Thursday, April 3, 2014

TIKA HATI BERBICARA BAB 28


Assalamualaikum... teman-teman... sedikit sambungan kisah Qaseh dan Arief & bab terakhir dalam blog. Selepas ini gee akan upload teaser THB aje... semoga terhibur :))


Qaseh mengeluh panjang. Dia melembabkan sedikit wajah supaya tampak lebih segar.  Hari ini perbincangan antara Syarikat Bersatu Setia dengan Syarikat Perkasa Jaya berlangsung  agak panjang. Qaseh melihat sekilas ke arah cermin merapikan diri sebelum melangkah keluar dari bilik air. Terasa sedikit segar setelah agak lama terperuk dalam bilik mesyuarat. Tenang langkah diatur ke arah bilik mesyuarat. Tiba-tiba tubuh Qaseh ditarik oleh seseorang ke satu sudut yang agak terlindung.
Terkejut Qaseh. Hampir dia menjerit. Membuntang luas mata Qaseh kala melihat susuk tubuh yang berada di hadapannya saat ini. “Abang!”
“Shhhh...” jari Arief pantas melekap di bibir Qaseh.
Arief tersengih sahaja. Kemudian kedua tapak tangannya melekap di dinding mengepung tubuh Qaseh yang menarik muncung dengan tingkah Arief itu.
“Jom ke bilik abang,” ajak Arief menggoda.
“Abang jangan nak mengada. Office ni. Kalau staff abang nampak, susah nanti,” gumam  Qaseh.
“Abang...” Qaseh menolak lembut tubuh Arief yang semakin mendekat. Dia cuba meloloskan diri dari kepungan Arief tetapi tidak berjaya. Qaseh bimbang jika tingkah mereka disedari oleh sesiapa. Namun riak keletihan di raut wajah itu menggamit rasa simpati dalam dirinya.  Itulah yang disedari Qaseh apabila Arief muncul dalam bilik mesyuarat setelah 15 minit mesyuarat berlalu. Sejak akhir-akhir ini waktu mereka bersama juga agak terbatas kerana Arief kerap turun ke tapak projek untuk melihat sendiri perjalanan projek di sana. Memang dia akui Arief seorang yang sangat komited dengan kerja. Sudah dua hari mereka tidak bertemu. Arief baru sahaja pulang dari Kuantan tengahari tadi dan kemudian terpaksa menghadiri mesyuarat yang telah ditetapkan sejak awal lagi. Menurut abang Malik, ada sedikit masalah projek di sana.
“Kejap aje... abang letih sangat dan abang rindu…”luah Arief lagi. Lemah nada suaranya. Arief menunduk membiarkan dahinya bersatu dengan Qaseh. Melepaskan bebanan yang mencengkam diri.
Qaseh kaku membiarkan dahinya bersatu dengan Arief. Deru nafas lelaki itu terhembus lembut menyapa wajah.
“Abang...” bisik Qaseh lembut. 
“Please...” rayu Arief lagi. Mengangkat wajah yang tampak sedikit lesu.
Mata mereka bersatu. Lama anak mata Qaseh melekap di wajah Arief yang tampak tidak bermaya. Wajah itu begitu redup dan manja. Tidak sampai hati pula  menghampakan permintaan Arief. “Kejap aje tau.”
Mereka berjalan beriringin ke arah bilik Arief. Qaseh pantas meleraikan pautan tangan Arief apabila melalui meja setiausaha Arief yang sedang leka menaip sehingga tidak menyedari kehadiran Arief di situ.
“Rita, saya tak mahu diganggu.” Sempat Arief menyampaikan pesanan kepada setiausahanya sebelum berlalu masuk ke dalam bilik.
Qaseh tersenyum nipis kala pandangan Rita beralih ke wajahnya. Rita turut membalas sambil mengangguk perlahan. “Eh, tu bukan perempuan hari tu,” bisik Rita sendiri.
Qaseh melabuhkan punggung di sofa panjang. Belum sempat tubuhnya mencecah penyandar sofa, dia terkaku apabila Arief berbaring dan kepala lelaki itu kini berada di atas ribaannya.
“Dua tiga hari ni kepala abang asyik sakit aje,” kata Arief sambil memicit-micit dahi.
Melihat keadaan Arief itu menjentik perasaan simpati dalam diri Qaseh. “Sakit sangat ke?” tanya Qaseh menyentuh perlahan kepala Arief.
“Abang nak makan ubat?” tanya Qaseh tampak risau dengan keadaan Arief.
“Abang dah telan panadol sebelum masuk meeting tadi,” jawab Arief. Sesekali raut wajahnya berkerut menahan sakit di kepala.
“Nak Qaseh urutkan?” tanya Qaseh teragak-agak.
Arief berpaling mencari keikhlasan di wajah Qaseh. Seketika pandangan bersatu sebelum Arief mengangguk perlahan bersama senyuman nipis terukir di bibir.
Perlahan tangan Qaseh menyentuh dahi Arief dan dipicit lembut. Terpejam mata Arief menikmati keselesaan dari urutan itu. Anak mata Qaseh terus melekap di wajah lelaki itu. Sesekali jari jemari Qaseh menyisir lembut rambut Arief. Ada sesuatu yang bergolak di jiwanya saat ini. Satu perasaan yang belum pernah dialami selama ini. Entah kenapa kebelakangan ini tidak melihat wajah lelaki itu mengundang rindu yang sukar diungkapkan. Sejak Arief berulang alik ke luar daerah hatinya terasa kosong. Masa yang berlalu terasa sepi. Dia akui tidak sabar untuk bertemu dengan lelaki itu.
Tiba-tiba tangan Arief mencapai tangan Qaseh lantas digenggam lembut. Panjang helaan nafas Arief terhembus kala tangan Qaseh menyapa dadanya. Arief membuka mata dan pandangan mereka kembali bersatu.
 “Datang dengan siapa tadi? Azman?” tanya Arief memecah kesepian. Ada cemburu yang bertandang di sebalik bicara itu.
Qaseh diam seketika sebelum menjawab pertanyaan itu. “Sendiri.”
Arief bangkit lantas bersandar di sofa. “Abang rasa tak boleh nak sambung meeting lagi. Tolong hantar abang balik.”
“Tapi, meeting tu...”
“Meeting tu lagi penting dari abang.”
Ungkapan Arief membuatkan Qaseh terkedu.  yang lebih kepada arahan itu tidak mampu ditolak Qaseh. Qaseh terdiam. Permintaan Arief tidaklah sebesar mana tetapi apa alasan yang perlu diberi pada Azman nanti.




Arief terus merebahkan tubuh di sofa panjang. Tampak tidak bermaya tingkahnya.
"Abang nak mandi dulu,"tanya Qaseh bergerak mendekati Arief.
"Abang letih sangat. Nak baring kejap."
"Kalau macam tu abang rehat dulu. Abang nak makan apa? Qaseh masakkan."
"Abang tak ada selera." Lemah suara Arief menggamit rasa simpati Qaseh.
Qaseh bergerak menghampiri Arief lantas dia melabuhkan punggung di lantai di hujung kepala lelaki itu. Ringan tangan Qaseh menyentuh lembut dahi Arief dan diurut perlahan.
"Sakit lagi?" tanya Qaseh apabila melihat reaksi Arief yang sedikit tersentak dengan sentuhan itu.
"Abang kena berulang alik ke site lagi? Abang tak cukup rehat sebab tu muka abang nampak tak bermaya."
"Banyak kerja yang perlu diselesaikan. Abang pun tak faham kenapa tiba-tiba timbul masalah dengan supplier kat Kuantan. Sebelum ni tak ada apa-apa masalah. Tiba-tiba supplier tu mahu membatalkan perjanjian urusniaga yang dibuat sebelum ni. Projek dah berjalan."luah Arief buntu. Masalah itu perlu diselesaikan segera  supaya projek itu tidak tertangguh. Kalau tidak syarikat akan mengalami kerugian.
Arief menggenggam lembut tangan Qaseh yang mengurut perlahan kepalanya. Dia mendongak sedikit memandang wajah Qaseh. "Lepas ni kalau abang pergi outstation sayang ikut ya. Rindu berpisah lama-lama dengan sayang. Sakit abang ni bukan sebab letih kerja tapi sakit rindu." Arief mengiring sedikit tubuhnya ke arah Qaseh yang bersimpuh di lantai.
Qaseh mencebik. "Dah sihat sikit, mulalah tu."
Arief tergelak halus. Dia bangkit dari pembaringan dan bersandar santai di sofa.
"Kenapa tak percaya?" Tanpa sedar pipi Qaseh diusap lembut. Bagai melempias rindu yang menggunung. Dalam anak matanya menikam pada sepasang mata Qaseh yang merenungnya tanpa berkedip. Qaseh terkedu.
"Dahlah abang ni. Lebih baik abang pergi mandi. Segar sikit badan tu."
"Tapi abang tak larat." Arief terus membeku di tempat duduk. Cuba menarik perhatian Qaseh. Tubuhnya memang kelihatan tidak bermaya.
"Mari Qaseh tolong." Perlahan tangan Arief diraih membantu lelaki itu bangun.
Arief duduk di birai katil. Manakala Qaseh mengambil tuala mandi untuk Arief. "Abang mandi dulu nanti Qaseh sediakan bubur untuk abang."
"Tak nak temankan abang mandi sekali?" soal Arief terselit usikan bersama lirikan nakal.
Membuntang mata Qaseh. "Mengada abang ni. Dah cepat pergi mandi."
Arief tergelak dengan tingkah Qaseh yang sudah bercekak pinggang di hadapannya. Apabila Arief masih tidak berganjak dari tempat duduknya, Qaseh menarik tangan Arief memaksa lelaki itu bangun. Ditolak tubuh lelaki sehingga ke dalam bilik air.
Sebaik memastikan arief berada di dalam bilik air, Qaseh berpaling untuk keluar tetapi Arief lebih dulu menghalang. Tubuh Qaseh tersandar rapat di dinding bilik air. Melihat Arief semakin merapat, Qaseh semakin kecut. Debaran di dada hebat bertalu. Apatah lagi pandangan Arief cukup dalam menikam ke wajah.
"Abang..."
Tiba-tiba tawa Arief meletus mengundang rasa hairan Qaseh. Raut wajah pucat tadi bertukar kerutan dek rasa hairan dengan tingkah Arief yang tiba-tiba kettawa itu.
"Abang ni dah kenapa? Pelik sangat perangai."
"Saja, rindu nak usik sayang."
Qaseh mencemik. Perasaan geram pula bertandang dalam diri. "Rindu ya bang..." Keningnya terjongket sebelah dek ideal yang tiba-tiba muncul di benak  fikiran. 
Tanpa Arief sedari Qaseh mencapai paip air dan disembur ke arah Arief. Dalam sekelip mata tubuh Arief sudah basah kuyup.
"Qaseh?"
"Tadi abang nak Qaseh temankan abang mandi kan? Ni Qaseh tolong mandikan abang sekali."
"Okay kalau macam tu kita mandi sama-sama ya."
Terhenti tingkah Qaseh. Lirikan mata dan senyuman nakal Arief mengundang rasa getar di hati. Apatah lagi tubuh sasa lelaki itu jelas kelihatan dalam keadaannya yang basah itu. Kala Arief mendekat setapak langkah Qaseh ke belakang.
Qaseh pantas melepaskan getah paip dan berlari keluar apabila Arief ingin menangkap pergelangan tangannya. "Nak lari ke mana tu?" Arief tidak dapat mengejar dengan keadaannya yang basah kuyup.
"Qaseh pergi masak dulu!" jerit Qaseh sebelum menutup pintu bilik Arief.
Baju yang basah itu ditanggalkan. Senyuman di bibir masih tidak lekang di bibir walaupun kepalanya masih terasa berat tetapi bergurau senda dengan Qaseh tadi sedikit sebanyak mengurangkan bebanan di fikiran. Perlahan langkah diatur kembali ke dalam bilik air.  Sakit di kepala seperti kembali memberat. Badannya pun sudah terasa seram sejuk.




Pintu bilik Arief diketuk beberapa kali tetapi tiada sahutan dari dalam. Qaseh memulas tombol pintu dan dikuak perlahan. Pandangannya menangkap susuk tubuh yang berkubung dalam selimut di atas katil. Qaseh melangkah masuk sambil membawa dulang yang berisi bubur dan gelas air. Kemudian dulang itu diletakkan di atas meja kecil bersebelahan katil.
"Abang, bangun makan. Qaseh ada masakkan bubur untuk abang," kata Qaseh mengejutkan Arief yang tidur mengiring dengan selimut menyelubungi seluruh tubuh sehingga ke pangkal leher.
Melihat Arief tiada tindak balas dia melabuhkan punggung di birai katil. Perlahan tangannya dibawa ke dahi Arief. Sedikit berhaba dahi itu dirasakan.
"Abang," panggil Qaseh lagi. Tubuh lelaki itu diusap lembut.
Arief membuka sedikit kelopak matanya. Wajah Qaseh menghiasi ruang matanya.
Qaseh melirik senyum nipis. "Abang bangun makan," beritahu Qaseh.
"Tapi abang tak ada selera," rengek Arief. Lemah suaranya kedengaran.
"Tapi abang kena makan. abang belum makan apa lagi tengahari tadi. Nanti penyakit lain pulak yang datang," pujuk Qaseh.
"Letak situ dululah, nanti abang makan." Dia kembali memejamkan mata.
Qaseh menggeleng. Tidak diharap Arief akan menjamah bubur itu jika dibiarkan di situ saja.
"Tak boleh. Abang kena makan bubur ni sekarang juga," kata Qaseh sambil menarik selimut dari tubuh Arief. 
“Tapi abang tak larat.”
“Kalau abang tak makan lagi tak larat.” Bantal dibetulkan supaya lelaki itu lebih  selesa bersandar di kepala katil.
Mangkuk yang berisi bubur diberikan kepada Arief. Namun, Arief hanya memandang sepi bubur itu.  
"Jangan pandang saja bubur tu, abang kena makan."
Mangkuk bubur bertukar tangan. Disudu bubur itu lalu disuakan ke mulut Arief. "Buka mulut," arah Qaseh seperti melayan budak kecil gayanya.
Berkerut dahi Arief sambil menggeleng lembut.  
"Kalau abang tak makan nanti sakit perut."
"Sayang jugak Qaseh kat abang," kata Arief bersama lirikan senyuman nakal terukir di bibir.
Qaseh terkedu.
"Banyak cakap pula abang ni." Bubur itu terus disuap ke dalam mulut Arief.
Wajah Qaseh sudah merona merah. Semakin galak Arief ingin mengusik.
"Betul kan."
"Betul apa?"
"Makan jangan banyak cakap."
Bubur nasi terus disuap ke dalam mulut Arief. Pertanyaan Arief dibiarkan tidak berjawab.

Sayangkah dia pada lelaki itu? Kalau tidak sayang mengapa ada rindu yang bertandang? Mengapa perlu dia mengambil berat tentang kesihatan lelaki itu? Persoalan itu terus berlegar di benak fikiran Qaseh.


15 comments:

Anonymous said...

best2....alaaa bab akhir dah...huhu
kak gee bila nak kluar novel qaseh ni.sngat x sabar ye...;-)

Gee Muszisya said...

terima kasih suka citer ni...kgee pn dup dap dup dap tggu keputusan penilaian drpd pihak penerbit...huhuhu...hrp2 cepat diterbitkan...hehe

Unknown said...

Ala..jgn r baba 30 la..baru terakhir..dah r lama lg nak tunggu citer qaseh ni..

Gee Muszisya said...

ala....ni yg buat kgee lemah ni... kita tgk dulu mcm mana ya... ;)

Unknown said...

Huhuhu...thks kgee...chaiyok!!!..buat r sampai qaseh n arief dah sweet2..baru r start teaser..hehehe..demand lg...aiyokk!

Anonymous said...

Salam...hrp2 cpt la dpt THB dlm vers cetak...lama dh tgu cite ni...Slmt mneruskan karya Kak Gee...

Gee Muszisya said...

Di Riyses Lady : ahak ahak..x blh ltk byk bab dlm blog lmbt tgkp feeling...teaser baru membakor...muahaha ;)

Gee Muszisya said...

Wkmsalam...kak Gee pn harap THB dpt cepat diterbitkn...lembab sgt penulis cita ni nk siapkn (sambil tuding jari kat mula sendirik) huhuhu

seed169 said...

bestnya...
bila agaknya Qaseh nak berterus terang yang dia sayang kat arief...
thank you kat geemus atas n3 ni terubat sikit rindu...

Gee Muszisya said...


seed169 : thanks sbb sukakan citer ni :) klu nak tahu bila Qaseh berterus terang kat Arief kena dapatkan versi cetak nanti ya ;)

Unknown said...

Kak gee, baru ada 1 novel je kan..kau ditakdirkan utkku..ke ada lg..hehehe..yela sementara nak tunggu novel THB kuar..kot2 nak cari novel kak gee yg lain.

Anonymous said...

BEST.... ALA BAB AKHIR DAH....NK N3 LG...PLEASE

Gee Muszisya said...

deriyses lady : haah baru satu nvl kgee KDU...ni baru nak.masuk yg kedua...masih bertaktih dlm penulisan...tu yg lambat bebenor nk siap...hehehe...

Gee Muszisya said...

Thanks...yg bab akhir dlm blog...lps ni teaser aje...mgkn kgee akan upload citer baru plk....insya Allah...

kiki said...

cepatlah update bab baru