"Qaseh!"
Pantas
Qaseh berpaling ke arah datangnya suara itu. Lebar senyuman kala mata menangkap
lambaian Zuraida padanya.
"Sorry
aku lambat sikit," ucap Qaseh sambil menarik kerusi di hadapan Zuraida.
"Bukan
sikit lagi ni. Janji pukul 10.00 datangnya pukul 10.30," sela Zuraida.
Panjang muncungnya.
"Sorry
la sayang. Banyak kerja tadi."
Berkerut
dahi Zuraida. "Kerja apa hari minggu ni. Takkan kerja kut hari
minggu."
"Bukan
kerja pejabat. Kerja rumah."
"Owh.
Lupa pulak aku, kau dah kahwin. Suami kau izinkan tak keluar dengan aku
ni?"
"Kalau
dia tak izinkan aku tak ada depan kau sekarang."
"Aku
dah order tadi."
"Okay,
aku ikut aje."
"Kau
bahagia Qaseh?" Raut wajah sahabatnya itu ditatap lama.
Perlahan
keluhan terbit di bibir lalu tubuh disandar di kerusi. "Entahlah Aida,
susah aku nak cakap."
"Macam
mana kau boleh kahwin dengan dia? Kan mak tiri kau tunangkan kau dengan
Borhan."
"Susah
aku nak terangkan sebab segalanya berlaku tanpa ku jangka. Selepas kemalangan
tu, lelaki itu sering muncul bila aku dalam kesusahan. Keluarga tiri aku paksa aku
jual tanah kat kampung. Kalau aku tak
ikut cakap diorang, nenek yang menjadi mangsanya. Tiba-tiba Arief muncul
menyelamatkan keadaan. Nenek sangkakan Arief adalah Borhan. Jadi nenek mintak
kami kahwin cepat. Aku waktu tu buntu, tak tahu nak buat apa. Arief pun terima
sahaja cadangan nenek. Aku minta dia berterus terang dengan nenek tapi dia tak
sanggup. Demi nenek aku sanggup buat apa saja. Nenek pun tak sihat masa tu. Aku
tak mahu nenek bertambah susah hati. Arief dah banyak tolong kami. Aku
terhutang budi dengannya."
“Kau
terima Arief sebagai suami kau?”
Qaseh mengeluh.
Pertanyaan Zuraida dibiarkan sepi seketika. Dia buntu. “Sesiapa pun yang
menerima nasib yang sama macam aku pasti dalam dilema. Entah kenapa naluri aku
dapat merasakan Arief menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan aku.” Walaupun
dia mengakui perasaan sayang mula berputik pada lelaki itu tetapi perasaan
curiga tetap ada membayanginya.
“Maksud
kau?” tanya Zuraida tidak mengerti.
Qaseh
menarik nafas panjang sebelum bersuara. Tubuhnya dirapatkan ke meja. “Bukan
mudah untuk aku terima semua ini, Aida. Arief begitu mudah setuju dengan permintaan
nenek untuk kahwin dengan aku. Takkan kerana rasa bersalah dia sanggup buat apa
sahaja untuk aku. Aku rasa pelik.” Tersandar Qaseh di kerusi. Hubungannya
dengan Arief sering menimbulkan kebuntuan dalam benak fikiran. Tiada siapa yang
mengerti jauh di sudut hati dia khuatir Arief tidak ikhlas dengan perkahwinan
mereka.
“Mungkin
Arief sememangnya ditakdirkan untuk kau. Kau jangan lupa tentang jodoh, Qaseh. Kalau
sudah ditakdirkan dia adalah jodoh kau. Kau larilah ke mana pun. Dia pasti akan
kembali dekat dengan kau. Kita tak tahu perancangan Allah kepada kita..”
“Tapi
nikah kahwin bukan perkara main-main Aida.”
Zuraida
menghela nafas. Tubuh dirapat ke meja. Tangan Qaseh digenggam lembut. "Aku
tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Tetapi aku gembira tengok keadaan kau
sekarang dari dulu. Walaupun kau masih tidak dapat terima Arief tapi aku tahu jauh di sudut hati kau nama Arief
sudah terpahat di situ kan? Arief Hakimi adalah suami kau yang sah, Qaseh. Apa
pun sebab korang kahwin yang penting sekarang kebahagiaan rumahtangga kau. Cari
kebahagiaan tu. Jangan biarkan diri kau dibelenggu dengan perkara yang akan
menyebabkan hati kau dengan Arief semakin jauh. Aku percaya Arief sayangkan
kau.”
Panjang helaan nafas terbit dari bibir Qaseh.
"Sayangkah dia kat aku?" bisik Qaseh perlahan melontar persoalan yang
sering bermain di minda.
“Kau kena
yakin dengan diri sendiri. Semai perasaan sayang antara korang berdua. Bajai dengan
persefahaman dan kepercayaan. Aku yakin kebahagian milik korang berdua.”
Qaseh membalas
erat genggaman sahabatnya itu. Entah mengapa setiap ungkapan itu memalu lembut
hatinya.
“Kenapa
dengan kamu ni Zakri? Baru sekarang nampak batang hidung. Mana kamu pergi?”
tanya Puan Samsiah sebaik Zakri melangkah masuk ke dalam rumah.
“Zakri tak
ke mana pun ma. Zakri banyak kerja.”
“Tapi
takkan sampai nak jenguk mama pun tak ada masa.” ujar Puan Samsiah tidak puas
hati. “Sudahlah adik kamu pun tak balik-balik. Bila mama telefon memanjang aje
sibuk. Mama tak faham betul dengan korang berdua ni. Apa yang disibukkan
sangat?” leter Puan Samsiah.
Zakri
melabuhkan punggung di sofa. Dia memicit-micit kepalanya. Tiba-tiba kepalanya
pening mendengar leteran mamanya. Zakri hanya berdiam diri. Ada tujuan lain
yang ingin dibincang dengan mamanya. “Entahlah ma. Yana tu dah besar panjang,
mama tak payahlah risau. Tahulah dia jaga diri. Takkan mama tak tahu perangai
keras kepala anak kesayangan mama tu.”
“Kamu
bercakap macam tak risau langsung dengan adik kamu tu. Kalau jadi apa-apa kat
adik kamu macam mana? Sekarang ni macam-macam boleh jadi. Mama takut adik kamu
tu berkawan dengan orang yang bukan-bukan.”
“Nantilah
Zakri cuba cari si Yana.” Zakri mula bosan. Dia pula yang dipersalahkan.
“Hhm...
ma. Zakri ada hal nak cakap dengan mama sikit.”
“Kamu nak
cakap apa?”
Teragak-agak
Zakri hendak bersuara. “Zakri nak pinjam duit sikit.”
“Pinjam
duit. Kamu nak buat apa dengan duit tu?”
“Zakri nak
bayar hutang ma.”
“Hutang?
Kamu berhutang dengan along ke Zakri?” teka Puan Samsiah.
Zakri
hanya membisu. Serba salah hendak menjawab pertanyaan Puan Samsiah. Sudah pasti
dia akan dimarahi sebentar lagi. Tapi dia tidak ada pilihan. Kuncu-kuncu Mr Tan
sudah mula mencarinya.
“Betul ke
kamu berhutang dengan along,” tanya Puan Samsiah inginkan kepastian. Suara Puan
Samsiah kembali meninggi. “Jawab Zakri, mama tanya kamu ni.” Puan Samsiah mula
geram apabila Zakri hanya membisu.
“Zakri
terpaksa ma... waktu tu Zakri perlukan duit untuk kembangkan perniagaan. Tapi
tak sangka pulak perniagaan Zakri tak menjadi. Zakri tak mampu nak bayar hutang
dengan along tu. Sebab tu Zakri nak pinjam duit mama.”
“Kenapa
kamu bodoh sangat Zakri! Takkan kau tak tahu akibatnya berhutang dengan along.
Silap haribulan nyawa kamu melayang,” tengking Puan Samsiah.
“Mama
tolonglah Zakri, ma. Kuncu-kuncu along tu dah mula cari Zakri.”
“Berapa
banyak kamu hutang dengan along tu?”
“Lima
puluh ribu,” tergagap-gagap suara Zakri.
Membuntang
luas mata Puan Samsiah. “Lima puluh ribu!! Apa yang kau buat dengan duit
sebanyak tu! Kau memang sengaja menempah maut Zakri.”
“Tolonglah
Zakri, ma. Zakri terdesak sangat sekarang. Along tu dah kejar Zakri. Diorang
ugut kalau tak bayar hujung bulan ni, nyawa Zakri jadi gantinya. Mama sanggup
tengok Zakri kena bunuh.”
“Mama mana
ada duit sebanyak tu, Zakri.”
“Takkan
mama tak ada.”
“Kamu tak
ingat dulu kamu pernah minta kat mama. Kamu kata pinjam tapi sampai sekarang
pun kamu tak bayar-bayar lagi. Mana mama ada duit lagi.”
“Habis tu
macam mana mama? Kat mana Zakri nak
cari duit lagi?” Zakri resah. Kini dia
menemui jalan buntu. Cuma satu sahaja yang terlintas di benak fikirannya kala
ini. Qaseh!
10 comments:
as salam hai kak gee....knp ciput sngat x puas baca hehe.nak n3 yg panjang ye ;-)
best 3x.
Anonymous : waalaikumussalam... cipuk ya...hehe...nanti kgee smbg lg, ok ;)
baby mio : tq :)
BEST .....1000X
seed169 : thanks...1000x :)
Nak lagi . Tak puas lerr . hehe :)
cerita ni best!.. xsabar nak baca masa dia orang tgh bahagia, ada baby
.. hihihi...
Novel ni dah ada di puasa ran ke?
This is ggreat
Post a Comment