“Manisnya buah rambutan ni... kat kampung musim buah apa lagi Qaseh?” tanya
Diana. Tidak henti-henti mulutnya menguyah buah rambutan sedari tadi.
Kebisuan Qaseh menarik perhatian Diana. Matanya beralih arah pada Qaseh membatu
seperti mengelamun sahaja.
“Qaseh.”Diana menyentuh perlahan lengan Qaseh.
“Hah.” Tersentak Qaseh
dengan teguran itu.
“Kau berangan ke mana?”
tanya Diana.
“Kau tanya aku apa tadi?”
soal Qaseh menjatuhkan tangannya di atas meja. Terpinga Qaseh seketika dengan
pandangan pelik Diana padanya.
“Kau ni kenapa asyik
termenung aje? Ada apa-apa yang tertinggal kat kampung ke?”
“Mana ada...”
“Habis tu asyik mengelamun
aje dari tadi.”
Qaseh hanya melemparkan
senyum. Membisu seribu kata. Memang fikirannya tengah buntu sekarang.
Hubungannya dengan Arief tiba-tiba berubah dingin. Salah diakah kerana berterus
terang tentang apa yang terbuku di hatinya selama ini?
“Hah! Tengok mengelamun
lagi,” tegur Diana kala dia hanya berdiam diri sahaja.
“Assalamualaikum.”
Serentak Qaseh dan Diana
menoleh sambil menjawab salam. Diana berdiri tegak apabila Azman melangkah
menghampiri mereka.
“Makan rambutan Encik
Azman. Qaseh yang bawakan dari kampung. Jemput makan Encik Azman,” ramah Diana
mempelawa sambil tersengih-sengih kepada Azman.
“Ye ke, tuan punya buah tak
pelawa pun...” balas Azman melirik pandang pada Qaseh yang hanya berdiam
sahaja. Bagai terubat rindu yang mula bermukim di hati. Seminggu tidak menatap
wajah itu terasa kosong harinya.
“Bukan macam tu, Encik
Azman dari tadi tak nampak batang hidung macam mana nak pelawa. Ini saya
bawakan sebungkus untuk Encik Azman. Kat office semua dah merasa.”
Qaseh mengambil sebungkus
plastik yang penuh dengan buah rambutan dari bawa meja lalu diletakkan di atas
meja berhampiran Azman.
“Untuk saya... banyak ni.
Terima kasih...” ucap Azman tersenyum lebar.
“Amboiii... ada special
untuk Encik Azman...”usik Diana.
Qaseh menjeling. Tidak
senang dengan usikan itu. Apatah lagi senyuman yang terukir di bibir Azman
apabila Diana berkata begitu.
“Habis tu yang kau dapat
sebungkus plastik besar tu apa? Kau tengok meja aku ni lebih kulit dari isinya.
Siapa yang makan?”
“Kau perli aku ya Qaseh.”
“Siapa makan cili dia yang
terasa pedasnya.”
Azman tergelak.
“Kau ni... malu aku dengan
Encik Azman, kut eya pun cover- cover la sikit. Nampak sangat aku ni kaki
melantak,” bisik Diana. Matanya mencerung memandang Qaseh.
“Kalau rezeki depan mata
takkan nak menolak kan, Ana,” usik
Azman. Bibirnya masih tidak lekang dengan senyuman.
Azman meletakkan sebuah
fail di atas meja Qaseh. “Saya ada meeting dengan syarikat pembekal di
Damansara. Mungkin saya tak balik office sebab saya akan pergi ke beberapa
kilang pembekal selepas meeting tu. Saya nak Qaseh sediakan dokumen yang saya
senaraikan dalam fail ni. Encik Khalid dari syarikat Perkasa Jaya perlukan semua
dokumen tu hari ni,” terang Azman.
Qaseh diam. Perkasa Jaya?
Bukankah itu syarikat suaminya, Arief Hakimi. Berdebar dada Qaseh tiba-tiba.
“Saya nak minta tolong Qaseh
hantarkan dokumen tu ke Perkasa Jaya dan serahkan pada Encik Khalid sendiri,”
sambung Azman lagi.
“Hah! Saya yang kena
hantar!”
Qaseh mula gelabah. Tidak
menentu perasaannya. Bagaimana dia hendak berhadapan dengan Arief nanti? Sudahlah
masing-masing bersikap dingin.
“Kenapa, ada masalah
ke?”soal Azman sedikit pelik dengan riak terkejut Qaseh. Bukan pertama kali dia
meminta tolong Qaseh menghantar dokumen penting kepada pelanggan mereka.
“Tak ada apa-apa. Saya akan
sediakan dokumen tu secepat mungkin dan serahkan pada Encik Khalid nanti,”
jawab Qaseh menyedari keterlanjuran tingkahnya.
“Okay, saya pergi dulu, kalau
ada apa-apa just call me,” pesan Azman sebelum berlalu pergi.
Qaseh hanya mengangguk
mengerti.
“Eh, kau nak pergi dengan
apa? Kereta kau kan kat workshop lagi?”
“Alah... teksi kan banyak...”
“Kalau Encik Azman tahu
kereta kau masih kat workshop mesti dia tak minta kau hantarkan dokumen tu.”
“Takkan itu pun aku nak
beritahu Encik Azman. Lagipun tambang teksi aku claim la nanti.”
“Bila kereta kau nak siap?”
“Entahlah, aku pun tak
tahu. Mungkin petang nanti aku pergi workshop tengok kereta. Harap-harap tak
teruk sangat.”
“Kalau tak teruk takkan
seminggu masih terbengkalai lagi kat workshop tu.”
“Itu yang merisaukan aku,”
luah Qaseh. Termenung seketika.
“Eh, kau ni tak reti-reti
nak buang segala kulit rambutan atas meja aku ni ke? Makan sampai tak ingat.
Jangan makan banyak sangat rambutan tu Ana, karang ada yang hilang suara,”
perli Qaseh apabila melihat Diana masih menyambung makan rambutan yang
dibawanya dari kampung itu.
Diana mencebik. “Macam kau
tak tahu aku hantu buah ni....tambah lagi yang lekang isi dan manis macam ni.
Kalau aku hilang suara guna bahasa isyarat,” jawab Diana mula mengutip
kulit-kulit rambutan di atas meja Qaseh lalu dimasukkan ke dalam bakul sampah.
“Main-main pulak perempuan
ni. Kau ni memang pantang jumpa buah ni kan.”
“Tahu tak apa.”
“Okaylah aku nak sambung
buat kerja. Kalau kau nak makan sila sambung di meja sendiri ya.”
Diana mencebik. “Yelah Cik
Qaseh Qalesya,” jawab Diana lalu membawa beg plastik yang berisi buah rambutan
itu ke mejanya.
Qaseh hanya memandang Diana
berlalu ke mejanya sendiri. Fail yang diberikan oleh Azman dibuka. Beberapa
senarai dokumen telah tercatat di atas sekeping nota. Qaseh mula menyemak dokumen
yang diperlukan itu. Tumpuan sepenuhnya diberikan memandangkan masa yang agak
suntuk.
*********
Sebaik membayar
tambang, Qaseh melangkah keluar dari perut teksi. Tadi dia ada menghubungi
abang Malik. Keretanya masih di bengkel. Menurut abang Malik keretanya itu
mengalami masalah enjin yang agak kritikal. Itu yang memeningkan kepalanya.
Kalau hari-hari naik teksi, belum sampai setengah bulan boleh kering poketnya.
Habis bayar duit teksi sahaja. Walaupun setiap bulan Arief ada memasukkan duit
ke dalam akaunnya tetapi dia lebih senang hanya menyimpan sahaja duit itu. Dia
belum bersedia walaupun dia berhak untuk menggunakannya.
Qaseh menghela nafas.
Bangunan yang tersergam megah di hadapannya dipandang seketika.
Adakah dia akan bertembung
dengan Arief? Minta-minta tidaklah! Pagi tadi dia keluar awal sebaik selesai
menyediakan sarapan untuk Arief. Entah mengapa dia hendak mengelak berduaan
dengan Arief. Kadang-kadang tak faham betul dengan perangai aku ni? Apa yang
aku mahukan sebenarnya?
Qaseh menggeleng perlahan.
Bingung memikirkan dengan kemahuan hatinya sendiri. Ah! Tak payah fikir, makin
pening kepala otak aku ni.
Qaseh mengatur langkah ke
pintu utama Perkasa Jaya. Pintu cermin ditolak perlahan dan dengan debaran di
dada dia mengatur langkah ke arah penyambut tetamu yang sudah tersenyum manis
menyambutnya.
Mesra gadis itu
menghulurkan salam. “Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” soal gadis itu ramah.
“Saya dari syarikat Bersatu
Setia. Ada appointment dengan Encik Khalid pukul 3.00,” beritahu Qaseh.
“Sebentar ya Cik,” ujar
gadis penyambut tetamu itu. Sementara
menunggu, Qaseh meliarkan pandangan di ruang lobi itu yang tampak mewah dengan
susunan atur dari perabot moden.
“Encik Khalid ada short
discussion tapi Cik boleh tunggu Encik Khalid di ruang menunggu di tingkat 8,”
beritahu gadis itu sebaik meletakkan ganggang telefon.
“Okay, terima kasih,” ucap
Qaseh bersama senyuman manis terukir di bibir.
“Sama-sama,” balas gadis
itu turut melemparkan senyuman pada Qaseh.
Qaseh
melangkah ke arah lif. Dia melirik sekilas pada jam tangannya. Tepat 2.50
petang. Dia menunggu seketika di hadapan lif. Apabila pintu lif terbuka dia
melangkah masuk dan ketika itu juga seorang lelaki turut melangkah masuk ke
dalam perut lif.
Qaseh ingin menekan butang
untuk ke tingkat 8 tetapi tiba-tiba ada tangan lain yang terlebih dahulu
menekan butang bernombor 10. Terkejut Qaseh dengan tindakan lelaki itu sehingga
fail yang dibawanya jatuh ke lantai. Qaseh pantas menoleh memandang lelaki yang
begitu hampir dengannya. Sebaik sepasang matanya bertembung dengan pandangan
lelaki itu dia terkaku. Debaran di dadanya hanya Tuhan yang tahu.
“Abang!”
Qaseh hanya melihat Arief
mengutip fail yang terlepas dari pegangannya. Anak mata Qaseh tidak lepas pada
fail yang berada di tangan Arief. Tiada tanda-tanda Arief akan menyerahkan fail
itu kepadanya. Qaseh mengetap bibir.
“Abang...” Akhirnya Qaseh
bersuara namun tiada sahutan. Arief hanya membisu memandang ke hadapan. Sempat
Qaseh mengamati penampilan Arief yang kemas berkemeja lengan panjang dengan tali leher yang dilonggarkan sedikit
ikatannya. Tubuhnya yang tegap dan sasa menyerlahkan gayanya yang
tersendiri. Apatah lagi dengan wangian
yang dipakai menusuk hidung menggetarkan naluri wanitanya.
“Abang.” Qaseh mencuba lagi
dan kali ini panggilannya berjaya menarik perhatian Arief. Serius raut wajah Arief menjamah pandangan
Qaseh.
“Fail,” pinta Qaseh
teragak-agak. Renungan tanpa secalit senyuman itu mengundang resahnya.
Tiba-tiba pintu lif
terbuka. Arief terus menarik tangan Qaseh keluar dari lif itu.
Terkejut Qaseh dengan
tindakan Arief. “Abang nak bawa Qaseh ke mana ni? Qaseh kena jumpa Encik
Khalid!”
Namun pertanyaan Qaseh
tidak dijawab. Arief terus menarik
tangan Qaseh mengikut langkahnya.
“Abang dengar tak?!” Suara
Qaseh sedikit meninggi. Dia cuba menarik tangannya dari genggaman Arief tetapi
tidak berjaya.
Tingkah mereka menarik
perhatian Rita, setiausaha Arief. Tidak berkedip mata Rita melihat langkah
bosnya dengan riak wajah yang serius. Siapa pula perempuan tu? Dan kenapa Encik
Arief macam marah aje? Tidak lepas pandangan Rita sehinggalah Arief berhenti di
hadapan pintu biliknya.
“Rita, saya tak mahu
diganggu.” Sempat Arief berpesan sebelum menyambung langkah masuk ke biliknya.
Terpegun Rita tidak terkata
apa. Tidak lepas pandanganya pada Arief dan Qaseh sehingga pintu bilik tertutup
rapat.
Rita garu kepala. “Bos aku
kidnap perempuan tu ke?” Tekanya sendiri. Berkerut wajahnya memikir.
Persoalan demi persoalan mula bermain di mindanya.
Apatah lagi dia belum pernah melihat perempuan itu disamping Arief sebelum ini.
Penampilan sopan Qaseh jauh berbeza dengan perempuan-perempuan yang cuba
mendampingi Arief sebelum ini menambah kehairanan di benak fikirannya.
Siapa perempuan tu ya?
Cantik! Kalau perempuan macam tu baru nampak sepadan dengan bos aku. Selalu perempuan
yang miskin kain selalu menggedik dengan Encik Arief. Harap aje duit banyak tapi
nak beli kain pun tak mampu.
“Abang ni dah kenapa?”
tanya Qaseh masih cuba melepaskan tangannya dari genggaman tangan Arief.
Arief terus menarik Qaseh hingga ke sofa yang berada di tengah ruang bilik pejabatnya. Fail di tangan dilempar ke
atas meja.
Masam mencuka raut wajah
Qaseh apabila dipaksa Arief. Ruang bilik yang luas begitu sempit dirasakannya
saat ini. Wajah Arief yang serius tanpa secalit senyuman tidak dipandangnya.
“Bukan abang tapi Qaseh!”
balas Arief sebaik dia memaksa Qaseh duduk di
sofa.
Qaseh bangkit tapi ditahan
Arief. “Abang kata duduk!” Suara Arief yang menahan geram menjentik perasaan
gerun di hati Qaseh. Akhirnya Qaseh akur lalu kembali melabuhkan punggung di
sofa.
“Abang nak apa sebenarnya
ni?” tanya Qaseh memberanikan diri melawan pandangan tajam Arief. Tetapi hanya
Tuhan yang tahu betapa hebat getaran dan debaran hatinya kala ini.
“Qaseh tanya kenapa dengan
abang tadi kan?”tanya Arief memandang tepat ke dalam anak mata Qaseh. Raut
wajahnya tampak tegang.
Qaseh turut membalas
pandangan Arief. Suasana hening seketika sehinggalah Qaseh merasakan Arief
semakin mendekat dengannya dan kala wajah Arief hanya beberapa inci dari
wajahnya Qaseh menolak dada Arief. “Abang nak buat apa ni?!”
“Kenapa Qaseh cuba mengelak
dari abang?”
“Mana ada,” nafi Qaseh. Dia
melarikan pandangan ke arah lain. Tangannya melekap di dada Arief apabila kedua
tangan Arief telah merangkul pinggangnya.
“Qaseh sedar tak apa yang
Qaseh buat?”
“Qaseh tak buat apa pun.
Qaseh cuma mahu abang berterus terang tentang hubungan kita sebab Qaseh percaya
pasti ada sesuatu perkara yang memulakan semua ni.”
Terlepas rangkulan di
pinggang Qaseh. Arief meraup rambut ke belakang. Sikap Qaseh menekan
perasaannya. “Kenapa degil sangat ni sayang?” suara Arief semakin mengendur.
Tersandar tubuhnya di sofa.
“Perkahwinan kita bukan
kebetulan semata-mata kan?”
Arief mengeluh berat.
“Kenapa perkahwinan kita menjadi persoalan? Abang ikhlas berkahwin dengan Qaseh. Jujur abang menerima Qaseh sebagai
isteri abang kerana Allah. Sekarang Qaseh amanah dan tanggungjawab abang. Tak
boleh ke Qaseh terima yang kita memang ditakdirkan untuk bersama.”
“Takkan semudah tu?”
Arief diam seribu bahasa. “Takkan abang terima Qaseh semata-mata kerana
takdir?”
Wajah Arief ditenung lama.
“Okay, Qaseh nak tanya abang. Kalaulah bukan Qaseh yang kena langgar malam tu
tetapi perempuan lain. Abang akan kahwin dengan perempuan tu juga macam abang
kahwin dengan Qaseh?”
Arief diam. Riak wajahnya
tampak resah dengan pertanyaan Qaseh yang bertalu-talu menggasak dirinya.
“Abang tolonglah beritahu
hal sebenar.” rayu Qaseh. “Takkan hanya sebab nak tolong Qaseh semata-mata. Ada
cara lain lagi, tetapi kenapa abang
pilih kahwin dengan Qaseh?” bertalu-talu soalan terbit dari bibir Qaseh. Namun
Arief tetap membisu seribu bahasa.
“Qaseh nak abang jawab!
Jangan diam macam ni!”
“Sebab abang sayangkan
Qaseh.” Akhirnya terluah ungkapan yang dipendam selama ini.
Terpegun Qaseh. Sukar
untuknya percaya kata-kata yang terungkap dari bibir Arief. Sepasang mata Arief
yang redup dipandang lama. Keadaan hening seketika.
“Macam mana abang boleh
sayang Qaseh kalau abang tak kenal Qaseh? Abang ingat Qaseh percaya? Please
abang... Qaseh bukan budak-budak lagi untuk abang mainkan perasaan Qaseh.”
“Abang dah beritahu
perasaan abang tapi Qaseh yang tak mahu percaya.”
Qaseh senyum sinis sambil
menggeleng. “Bukan mudah untuk Qaseh percaya setelah apa yang berlaku pada
Qaseh selama ini,” perlahan suara Qaseh menusuk ke telinga Arief.
akan bersambung >>>>>>
maaf diatas kekurangan... nantikan sambungannya ^_^
11 comments:
Best....#^_^
Tak sabar nak tunggu sambungan seterusnya.... XD
gee....good job
n3 yg pjng...dan menarik
bina lagi ayat2 cinta yg tiada penghujungnya dan teruskn usaha lagi..chaiyok !!!
oh goshhhh Qaseh.....he already confess his love for you...what more do you want?...haduiii aiiii Gee...masak akak nk nunggu dak Qaseh respond dik oiii.....dak Qaseh ni...nanti dh terlambat br time tu nk confess......ter over emo sudah......hahahhaha
sambunggg ... bestttt...
Arief berterus terang sahajalah.... kasiahan Qaseh... tentu hati Qaseh boleh terima Arief ....
jangan sampai terlambat Arief dan Qaseh....
nak lagi please tq
bestnye!!! Cepat cepat smbung yer
Hi Gee...bestnya. Cepat2 sambung ya. Suruhlah Qaseh bukakan sikit hatinya utk dengar luahan Arief tu... tak ke mananya reason di sebalik perkahwinan tu kalau dah suka sama suka :-)
alaaaaa kak Gee....pendek r....baru nak xcited...skalu tgk maaf diatas segala kekekurangan...bersambung huhuhu
NurAtiZa > terima kasih... nantikan sambungannya ya :)
AniLufias > terima kasih k Ani... insyaAllah... moga terus diberi ilham utk menghasilkan ayat2 cinta... ahakss ~~
Rozie > akak Rozie dah emo ni... hahaha... tp bukan senang nak buat akak emo kan... hihihi
Kak Sue > terima kasih kak Sue... insyaAllah akan sambung nanti :)
baby mio > ok2... nanti akak sambung ya baby mio ;)
Anonymous > thanks :) insyaAllah akan cepat2 sambung...
Zalida > Hi Zalida...terima kasih... insyaAllah nantikan sambungan kisah mereka nanti ya :)
strawberry chocolate81 > hahaha...tgh dok excited tiba2 sambung ya... saja ja tu nak bagi geram...kihkihkih
jeng jeng jeng....luahkan arief, luahkan!
akak nk ggggg dek,sambung laju2 ye............
Post a Comment