Assalamualaikum semua...
sambungan Diakah Cinta? Bab 14
terima kasih kepada semua yang sudi follow Diakah Cinta?
Kepada yang berminat nak miliki novel Diakah Cinta? boleh dapatkannya di kedai-kedai buku berhampiran anda atau order online dari Penerbitan Lovenovel.
Whatsapp 0134226431
0133698404
0134888095
0196789181
BAB 14
Whatsapp 0134226431
0133698404
0134888095
0196789181
BAB 14
“Ayuni!!!”
“Oii!!
Terkejut Ayuni dengan sergahan Shafiqa.
“Apa hang
ni... terkejut aku.” Riak geram terpamer di wajahnya.
“Dah aku panggil
hang buat derk ja.” Entah apa yang dimenungkan Ayuni. Sejak balik dari pasar, sahabatnya
ini asyik mengelamun saja.
“Aku tengah
susah hati ni,” luahnya.
“Susah hati
pasal apa? Meh makan putu buluh. Aku beli kat kedai depan tu.” Dengan mulut
yang penuh Shafiqa mempelawa Ayuni.
“Aku jumpa
Danial tadi.”
“Hah! Hang
jumpa Danial Haikal!” Tersembur putu buluh dari mulut Shafiqa sehingga mengenai
muka Ayuni.
“Weh... kut
ya pun terkejut, takkan sampai muka aku jadi mangsa? Tak senonoh punya kawan.”
“Sorry,
sorry...” Tisu di atas meja di tarik. Pantas dilap ke wajah Ayuni yang masam
mencuka mengalahkan asam kecut.
“Okay, aku
dah lap muka hang bersih-bersih. La ni hang boleh citer kat aku macam mana
hangpa dua boleh jumpa.” Riak teruja jelas terpamer di raut wajah Shafiqa.
Sepenuh perhatian diberikan kepada Ayuni. Kalau boleh, dia tidak mahu
ketinggalan walau satu perkataan pun.
“Pagi tadi
aku nak pergi pasar. Tiba-tiba ada kereta cium kereta aku dari arah belakang.”
“Hah! Teruk
tak?” Buntang mata Shafiqa terkejut. Belum sempat Ayuni menyudahkan cerita, dia
lebih dahulu memintas.
“Apa yang
teruk? Aku ka kereta?”
“Kereta la.
Aku tengok hang elok ja berjalan tadi. Tak ada capik kat mana pun. Tak nampak
luka kat mana-mana.”
“Luaran
memang tak nampak. Tapi dalaman ni hang tak tau,” beritahu Ayuni. Sebelah
tangan dilekap ke dada.
“Nak buat
macam mana benda dah nak jadi. Teruk ka kereta?”
“Tak teruk
mana... kemik sikit kat belakang.”
“Hang minta
ganti rugi tak?”
“Mau tak
mintak. Mestilah mintak. Dia yang langgar kereta aku.”
“Eh, kejap.
Apa kaitan kes langgaq dengan Danial pulak?” Berkerut dahi Shafiqa. Tanda tanya
terbias di raut wajahnya.
“Dia yang
langgar kereta aku.”
“Apa?
Danial Haikal yang langgaq kereta hang.”
Wajah
Shafiqa tampak semakin teruja. Bibir melirik sengih panjang.
“Eh! Hang
ni awat? Aku tengah sakit hati, hang boleh tersengih-sengih pulak.”
“Sebab hang
accident dengan Danial Haikal. Kalau hang accident dengan orang lain, aku boleh
jadi back up hang mintak tambah ganti rugi. Mesti sweet kan hangpa. Gaduh-gaduh
manja gitu.”
Ayuni
melirik geram.
“Gediknya
kawan aku ni...”
Boleh tahan
gatai juga Shafiqa ni kalau dengar nama Danial Haikal. Dulu sahabatnya inilah
yang menjadi radio karatnya. Kalau ada sebarang cerita mengenai Danial Haikal,
mesti hendak direpot kepadanya.
“Sebab aku
tengok hang dengan dia secocok. Aku rasa Danial ada hati kat hang. Takkan hang
tak perasan cara dia renung hang? Renungan yang mencairkan.”
Tetapi
kenapa lelaki itu sanggup sakitkan hatinya? Persoalan itu sering bermain dalam
mindanya? Adakah lelaki itu telah berubah? Kata-kata yang terbit suatu ketika
dulu dari bibir Danial Haikal buat hatinya betul-betul terluka.
“Sejak bila
taste kau budak kampung?”
Itu pertanyaan daripada
sahabat baik Danial, Fakrul Ridzuan yang datang melawat Danial seminggu selepas
mereka menduduki peperiksaan SPM. Menurut Yusri, Fakrul sahabat baik Danial
sebelum dia berpindah ke kampung. Sikap Fakrul memang jauh berbeza dengan
Danial. Ada ketika mereka akan berkumpul melakukan aktiviti bersama. Namun, ada
satu perkara yang dia tidak suka dengan lelaki itu. Pandangan yang sering
mengundang rasa tidak selesa dalam dirinya.
“Apa kau
cakap ni?” tanya Danial seakan tidak mengerti pertanyaan Fakrul itu.
“Aku tengok
kau rapat dengan Ayuni.”
“Mana ada
rapat? Aku kawan biasa aje dengan dia.”
Senyuman
sinis jelas terpamer di bibir Fakrul.
“Kau jangan
nak tipu aku. Aku tahu, kau sukakan Ayuni, kan?”
“Apa kau
merepek ni? Kau pun tahu taste aku macam mana. Takkan budak kampung yang kolot
macam tu jadi pilihan aku. Kalau setakat nak suka-suka, bolehlah.”
Hati Ayuni saat itu
bagaikan direntap. Sungguh perasaannya sangat tergores dengan kata-kata Danial.
Sejak itu, dia berjanji pada dirinya akan menjauhkan diri daripada hidup lelaki
itu. Masih jelas di ruang mata riak selamba lelaki itu apabila menyedari
kehadirannya. Tiada ungkapan yang mampu terluah, hanya pandangan kecewa dilemparkan
sebelum dia berlalu dan tidak berpaling lagi. Sejak itu, nama Danial Haikal
seakan mahu dipadamkan dalam kotak fikirannya. Namun, tidak mudah memadam
perasaan itu dari dasar hatinya.
“Bukan
apa... hari tu masa kat kampung, hangpa terjumpa balik setelah bertahun-tahun
tak jumpa. Bukan saja terjumpa, dia jadi penyelamat hang lagi. Ni accident
dengan dia pulak. Hang tak rasa hangpa ni ada jodoh ka?”
Sekembali
Ayuni dari kampung, terus sahabatnya itu bercerita tentang kejadian yang berlaku
antaranya dengan Danial. Paling mengejutkan apabila Ayuni hampir diperkosa.
Mujur ada Danial sempat menyelamatkn Ayuni. Tidak dapat dibayangkan andai
Danial tidak muncul ketika itu.
Mendengar
suara Shafiqa, memori lama itu menjauh pergi dari kotak ingatannya.
Pandangannya kembali fokus pada raut wajah Shafiqa yang seperti nujum pak
belalang saja rupanya.
“Aku tengah
susah hati ni, hang cakap pasal jodoh pulak. Semua tu hanya kebetulan,” tekan
Ayuni cuba menafikan kata-kata Shafiqa.
“Hang nak
susah hati kenapa?” tanya Shafiqa.
Ayuni
melepas keluh. Tubuhnya disandarkan ke sofa.
“Entahlah.”
Dia tiada jawapan. Dia sendiri tidak mengerti dengan perasaannya saat ini.
Sejak peristiwa di kampung tempoh hari, dia akui ingatannya sering singgah pada
lelaki itu.
“Apa yang
bermain di fikiran hang la ni?” tanya Shafiqa.
“Entah
kenapa aku kerap pulak jumpa dia...”
“Haaa...
sebab tu aku kata hangpa dua ada jodoh.”
Ayuni buat
muka bosan, kepala digeleng perlahan.
“Hang
jangan nak merepek lebih-lebih. Semua tu hanya kebetulan.”
“Jodoh
pertemuan ketentuan Allah. Kalau dah jodoh hang dengan Danial Haikal, lari ke
hujung dunia pun hang akan jumpa dia jugak.”
Ayuni
senyum sinis sebelum senyuman itu
perlahan-lahan menjadi pudar.
“Hang tak ingat
apa yang dia kata pasal aku? Aku ni hanya gadis kampung yang kolot. Dia tak
pernah suka aku, Fiqa. Aku ni hanya diperlukan untuk mengisi rasa kekosongan
hati dia.”
“Aku tak
percaya Danial macam tu.”
“Telinga
aku yang mendengar dan mata aku sendiri yang melihat setiap apa yang dia
katakan pada Fakrul. Tak mungkin aku boleh silap mendengar dan melihat Fiqa.”
“Tapi...
semua tu dah lama berlalu, Yuni.”
“Walaupun
sudah lama berlalu, tetapi entah kenapa begitu payah hendak dilenyapkan dari
ingatan aku.”
“Sebab hang
betul-betul sukakan Danial, kan? Sebab tu kata-kata dia begitu memberi kesan
dalam diri hang.”
Ayuni
terdiam. Kelu lidahnya mendengar kata-kata yang terbit dari bibir Shafiqa. Lelah
rasanya saat ini kala berperang dengan perasaan sendiri. Perasaan apakah ini? Perasaan
yang membuatkan dia dalam panasaran. Dan hanya lelaki itu yang mampu membuatkan
perasaannya jadi huru-hara begini.
No comments:
Post a Comment