tidak tahu bagaimana untuk berbicara. Anis melarikan pandangan ke arah pentas. Kenapa tiba-tiba perasaan malu menerpa dirinya? Bukan dia hendak perasan, tetapi renungan Akmal tersirat seribu makna.
Tanpa Anis sedari, Akmal terusan merenungnya. Fahamilah Anis, hatiku sudah mula terpaut padamu. Keperibadianmu mempersonakanku. Pemikiranmu mengagumkanku. Adakah hatimu sudah dimiliki? Ingin sekali aku lontarkan hasratku ini. Tetapi aku tahu terlalu awal untuk ku luahkan.



Wednesday, July 6, 2011

Debaran Kau Ditakdirkan Untukku






Assalamualaikum




Novel Kau Ditakdirkan Untukku akan muncul dalam masa terdekat ini.


Gee pulak yang berdebar-debar menunggu kelahiran karya sulung neh... hehehe


InsyaAllah Gee akan war2kan secepat yang mungkin bila novel KDU diterbitkan.


Ingin tahu kesudahan kisah Akmal dan Anis? ;)


Dapatkan novel Kau Ditakdirkan Untukku yang bakal ada di pasaran tak lama lagi. ;p




Terima Kasih ;)



Salam Sayang


Gee Muszisya :D

Sunday, June 19, 2011

Akhirnya....


Salam

hari ni bab terakhir di Penulisan2u dan novel Kau Ditakdirkan Untukku akan menemui anda di pasaran JULAI nanti.

Gee akan war2kan di sini bila novel ini akan ada di pasaran nanti.

Terima kasih kerana sabar menunggu novel ini untuk diterbitkan.

Untuk sambungan bab 23 sila klik di bawah... :)

http://www.penulisan2u.my/2011/06/novel-kau-ditakdirkan-untukku-23/

Salam sayang

Gee Muszisya

Monday, June 6, 2011

Tika Hati Berbicara 2



“Kau ni memang tak guna! Menyusahkan aku!” bentak Puan Samsiah sambil jarinya menunjal-nunjal kepala Qaseh beberapa kali.

Qaseh yang masih berbalut kepalanya hanya tunduk merenung lantai. Sebentar tadi perit tubuhnya bila diheret masuk ke dalam rumah oleh Zakri, abang tirinya. Qaseh hanya membisu setiap kali ibu tirinya itu menyinga. Sekiranya dia melawan kata badannya yang menjadi mangsa. Zakri hanya tersengih melihat Qaseh dicerca dan diherdik oleh Puan Samsiah.

Di sofa Elyana adik tiri Qaseh tersenyum sinis melihat Qaseh dikasari mamanya. Senang hatinya kerana apa yang telah dirancang berjalan dengan lancar. Perasaan cemburu dan benci terhadap Qaseh sudah lama terpendam dalam hati Elyana. Sejak mamanya berkahwin dengan papa Qaseh, dia sering dibandingkan dengan Qaseh oleh papa tirinya itu. Qaseh sering didahulukan dalam segala hal. Lama kelamaan hati Elyana mula menanam perasaan benci terhadap Qaseh sehinggakan hatinya sarat dengan perasaan dendam. Sejak papa tirinya meninggal setahun yang lalu telah memberi ruang pada Elyana untuk membalas dendam terhadap Qaseh. Qaseh dilayan seperti hamba di dalam rumah itu apatah lagi segala tindak tanduknya disokong oleh mama dan abangnya.

“Kau ni memang sengaja nak malukan aku? Mana aku nak letak muka aku ni? Apa yang kau dah buat sampai Borhan tak nak kahwin dengan kau. Majlis kahwin tinggal berapa hari lagi, apa aku nak jawab kat semua orang nanti!!” asak Puan Samsiah.

Qaseh terusan menyepi membuatkan Puan Samsiah mula hilang sabar.

“Aku tanya kau ni Qaseh, jawab!! Bukan aku suruh kau duduk diam macam tunggul kat sini!!”

Qaseh mengaduh kesakitan apabila rambutnya ditarik kasar oleh Puan Samsiah. “Aduh... makcik sakit...tolong lepaskan rambut Qaseh makcik,” rintih Qaseh sambil memegang tangan Puan Samsiah berharap dilepaskan rambutnya yang terasa perit sakitnya.

“Kalau tak mahu sakit, bila aku tanya, jawab!” tengking Puan Samsiah.

“Sebenarnya...makcik...” kata Qaseh terhenti di situ. Berkerut dahi Qaseh menahan kesakitan. Sesekali dia melarikan pandangan ke arah Zakri yang sudah berubah riak wajahnya.

“Sebenarnya apa?!!” gertak
Puan Samsiah dan semakin kuat dia mencengkam rambut Qaseh.

Zakri perasan dengan mimik muka Elyana memberi isyarat kepadanya supaya berbuat sesuatu. Tajam pandangan Zakri dilemparkan kepada Qaseh sebagai amaran supaya tidak berkata apa. Qaseh yang mengerti hanya mampu membisu menahan kesakitan. Namun apabila dia sekali lagi dikasari
Puan Samsiah menyebabkan dia bersuara juga.

“Makcik tolong... Qaseh tak bersalah... Qaseh dianiaya...” rayu Qaseh merintih hiba. Airmata yang bercucuran di pipi bagai tiada erti dipandangan mereka. Tiada langsung belas kasihan melihat Qaseh yang merayu itu.

“Mama, tak guna mama paksa Qaseh ni. Perkara dah berlaku, nak tarik balik pun tak guna. Borhan dah tak nak dengan Qaseh ni. Lebih baik mama fikir macam mana nak selesaikan masalah malu keluarga kita ni,” Zakri mencelah, tidak mahu rahsianya dan Elyana terbongkar nanti. Oleh itu dia perlu cepat bertindak meleraikan kemarahan mamanya yang semakin memuncak.

“Ye la ma... kalau mama paksa Qaseh pun tak guna... entah-entah apa yang dia beritahu kita semuanya tipu belaka. Qaseh ni bukan boleh dipercaya sangat.” Sampuk Elyana pula memahami pandangan Zakri padanya.

“Tapi mama nak tahu, apa dia dah buat sampai Borhan sanggup buat keputusan macam tu. Hey Qaseh! Kau tau tak Borhan tu boleh buat keluarga kita senang. Kau ni memang tak sedar dek untung! Menolak tuah!” kata
Puan Samsiah berang. Tubuh Qaseh ditolak kasar sehingga dia terduduk di lantai. Mengeringai Qaseh menahan sakit di punggungnya.

Qaseh cuba bangkit tetapi seluruh anggota tubuhnya terasa begitu lemah sekali.

“Qaseh tak bersalah makcik... percayalah cakap Qaseh...” Qaseh terusan merayu. “Tolonglah makcik... kasihanilah Qaseh... badan Qaseh ni sakit sangat makcik...bagilah Qaseh berehat kejap. Qaseh dah tak tahan lagi...” sayu sekali kedengaran suara Qaseh.

“Apa aku peduli kau sakit pun! Sakit hati aku ni lebih parah dari sakit kau ni tau tak!” balas
Puan Samsiah tidak mempedulikan rayuan Qaseh itu. Malah tubuh Qaseh sekali lagi ditolak menyebabkan Qaseh tersembam dan kepalanya terhantuk di lantai. Berkerut wajah Qaseh menahan kesakitan. Tompokan darah merah mula kelihatan pada balutan di kepalanya. Tangannya memegang kepala yang mula terasa berdenyut sakitnya. Airmatanya semakin laju mengalir. Esak tangis semakin kuat kedengaran.

“Itu sajalah yang kau tahu! Menangis! Menangis! Menangis!” sindir Elyana dengan pandangan yang jelek dilemparkan pada Qaseh. Bingit telinganya setiap kali mendengar Qaseh menangis.

“Hey!! Tak payah kau nak menangis kat sini, pergi masuk bilik kau!! Tak guna nak menangis kat sini, tak ada siapa nak kasihan kat kau” jerkah
Puan Samsiah.

Qaseh masih tidak berganjak dari situ. Walaupun dipaksa untuk bangkit tetapi dirinya sudah tidak mampu lagi. Apabila
Puan Samsiah melihat Qaseh masih terusan berkeadaan begitu, Makcik Samsiah mengarahkan Zakri mengheret Qaseh masuk ke dalam bilik. Mengeringai Qaseh kesakitan bila tubuhnya dikasari Zakri.

“Lepaskan dia!!!”

Tersentak
Puan Samsiah dan Zakri bila mendengar jerkahan itu. Segera mereka berdua berpaling ke arah suara itu. Kelihatan dua orang lelaki sedang berdiri tegak di muka pintu dengan wajah tegang memandang ke arah mereka berdua.

“Aku nak kamu lepaskan dia!” tengking salah seorang lelaki itu kepada Zakri. Sekilas dia memandang ke arah Qaseh yang sedang menahan kesakitan.

“Kamu berdua ni siapa?” tanya
Puan Samsiah hairan dengan kemunculan kedua lelaki itu di rumahnya. Seingatnya dia tidak pernah tengok kedua lelaki itu di sekitar kawasan ini.

“Siapa kami tak penting. Tapi apa yang kamu berdua buat pada Qaseh dah melampau!”

“Hey! Kau ni siapa nak masuk campur urusan keluarga kami?” tengking Zakri berang dengan kata-kata yang terluah dari lelaki itu. Namun wajah Zakri berubah bila dia mula mengecam lelaki di hadapannya itu. “Kau ni lelaki yang langgar Qaseh tu kan? Apa kau buat kat sini?” aju Zakri kepada lelaki itu.

Elyana sudah bangun menghampiri
Puan Samsiah. Tidak berkelip matanya memandang lelaki itu. Jelas terpancar keterpegunannya dengan kekacakan lelaki itu. Apatah lagi dengan gaya dan karisma pada lelaki itu membuatkan dia betul-betul tertawan.

“Memang bukan urusan aku nak masuk campur hal keluarga korang tetapi aku perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku pada Qaseh. Dan sebagai manusia yang punya perikemanusiaan aku jugak perlu menghalang apa yang sedang korang buat pada Qaseh sekarang!” balas lelaki itu. Raut wajahnya tampak tegang dan sepasang matanya tajam menikam pandangan Zakri yang turut berwajah bengis itu.

“Pergi mampus dengan perikemanusian kau tu. Lebih baik kau blah, jangan nak tunjuk baik kat sini,” hambur Zakri.

Arief Hakimi tidak mempedulikan kata Zakri, dia mendekati Qaseh yang terbaring di lantai. Namun, Zakri lebih cepat bertindak menghalang Arief dari menghampiri Qaseh. Tetapi Malik, pembantu Arief terlebih dahulu menolak tubuh Zakri dari mendekati tuannya. Terjelepok Zakri jatuh dan badannya terhempas ke dinding rumah. Berkerut dahinya dek kesakitan yang dirasakan di belakang tubuhnya.

Terjerit
Puan Samsiah bila melihat keadaan anaknya itu. Pantas dia mendapatkan Zakri yang sedang mengerang kesakitan.

“Hey!! Apa kena dengan korang ni!! Tak pasal-pasal nak cari gaduh kat sini pulak!! Korang ni siapa sebenarnya?!!” tengking
Puan Samsiah sambil mengurut-ngurut belakang Zakri.

“Kurang ajar kau! Main kasar dengan aku!!” balas Zakri sambil bangkit dibantu oleh
Puan Samsiah. Namun, Malik langsung tidak mengendahkan kata Zakri sebaliknya dia mendekati Arief untuk melihat keadaan Qaseh yang sudah tidak sedarkan diri.

“Malik, kita mesti bawa dia ke hospital.”

“Aku tak benarkan! Korang berdua boleh keluar dari rumah ni!!” larang
Puan Samsiah apabila melihat Arief sudah mencempung tubuh Qaseh yang sangat lemah itu.

“Malik, kau uruskan mereka, biar aku bawa dia ke hospital.”

“Hoi!! Berani kau!!” Zakri cuba menghalang tetapi langkahnya terpaku apabila Malik memandangnya dengan pandangan yang cukup tajam padanya. Mana mungkin dia dapat berlawan dengan orang yang dua kali ganda besar daripadanya. Tambahan tubuh Malik yang sasa dan berketul-ketul itu sudah menggerunkannya. Cukuplah dengan satu tolakkan sahaja dia sudah terpelanting ke dinding.

Tanpa menunggu lama, Arief mengatur langkah keluar dari rumah itu. Malik membukakan pintu belakang kereta BMW X5 untuk bosnya lalu dengan berhati-hati Arief meletakkan tubuh Qaseh di tempat duduk belakang.

Sebelum Arief ke tempat pemandu sempat dia berpesan kepada Malik. “Aku nak kau dapatkan sebanyak mana yang boleh maklumat pasal pompuan tu dari mereka.”

Malik hanya mengangguk.












Monday, March 28, 2011

Tika Hati Berbicara 1











Tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang Qaseh mempercepatkan langkahnya. Sesekali dia menoleh ke belakang. Aku mesti keluar dari tempat ini sebelum mereka sedar. Kenapa kau bodoh sangat Qaseh!! Kenapa kau mudah percaya sangat dengan cakap Zakri yang tak akan berubah sampai bila-bila. Bisik Qaseh di dalam hati sambil terus melajukan langkahnya. Dia cuba menyelit-nyelit di antara orang ramai yang memenuhi kelab itu. Tidak dipedulikan lagi keadaan di situ, yang penting dia mesti keluar dari tempat ini.



"Hoi!! Jangan lari!!"



Langkah Qaseh terhenti lalu dia berpaling ke belakang. Dua lelaki yang berbadan tegap berdiri tidak jauh di belakangnya dan melemparkan pandangan yang tajam ke arahnya. Tanpa berlengah Qaseh mengorak langkah pergi dari situ. Debaran dadanya berdegup laju dek perasaan takut dengan kedua lelaki itu. Keadaan kelab itu yang agak gelap menyebabkan Qaseh tidak tentu hala tujunya. Nasibnya baik kerana dia menemui pintu belakang kelab itu. Bila dia berjaya keluar dari kelab itu. Lorong yang sunyi menggerunkannya. Melihat tingkah manusia yang berjalan terhoyong hayang menakutkannya. Kakinya laju melangkah untuk segera keluar dari lorong itu. Sesekali dia menoleh ke belakang takut dua lelaki itu dapat mengekorinya. Namun tanpa disedari Qaseh dia telah sampai ke jalan utama.



BUMM!!!



Sebuah kereta tidak sempat memberhentikan keretanya apabila tiba-tiba Qaseh keluar dari lorong itu. Mujur kereta itu tidak laju. Tubuh Qaseh terdampar di atas jalan raya. Seorang lelaki pantas keluar dari bahagian penumpang kereta itu dan meluru ke hadapan kereta. Dia terkaku seketika apabila melihat tubuh Qaseh terbaring tidak sedarkan diri. Kemudian perlahan lelaki itu mengangkat tubuh Qaseh dan dipangkunya. Darah mula mengalir perlahan di dahi Qaseh.



"Malik kita bawa dia pergi hospital!!" kata lelaki yang memangku Qaseh itu.



"Baik bos," sahut lelaki yang bernama Malik itu.




Lantas lelaki itu mencempung tubuh Qaseh dan di bawa masuk ke dalam kereta. Lelaki itu turut duduk di tempat duduk belakang. Kepala Qaseh di letakkan di atas ribanya dengan penuh berhati-hati. Kemudian kereta BMW X5 itu meluncur laju menuju ke hospital.




Sebaik tiba di bahagian kecemasan hospital. Kakitangan yang bertugas segera membawa Qaseh masuk ke dalam bilik kecemasan. Pada mulanya lelaki itu ingin turut masuk ke dalam bilik kecemasan itu tetapi dihalang.






"Kita tunggu kat luar saja bos... bilik kecemasan memang tidak dibenarkan masuk," kata Malik pada bosnya. Jelas terpancar riak keresahan di wajah bosnya itu. Aku yang langgar perempuan tu, tapi bos aku pulak yang terlebih risau.



Di bahagian menunggu lelaki itu tidak senang duduk sahaja tingkahnya. Malik yang melihat tingkah bosnya sedari tadi merasa pelik. Rimas pula bila melihat bosnya berjalan berulang alik di hadapannya.



“Siapa agaknya perempuan tu Malik?” tanya lelaki itu sebaik melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan Malik.



“Entahlah bos, tadi saya betul-betul tak perasan... perempuan tu tiba-tiba keluar dari lorong gelap tu,” beritahu Malik walaupun terasa tidak logik pertanyaannya tuannya itu. Aku bukannya nujum boleh tahu siapa perempuan tu.



Tiba-tiba pintu bilik kecemasan terbuka. Muncul seorang doktor dari dalam bilik kecemasan itu. “Macam mana doktor?” Lelaki itu terus menerpa mendekati doktor itu.




“Boleh saya tahu hubungan encik dengan pesakit?” tanya doktor itu sebelum menjawab pertanyaan lelaki itu.







"Saya Arief." lelaki itu memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan berjabat salam. “Err.... sebenarnya pembantu saya tidak sengaja terlanggar perempuan tu. Jadi kami terus bawa dia ke hospital. Kami pun tak kenal siapa perempuan tu,” beritahu Arief. Malik hanya menjadi pemerhati di sebelah tuannya.



“Oh... kalau begitu kita kena tunggu pesakit sedar dululah kalau macam tu.”



"Tapi saya ada kad pengenalan diri perempuan tu. Saya terpaksa geledah beg perempuan tu untuk pendaftaran tadi," tiba-tiba Malik mencelah. Kad pengenalan diri di tangan Malik bertukar tangan. Tetapi bukan di tangan tuan doktor tetapi tuannya yang sedang melemparkan pandangan tidak puas hati padanya mungkin kerana tidak memberitahu perihal kad pengenalan diri perempuan itu kepada tuannya itu.







Arief mengamati nama yang tertera pada kad pengenalan di tangannya Nur Qaseh Qalesya.



“Macam mana keadaan perempuan tu doktor?” tanya Malik setelah melihat tuannya hanya membisu seperti terleka sahaja.



“Mengikut pemeriksaan saya tiada kecederaan dalaman hanya kepalanya sahaja mengalami sedikit hentakan. Buat masa ni pesakit masih tidak sedar," jelas doktor itu.



Ada riak kelegaan terbias di raut wajah Malik. Syukur kerana tidak ada perkara serius berlaku pada perempuan itu. Malik berpaling ke arah tuannya yang masih membisu. "Bos ada apa-apa lagi nak tanya pada doktor?" tanya Malik cuba menyedarkan tuannya yang seperti telah melayang jauh fikirannya.



"Huh!" Arief terpinga. "Boleh saya masuk tengok dia sekejap doktor?" pinta Arief penuh berharap.



"Boleh tapi sekejap saja sebab pesakit perlu berehat," beritahu doktor itu.



"Terima kasih doktor," ucap Arief berpuas hati.



Pintu bilik di kuak perlahan. Tubuh yang terbaring di atas katil diamati lama oleh lelaki itu. Wajah mulus itu menjadi santapan sepasang matanya yang seolah terpaku pada raut wajah itu. Kemudian Malik menyusul masuk ke dalam bilik itu dan berdiri di sebelah tuannya. Dia turut menatap wajah perempuan yang terbaring itu. Riak wajah Malik tiba-tiba berubah. Spontan dia bersuara. "Bos..." sebutnya sambil beralih pandang pada tuannya. Kini barulah dia tahu mengapa tuannya berperangai pelik sedari tadi. Kenapa dia sendiri tidak perasan tadi?



"Wajah dia Malik, saling tak tumpah kan?" ucap Arief perlahan seperti berada dalam dunianya sendiri. Matanya tidak beralih dari menatap wajah Qaseh.



Kelu lidah Malik mendengar suara tuannya yang sayu itu. Mungkinkah kejadian ini ada hikmah. Sesuatu yang akan merubah kehidupan tuannya. Dia tidak pernah putus berdoa semoga suatu hari nanti tuannya akan menemui sinar hidupnya kembali.