Monday, September 23, 2013

Tika Hati Berbicara 24



Adunan tepung digaul perlahan. Sesekali belakang tangan di bawa ke dahi apabila  beberapa helai rambut jatuh berjuntaian sedikit mengganggu. Tangannya sudah berlumuran tepung. Leka Qaseh mengacau adunan itu sehingga tidak sedar Arief muncul di muka pintu dapur.

Qaseh mengangkat muka kala tawa halus menyapa telinga. Berkerut dahinya melihat tingkah Arief sedang berpeluk tubuh sambil tergelak-gelak.

“Abang gelak apa?”

“Sayang buat  apa sampai bertepung muka tu?”

“Kek.”sepatah jawapan meluncur dari bibir sambil menyapu muka dengan belakang tangan. Tanpa dia sedar, semakin banyak tepung yang tercalit di mukanya.

“Abang tolong.” Arief bergerak menghampiri dan merapat  di sebelah Qaseh.

“Boleh. Tolong tengok,” selamba jawapan Qaseh. 

Arief tersenyum cuma. Rambut Qaseh menarik perhatiannya.  Rimas pula melihat rambut yang semakin banyak terlerai dari ikatan. Apatah lagi Qaseh berusaha menyisip dengan belakang tangan yang bertepung.

Dia bergerak ke belakang lantas menarik getah ikatan dan mengikat semula ikatan itu supaya lebih kemas. Tetapi agak pelik pula dirasakan oleh Qaseh. Dia merasakan ikatan  itu agak tinggi.

“Abang ikat rambut macam orang dalam pantang. Baik abang ikat betul-betul.”

Lirikan senyuman tidak lekang di bibir Arief. “Agaknya macam ni rupa isteri abang kalau lepas beranak ya.”

http://rapi.karangkraf.com/polopoly_fs/1.122097.1358328665!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_624/image.jpg
Qaseh diam. Ada sesuatu yang menyentuh hati kecilnya mendengar ungkapan yang terbit dari bibir Arief. Renungan Arief yang terusan di wajahnya mengundang rasa malu dalam diri.
  “Dengan tepung bercalit kat dahi,” kata Arief lagi. Anak matanya terus mendarat di segenap wajah isterinya.Comel!

Pantas Qaseh menyapu dahi dengan belakang tangannya beberapa kali. “Ada lagi ke?” tanya Qaseh.

“Ni buat kek ke main tepung,” perli Arief. Tangannya turut membantu mengelap tepung yang melekat di wajah isterinya.

Qaseh mengerling tajam mendengar kata sindiran itu. Lirikan sengihan yang panjang mengundang rasa geramnya. Tanpa sedar jari telunjuknya melayang di pipi Arief.

Meletus tawa kecil dari bibir Qaseh melihat wajah Arief hasil seni tangannya. Mata Arief mencerung geram. Plastik tepung  di atas meja dicapai.

“Abang nak buat apa ni?” tanya Qaseh. Benak fikirannya seperti dapat menduga apa yang akan dilakukan oleh Arief terhadapnya. Dia mengundur ke belakang sehingga dirinya terkunci di dinding. Lebar senyuman terukir di bibir Arief. Sebelah tangannya melekap di dinding.

 Sesak nafas Qaseh kala jarak wajah Arief hanya beberapa inci sahaja dari wajahnya. Apatah lagi renungan yang redup dan dalam menikam anak matanya menggetar gelora yang tiba-tiba melanda jiwa.

“Abang nak apa?”

“Abang nak sayang,” perlahan nada suara Arief persis penggoda gayanya.

Berkerut seribu dahi Qaseh. Semakin lama semakin merapat wajah Arief pada wajahnya. Anak matanya menangkap pandangan Arief yang tertumpu pada bibirnya. 

“You known how much I love you.”

Qaseh terkaku. Renungan Arief tepat ke dalam matanya kemudian perlahan beralih pada bibirnya.  Menyedari tingkah Arief itu, Qaseh pantas bergenjak ke tepi.

Arief mengeluh, terlepas sasarannya. 

“Jangan nak mengacau. Tak siap kek ni  nanti.”

“Bila masa abang kacau. Takkan nak tolong  pun tak boleh.”

“Tak payah tolong, lagi lambat siap kerja ni.”

“Kalau macam tu abang tolong tengok ajelah.”

“Tengok pun tak boleh.”

“Kenapa tak boleh? Takut terpikat dengan abang?”

Qaseh mengangkat muka merenung wajah itu seketika. “Perasan. Abang jangan jadi penggoda pulak kat sini.”

“Dah lama abang cuba. Tapi isteri abang ni jual mahal sangat.”

“Abang ingat semua perempuan mudah tergoda dengan abang.”

Arief sedikit tercabar. “Betul sayang sikit pun tak tergoda dengan abang.”

Qaseh menjongket kening sebelah.

“Betul?” tanya Arief lagi. Kali ini nada suaranya sudah berubah rentak. Bergerak mendekat pada Qaseh yang mula tidak menentu dengan renungan Arief itu.

“Betulkah hati sayang tidak pernah tertarik dengan abang?” soal Arief lagi. Kini tubuhnya hanya beberapa inci dari Qaseh yang membisu seribu bahasa. Apabila Qaseh ingin mengundur ke belakang. Pantas Arief merangkul pinggangnya.

“Betul?”

“Apa yang betul?” soal Qaseh pura-pura tidak tahu.

“Sayang jangan buat-buat tidak tahu.”

“Lepaslah abang. Qaseh banyak kerja nak buat.”

“No! Selagi abang tak tahu jawapannya.”

“Abang, please...”

Arief hanya menggeleng. Nakal senyuman terukir di bibirnya.

“Betul abang tak nak lepas?”

Arief menggangguk menjawab pertanyaan itu.

“Tak menyesal?”

“Kenapa abang nak menyesal pulak?”soal Arief pelik.

“Sebab...”

Dengan selamba plastik tepung yang masih separuh berbaki di tuang di atas kepala Arief. Terkejut Arief.

Lepas tawa Qaseh melihat tubuh Arief yang berlumuran tepung.

“Apa Qaseh buat ni?”

Qaseh sudah bersedia melarikan diri apabila melihat mata Arief yang mencerlung geram memandangnya. Sedaya upaya menahan tawa yang masih bersisa.

“Suka ya, tengok abang mandi tepung.”

Setapak demi setapak dia mengatur langkah. Qaseh yang leka ketawa langsung tidak menyedari Arief yang semakin bergerak mendekatinya.

“Kalau abang mandi tepung, sayang pun kena mandi tepung jugak.”

Terhenti tawa Qaseh. Belum sempat dia melarikan diri, Arief terlebih dulu mencapai tangannya dan sekelip mata tubuhnya pula berlumuran tepung.

“Abang!!”

Kali ini Arief pula yang ketawa kuat. Mencerlung mata Qaseh. Bibirnya diketap geram. Pantas plastik yang masih berbaki tepung dirampasnya lantas ditabur di seluruh tubuh Arief.

“Sayang!”

“Padan muka! Abang tengok apa dah jadi dengan dapur ni. Qaseh tak kira abang kena bersihkan semua ni. Dan jangan kacau Qaseh nak buat kerja,” kata Qaseh tegas. Dia menyambung kembali kerja yang tertangguh tadi.

“Takkan abang sorang nak kemas semua ni. Siapa yang mula dulu?”

“Qaseh tak peduli siapa yang mula dulu. Yang penting Qaseh nak tengok lantai ni bersih. Faham  cik abang sayang...”kata Qaseh berbaur amaran. Riak tegas terpamer di wajahnya. 

“Baiklah, sayang...” Malas sahaja suaranya kedengaran.

Qaseh menyimpan senyum. Tingkah Arief diperhati dalam diam. Ada rasa yang bermain di jiwanya kala ini. Sesuatu yang sukar untuk diungkapkan.



**********



Qaseh menghela nafas panjang puas dengan hasil masakannya hari ini. Dulang yang berisi kek perlahan diletakkan di atas meja. Sempat mengerling Arief yang sedang tekun mengemas dapur sedari tadi. Berkilat jadinya dapur hari ini. Semuanya dilap. Tidak cukup lantai habis kabinet turut dilapnya.

"Aduh...  letihnya..." adu Arief sambil melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan Qaseh.

"Ala... sikit tu pun dah letih," usik Qaseh menyimpan senyum.

"Sikit sayang kata. Nak patah pinggang abang ni tau tak. Tengok lantai ni berkilat. Boleh buat cermin tau," kata Arief sambil mengurut-ngurut pinggangnya. "Kalau ada orang urut, sedap jugak ni." Perlahan nada suara Arief. Anak matanya tidak lepas pada wajah Qaseh yang terus terdiam.

"Abang nak rasa kek ni?" kata Qaseh mengubah topik perbualan. Piring yang berisi kek diletakkan di hadapan Arief.

"Hhm... nampak sedap," ujar Arief mengalih pandangannya ke arah kek itu.

"Tapi abang tak larat la nak suap." Semerta riak keletihan terpamer di raut wajahnya. "Sayang tolong suapkan." pinta Arief. Manja nada suara itu menyapa telinga Qaseh.

"Abang ni mengada la..."

"Tak kesian ke... penat tau tak dari tadi abang mengemas. Sakit habis badan-badan ni."

"Badan manja macam tu la," perli Qaseh. Badan Arief ditolak lembut. Namun, secebis kek tetap disuakan ke mulut Arief.

Melebar senyuman di bibir Arief. Kemenangan dipihaknya kali ini.

"Hhmm... sedapnya. Pandai isteri abang buat kek," puji Arief ikhlas.

Secebis demi secebis kek disuap ke dalam mulut Arief. Qaseh cuba bertenang kala sepasang mata Arief asyik merenungnya. Perasaannya menjadi kalut. Masakan tidak pandangan itu cukup menggoda. Apatah lagi kala jarinya menyentuh bibir lelaki itu. Nalurinya berombak kencang.

Qaseh tersentak kala Arief menyentuh rambutnya yang terlerai dari ikatan lalu diselitkan di telinga. Kemudian dagu Qaseh diraih lembut. Qaseh terkedu kala jemari Arief lembut mengusap wajahnya. Seketika pandangan mereka bersatu.  Bagai hendak pecah dadanya dek debaran yang berdetak hebat. Pantas Qaseh melarikan pandangan. Tidak sanggup terusan bermain dengan perasaan yang mula bergelora.

"Err... Qaseh nak pergi mandi dulu. Badan dah penuh tepung." Qaseh terus mengemaskan bekas-bekas yang digunakan tadi lantas dibawa ke sinki dan dicuci.

Arief hanya memandang tingkah Qaseh yang cuba melarikan diri daripadanya dalam diam. Dia mengeluh dalam.

Arief bangkit menghampiri Qaseh yang terus menyepi. Dia sedar ada sesuatu yang bermain di benak fikiran isterinya itu menyebabkan jiwanya sukar untuk dicairkan. Sukar untuk diselami hati itu. 

Namun, dia juga perlu melawan perasaan yang terus membelenggu dirinya sendiri. Ketakutan pada satu kehilangan amat perit untuk dihadapi. Sampai bila hubungan yang suram ini akan berterusan. Sesuatu perlu dilakukan. Cukup terseksa rasanya memendam perasaan yang semakin bergelora dalam diri. Semakin lama semakin kuat mengocak tiang kesabarannya.

"Nak abang tolong?" tanya Arief berdiri dekat di sebelah Qaseh sehingga tubuh mereka bersentuhan.

"Tak apa sikit aje ni. Abang tak nak pergi mandi dulu."

"Abang tunggu sayang."

Hampir terlepas balang di tangan Qaseh mendengar kata Arief itu. Walaupun perlahan, tetapi masih jelas singgah di telinganya.

Qaseh terus terdiam. Tingkahnya mula tidak keruan.

"Apa yang Qaseh rasa?" tanya Arief cuba menarik perhatian Qaseh.

Berkerut dahi Qaseh tidak mengerti. "Apa yang Qaseh rasa?" soal Qaseh kembali.

"Qaseh tak rasa sesuatu telah berlaku antara kita."

"Apa maksud abang?"tanya Qaseh inginkan kepastian.

Tangan Qaseh diraih dan digenggam erat. Qaseh hanya membiarkan. Terus menanti kata-kata yang bakal terluah di bibir Arief. 

"Perasaan yang mula berputik di hati Qaseh untuk abang."

"Perasaan apa?"

"Perasaan cinta dan sayang."

"Abang cakap apa ni. Cinta dan sayang? Sejak bila abang boleh baca fikiran orang?"

"Jangan menafikan perasaan itu. Mata sayang tidak boleh menipu."

Qaseh terus berpaling melarikan pandangan. Ungkapan Arief memerangkap dirinya. Tidak! Dia masih ragu-ragu dengan perasaannya sendiri. Terlalu banyak persoalan yang belum terungkai. Tidak mungkin dia dapat melenyapkan dari ingatan begitu sahaja. Sedangkan perkara itu yang meronta-ronta dalam dirinya setiap hari.

Qaseh tersentak kala belakang tubuhnya didakap perlahan oleh Arief. Dapat dirasai sebuah kucupan lembut hinggap di kepalanya. Terpejam rapat mata Qaseh. Lenyap seketika gelora yang berkecamuk dalam diri. 

"Sampai bila Qaseh nak simpan perasaan tu. Abang sayangkan Qaseh. Sejak dulu dan abang akan bawa perasaan cinta dan sayang abang itu hingga hujung nyawa abang. Mengapa begitu sukar sayang hendak menerima abang sebahagian daripada hidup sayang. Tidak layaklah abang untuk sayang," bisik Arief perlahan penuh romantis.

Sesekali bibir Arief mula merayap di bahunya. Ungkapan dan tingkah romantis Arief terus membuai perasaan. Qaseh menarik nafas sedalamnya. Menenangkan perasaan yang tiba-tiba diamuk badai asmara. Tiba-tiba Qaseh tersedar sesuatu. Dia tidak harus membiarkan dirinya terus tenggelam dengan kata-kata romantis itu yang mampu menyekat kewarasan fikiran.  

"Maafkan Qaseh."  Tubuh Arief ditolak perlahan. "Selagi keyakinan Qaseh pada abang masih kabur. Selagi itu Qaseh tidak dapat mengikhlaskan hubungan ini. Maafkan Qaseh."

Qaseh berpaling melangkah keluar dari ruang dapur. Berat keluhan yang terbit di bibir lelaki itu. Rambut diusap melepaskan rasa kecewa dan hampa yang bermukim di jiwa. Sungguh saat ini terasa benteng kesabarannya semakin menipis. Tetapi dia tidak boleh menyalahkan Qaseh dalam hal ini. Segalanya berpunca daripada dirinya sendiri. Dia yang harus dipersalahkan. Maka dia perlu menebalkan lagi benteng kesabaran. Dimasa yang sesuai, dia akan berterus terang kepada Qaseh segalanya dan saat itu hanya satu doanya. Semoga Qaseh tidak pergi jauh daripadanya. Dia tidak sanggup kehilangan gadis itu. Separuh nyawanya juga turut pergi jika itu yang berlaku.



 Biar hati mencintai

Kau yang membuat ku buntu
Membuat ku tak tentu
Terus memikirkan mu
Biar tiada jalanku..
Jalan ku…
 

Telah ku cuba tuk nyatakan 
Rasa di hati ini
Yang makin menghantui
Perasaan jiwa ku..
Jiwa ku…

Biar hati ini mencintakanmu 
Dalam hayat ku kan merindumu…
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah…
Selamanya…

Kau yang menjadikan cinta
Selalu menjadi rindu
Seperti waktu itu
Yang mengharung hidupku..
Hidupku…

Ku.. yang bisa memerlukan 
Selalu jadi mimpiku
Menjadi pemilikmu
Biar tak pernah tahu..
Kasihku…

Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah…
Selamanya…

hooo..

iyeahh..

Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…

Biar hati ini mencintakanmu
Dalam hayat ku kan merindumu…
Biar pedih sakit memilikimu
Namun hati takkan tuk berubah…

Selamanya…
Selamanya…
Selamanya…



5 comments:

Anonymous said...

Best2..sian kt arief,masih mgharap cinta dr qaseh..xsbr nk tnggu kesudahan cite nie..cpt2 la kuar ke versi cetak..huhu

Anonymous said...

Hmm,,,bl nk smbg next n3?

Anonymous said...

rindu sangat gan kasih N arief.bila kluar versi cetak ni.plsss kak gee huhuhu

arthi said...

Nape ni..... cite I xada snbg ke. Dah lama I tuggu next n3. Cite ni dah di bukukan atu blm.plsssss gee tlg smbg cite no. Thks

Hafia Hana said...

sambung la lg