Tuesday, July 12, 2011

chak!! Cover & Sinopsis ~ Kau Ditakdirkan Untukku






SINOPSIS: Kenangan lama dalam hidupnya telah menutup pintu hati Akmal Ikram untuk bercinta lagi, namun pertemuan dengan Nuranis Fatihah membuatkan hatinya mula goyah. Dia mula tertarik dengan keperibadian yang ada pada gadis itu. Kelembutan dan kenakalan Anis sering mengusik hati Akmal. Sejak itu, hatinya mula terpaut. Wajah yang sentiasa dihiasi senyuman indah itu sering menggamit kerinduan di hatinya. Akmal teruja kala perancangan keluarga ingin menjodohkannya dengan Nuranis Fatihah. Namun sebaliknya bagi Anis yang berpegang pada prinsip perkahwinan yang terbina bukan atas dasar cinta tak akan membawa bahagia.


"Kenapa awak tak berterus terang aje. Tadi bukan main berani lagi nak berterus-terang sendiri. Sampai nangis-nangis," sindir Akmal tersengih nakal.


"Bos jangan sebut pasal tu lagi boleh tak!" bidas Anis geram.


Kemunculan Farah Hanim telah menggugat kepercayaan Anis terhadap Akmal. Apatah lagi fitnah yang ditabur oleh Farah disaat ambang perkahwinan mereka menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi pada perkahwinan mereka nanti? Mampukah Akmal memenangi hati gadis idamannya disaat dia bergelut dengan perasaannya sendiri?


8 comments:

blinkalltheday said...

trbitan mane?

SyAz n HaNi said...

cantiknya cover... bln brp kuar??? xsabar nk dptkan ni..

niz said...

NK ORDER BOLEH TAK

Gee Muszisya said...

blinkalltheday > terbitan karyaseni, hari khamis dah boleh order :)

SyAz n HaNi > terima kasih... terbaik dari karyaseni... bln ni keluarannya... dh boleh order hari khamis ni dari karyaseni :)

niz > boleh order dari karyaseni khamis ni niz :)

kak ida said...

comel la..cover bukunya..

Gee Muszisya said...

idA > terima kasih... terbaik dari karyaseni :)

jajazuzu said...

free copy collect dari mana? ahhahaa...gurau je la kak gee. tp kalau nak bg pun apa slhnya. aja tgu pesta buku la baru nk beli. nak diskaun. ehhehehhe...

Gee Muszisya said...

jajazuzu > hihihi... tau dah...mai la rumah k gee... bila lagi nak mai... ;))