Assalamualaikum... teman-teman... sedikit sambungan kisah Qaseh dan Arief & bab terakhir dalam blog. Selepas ini gee akan upload teaser THB aje... semoga terhibur :))
Qaseh
mengeluh panjang. Dia melembabkan sedikit wajah supaya tampak lebih segar. Hari ini perbincangan antara Syarikat Bersatu
Setia dengan Syarikat Perkasa Jaya berlangsung
agak panjang. Qaseh melihat sekilas ke arah cermin merapikan diri
sebelum melangkah keluar dari bilik air. Terasa sedikit segar setelah agak lama
terperuk dalam bilik mesyuarat. Tenang langkah diatur ke arah bilik mesyuarat.
Tiba-tiba tubuh Qaseh ditarik oleh seseorang ke satu sudut yang agak
terlindung.
Terkejut
Qaseh. Hampir dia menjerit. Membuntang luas mata Qaseh kala melihat susuk tubuh
yang berada di hadapannya saat ini. “Abang!”
“Shhhh...”
jari Arief pantas melekap di bibir Qaseh.
Arief
tersengih sahaja. Kemudian kedua tapak tangannya melekap di dinding mengepung
tubuh Qaseh yang menarik muncung dengan tingkah Arief itu.
“Jom
ke bilik abang,” ajak Arief menggoda.
“Abang
jangan nak mengada. Office ni. Kalau staff abang nampak, susah nanti,”
gumam Qaseh.
“Abang...”
Qaseh menolak lembut tubuh Arief yang semakin mendekat. Dia cuba meloloskan
diri dari kepungan Arief tetapi tidak berjaya. Qaseh bimbang jika tingkah
mereka disedari oleh sesiapa. Namun riak keletihan di raut wajah itu menggamit
rasa simpati dalam dirinya. Itulah yang
disedari Qaseh apabila Arief muncul dalam bilik mesyuarat setelah 15 minit
mesyuarat berlalu. Sejak akhir-akhir ini waktu mereka bersama juga agak
terbatas kerana Arief kerap turun ke tapak projek untuk melihat sendiri
perjalanan projek di sana. Memang dia akui Arief seorang yang sangat komited
dengan kerja. Sudah dua hari mereka tidak bertemu. Arief baru sahaja pulang
dari Kuantan tengahari tadi dan kemudian terpaksa menghadiri mesyuarat yang
telah ditetapkan sejak awal lagi. Menurut abang Malik, ada sedikit masalah
projek di sana.
“Kejap
aje... abang letih sangat dan abang rindu…”luah Arief lagi. Lemah nada
suaranya. Arief menunduk membiarkan dahinya bersatu dengan Qaseh. Melepaskan
bebanan yang mencengkam diri.
Qaseh
kaku membiarkan dahinya bersatu dengan Arief. Deru nafas lelaki itu terhembus
lembut menyapa wajah.
“Abang...”
bisik Qaseh lembut.
“Please...”
rayu Arief lagi. Mengangkat wajah yang tampak sedikit lesu.
Mata
mereka bersatu. Lama anak mata Qaseh melekap di wajah Arief yang tampak tidak
bermaya. Wajah itu begitu redup dan manja. Tidak sampai hati pula menghampakan permintaan Arief. “Kejap aje
tau.”
Mereka
berjalan beriringin ke arah bilik Arief. Qaseh pantas meleraikan pautan tangan
Arief apabila melalui meja setiausaha Arief yang sedang leka menaip sehingga
tidak menyedari kehadiran Arief di situ.
“Rita,
saya tak mahu diganggu.” Sempat Arief menyampaikan pesanan kepada setiausahanya
sebelum berlalu masuk ke dalam bilik.
Qaseh
tersenyum nipis kala pandangan Rita beralih ke wajahnya. Rita turut membalas
sambil mengangguk perlahan. “Eh, tu bukan perempuan hari tu,” bisik Rita
sendiri.
Qaseh
melabuhkan punggung di sofa panjang. Belum sempat tubuhnya mencecah penyandar
sofa, dia terkaku apabila Arief berbaring dan kepala lelaki itu kini berada di
atas ribaannya.
“Dua
tiga hari ni kepala abang asyik sakit aje,” kata Arief sambil memicit-micit
dahi.
Melihat
keadaan Arief itu menjentik perasaan simpati dalam diri Qaseh. “Sakit sangat
ke?” tanya Qaseh menyentuh perlahan kepala Arief.
“Abang
nak makan ubat?” tanya Qaseh tampak risau dengan keadaan Arief.
“Abang
dah telan panadol sebelum masuk meeting tadi,” jawab Arief. Sesekali raut
wajahnya berkerut menahan sakit di kepala.
“Nak
Qaseh urutkan?” tanya Qaseh teragak-agak.
Arief
berpaling mencari keikhlasan di wajah Qaseh. Seketika pandangan bersatu sebelum
Arief mengangguk perlahan bersama senyuman nipis terukir di bibir.
Perlahan
tangan Qaseh menyentuh dahi Arief dan dipicit lembut. Terpejam mata Arief
menikmati keselesaan dari urutan itu. Anak mata Qaseh terus melekap di wajah
lelaki itu. Sesekali jari jemari Qaseh menyisir lembut rambut Arief. Ada
sesuatu yang bergolak di jiwanya saat ini. Satu perasaan yang belum pernah
dialami selama ini. Entah kenapa kebelakangan ini tidak melihat wajah lelaki
itu mengundang rindu yang sukar diungkapkan. Sejak Arief berulang alik ke luar
daerah hatinya terasa kosong. Masa yang berlalu terasa sepi. Dia akui tidak
sabar untuk bertemu dengan lelaki itu.
Tiba-tiba
tangan Arief mencapai tangan Qaseh lantas digenggam lembut. Panjang helaan
nafas Arief terhembus kala tangan Qaseh menyapa dadanya. Arief membuka mata dan
pandangan mereka kembali bersatu.
“Datang dengan siapa tadi? Azman?” tanya Arief
memecah kesepian. Ada cemburu yang bertandang di sebalik bicara itu.
Qaseh
diam seketika sebelum menjawab pertanyaan itu. “Sendiri.”
Arief
bangkit lantas bersandar di sofa. “Abang rasa tak boleh nak sambung meeting
lagi. Tolong hantar abang balik.”
“Tapi,
meeting tu...”
“Meeting
tu lagi penting dari abang.”
Ungkapan
Arief membuatkan Qaseh terkedu. yang
lebih kepada arahan itu tidak mampu ditolak Qaseh. Qaseh terdiam. Permintaan
Arief tidaklah sebesar mana tetapi apa alasan yang perlu diberi pada Azman
nanti.
Arief
terus merebahkan tubuh di sofa panjang. Tampak tidak bermaya tingkahnya.
"Abang
nak mandi dulu,"tanya Qaseh bergerak mendekati Arief.
"Abang
letih sangat. Nak baring kejap."
"Kalau
macam tu abang rehat dulu. Abang nak makan apa? Qaseh masakkan."
"Abang
tak ada selera." Lemah suara Arief menggamit rasa simpati Qaseh.
Qaseh
bergerak menghampiri Arief lantas dia melabuhkan punggung di lantai di hujung
kepala lelaki itu. Ringan tangan Qaseh menyentuh lembut dahi Arief dan diurut
perlahan.
"Sakit
lagi?" tanya Qaseh apabila melihat reaksi Arief yang sedikit tersentak
dengan sentuhan itu.
"Abang
kena berulang alik ke site lagi? Abang tak cukup rehat sebab tu muka abang
nampak tak bermaya."
"Banyak
kerja yang perlu diselesaikan. Abang pun tak faham kenapa tiba-tiba timbul
masalah dengan supplier kat Kuantan. Sebelum ni tak ada apa-apa masalah.
Tiba-tiba supplier tu mahu membatalkan perjanjian urusniaga yang dibuat sebelum
ni. Projek dah berjalan."luah Arief buntu. Masalah itu perlu diselesaikan
segera supaya projek itu tidak
tertangguh. Kalau tidak syarikat akan mengalami kerugian.
Arief
menggenggam lembut tangan Qaseh yang mengurut perlahan kepalanya. Dia mendongak
sedikit memandang wajah Qaseh. "Lepas ni kalau abang pergi outstation
sayang ikut ya. Rindu berpisah lama-lama dengan sayang. Sakit abang ni bukan
sebab letih kerja tapi sakit rindu." Arief mengiring sedikit tubuhnya ke
arah Qaseh yang bersimpuh di lantai.
Qaseh
mencebik. "Dah sihat sikit, mulalah tu."
Arief
tergelak halus. Dia bangkit dari pembaringan dan bersandar santai di sofa.
"Kenapa
tak percaya?" Tanpa sedar pipi Qaseh diusap lembut. Bagai melempias rindu
yang menggunung. Dalam anak matanya menikam pada sepasang mata Qaseh yang
merenungnya tanpa berkedip. Qaseh terkedu.
"Dahlah
abang ni. Lebih baik abang pergi mandi. Segar sikit badan tu."
"Tapi
abang tak larat." Arief terus membeku di tempat duduk. Cuba menarik
perhatian Qaseh. Tubuhnya memang kelihatan tidak bermaya.
"Mari
Qaseh tolong." Perlahan tangan Arief diraih membantu lelaki itu bangun.
Arief
duduk di birai katil. Manakala Qaseh mengambil tuala mandi untuk Arief.
"Abang mandi dulu nanti Qaseh sediakan bubur untuk abang."
"Tak
nak temankan abang mandi sekali?" soal Arief terselit usikan bersama
lirikan nakal.
Membuntang
mata Qaseh. "Mengada abang ni. Dah cepat pergi mandi."
Arief
tergelak dengan tingkah Qaseh yang sudah bercekak pinggang di hadapannya.
Apabila Arief masih tidak berganjak dari tempat duduknya, Qaseh menarik tangan
Arief memaksa lelaki itu bangun. Ditolak tubuh lelaki sehingga ke dalam bilik
air.
Sebaik
memastikan arief berada di dalam bilik air, Qaseh berpaling untuk keluar tetapi
Arief lebih dulu menghalang. Tubuh Qaseh tersandar rapat di dinding bilik air.
Melihat Arief semakin merapat, Qaseh semakin kecut. Debaran di dada hebat
bertalu. Apatah lagi pandangan Arief cukup dalam menikam ke wajah.
"Abang..."
Tiba-tiba
tawa Arief meletus mengundang rasa hairan Qaseh. Raut wajah pucat tadi bertukar
kerutan dek rasa hairan dengan tingkah Arief yang tiba-tiba kettawa itu.
"Abang
ni dah kenapa? Pelik sangat perangai."
"Saja,
rindu nak usik sayang."
Qaseh
mencemik. Perasaan geram pula bertandang dalam diri. "Rindu ya
bang..." Keningnya terjongket sebelah dek ideal yang tiba-tiba muncul di
benak fikiran.
Tanpa
Arief sedari Qaseh mencapai paip air dan disembur ke arah Arief. Dalam sekelip
mata tubuh Arief sudah basah kuyup.
"Qaseh?"
"Tadi
abang nak Qaseh temankan abang mandi kan? Ni Qaseh tolong mandikan abang
sekali."
"Okay
kalau macam tu kita mandi sama-sama ya."
Terhenti
tingkah Qaseh. Lirikan mata dan senyuman nakal Arief mengundang rasa getar di
hati. Apatah lagi tubuh sasa lelaki itu jelas kelihatan dalam keadaannya yang
basah itu. Kala Arief mendekat setapak langkah Qaseh ke belakang.
Qaseh
pantas melepaskan getah paip dan berlari keluar apabila Arief ingin menangkap
pergelangan tangannya. "Nak lari ke mana tu?" Arief tidak dapat
mengejar dengan keadaannya yang basah kuyup.
"Qaseh
pergi masak dulu!" jerit Qaseh sebelum menutup pintu bilik Arief.
Baju
yang basah itu ditanggalkan. Senyuman di bibir masih tidak lekang di bibir
walaupun kepalanya masih terasa berat tetapi bergurau senda dengan Qaseh tadi
sedikit sebanyak mengurangkan bebanan di fikiran. Perlahan langkah diatur
kembali ke dalam bilik air. Sakit di kepala
seperti kembali memberat. Badannya pun sudah terasa seram sejuk.
Pintu
bilik Arief diketuk beberapa kali tetapi tiada sahutan dari dalam. Qaseh
memulas tombol pintu dan dikuak perlahan. Pandangannya menangkap susuk tubuh
yang berkubung dalam selimut di atas katil. Qaseh melangkah masuk sambil
membawa dulang yang berisi bubur dan gelas air. Kemudian dulang itu diletakkan
di atas meja kecil bersebelahan katil.
"Abang,
bangun makan. Qaseh ada masakkan bubur untuk abang," kata Qaseh
mengejutkan Arief yang tidur mengiring dengan selimut menyelubungi seluruh
tubuh sehingga ke pangkal leher.
Melihat
Arief tiada tindak balas dia melabuhkan punggung di birai katil. Perlahan
tangannya dibawa ke dahi Arief. Sedikit berhaba dahi itu dirasakan.
"Abang,"
panggil Qaseh lagi. Tubuh lelaki itu diusap lembut.
Arief
membuka sedikit kelopak matanya. Wajah Qaseh menghiasi ruang matanya.
Qaseh
melirik senyum nipis. "Abang bangun makan," beritahu Qaseh.
"Tapi
abang tak ada selera," rengek Arief. Lemah suaranya kedengaran.
"Tapi
abang kena makan. abang belum makan apa lagi tengahari tadi. Nanti penyakit
lain pulak yang datang," pujuk Qaseh.
"Letak
situ dululah, nanti abang makan." Dia kembali memejamkan mata.
Qaseh
menggeleng. Tidak diharap Arief akan menjamah bubur itu jika dibiarkan di situ
saja.
"Tak
boleh. Abang kena makan bubur ni sekarang juga," kata Qaseh sambil menarik
selimut dari tubuh Arief.
“Tapi
abang tak larat.”
“Kalau
abang tak makan lagi tak larat.” Bantal dibetulkan supaya lelaki itu lebih selesa bersandar di kepala katil.
Mangkuk
yang berisi bubur diberikan kepada Arief. Namun, Arief hanya memandang sepi
bubur itu.
"Jangan
pandang saja bubur tu, abang kena makan."
Mangkuk
bubur bertukar tangan. Disudu bubur itu lalu disuakan ke mulut Arief.
"Buka mulut," arah Qaseh seperti melayan budak kecil gayanya.
Berkerut
dahi Arief sambil menggeleng lembut.
"Kalau
abang tak makan nanti sakit perut."
"Sayang
jugak Qaseh kat abang," kata Arief bersama lirikan senyuman nakal terukir
di bibir.
Qaseh
terkedu.
"Banyak
cakap pula abang ni." Bubur itu terus disuap ke dalam mulut Arief.
Wajah
Qaseh sudah merona merah. Semakin galak Arief ingin mengusik.
"Betul
kan."
"Betul
apa?"
"Makan
jangan banyak cakap."
Bubur
nasi terus disuap ke dalam mulut Arief. Pertanyaan Arief dibiarkan tidak
berjawab.
Sayangkah
dia pada lelaki itu? Kalau tidak sayang mengapa ada rindu yang bertandang? Mengapa
perlu dia mengambil berat tentang kesihatan lelaki itu? Persoalan itu terus
berlegar di benak fikiran Qaseh.
15 comments:
best2....alaaa bab akhir dah...huhu
kak gee bila nak kluar novel qaseh ni.sngat x sabar ye...;-)
terima kasih suka citer ni...kgee pn dup dap dup dap tggu keputusan penilaian drpd pihak penerbit...huhuhu...hrp2 cepat diterbitkan...hehe
Ala..jgn r baba 30 la..baru terakhir..dah r lama lg nak tunggu citer qaseh ni..
ala....ni yg buat kgee lemah ni... kita tgk dulu mcm mana ya... ;)
Huhuhu...thks kgee...chaiyok!!!..buat r sampai qaseh n arief dah sweet2..baru r start teaser..hehehe..demand lg...aiyokk!
Salam...hrp2 cpt la dpt THB dlm vers cetak...lama dh tgu cite ni...Slmt mneruskan karya Kak Gee...
Di Riyses Lady : ahak ahak..x blh ltk byk bab dlm blog lmbt tgkp feeling...teaser baru membakor...muahaha ;)
Wkmsalam...kak Gee pn harap THB dpt cepat diterbitkn...lembab sgt penulis cita ni nk siapkn (sambil tuding jari kat mula sendirik) huhuhu
bestnya...
bila agaknya Qaseh nak berterus terang yang dia sayang kat arief...
thank you kat geemus atas n3 ni terubat sikit rindu...
seed169 : thanks sbb sukakan citer ni :) klu nak tahu bila Qaseh berterus terang kat Arief kena dapatkan versi cetak nanti ya ;)
Kak gee, baru ada 1 novel je kan..kau ditakdirkan utkku..ke ada lg..hehehe..yela sementara nak tunggu novel THB kuar..kot2 nak cari novel kak gee yg lain.
BEST.... ALA BAB AKHIR DAH....NK N3 LG...PLEASE
deriyses lady : haah baru satu nvl kgee KDU...ni baru nak.masuk yg kedua...masih bertaktih dlm penulisan...tu yg lambat bebenor nk siap...hehehe...
Thanks...yg bab akhir dlm blog...lps ni teaser aje...mgkn kgee akan upload citer baru plk....insya Allah...
cepatlah update bab baru
Post a Comment