Monday, July 11, 2011

Antara babak yang menarik dalam Kau Ditakdirkan Untukku







"Anis! Nak dengar tak saya lepaskan tension kat depan tu," tanya Akmal sambil mata di hala ke arah pentas.
"Hah! Bos nak lepaskan tension kat situ. Tak payahlah bos. Kalau tadi bos tak duduk depan saya, bolehlah. Nanti buat malu saya aje," terkejut Anis dengan saranan bosnya itu. Bos aku ni nak buat hal lagi ke? Jangan dia nak terpekik terlolong atas pentas tu sudahlah.
"Apa salahnya kalau saya nyanyi kat situ. Saya ni pandai main piano tau."
"Ye ke? Entah buaya entah badak, entah eya entah tidak," sindir Anis kurang percaya dengan kata Akmal itu.
"Awak tak percaya ye. Tak apa nanti saya buktikan."
"Hah! Nak buktikan! Tak payahlah bos. Kalau bos nak lepas tension pergi lah kat tepi pantai tu. Kat situ bos nak menjerit terlolong sampai terkeluar anak tekak pun orang tak peduli," kata Anis mula gusar jika Akmal serius dengan kata-katanya.
Bulat mata Anis bila melihat Akmal sudah berdiri sambil tersengih kepadanya. Anis mula tidak keruan. Tangannya mula menggaru kepala. Bos aku ni buat hal lagi. Semalam kat restoran malam ni kat sini pulak. Apa lah nasib aku dapat bos perangai ikut kepala dia aje ni.
Anis hanya berserah saja apa yang akan berlaku nanti. Dia hanya memerhati Akmal berbincang dengan pemain-pemain di situ. Berdebar dada Anis bila Akmal mula mengambil tempat di hadapan piano. Tika itu sempat Akmal mengalih pandang pada Anis seraya tersenyum.
Muzik mula dimainkan. Terpukau Anis mendengar suara Akmal mengalunkan lagu take me to your heart dari kumpulan Michael learn to rock. Lincah jari jemari Akmal memetik piano seperti sudah biasa gayanya.




Hiding from the rain and snow
Trying to forget but I won't let go
Looking at a crowded street
Listening to my own heart beat

So many people all around the world
Tell me where do I find someone like you girl

Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand before I'm old
Show me what love is - haven't got a clue
Show me that wonders can be true

They say nothing lasts forever
We're only here today
Love is now or never
Bring me far away

Take me to your heart take me to your soul
Give me your hand and hold me
Show me what love is - be my guiding star
It's easy take me to your heart

Standing on a mountain high
Looking at the moon through a clear blue sky
I should go and see some friends
But they don't really comprehend

Don't need too much talking without saying anything
All I need is someone who makes me wanna sing









Tepukan gemuruh dari penonton menyedarkannya Anis dari terus terpaku merenung Akmal. Dilihat Akmal memberi tunduk hormat sebagai tanda terima kasih. Tidak mengangka Akmal mempunyai bakat terpendam, alunan lagu amat bersesuai dengan suaranya. Akmal melangkah menghampirinya. Anis sudah membetulkan duduk. Serba tidak kena pula jadinya. Apa kena dengan aku ni? Gemuruh semacam aje ni.
"Macam mana, okey tak?" tanya Akmal sebaik melabuhkan punggung di sofa.
"Ehem... tak sangka bos ada bakat terpendam ye," puji Anis tersenyum lebar.
"Tak adalah... sekali sekala main nak lepas tension," nafi Akmal merendah diri. "Melalui lagu juga boleh menyampaikan sesuatu mesej atau meluahkan perasaan kita pada seseorang," sambung Akmal lagi.
"Tadi bos nyanyi untuk yang mana satu?" tanya Anis sekadar ingin tahu.
"Saya rasa lebih kepada meluahkan perasaan kot," jawab Akmal lantas merenung ke dalam mata Anis sambil melemparkan senyuman yang cukup menawan.
Anis terkedu. Dia cuba melirik senyum menyembunyikan rasa tidak keruan. Pandangan Akmal mengundang debaran di dada. Kelu lidahnya, tidak tahu bagaimana untuk berbicara. Anis melarikan pandangan ke arah pentas. Kenapa tiba-tiba perasaan malu menerpa dirinya? Bukan dia hendak perasan, tetapi renungan Akmal tersirat seribu makna.
Tanpa Anis sedari, Akmal terusan merenungnya. Fahamilah Anis, hatiku sudah mula terpaut padamu. Keperibadianmu mempersonakanku. Pemikiranmu mengagumkanku. Adakah hatimu sudah dimiliki? Ingin sekali aku lontarkan hasratku ini. Tetapi aku tahu terlalu awal untuk ku luahkan.



21 comments:

kak ida said...

salam..gee..bole booked ngan gee ke? since buku yg pertama dari nukilan adik..akak nak ada signature kat buku tu.. beritau la kat kita org brp harga termasuk pos..dan akaun Gee..kami akan bank in kan melalui MBB...dgn cara ni Gee dpt tau juga U got a die hard fan U...

Gee Muszisya said...

waalaikumussalam kak ida... hari khamis dah boleh order dari karyaseni... hari ahad ni(17/7/11) gee akan pergi sign kat karyaseni... nanti gee akan postkan cover & sinopsis KDU kat blog... harganya RM19... kak ida ada facebook tak? Boleh gee add dan gee akan cuba uruskan order untuk akak.
Kalau akak free 24/7/11 jemput dtg ke popular klang, gee akan ada di sana nanti.:)
TERIMA KASIH tak terhingga kerana meminati karya gee ni. Gee amat2 menghargainya. Semoga pengakhiran citer ni memberi kepuasan kepada akak yg sabar menunggu citer ni diterbitkan.

farah said...

khamis ni da mmg ade kat pasaran jgak ker..atau jual kat karya seni je

Gee Muszisya said...

farah > order dari karyaseni saja farah khamis ni... mgkn minggu depan baru ada di pasaran.

kak ida said...

alahai..dik..akak takda facebook la dek..(ketingalan zaman sikit).
akak cuma ada gmail saja..
.oh..maksudnya kalau akak order dari karyaseni..hari khamis ini maknanya buku itu siap ngan signature la ya...

Gee Muszisya said...

idA > ye kak kalau kak order khamis insyaAllah minggu depan akak boleh dpt novel ni sekali dgn signature gee :)

Gee Muszisya said...

idA > kalau ada apa2 akak boleh email gee kat ziemus7377@yahoo.com

kak ida said...

ok..akak syg la gee..gd luck dn syabas..don't worry buku adik akan jadi yg terlaris dipasaran nanti..bersama sama ngan penulis yg tersohor...

farah said...

kak..kalo kat pasaran hari ape plak kuar?

Gee Muszisya said...

idA > terharunya gee... ingin sekali gee berkenalan dgan akak. Terima kasih tak terhingga kerana sudi menyokong gee dengan hasil2 karya yang tak seberapa ni. Masih bertatih dalam dunia penulisan. InsyaAllah akan terus berusaha. Akak boleh email gee nama penuh akak kat email gee, ahad ni gee pergi karyaseni, nanti gee tolong cekkan untuk akak. Terima kasih sekali lagi akak dan gee pun sayang akak juga :)

Gee Muszisya said...

farah > kat pasaran mungkin minggu depan baru ada farah... nanti akan war2kan kat sini bila berada di pasaran novel ni nanti ya :)

an said...

salam kak gee.. an pon nk gak cam kak ida.. hehehe, (nk mnyelit juge) klu an beli secare on9 trus ke karyaseni khamis ni, dapat la signature akak gee skali nyer.. xsaabaaa..=))

Gee Muszisya said...

an > waalaikumussalam an... hehe... an kalau order khamis ni insyaAllah minggu dpan dh boleh dpt sekali ngan sign k gee :)

kak ida said...

salam dik..teruja akak tau ngan nukilan sulung adik..ni..semalam ptg akak check kat karya seni tak da lagi..so akak email kat karya seni..mrk kata hari ni baru di paparkan kat blog mrk. Akak da beli dah..perg lega..sbb hot dari oven..he..he..
akak punya email read as faridahidrus@gmail.com. Nanti bila abis baca..akak kan komen..ek..

an said...

many2 tenkiu la kak gee..=)) an pon da beli da, makin xsaba nk tgu mgu dpan, an doakan semoge novel KDU ni akan jadi BESTSELLER! we luv u kak gee.. chayok2!!

farah said...

sy da oder gak..x bleh lh nk tunggu kat pasaran nnti...x sabar plak nk baca..nk de signature akak bleh ker?he..he..

Gee Muszisya said...

an > sama2 kasih an :)) moga an berpuas hati dgn citer KDU :) jgn lupa komen lepas baca ya an... thank you so much for your support :) k gee sangat2 menghargainya :) love u to dear :))

Gee Muszisya said...

an > sama2 kasih an :)) moga an berpuas hati dgn citer KDU :) jgn lupa komen lepas baca ya an... thank you so much for your support :) k gee sangat2 menghargainya :) love u to dear :))

Gee Muszisya said...

farah > terima kasih farah... insyaAllah minggu dpn dpt dan ada sign k gee sekali :)) jgn lupa komen lps baca ya farah :))

an said...

salam k.gee, an da received novel ni hari jumaat mgu lepas... terkejut gak then i figure out there hv no ur signature.. =(, keciwaa.. uhuu,
but no prob=)),cz hari tu gak an da habeh bace,ehehe.. sgt berpuas ati ngan ending cite nie!! akmal sgt notty, anis sgt cute... bg an permulaan yg baik tuk k.gee.. masih tersenyum2 bile teringat babak dlm novel ni. kihkih..
an xsaba nk tgu terbitan k.gee seterusnyer.. Jangan Lafazkan & tika hati berbisik rindu... chayok2!! k.gee =)

Gee Muszisya said...

waalaikumussalam an :)
aduhai...an ada remark nak sign penulis tak? klu tak ada mmg KS akan hantar hari khamis tu... tp tak apa janji an berpuas hati dgn citer KDU...alhamdulillah, itulah yg k gee harapkan semoga pengakhiran KDU dpt mengukir segaris senyuman kepuasan di bibir pembaca. InsyaAllah an... akan ada sambungan JL & THBR nanti.
TERIMA KASIH kerana sudi memberi komen dan menyokong karya2 akak yg x seberapa ni. K gee sangat2 menghargainya. :)