Ingin tahu kisah selanjutnya Arief & Qaseh? Ketahui kisah mereka dalam novel Tika Hati Ini Berbicara terbitan Penulisan2u bulan Julai. Kepada yang berminat untuk memiliki novel ini boleh order online di www.p2u.my @ dapatkannya di bookstore berhampiran anda.
(NOVEL TERBARU) TIKA HATI INI BERBICARA - Gee Muszisya
NOVEL KELUARAN PENULISAN2U BULAN JULAI 2014.
ARIEF HAKIMI, kali pertama menatap wajah itu gerak hatinya berdetik sesuatu. Dia mula mengayam angan untuk mengenali gadis itu dengan lebih dekat. Namun, keadaan memaksa untuk dia melupakan hasratnya itu. Juga melupakan janjinya kepada seseorang.
QASEH QALESYA, gadis yang berjaya mencuri hati Arief Hakimi. Namun, tiada siapa yang menduga keperitan dan duka yang dilaluinya. Derita hidup bersama keluarga tiri yang terlalu membencinya hanya mampu dipendam sendirian.
“Awak...” – Qaseh.
“Sampai bila nak merajuk dengan abang ni?” – Arief.
“Mana ada merajuk...” – Qaseh.
“Habis tu kenapa nak berawak-awak lagi dengan abang? Dah sedap-sedap panggil abang hari tu. Sayang kena ingat perjanjian kita... Denda tetap kena denda, ya.” – Arief.
“Siapa yang cari pasal dulu? Boleh tak lepaskan Qaseh? Budak-budak tu pandang kita la...” – Qaseh.
“Nope, kalau sayang terus merajuk dengan abang. I won’t let you go...” – Arief.
“Jangan nak mengada-ada kat atas tangga ni boleh tak?” – Qaseh.
Untuk memiliki Qaseh, Arief perlu merahsiakan masa silamnya dan janjinya kepada seseorang yang perlu ditunaikan. Namun tanpa diduga, rahsia yang selama ini tersimpan akhirnya terbongkar dan membuatkan perasaan benci bersemai dalam hati orang yang dicintai.
“Apa lagi yang abang rahsiakan daripada Qaseh?” – Qaseh.
“Qaseh, dengar dulu.” – Arief.
“Tidak! Qaseh tidak mahu dengar apa-apa lagi penjelasan. Cukuplah abang tipu Qaseh selama ini. Hati Qaseh dah cukup terluka.” – Qaseh.
“Maafkan abang...” – Arief.
Tanpa diduga rahsia yang selama ini tersimpan akhirnya terbongkar menyemai perasaan benci dalam hati Qaseh terhadap Arief.
Rahsia apakah yang Arief cuba sembunyikan? Mungkinkah perpisahan pengakhiran perhubungan mereka?
Tajuk: Tika Hati Ini Berbicara
Penulis: Gee Muszisya
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-0567-33-4
Harga: RM24 (Semenanjung) // RM27 (Sabah & Sarawak)
4 comments:
Tahniah Gee... xsabar nk miliki... dah lm tggu ni... hehehe
Terima kasih IVORYGINGER... sudi-sudikan miliki THIB :)
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
artikel nya sangat menarik gan,,
maksih,,
Post a Comment