Sorry lama dah tak sambung citer ni... bz sesangat dgn mcm2 hal...
harap teman-teman masih tak lupa dengan arief dan qaseh (~__*)
harap teman-teman masih tak lupa dengan arief dan qaseh (~__*)
Senyap-senyap Arief mengintai Qaseh yang sedang leka
menulis sesuatu di atas kabinet dapur. Bibir tersungging sengih apabila di
benak fikiran terlintas sesuatu. Perlahan tangan mencuit pinggang Qaseh yang
langsung tidak menyedari kehadirannya.
Terjerit kecil Qaseh. Pantas dia berpaling ke belakang.
Membuntang mata Qaseh melihat Arief sedang mentertawakannya. Wajah terkejut
kini bertukar riak geram. Kecil mata Qaseh memandang tubuh sasa Arief di
hadapannya. Bahu Arief menjadi sasaran. Berkali-kali bahu itu menjadi mangsa
tamparan Qaseh.
“Aduh... cukuplah tu, yang. Sakit...” adu Arief. Bahunya
diusap beberapa kali.
“Rasakan... lain
kali buat lagi. Biar melekat tapak tangan kat bahu abang tu...”
“Bagus juga melekat, kalau abang rindu abang pegang aje
bahu abang macam abang pegang tangan sayang,” usik Arief. Sengihan nakal
terukir di bibir.
“Sayang tulis apa? Abang kat belakang pun tak sedar,”
tanya Arief. Selamba tangan kiri memeluk bahu Qaseh. Terkaku Qaseh dengan
tingkah bersahaja Arief. Namun, dia membiarkan sahaja. Tangannya kembali lincah
menulis di atas kertas.
“Barang-barang dapur. Dah banyak habis. Kejap lagi Qaseh
nak keluar beli barang. Nak ikut?”ajaknya.
“Boleh jugak.”
“Abang tak ke gim ke pagi ni?” tanya Qaseh. Selalunya
pada pagi hujung minggu begini, Arief akan ke gimnasium. Sudah menjadi rutin
mingguannya. Dan tidak hairanlah Arief memiliki tubuh yang sasa dan tegap.
“Hari ini nak teman isteri abang pergi shopping.”
“Errmm... bagus jugak tu, boleh tolong angkat barang,
banyak yang nak beli ni...”
“Anything for you darling,” bisik Arief sambil mengedip
matanya bersama lirikan senyuman yang cukup menawan.
Qaseh mencebik sambil mengangkat kening sebelah sebelum
beralih pandang pada senarai barang yang telah ditulis tadi.
Arief tergelak tercuit dengan mimik muka isterinya itu.
“Jangan buat macam tu, tergoda abang.”
“Siapa goda siapa sebenarnya ni?” Tangannya kembali
lincah menulis. Wajah Arief tidak
dipandang lagi. Tawa halus Arief terus menyapa telinganya.
“Dah sarapan, belum?”tanya Arief.
“Belum...”jawab Qaseh.
“Jom sarapan, sayang,”ajak Arief. Bahu Qaseh diusap
lembut dan sempat bibirnya menyapa sekilas kepala isterinya sebelum beredar ke
meja makan.
Terpana Qaseh. Tiba-tiba hatinya dipagut sayu. Tingkah
Arief mengingatkannya pada arwah abang Qalif. Sentuhan dan ciuman kasih seorang
abang menggamit perasaan rindu dalam dirinya. Kerinduannya mula melarat pada
wajah arwah mama dan abah. Senda gurau mereka sentiasa menceriakan
hari-harinya. Kesedihan mula melingkari jalur hatinya mengundang rasa sebak di
dada.
“Sayang...” panggil Arief kala melihat Qaseh seperti
termenung jauh.
“Hah.” Qaseh sedikit tersentak. Melarikan wajahnya
melindungi mendung yang mula menyaluti wajah.
“Ingatkan apa?”soal Arief. Linangan di kelopak mata Qaseh
menimbul tanda tanya di benak fikirannya.
Hambar lirikan senyumannya. “Tak ada apa...” jawab Qaseh
sambil menggeleng perlahan. Pandangan Arief yang terus melekap di wajahnya
tidak diendahkan.
“Cepatlah sarapan, kata nak ikut pergi shopping.” Qaseh
cuba menceriakan suasana yang hening tetapi ternyata tampak hambar di mata
Arief.
Qaseh tertunduk saat Arief menggenggam tangannya. Ketabahan yang dianyam selama ini
bagaikan menunggu masa untuk terlerai. Mengapa hatinya tiba-tiba mudah
tersentuh?
“Jangan simpan kesedihan itu seorang diri. Izinkan abang
kongsi bersama kesedihan itu. Please sayang... jangan pendam dalam hati
sendirian.”
Qaseh hanya diam membisu. Dia cuba menarik senyum. “Tak
ada apa cuma teringat pada arwah abah, mama dan abang Qalif.”
“Hadiahkan al-fatihah untuk mereka sayang, itu yang
sebaik-baiknya.”
Qaseh mengangguk perlahan. Renungan Arief dipandang
dalam. Tenang raut wajah itu bagai meresap kekuatan ke sanubarinya.
“Jom makan,” ajak Qaseh. Senyuman ikhlas terukir.
Arief turut tersenyum nipis. Sedikit lega melihat wajah
Qaseh yang berubah ceria.
*******
Perlahan troli ditolak beriringan dengan Qaseh yang
sedang memilih barang-barang kering.
“Qaseh.” Tiba-tiba seseorang menegur Qaseh.
Pantas Qaseh berpaling. “Aida.” Jelas riak terkejut di
wajah Qaseh.
“Mana kau pergi? Aku pergi rumah kau tapi biasalah mama
tiri kau tu mana nak citer apa pasal kau. Nombor telefon kau pun dah tak aktif.
Apa dah jadi sebenarnya?” bertalu-talu soalan meluncur dari bibir Zuraida
sebaik pelukan terlerai. Tangannya pula masih melekap pada lengan Qaseh.
“Aku... aku...” teragak-agak Qaseh hendak menjawab. Wajah
sahabat rapatnya sejak di bangku sekolah ditatap dengan perasaan serba salah.
Sejak Zuraida mengikut keluarganya berpindah, hidupnya hanya bertemankan
kesepian. Tiada lagi tempat untuk dia meluahkan masalah. Hanya sesekali Zuraida
menghubunginya bertanya khabar. Tetapi berbual di telefon tidak sama ketika
bersemuka. Sejak Qaseh berkahwin dengan Arief, mereka seperti terputus
hubungan. Tambahan pula telefon bimbitnya juga telah dirampas oleh mama
tirinya.
Tiba-tiba pandangan Zuraida beralih pada lelaki di
sebelah Qaseh. Persoalan demi persoalan semakin menyendat benak fikiran
Zuraida. Siapa lelaki ni? Hensem! Walaupun penampilannya ringkas tetapi tetap
tampak bergaya dengan jeans dan t’shirt berkolar tersarung di tubuh sasa itu.
Qaseh mengerti pandangan sahabatnya itu lantas
memperkenalkan Arief kepadanya. “Ini aku kenalkan suami aku, Arief Hakimi.”
“Suami!!” Terbuntang mata Zuraida terkejut dengan
ungkapan yang meluncur dari bibir Qaseh.
“Bila kau kahwin?”
Qaseh mengeluh. “Panjang ceritanya...”
“Kenapa aku call kau tak dapat?” soal Zuraida sekali
lagi. Seperti detektif pula gayanya.
“Mama dah ambil telefon aku. Aku betul-betul tak ingat
nombor kau. Kalau aku ingat dah lama aku call kau. Boleh aku lari sembunyi kat
rumah kau waktu tu,” kata Qaseh tersengih-sengih. Namun seketika cuma apabila
sahabatnya itu hanya mempamerkan riak serius. Dia tahu sahabatnya itu risau
keadaannya.
Zuraida menarik tangan Qaseh sedikit jauh dari Arief yang
menjadi pemerhati sedari tadi. “Mama tiri kau paksa kahwin dengan dia ke?”
Qaseh senyap. Tidak tahu dari mana hendak memulakan
cerita. “Betullah tu...” Kesepian Qaseh dengan sendirinya sudah memberi jawapan
padanya.
“Teruk betul makcik Samsiah tu,” kutuk Zuraida geram.
Bukan dia tidak tahu perangai mama tiri Qaseh yang melayan Qaseh seperti hamba.
Qaseh pula sedikit pun tidak mahu menceritakan pada sesiapa. Dia tahu pun
dengan tidak sengaja. Ketika itu dia ke rumah Qaseh dan dari luar rumah dia
boleh mendengar tengkingan mama tiri Qaseh. Apabila sampai di muka pintu,
matanya terbuntang luas melihat Qaseh diherdik dan dipukul oleh mama tirinya
itu tanpa belas kasihan. Hanya kerana baju milik Elyana yang dibasuh oleh Qaseh
tercalit dengan warna lain secara tidak sengaja. Lebih menyakitkan hati apabila
melihat senyuman sinis yang terukir di bibir Elyana. Bukan ingin menuduh tetapi
dia tahu Elyana sentiasa ada niat tidak baik pada Qaseh.
“Makcik!!” Tidak tahan melihat Puan Samsiah mengherdik
dan menunjal-nunjal kepala Qaseh, kakinya melangkah masuk ke dalam rumah lantas
mendapatkan sahabatnya itu yang sudah terperosot di penjuru dinding.
“Apa makcik buat ni?”
“Kau siapa nak masuk campur. Aku rasa lebih baik kau
balik.” Semakin menyinga wajah Puan Samsiah.
“Saya bukan nak menyibuk tapi tak patut makcik buat Qaseh
macam ni...” Rambut Qaseh yang kusut diusap ke belakang. Jelas kesan lebam di
wajah sahabatnya menerbitkan rasa simpati dalam diri.
“Eh budak ni... nak nasihat aku pulak. Kau kalau tak tahu
apa-apa jangan nak jaga tepi kain orang.”
“Kau tengok apa dia buat kat baju aku ni. Aku tau dia
sengaja. Mahal aku beli baju ni tau tak!” Tiba-tiba Elyana menyampuk.
Menunjukkan bajunya yang telah rosak itu kepada Zuraida dan kemudian melempar
baju itu ke muka Qaseh.
“Qaseh dah asingkan, tak tahu macam mana boleh
bercampur,” terang Qaseh dalam esakan.
“Macam mana kau tak tahu, kau yang basuh baju tu!”
Tengking Puan Samsiah. Matanya membuntang garang sambil bercekak pinggang.
“Betul makcik saya tak tahu,” jawab Qaseh membela diri.
“Kau ingat kami percaya cakap kau tu,” Celah Elyana.
Jarinya menuding kepala Qaseh. “Eh pompuan, aku nak kau bayar ganti rugi baju
ni.”
“Aku mana ada
duit.”
“Itu bukan masalah aku. Minggu depan aku ada annual dinner, aku perlukan baju baru.
Aku bagi tempoh kat kau sediakan duit tu hujung minggu ni. Kalau tak ada siap
kau!” Ugut Elyana. Dahi Qaseh ditolak dengan hujung jarinya kasar.
Zuraida masih setia di sisi sahabatnya hanya mampu menahan geram. Sikap Elyana dan Puan
Samsiah sudah keterlaluan. Entah-entah semua ni perancangan Elyana. Bukan dia
tidak tahu perangai Elyana yang busuk hati itu. Selama mereka berkawan, Qaseh
tidak pernah menceritakan apa-apa tentang keluarga tirinya. Cuma sesekali dia
bercerita tentang sikap Elyana yang sering mencari pasal dengannya.
“Kau bahagia dengan lelaki tu?”soal Zuraida kala bayangan
lama kian melayang jauh.
“Dia penyelamat aku.”
“Penyelamat kau?” Kening Zuraida hampir bersatu tidak
mengerti.
“Kalau aku nak citer dari mula dua tiga hari pun tak
habis. Aku janji akan citer kat kau semuanya. Nanti kalau kau senang kita jumpa
kat mana-mana boleh berborak panjang,”usul Qaseh mahu menyingkatkan bicara
dengan sahabatnya itu. Khuatir akan
menimbulkan rasa tidak senang Arief nanti.
“Okay aku akan contact kau nanti,” janji Zuraida
mengerti.
Sebaik bertukar nombor telefon dan berjanji akan bertemu
lagi, Qaseh bergerak mendapatkan Arief yang sabar menanti. Senyuman nipis
dilemparkan pada Arief yang sedikit tampak bosan. Lengannya diletak santai di
pengadang pemegang troli menahan tubuh yang sedikit membongkong.
“Siapa tu?”tanya Arief.
“Kawan,” jawab Qaseh bersahaja sambil meneliti senarai
barang yang telah dicatatnya tadi.
“Kawan lama ke
kawan baru?”
“Kawan lama...”
“Dia tahu pasal kita?”
“Tadi baru tahu...”
“Erm... patut dia tengok abang semacam.” perlahan suara
Arief singgah ke telinga Qaseh.
“Semacam macam mana?”
“Gaya dia tengok abang macam abang ni orang jahat,” adu
Arief.
Qaseh tergelak.
“Mungkin muka abang ada gaya ketua gengster kut,” kata
Qaseh bersama tawa halus yang masih bersisa.
“Hensem macam ni dikatakan macam ketua gengster,”rungut
Arief sendiri.
Qaseh mencebik. “Perasan! Dia okaylah... mungkin dia tak
kenal abang sebab tu dia tengok abang semacam,’ beritahu Qaseh. Kemudian Qaseh
mengalih pandangan ke arah rak barang.
“Abang tak risau kalau ada kawan-kawan abang nampak kita
berdua. Nanti apa pula tanggapan mereka nanti. Abang tak takut?” tanya Qaseh
menyambung bicara sekadar menduga. .
“Apa nak takut? Kita kan suami isteri yang sah. Abang
kenalkan aje Qaseh isteri abang.”
“Abang dah lupa... perkahwinan kita tidak dirancang.
Kahwin pun hanya saudara mara terdekat Qaseh aje yang tahu.”
“Abang tak kisah. Biarlah apa orang nak cakap. Satu hari nanti orang akan tahu juga pasal kita.”
Lama pandangan Qaseh melekap di wajah Arief. “Abang tak kisah
kalau nanti kisah abang kahwin senyap-senyap tersebar di dada majalah?”
“Apa nak kisah? Bukan abang buat maksiat,” beritahu
Arief. Dia sudah bersedia sekarang untuk mendedahkan perhubungannya dengan
Qaseh. Sampai bila dia mahu berahsia. Takut pada diri sendiri. Itulah yang
dapat diungkapkan pada dirinya. Hanya mencari waktu yang sesuai untuk dia
berterus terang. Dia berharap Nur Qaseh Qalesya dapat menerima dia seadanya. Ya Allah, permudahkanlah
segalanya kerana aku sangat
mencintainya.
7 comments:
Okay, tak sabar nak baca sambungan dia. Arief cepat laa bagitahu dkat semua orang pasal hubungan awak dgan Qaseh...
huhhhhh...lama tunggu akhirnya ada jugak n3 walaupun xde la panjang ne po...tp okies la dari xde langsungkan kak. hmmm Arief dah bersedia utk bg tau owang ramai 2..dah kire settle 1 bab la kan kalo dia dah bg tau hubungan sebenar dia ngan qasehkan...tp mesti lepas ni ramai anak2 dara yang fanatik ngan Arief 2 mkn ati kan...n x mustahil jugak jika ade yg terlampau xtream sampai sanggup mencederakan qaseh kalo depa tau sp kaseh pd arief yg sebenarnya..musuh2 len pon mesti ramaikan...hmmm bertabah menanti episod kehidupan yang seterusnya
Lega dpt baca bab baru crita qaseh ni......nmpk nya ubugan qaseh n arief makin mesra....dan rasa nya makin b' tmbah jg la cabaran yg akn qaseh tempuh kn.....hehehe,tq kak gee coz up date crita ni wlaupun x pnjng hehehe....arap2 jngn la lama sngt nak bagi n3 baru ye.....;-)
mmg terbaek.....xmau selindung2 dah...nak yg romatik plak bleh kak gee? ;)
lama nyer u menyepi dek so now ilang dh rindu akk kat arief ngan qaseh...best nyer bile arief serius sayang kat wife die...biar lh ia kekal hingga ke akhir hayat...cepat2 tempek sambungan nyer yer dek...heeheee
Tq cik writer...Gtau cepat2 Arief sebelum Qaseh kena sambar ngan org lain k
dah suka dengan sikap Arief yang ingin berterus terang dan jangan fikir apa orang cakap yang penting Qaseh isteri dia yang halal dan patut dilindungi ..... terbaik.... kak sue folllow.... sambung jangan lama sangattttt rinduuuu kat Arief dan Qaseh .....
Post a Comment