“Qaseh tanya
sikit boleh?” Qaseh bersuara sambil mulutnya mengunyah perlahan.
“Banyak pun
boleh sayang...” jawab Arief sambil menyuap potongan pizza ke dalam mulut.
Kemudian dia mengambil secebis potongan pizza yang telah dipotong kecil lalu
disuakan ke arah mulut Qaseh. “Cuba sayang rasa pizza baru ni, sedap.”
Tergamam Qaseh
dengan tindakan Arief itu. Hendak tidak hendak dia membuka mulut. Cukup
bersahaja tingkah Arief membuatkan dia selesa di samping lelaki itu.
Selesai
membeli barang tadi, Arief mengajak Qaseh makan tengahari memandangkan waktu
telah berganjak keangka 12.30 tengahari. Perutnya juga sudah mula berlagu.
Mereka memilih untuk makan di Pizza Hut sahaja.
“Apa comot
ni...” Tiba-tiba jari Arief menyentuh tubir bibir Qaseh lantas mengelap bibir
itu yang tercalit sedikit sos.
Qaseh
terkedu namun semerta dia berlagak biasa. Wajah selamba Arief direnungi seketika.
Entah kenapa berat pula butir bicara yang ingin diajukan kepada Arief. Sudah
lama dia ingin bertanya tetapi tidak terluah di bibirnya.
Apabila
Qaseh hanya menyepi, mengundang rasa hairan Arief. “Tadi cakap nak tanya...
kenapa tiba-tiba senyap aje?”
Qaseh
menggigit bibir. Memerah otak memikir
susun atur kata supaya pertanyaannya tidak janggal diperdengaran Arief.
“Kita tak
pernah bercakap pasal keluarga abang.” Gugup bicara Qaseh. Apatah lagi melihat
wajah Arief sudah berubah riak. Mulut yang ligat mengunyah kini sudah berubah
rentak perlahan.
Walaupun
diri sedar tidak berhak untuk dia mengetahui keluarga Arief tetapi
sekurang-kurangnya dia berhak untuk mengetahui tentang kedudukannya di mata
keluarga Arief. Adakah selama ini mereka mengetahui kewujudannya di sisi Arief.
Apa yang diketahui hanyalah dari mulut abang Malik sahaja. Itu pun secara
kasar. Mama dan kakak sulung Arief telah berangkat ke Australia setahun yang
lalu kerana menguruskan cawangan perniagaan di sana. Selepas mereka diijabkabulkan,
Arief kerap juga ke sana. Menurut abang Malik, cawangan baru sudah tentu banyak
kerja yang perlu diuruskan. Tapi takkan keluarganya tidak terlintas untuk
pulang ke Malaysia sekali sekala. Kalau mereka pulang ke Malaysia pun,
hendakkah mereka bertemu dengan menantu yang mungkin tidak wujud di mata dan
hati mereka? Persoalan demi persoalan memerangkap jiwanya.
“Abang
pernah beritahu mama dan kak Tikah kat Australia kan.”
“Itu Qaseh
tahu, abang pernah beritahu masa kita baru kahwin dulu.”
“Keluarga abang tahu pasal Qaseh?” Keadaan
hening seketika tanpa bicara antara mereka. Masing-masing seperti kelu untuk
berbicara. Pandangan Arief tampak serba salah. Kemudian dia menggeleng perlahan
sebagai jawapan pertanyaan Qaseh itu.
Qaseh
menghela nafas. Dia mengetap bibir. Melirik senyum seketika sebelum mati dibawa
perasaan yang terkilan di jiwa. Memang betullah sangkaannya selama ini.
Kewujudannya di sisi Arief mungkin hanya sementara. Mungkin sebab itu tidak
perlu mendapat restu daripada keluarganya. Untuk apa kata-kata sayang kalau
hubungan ini sememangnya hanya sementara. Ataupun kata-kata sayang itu hanya
mainan katanya. Mainan lelaki yang menjadi idaman gadis di luar sana.
“Abang belum
bersedia untuk beritahu mereka. Sayang pun tahu kan perkahwinan kita terlalu
mendadak. Abang takut keluarga abang tak boleh terima. Lagipun masa tu mama dan
kak Tikah tengah sibuk nak ke Australia.”
Bagai
sembilu menghiris mendengar ungkapan yang meluncur dari bibir Arief. Tidak
mengendahkan pandangan Arief, dia menyambung suapan ke mulut. Mengapa hatinya
terasa terluka?
“Apa akan
jadi kalau suatu hari nanti keluarga abang tahu pasal kita dan mereka tak
merestuinya,“ tanya Qaseh setelah beberapa ketika menyepi.
“Jangan
risau, abang akan terangkan segalanya pada mereka bila tiba masanya. Abang
percaya mereka akan faham,” kata Arief cuba menyakinkan Qaseh.
“Mungkin
perpisahan yang akan menjadi pengakhiran hubungan kita.”
Arief
terpampan. Tajam renungannya menikam wajah Qaseh tanpa secalit senyuman. “Abang
tak suka Qaseh cakap macam tu.” Tegas dan serius nadanya.
“Tapi tak
mustahil perkara itu akan berlaku.” Dalam gusar Qaseh masih mahu berbalas
kata.
“Kenapa
sayang seperti meminta perpisahan. Kalau empat puluh kali sayang sebut, tak
mustahil ia akan berlaku. Mengapa mesti membayangkan sesuatu yang tidak baik
pada hubungan kita.” Mati seleranya. Garpu dan pisau sudah mendarat di atas
pinggan.
“Qaseh bukan
meminta tetapi memikir hala tuju hubungan kita.”
“Hala tuju
bagaimana yang Qaseh harapkan?” soal Arief kembali. Serius wajah Arief
merenungi Qaseh yang hanya membisu seribu bahasa.
“Qaseh tak
tahu...” perlahan suaranya meluahkan rasa yang berlingkar di jiwa. Sungguh dia
tidak tahu. Dia tidak mahu terlalu
meletak harapan yang tinggi pada hubungan ini, takut
akan kecewa dikemudian hari. Namun, di sudut hati yang dalam dia tidak
mahukan perpisahan kerna dia seperti dapat merasakan Arief telah meletakkan
dirinya di satu sudut yang istimewa di hati lelaki itu. Dia rasa disayangi dan dihargai. Tetapi
mampukah dia merobohkan tembok curiga
dan prasangka yang telah lama terbina
terhadap Arief selama ini. Baginya untuk mengukuhkan sesuatu perhubungan
perlulah dianyami dengan keikhlasan supaya tidak mudah lerai andai dugaan
datang menguji.
Arief
mengeluh panjang. Tubuhnya tersandar di kerusi.
“Jawapan
sayang selalu mengecewakan abang. Tidak bolehkah sesekali sayang berbohong.
Hati abang rasa bagai ditikam-tikam lumat.” Keruh wajah Arief. Pandangan
dilarikan ke arah lain. Kenikmatan yang dirasai tadi bagaikan tenggelam dek
rasa kecewa yang semakin mendarat di hati.
“Qaseh tak
bermaksud nak mengecewakan abang tetapi itulah hakikat yang sebenar apa yang
Qaseh rasakan. Hubungan kita terlalu banyak likunya. Terlalu banyak perkara
yang tidak jelas.”
Berat
keluhan terbit dari bibir Arief. Sesak dadanya dihimpit perasaan yang meresah
di jiwa. Mungkin ini balasan padanya kerana menyembunyikan kebenaran selama
ini. Takut pada bayang-bayang telah
menggantung dirinya sendiri. Kini dia terperangkap dengan masalah yang dia
sendiri ciptakan. Mampukah Qaseh menerimanya tanpa ada rasa curiga lagi.
Menerima cintanya yang telah lama tersemat di hati. Mempercayai cinta yang
datang tanpa dipinta telah membuatkan dirinya seperti seorang lelaki yang
memuja cinta dalam diam. Sanggup
melakukan apa saja asalkan cinta hatinya dimiliki.
“Rif...”
sapa seseorang membuatkan mereka berdua tersentak.
“Hey Mal,
bila kau balik Malaysia?”ceria suara Arief bersama riak terkejut. Jamal,
sahabat sekuliahnya yang menimba pengalaman di Dubai sebaik mendapat tawaran
bekerja di sana. Jamal agak rapat dengan dia dan arwah Qalif.
“Dua minggu
lepas.”
Mereka
berjabat tangan mesra. Jelas kegembiran
terpamer di raut wajah dua sahabat lama itu.
“Lama tak
jumpa kau. Last kita jumpa reunion empat tahun lepas kan. Lama betul.”
“Ha’ah masa
tu aje nak jumpa kawan-kawan lama.”
“Kau apa
khabar sekarang, Mal? Berapa orang anak sekarang?” tanya Arief. Empat tahun
lalu semasa perjumpaan reunion, isteri
Jamal baru melahirkan anak sulung.
“Dah nak
masuk dua anak aku. Kau macam mana pulak? Dah jumpa pengganti?” bisik Jamal
tersenyum-senyum pada Arief. Sesekali anak matanya dilirikkan pada Qaseh yang
hanya diam di tempat duduknya. Hanya arwah Qalif dan Jamal tahu sejarah
perhubungannya dengan Natasha.
Soalan Jamal
hanya disambut dengan lirikan senyuman. Cukup bermakna untuk ditafsirkan oleh
Jamal. “ Aku kenalkan isteri aku, Qaseh Qalesya.”
“Sayang, ini
Jamal kawan abang masa belajar dulu.”
Qaseh
menunduk tanda hormat bersama senyuman manis terukir di bibir. Jamal juga
menunduk membalas namun keningnya berkerut sedikit tatkala benak fikirannya
terlintas sesuatu lantas dia berpaling memandang Arief. “Eh, dia bukan...”
“Kau join
tak reunion kat PD bulan depan?” pantas Arief memintas kata Jamal yang ingin
berkata sesuatu. Dalam pada itu, riak wajah Arief seperti memberi isyarat pada
sahabatnya itu.
Terpinga-pinga
Jamal menjawab pertanyaan Arief itu. “Hah,
ha’ah aku join. Kau join tak?” soal Jamal kembali.
“Aku join.
Dah confirm dengan admin.”
“Jangan lupa
bawa wife kau sekali. Mesti ramai yang terkejut,” bisik Jamal, tersenyum penuh makna.
Bahu Jamal
ditumbuk perlahan. Arief menggeleng mendengar kata usikan itu. Bibirnya turut tersenyum
membalas.
Qaseh hanya
memandang dua sahabat itu bergurau senda. Apa yang dibualkan tidak diketahui
butir bicaranya. Gelak tawa mereka juga sesekali menarik perhatian orang
lain. Sudahnya Qaseh menyambung suapan
pizza ke mulutnya.
Sebaik Jamal
berlalu pergi, Arief kembali duduk. Senyuman masih tidak lekang di bibir.
“Minggu
depan kawan-kawan lama abang masa belajar dulu buat reunion kat PD. Qaseh ikut
abang ya.”
Qaseh hanya
diam membisu.
“Sayang,”
panggil Arief apabila Qaseh tidak berkata apa.
“Abang tak
kisah ke?”
Berkerut
dahi Arief. “Nak kisah apa, Qaseh kan isteri abang.”
“Tiba-tiba
kahwin. Kenduri pun tak berjemput.”
“Abang
beritahu mereka nanti, kita kahwin mengejut.”
“Ada pulak
macam tu.”
“Betullah,
kita kahwin mengejut. Tak sempat nak jemput. Lain kali kalau abang buat kenduri
lagi abang jemput semua kawan-kawan abang.”
“Lain kali?
Ada lain kali ke?”
“Ya, lain
kali,” jawab Arief bersungguh. Hairan pula apabila Qaseh beria-ia tanya.
“Maksudnya...
abang ada hati nak kahwin lagi?” soal Qaseh. Tiba-tiba menyelinap rasa cemburu
dalam dirinya.
Meletus tawa
Arief. “Kenapa? Cemburu kalau abang kahwin lain. Kalau sayang tak layan abang
betul-betul mungkin abang kahwin lain,” kata Arief sekadar menguji.
“Tak kuasa
nak cemburu-cemburu ni.”
“Habis tu
macam berangin aje tadi. Cemburu la
tu...”
Qaseh diam.
Tidak mengendahkan renungan dan sengihan nakal yang terlakar di wajah itu.
“Mana
ada...”
“Yes, you
are...”
“No! I am
not jelous, okay,” nafi Qaseh lagi. Serba tidak kena dibuatnya. Ketara benarkah
sikapnya tadi. Aduh... kenapa dengan kau ni,Qaseh. Tapi betulkah aku cemburu?
Arief hanya
menjongket kening sebelah. Riak tidak percaya dengan kata Qaseh terpamer jelas
di wajah. Lebar senyuman terukir di bibirnya. Dia suka perubahan itu yang
memberi satu erti padanya. Bukankah cemburu itu tandanya sayang. Dia yakin satu
hari, cinta itu pasti dapat digapainya.
10 comments:
hehehe...
rindu kat arief dan qaseh...
mesti ada suprise masa reunion nanti...
uit ade bibit2 cemburu dah 2...Arief sila berusaha dengan gigih lagi
Akhirnya timbul juga Qaseh dan Arief...
Arief semasa pergi PD nanti berterus teranglah dengan Qaseh ... jangan sampai Qaseh dapat tahu dari orang lain... tentu hati lagi sakit....
nak lg.
lepas ni bagi deras sikit n3 arief n qasih ya!!.. rindu sgt kat mereka ni.. berselang bulan baru dpt jumpa...
betul...lama benar nak nunggu pkembangan qaseh dgn arif ni. tak sabar nk tau apa jadi seterusnya.
-ct payung
Rindu sngat2 gan qaseh n arif.....kak gee bg la n3 cpt2......x sabar nak tau kisah slangjutnya.....hehehe
bila nak sambung, lama dah tungu,
bila nak terbit novel ni...lama dah tunggu..
Hi Gee , aka arthi dah x sabar nak tahu kisah Qesah ngan Arrief. Apasal lama sgt bab 24. Bila nak buat versi cetak pulak.
Post a Comment