Daun pintu
ditolak perlahan. Suasana suram di ruang tamu meliarkan pandangannya ke
sekeliling. ‘Arief belum balik lagi?’ Dia mengerling sekilas ke arah jam
dinding. Hampir pukul 11.00 malam. Qaseh menghela nafas. Terlalu leka berborak dengan Hani, tidak
sedar detik yang berlalu. Tapi takkan Arief belum balik lagi waktu begini. Kala
benak fikirannya berteka teki pandangannya menangkap susuk tubuh yang terbaring
di atas sofa panjang. Lantas langkahnya di atur ke arah susuk tubuh yang tampak
begitu lena sekali.
Qaseh
menggeleng perlahan melihat Arief yang
terbaring sambil berpeluk tubuh dengan baju kemeja yang masih tersarung di
tubuh. Qaseh meletakkan tas tangan di atas meja. Perlahan dia bersimpuh di
lantai mengadap Arief yang masih tidak sedar dengan kehadiran Qaseh di sisinya.
Lama
sepasang anak mata Qaseh jatuh pada seraut wajah Arief yang tampak tenang itu. Kata-kata Hani kembali bermain di
fikirannya. Benarkah perasaan itu hadir tanpa kita sedar? Adakah apa yang aku
rasa selama ini adalah perasaan cinta yang mula berputik pada lelaki ini?
“Abang...”
panggil Qaseh mengejutkan Arief.
Arief
tersedar sambil mengeliat kecil. Memisat-misat matanya memfokuskan pandangan.
“Hhmm... sayang... dah pukul berapa ni?” serak-serak basah suaranya.
“Dah pukul
11.00. Kenapa tidur kat sini? Baju pun tak bertukar.”
“Errmm...
abang tunggu sayang. Tak sangka boleh terlelap pula,”jawab Arief sambil
mengeliat kecil.
“Sorry...
dah lama tak jumpa Hani, borak punya borak sampai tak sedar masa berlalu.
Kenapa abang tunggu Qaseh?”tanya Qaseh tanpa menyedari pandangan Arief yang
melekat di wajahnya.
“Rindu...”
jawab Arief perlahan. Redup renungannya. Wajah Qaseh yang berkerut ditatap sahaja.
Qaseh mula
tidak senang duduk dengan renungan Arief itu. “Hhm... okay... Qaseh rasa baik
abang pergi mandi dulu... semacam dah bau,” perli Qaseh cuba melindungi riaknya
yang mula gundah. Dia bingkas bangun.
“Sayang pun
belum mandi lagi kan, jom mandi,” bisiknya nakal, sengaja ingin mengusik Qaseh.
Tersungging sengihan di bibirnya. Turut bangun bergerak mendekati Qaseh. Butang
baju kemejanya ditanggalkan satu persatu sehingga menampakkan sedikit dada
bidangnya.
Membuntang
mata Qaseh. Tubuh Arief yang semakin mendekat ditahan dengan telapak tangan.
“Eerr... abang mandi kat bilik abang, Qaseh mandi kat bilik Qaseh ya.” Bibirnya
melirik senyum seketika. Mengigau agaknya.
“Kalau mandi
sekali boleh jimat air.” Semakin seronok pula mengusik si isteri yang sudah
menampakkan rona merah di wajah.
“Malas nak
layan abang ni...” tangannya mencapai tas tangan di atas meja ingin berlalu. Tidak keruan
dibuatnya melihat senyuman nakal yang terukir di bibir Arief. Namun tiba-tiba Arief menggenggam tangannya. Pantas Qaseh mengangkat
muka memandang Arief.
“Abang
lapar...”
“Dah... tapi
sekarang lapar balik...” jawab Arief merengek manja.
“Abang pergi
mandi dulu nanti Qaseh sediakan.”
“Tak payah
masaklah kita keluar makan, nak?”
“Alah...
malas nak keluar.” Tubuhnya sudah terasa letih. Di matanya hanya terbayang
tilam dan bantal sahaja kala ini.
“Jom arr
sayang...”pujuk Arief masih tidak berputus asa.
Qaseh diam
seketika. Riak wajah Arief yang begitu mengharap menjentik perasaan kesian pula
di hatinya. “Ke mana?” akhirnya kata itu yang meluncur dari bibirnya.
“Pekena nasi
lemak Kampung Baru,” jawab Arief ceria.
“Okay, tapi
mandi dulu sebelum keluar. Tengok muka abang baru bangun tidur ni tak lalu nak
makan nanti,” gurau Qaseh. Menjauhkan tubuhnya dari Arief.
Membuntang
mata Arief memandang Qaseh geram. Dia sudah berdiri bertentangan dengan Qaseh
yang sedang menahan senyum.
Arief
mengetap bibir. Ringan tangannya mencubit kedua pipi Qaseh. Terjerit Qaseh.
Pantas tangannya mengusap pipi. “Sakitlah!” marah Qaseh melirik geram pada
Arief.
“Siapa suruh
gelakkan abang,” jawab Arief membela diri.
“Tak naklah
temankan abang macam ni.” Memuncung wajah Qaseh menunjuk rasa rajuk yang
menyinggah.
“Isteri
abang ni dah pandai merajuk.” Hidung Qaseh dicuit lembut.
“Mana
ada...” sela Qaseh. Entah kenapa tiba-tiba terdetik perasaan ingin disayangi
dan dimanjai dalam dirinya.
“Qaseh nak
pergi mandi dulu.” Pantas dia berpaling ingin berlalu pergi. Mengapa dengan
dirinya malam ini? Bersikap tidak tentu hala di hadapan Arief.
“Ikut,” usik
Arief hampir di belakang Qaseh.
“Jangan nak
mengada, nanti lambat pula kita nak keluar. Layan abang ni sampai bila tak
habis.” Qaseh terus mengatur langkah ke biliknya. Manakala Arief menyusul ke
biliknya. Namun, dalam diam bibir masing-masing mengukir senyuman bermakna.
*************
Elyana
memaut kejap lengan Jefri. Mengikut langkah lelaki itu di celah-celah manusia
yang berkinja-kinja menari mengikut rentak muzik rancak yang membingitkan telinga.
Inilah pertama kali Jefri membawanya ke kelab malam ini. Bukannya dia tidak
pernah datang ke tempat begini bersama Jefri tetapi entah kenapa kali ini dia
terasa lain. Hatinya rasa tidak sedap hati sejak Jefri menerima panggilan
telefon minggu lepas. Tingkah Jefri seperti tidak mahu dia mendengar perbualan
itu.
“Hey Jeff,
lama tak nampak?”tegur seorang lelaki kala mereka melintasi di satu
meja.
“Eh,
Datuk... sibuk sikit Datuk. Datuk apa khabar?” jawab Jefri ramah lantas
berjabat tangan dengan lelaki yang menegurnya tadi.
Jefri juga
diperkenalkan kepada dua lagi rakan Datuk itu yang turut berada di meja itu.
Tidak lupa juga tiga orang gadis cantik dan seksi yang berada di sisi mereka.
Elyana hanya
menyepi di sisi Jefri. Tidak gemar dengan pandangan liar Datuk itu yang seperti
sedang meratah segenap tubuhnya.
“Siapa tu
Jeff?” tiba-tiba pertanyaan itu meluncur dari bibir lelaki itu.
“Oh, ini
saya kenalkan Elyana. Dia masih baru di sini,” bisik Jefri tersenyum
lebar penuh makna.
“Elyana, ini
Datuk Rahim... important customer kat sini.”
Elyana
senyum paksa. Apabila melihat Elyana hanya membatu, Jefri menolak sedikit
tubuhnya supaya menyambut huluran tangan Datuk Rahim. Jelas di raut wajah Jefri
tidak senang dengan kelakuan Elyana itu.
Lambat-lambat
Elyana menyambut huluran salam itu.
Genggaman yang agak kejap memaksa Elyana menarik tangannya. Datuk Rahim
hanya melemparkan senyuman lebar lantas meleraikan genggamannya.
Elyana
bergerak menjauh. Melihat Jefri dan Datuk Rahim itu berbisik-bisik sesekali
ketawa mengundang rasa gelisah di hatinya. Apatah lagi mata Datuk Rahim itu
asyik terarah padanya.
“Baik you
dengan Datuk tu?” tanya Elyana sebaik mereka duduk di bar yang menempatkan
perlbagai jenis minuman.
“Datuk tu
banyak bagi business kat I,” beritahu Jefri sambil memesan minuman untuknya dan
Elyana.
“Tapi I tak
suka dengan Datuk tu? Pandangannya semacam,” luah Elyana tanpa berselindung.
“You kena
jaga hati dia... lumayan habuannya nanti.”
Berkerut
dahi Elyana. “Apa hal I kena jaga hati dia pulak.”
“I tak suka
cara you layan Datuk tu tadi. Nasib baik mood dia baik hari ni, kalau mood dia
tak baik. I yang susah nanti,” suara Jefri sedikit keras.
“Apa masalah
you ni? I tak ada kaitan dengan Datuk tu. Lantaklah macam mana I pandang dia
pun. Yang you nak hangin dengan I ni, kenapa?” kata Elyana tidak puas hati
dengan sikap Jefri.
“Masalahnya
you bersama dengan I. You mesti jaga air muka I!” jawab Jefri tegas.
Elyana
menarik muka masam. Riak tegang di raut wajah Jefri mematahkan katanya. “I ke
ladies kejap,” katanya sambil mengangkat punggung.
Jefri
memerhati susuk tubuh Elyana hingga hilang dari pandangan. Perlahan tangannya
mengeluarkan sesuatu dari poket seluar. Tanpa sesiapa sedari beberapa biji
pil dimasukkan ke dalam gelas minuman Elyana. Bibirnya tersungging senyuman.
Kemudian dia menoleh ke arah meja yang di duduki oleh Datuk Rahim tadi. Ketika
itu Datuk Rahim juga sedang memandangnya. Dia mengangguk perlahan sebagai
isyarat rancangan telah terlaksana.
5 comments:
... Qaseh cuba fikirkan apa yang Hani cakap tu betul .... Arief cuba ambil hati dan buat Qaseh jatuh hati pada suami sendiri ok... Arief sebenarnya Qaseh perlukan masa dan hanya Arief ja yang boleh meyakini Qaseh tentang rahsia hati Arief padanya ..... TRY YOUR BESTTTTT
Best..... hati dah berbunga dah ni.... #^_^
ala la la sweet3....sambung agi kak gee...nakal la si arief ni...tahan je la qaseh oiii...
sweetnya bila dalam hati masing2 ada cinta kan? Qaseh jgn tunggu lama2 ya. thanks gee...
Best nye cite ni TAHNIAH writer. Tp jgn lh lame sgt nk smbg tak sabar nk tahu pekembngn selanjutnye harap Arief dpt cairkn hati Qaseh .
Post a Comment