Assalamualaikum semua...
sambungan Diakah Cinta? Bab 11
terima kasih kepada semua yang sudi follow Diakah Cinta?
Kepada yang berminat nak miliki novel Diakah Cinta? boleh dapatkannya di kedai-kedai buku berhampiran anda atau order online dari Penerbitan Lovenovel.
Whatsapp 0134226431 / 0133698404 / 0134888095 / 0196789181
BAB 11
Whatsapp 0134226431 / 0133698404 / 0134888095 / 0196789181
BAB 11
Sekilas dia
mengerling jam yang melekat kemas di pergelangan tangan. Hari ini dia masuk
agak lewat. Awal-awal pagi lagi dia terpaksa meredah kesesakan lalu lintas kerana
ada perbincangan dengan pihak pembekal di Damansara. Ayunan langkah dihala ke
arah lif. Walaupun menyedari ada beberapa pasang mata begitu galak mengerling
dan mencuri pandang ke arahnya, dia hanya beriak selamba. Sudah biasa dengan
keadaan itu. Sementara menunggu pintu lif terbuka, jari-jemari ligat memeriksa
e-mel yang diterima melalui telefon bimbitnya.
Ting! Pintu
lif terbuka luas.
Danial
mengundur sedikit ke belakang memberi ruang pada yang berada di dalam lif
keluar terlebih dahulu. Tiba-tiba pandangannya tertarik pada sesusuk tubuh yang
melangkah keluar dari perut lif. Matanya terus melekat lama sehingga tidak
sedar pintu lif telah tertutup.
Matanya
melorot pada baju kurung hijau lembut bercorak yang tersarung di tubuh gadis
itu. Tampak sopan dan ayu tingkahnya. Selendang kosong yang berwarna hijau di lilit
kemas di kepala menyerlahkan kulitnya yang cerah.
Kaki Danial
mula mengatur langkah mengikut langkah gadis itu. Anak mata masih menilik nakal
gadis yang melangkah ke kawasan parking di sebelah bangunan. Langkah gadis itu terhenti
di sebelah kereta viva putih. Fail yang dibawa bersama si gadis menarik
perhatian. Pandangannya difokuskan pada nombor plat kereta. Diamati dan
disimpan kemas dalam kotak ingatan.
Telefon
bimbit dikeluarkan dari poket seluar. Beberapa saat jari-jemari bermain di
skrin sebelum telefon melekap di telinga.
“Assalamualaikum,
Fik!”
“Waalaikumussalam,
Nal. Kau kat mana?”
“Aku baru
sampai ofis. Macam mana interviu tadi?” tanya Danial. Mata tidak lepas daripada
memandang gadis itu yang telah masuk ke dalam kereta.
“Semuanya
berjalan lancar,” beritahu Taufik.
“Okey. Bila
dia mula kerja?” Memang dia sengaja mahu gadis itu bekerja dengannya walaupun
dia tahu gadis itu membencinya.
“Isnin,
minggu depan.”
“Good!’
Talian
dimatikan. Danial bergerak ke arah tiang apabila kereta viva putih itu mula
bergerak. Khuatir si gadis menyedari kehadirannya di situ. Sebaik kereta itu
hilang dari pandangan, kakinya seakan melekap di situ. Keliru dan tidak faham
dengan gelodak jiwa yang sedang dirasakan saat ini.
Beberapa
saat termenung, dia tersentak dengan bunyi hon kereta. Jauh lamunannya sehingga
tidak sedar masa terus berlalu. Perlahan dia menggeleng dengan perangainya
sendiri. Huru hara jiwanya hanya kerana Ayuni Aisya.
Wajah Danial yang muram
tanpa suara itu mengundang tanda tanya dalam hati Yusri. Sejak tadi, Danial
banyak termenung. Bila ditanya, sepatah-sepatah sahaja yang dijawab. Bukan main
berjela soalan yang ditanya, hanya sepatah yang dijawabnya. Menghabiskan air
liur dia saja. Teh tarik di depannya pun tidak luak.
Danial
seperti hanyut dalam dunianya sendiri. Entah apa yang bermain dalam fikiran
sepupunya itu. Tadi, dia sengaja menghubungi Danial untuk makan tengah hari
bersama. Kebetulan dia ada meeting di Shah Alam.
“Hang fikir
apa, Nal?” tegur Yusri.
Teguran
Yusri mengembalikan Danial daripada lamunan yang jauh.
Danial
membetulkan duduk. “Tak ada apa-apa.”
“Takkan tak
ada apa-apa. Aku kenal sangat hang, Danial. Kalau ada masalah, hang mesti jadi
pendiam. Cuba citer kat aku, apa masalah hang?”
Danial
menghela nafas panjang.
“Aku ambil Ayuni
kerja dengan aku,” beritahu Danial.
Yusri yang
sedang menghirup air teh terus tersedak.
“Hah! Hang biar
betul?” tanya Yusri tidak percaya. Berkerut wajahnya apabila tekak masih terasa
perit.
“Tak payah
nak buat muka terkejut sangatlah.”
“Mahu aku
tak terkejut? Tiba-tiba ja hang ambil Ayuni kerja dengan hang. Tak bagitau aku
pun.”
“Aku beritahu
hanglah ni. Aku ambil dia jadi PA aku.”
“PA! Boleh
ka hangpa kerja sekali? Karang hari-hari bergaduh pulak.” kata Yusri tersengih
panjang.
“Hang perli
aku ka, Yus.”
“Mana ada
aku perli. Memang kenyataan pun. Tak ingat masa hangpa terjumpa balik hari tu?
Asal jumpa ja gaduh.”
“Dengan
cara ni ja aku boleh dekati dia, Yus. Aku betul-betul tak sangka resume Ayuni
atas meja aku hari tu. Sejak itu, aku asyik teringat-ingatkan dia. Sebab tu aku
ajak hang balik kampung. Dan aku tak sangka boleh terjumpa dengan dia.”
“Sekarang
hang nak buat apa?”
Danial
mengeluh panjang.
“Aku belum
tahu lagi.”
“Nal... apa
masalah hangpa sebenarnya? Hang tak pernah nak beritahu aku. Aku tau hang lebih
suka pendam masalah hang sendiri. Tapi sampai bila? Aku tahu hang sukakan Yuni
dari dulu lagi. Dan perasaan hang tak pernah berubah.”
“Salah
faham,” beritahu Danial.
Dahi Yusri
berkerut.
“Salah
faham?”
“Aku
ingatkan Ayuni dengan Ashraf ada apa-apa.”
“Macam mana
hang boleh sangka diaorang ada apa-apa?”
“Kry yang beritahu
aku. Kebetulan aku nampak Ashraf dengan Yuni kat pekan. Diaorang nampak rapat
dan mesra. Aku cemburu bila tengok cara Ashraf layan Yuni. Mungkin betul Ashraf
sukakan Yuni.”
“Hang yakin
Yuni pun sukakan Ashraf?” tanya Yusri membuatkan Danial terus terdiam.
“Percaya sangat
dengan cakap Kry tu. Takkan hang tak tau perangai Kry? Dia dah lama suka kat
Yuni. Yuni ja buat tak layan. Lagipun Ashraf pun dah kahwin.”
“Aku
tahu...”
“Macam mana
hang tau Ashraf dah kahwin? Rasanya aku tak pernah beritahu hang.”
“Kat
kampung hari tu... aku ada berselisih dengan Ashraf. Dia kenalkan isterinya kat
aku. Baru lagi kahwin.”
“Lain kali jangan
ikut sangat perasaan. Siasat dulu. Ini tidak, hang terus ingat Ashraf tu ada
apa-apa dengan Ayuni. Padahal diorang tak ada apa-apa pun.”
“Lagi satu...
aku dah cakap sesuatu yang melukakan hati dia. Waktu aku cakap tu, hatiku
tengah sakit. Sakit hati kerana perasaan cemburu.”
“Hang cakap
apa?”
“Masa tu
Fakrul tanya pasal hubungan aku dengan Yuni. Kebetulan Ayuni datang hantar kuih
kat rumah pak long. Tapi aku buat-buat tak nampak. Aku cakap, pilihan aku bukan
macam Yuni. Aku anggap perempuan kampung ni kolot. Aku berkawan dengan dia
hanya nak mengisi rasa kekosongan hati aku.”
“Hang cakap
macam tu??? Kalau aku ada masa tu, memang makan penampar aku dah.”
“Aku
mengaku, salah aku. Tapi aku tak maksud pun nak cakap macam tu. Aku tengah
sakit hati.”
“La ni, perempuan
kampung kolot tu yang hang terkejar-kejar. Cakap ikut sedap mulut, dah makan
diri sendiri.”
“Aku tak
tahu Yuni boleh maafkan aku ataupun tak. Aku tahu dia benar-benar tergores
dengan kata-kata aku. Hang rasa, kalau aku berterus terang, dia akan maafkan
aku tak?”
“Hang ingat
semudah itu dia nak maafkan hang? Aku dah lama kenal dengan Yuni. Keras hati
dia boleh tahan juga sama naik dengan perangai cemburu hang tu.”
Danial
mengerling geram.
“Hang
jangan menambah pening aku, Yus. Bagilah cadangan sikit macam mana nak dekati
Ayuni balik.”
“Padan
dengan muka hang. Cemburu tak kena tempat. Bercakap tak fikir panjang,” leter
Yusri.
Rambut
dilurut sehingga ke belakang. Bertubi-tubi hari ini dia kena dengan Yusri.
Sepupu dia ni, bukan hendak menenangkan hati. Menyakitkan hatinya lagi adalah.
“Aku
mengaku, salah aku. Terburu-buru buat keputusan. Tapi masa tu tengah serabut
dengan masalah papa aku. Tak boleh nak fikir apa. Aku ingatkan dia betul-betul
sukakan si Ashraf tu.”
Sudahnya
Danial tersandar di kerusi. Kalah berdebat dengan sepupunya ini.
“Macam
nilah. Hang berkawan dulu dengan dia. Soal hati dan perasaan, tak boleh nak
gopoh-gopoh. Kena slow and steady,” kata Yusri memberi cadangan. Keningnya
dijongket-jongket sambil tersengih-sengih pada Danial.
Raut wajah
Yusri ditatap seketika. Betul juga apa yang dikatakan oleh Yusri. Dia rapat
dengan Ayuni bermula dari sebuah persahabatan. Walaupun masing-masing tidak
pernah meluahkan perasaan yang dirasai ketika itu, tetapi pandangan mata hati mereka
merasakan sesuatu yang sukar diungkapkan dengan kata-kata. Hanya dia dan Ayuni
saja yang memahaminya.
“Aku cuba
dan akan terus mencuba sehingga Yuni terima aku kembali.”
“Macam itulah.”
Yusri menepuk-nepuk bahu Danial.
Danial hanya mampu tersenyum nipis. Gelodak hatinya saat ini hanya Tuhan
saja yang tahu.
.
No comments:
Post a Comment