Setelah beberapa
ketika kesepian menemani mereka, Qaseh mengambil fail di atas meja. Dia bingkas
bangkit sambil mencapai tas tangannya.
“Nak ke mana?” tanya
Arief turut bangun.
“Qaseh datang sini
bukan nak jumpa abang tapi Encik Khalid,” jawab Qaseh lantas mengorak langkah
ke arah pintu.
Arief pantas menyambar
tangan Qaseh dan memaksa Qaseh mengadapnya.
“Abang nak apa
lagi?!”soal Qaseh geram. Tajam renungan matanya menikam wajah Arief. Geram
dengan sikap Arief yang lebih suka berdiam diri. Mengapa Arief tidak mahu memahami perasaannya?
“Masalah kita belum selesai lagi.”
“Macam mana nak selesai kalau abang lebih suka
diam daripada beritahu Qaseh hal sebenar. Abang tahu tak sejak kita kahwin hati
Qaseh tak pernah tenang. Kehadiran abang dalam hidup Qaseh penuh dengan tanda
tanya. Mengapa abang nak kahwin dengan Qaseh padahal kita tak ada apa-apa
hubungan? Kenapa abang tak cuba faham kehendak hati Qaseh?” luah Qaseh panjang
lebar.
“Stop it! Abang tak mahu Qaseh ungkit lagi soal
tu!” tegas suara Arief membuatkan Qaseh terkedu. Renungan tajam Arief ditatap
lama.
“Okay,
fine!” Qaseh terus berpaling ingin berlalu pergi tetapi pegangan Arief terus
melekap di lengannya.
“Lepaskan Qaseh!”
“No! Abang takkan lepaskan. Selagi Qaseh terus
bersikap dingin dengan abang. Abang takkan lepaskan.”
“Abang nak Qaseh layan abang macam mana? Macam
tak ada apa-apa yang berlaku. Qaseh bukan hipokrit macam abang!”
Tegang raut wajah Arief membalas renungan tajam Qaseh. “Jangan
terlalu lancang bila berbicara. Kalau abang hipokrit abang takkan beritahu
perasaan abang pada Qaseh. Walaupun abang tahu Qaseh tidak ada perasaan pada
abang. Abang cuma nak kita berbaik seperti dulu. Tidak ada persengketaan. Bukan
bermasam muka macam ni.”
“Please abang, jangan paksa Qaseh buat perkara
yang Qaseh sendiri tak boleh nak kawal. Kalau abang berada tempat Qaseh tentu
abang tahu apa yang Qaseh mahukan. Qaseh
hanya mahukan penjelasan dan kebenaran. Susah sangat ke abang nak faham.”
Arief hanya diam seribu bahasa. Renungannya
tiba-tiba berubah redup.
Qaseh menghela nafas. “Abang takkan beritahu
kan,” lemah suara Qaseh berbaur kecewa. Sikap Arief betul-betul menguji
kesabarannya. Terseksa rasa hati dengan kesepian Arief.
“Qaseh nak jumpa Encik Khalid sekarang. Rasanya
tak ada apa lagi nak kita cakapkan,” kata Qaseh. Dia cuba meleraikan pegangan
Arief.
Namun Qaseh tersentak apabila Arief mengambil
fail yang dipegangnya lantas mengatur langkah ke meja kerja. Kemudian Arief
mencapai gagang telefon.
“Khalid, dokumen Bersatu Setia sudah ada pada
saya,” ujar Arief sebaik talian bersambung.
Qaseh memasang telinga. Setiap butir bicara Arief
menyapa perdengarannya. Qaseh melarikan pandangan kala sepasang mata Arief
tidak lepas pada wajahnya.
Sebaik ganggang kembali pada tempatnya, Arief
melangkah merapati Qaseh yang tidak berganjak dari tadi. Qaseh membalas
renungan Arief yang berdiri di hadapannya. Pandangan yang menusuk hingga ke
dasar yang mencairkan hatinya yang membeku.
“Datang tadi dengan apa?” soal Arief.
“Teksi,” jawab Qaseh acuh tak acuh sahaja.
“Kenapa tak tunggu abang pagi tadi?”
Qaseh terdiam seketika. “Qaseh tak nak ganggu
abang, mesti abang penat driving semalam,” jawab Qaseh mencipta alasan.
Arief tersenyum sinis. “Bukan sebab nak lari dari
abang.”
“Terpulang nak fikir apa pun.” Qaseh mati akal.
Arief seperti dapat membaca fikirannya.
“Jom abang hantar balik,” ajak Arief.
“Qaseh boleh balik sendiri,” tolak Qaseh membakar
kembali perasaan Arief.
“Qaseh nak abang ajak cara lembut atau cara
kasar?” soal Arief cuba menenangkan
hatinya dengan kedegilan Qaseh yang seperti tiada penghujung.
“Abang
jangan nak ugut-ugut Qaseh,” sela Qaseh tidak senang dengan cara Arief
yang sentiasa mahu dia mengikut katanya.
“Pilihan di tangan sayang...” bersahaja Arief
bersuara. Keningnya dijongket memandang Qaseh yang mencuka memandangnya.
Qaseh melirik pandang pada Arief. Riak selamba
Arief menjentik perasaan. Apatah lagi melihat lirikan senyuman nipis yang
terukir di bibir lelaki itu. Cepatnya dia berubah angin. Tadi bukan main marah
macam nak makan orang aje rupanya.
“Abang nak buat apa kalau Qaseh tak nak ikut
jugak,” soal Qaseh mencabar.
Terjongket kening Areif. “You will see...” jawab
Arief senang. Riak wajahnya seperti tiada kesan dengan kata-kata Qaseh tadi.
Qaseh menjongket kening. Raut bersahaja terpamer
di raut wajahnya seperti mencabar kata-kata Arief itu.
Namun, seketika cuma apabila Arief semakin
menghampirinya bersama renungan yang menusuk menggetar nalurinya. Qaseh
bergerak menjauh tetapi Arief terlebih dahulu merangkul pinggangnya.
Sepasang mata Qaseh menangkap pandangan mata
Arief yang terarah pada bibirnya. Semakin lama semakin mendekat ke wajahnya.
“Okay, okay... Qaseh ikut,”akhirnya kata mengalah
terbit dari bibir Qaseh. Terhenti
tingkah Arief. Senyuman nipis terukir di bibir Arief. Anak matanya
terusan menatap wajah Qaseh tanpa jemu.
Qaseh mengerut dahi, hairan dengan kesepian
Arief. Arief menggeleng perlahan.
‘Ya Allah, hanya Kau yang Maha Mengetahui betapa
cinta dan sayangku padanya. Aku akan terus bersabar dan berusaha untuk memiliki
hatinya walaupun aku tahu bukan mudah untuk menawan hatinya. Kau bantulah aku
Ya Allah. Bukankanlah pintu hatinya untuk menerima cintaku.’ Bisik hati Arief.
Renungannya dalam seolah meluahkan kata hati dalam diam pada Qaseh yang
memandangnya dengan riak tanda tanya.
Sebelum dia meleraikan pelukan di pinggang Qaseh,
sempat bibirnya melayang di pipi Qaseh. “Thanks sayang...” ucap Arief sambil
melepaskan rangkulannya di pinggang Qaseh lalu bergerak ke arah meja kerjanya.
Membuntang mata Qaseh. Tidak terluah kata-kata
dari bibirnya, susuk tubuh Arief hanya dipandang tanpa berkedip. Terasa aturan
degupan jantungnya tidak menentu saat ini. Tangannya perlahan menekan dada
merasai debaran yang berkocak hebat.
Anak matanya tidak beralih melihat gerak gaya
Arief. Bermula dari Arief mengemas beberapa dokumen di atas meja dan dimasukkan
ke dalam briefcase sehinggalah Arief mencapai kot yang tersangkut di kerusi.
Begitu berkarisma dan mempesona. ‘Ya Allah, apa kena dengan kau ni Qaseh,
tiba-tiba segala tingkahnya menarik di mata kau tiba-tiba. Jangan-jangan kau
dah jatuh hati pada suami kau ni tak?’
Qaseh seperti tersedar dengan bisikan kata
hatinya. ‘Aku jatuh cinta dengan dia? Oh, tidak... tak mungkin aku jatuh cinta
dengannya. Mungkin aku tertarik dengan gaya dan karisma yang ada padanya. Siapa
yang tidak suka tengok lelaki hensem seperti dia kan? Takkan itu sudah
dikatakan cinta?’ Qaseh menggeleng perlahan tanpa sedar, tidak menyedari
tingkahnya diperhatikan Arief.
“Kenapa?” soal Arief hairan.
Qaseh menarik senyum nipis sambil menggeleng.
“Tak ada apa.”
"Jom." ajak Arief lantas menggenggam
tangan Qaseh.
"Tak pegang tangan tak boleh ke?" soal
Qaseh menurut langkah Arief. Kurang senang melihat tangannya dalam genggaman
Arief. Khuatir dengan mata-mata di luar sana yang pastinya menimbulkan seribu
tanda tanya di benak fikiran mereka. Apatah lagi Arief adalah bos mereka, sudah
tentu setiap inci tingkah laku menjadi perhatian pekerjanya.
"Tak boleh," jawab Arief ringkas.
Sebaik Arief membuka pintu, wajah Rita menerpa pandangan mereka. Riak tanda
tanya jelas terpamer di raut wajah itu.
"Rita, saya nak keluar. Any call for me just
take the message," pesan Arief sebelum berlalu pergi. Qaseh sempat
membalas pandangan Rita yang terpinga-pinga dengan keadaan yang terlalu pantas
itu.
Sekali lagi dia menggaru kepala. Sudahnya Rita
hanya melihat susuk tubuh Arief dan Qaseh hingga hilang dari pandangannya.
Mati langkah Qaseh apabila Arief tiba-tiba
berhenti di pintu utama. Hampir Qaseh terlanggar tubuh Arief yang berhenti
secara mengejut itu. Qaseh cuba menarik tangannya dari genggaman Arief yang
melekap kuat. Namun, semakin dia cuba leraikan semakin kuat terasa cengkaman
Arief di tangannya. Perasaan malu mula menyelinap dalam diri apabila beberapa
pasang mata mencuri pandang ke arah mereka.
Belum sempat Qaseh menarik nafas yang sedikit
semput kerana mengikut langkah panjang Arief sekali lagi dirinya terdorong ke
hadapan apabila Arief menarik tangannya dan berhenti di hadapan sebuah kereta.
Wajah Qaseh berubah sedikit berseri kala melihat susuk tubuh Malik keluar
sebelah pemandu kereta itu.
Tidak lepas pandangan Qaseh pada raut wajah Malik
yang tenang tetapi tetap tampak tegas. Sekilas Malik beralih pandang pada Qaseh
yang beriak wajah seperti meminta pertolongan. Namun, Malik melarikan anak
matanya ke wajah Arief. “Semuanya saya sudah uruskan, Encik Arief,” kata Malik
sambil menyerahkan kunci kereta pada Arief.
“Terima kasih, Malik,” balas Arief lantas
bergerak membuka pintu kereta hadapan sebelah penumpang.
Tanpa bicara wajah Arief seperti mengarahkan
Qaseh masuk ke dalam kereta itu. Seketika wajah Arief ditatap sebelum Qaseh
melangkah masuk ke dalam kereta. Saat punggungnya mencecah kerusi anak matanya
meliar memandang keadaan dalam kereta itu yang tampak baru. ‘Ini kereta yang
mana pulak tak pernah nampak pun.’ Bisik hati Qaseh. Kala terdengar pintu
sebelah pemandu terbuka, pantas tubuh disandarkan di kerusi. Cuba beriak biasa
walaupun debaran di dada tidak pernah surut.
Kemudian hanya kesepian menemani mereka sepanjang
perjalanan.
************
“Kita buat
apa datang sini?” soal Qaseh hairan apabila Arief memberhentikan kereta di
tempat parking di Taman Tasik Titiwangsa.
“Jom teman abang jalan-jalan.”
Arief membuka pintu kereta dan melangkah ke luar.
Saat matanya dihidangkan dengan pemandangan tasik dengan pepohon yang menghijau
merendang, panjang helaan nafas terhembus. Leka seketika dia menikmati
kebesaran ciptaan Ilahi itu.
Qaseh memerhati seketika tingkah Arief sebelum
dia turut melangkah keluar dari perut kereta. Perlahan kakinya diatur
menghampiri Arief. Menyandarkan tubuh di badan kereta bersebelahan Arief. Angin-angin
sepoi bahasa yang bertiup terasa damai menghembus halus ke sanubari.
“Tenang rasanya kat sini kan, sayang.”
“Ermm...” jawab Qaseh turut mematungkan
pandangannya di tengah tasik.
“Cantik tak kereta ni sayang?” tanya Arief
tiba-tiba.
“Hah!” terpinga-pinga wajah Qaseh mendengar
soalan yang tidak dijangkanya. Kenapa soal kereta pula yang ditanyakan oleh
Arief?
“Abang tanya cantik tak kereta ni?” ulang Arief
lagi.
Qaseh mengalihkan pandangan ke kereta yang
menjadi tempat sandarannya itu. Kereta Ford Fiesta Sport yang tampak sporty dan
menarik dari segi reka bentuknya. Jenis kereta ini lebih diminati oleh golongan
muda. Tidak dinafikan dia juga tertarik dengan kereta ini apatah lagi melihat
rekaan dalaman yang tampak elegan dan eksklusif.
“Cantik, kereta baru abang ke ni?”
“This car is yours...” kata Arief. Perlahan kunci
kereta diletakkan dalam genggaman isterinya.
Lama mata Qaseh terpaku pada kunci kereta itu.
Perasaannya bercampur baur.
“Apa tujuan abang sebenarnya?” tanya Qaseh
setelah beberapa ketika menyepikan diri.
“Abang tak ada niat apa, memang tanggungjawab
abang sebagai seorang suami untuk memenuhi keperluan dan memberi keselesaan kepada
isterinya mengikut kemampuan yang ada.”
“Bukan sebab abang nak beli hati Qaseh?”
Tersentap Arief mendengar kata-kata yang terbit
dari bibir isterinya. “Sayang cakap apa ni?” Serius suara Arief dengan renungan
tajam menikam sanubari.
“Abang jangan anggap Qaseh seperti
perempuan-perempuan lain yang senang abang beli dengan harta dan wang ringgit. Qaseh
juga ada perasaan dan maruah diri walaupun Qaseh sedar dulu Qaseh tidak mampu
untuk membela diri yang senang dijadikan taruhan orang kaya seperti abang.
Qaseh sendiri tak tahu mengapa abang nak kahwin dengan perempuan seperti Qaseh.
Dan sejak akhir-akhir ni perangai abang dah berubah. Mungkinkah abang rasa
tercabar kerana belum miliki tubuh Qaseh.”
Tajam kata-kata itu menusuk mencalar perasaan. “Qaseh!!”
Keras suara Arief. Tajam renungan mata menikam wajah Qaseh. Kelihatan rahangnya
bergerak-gerak menahan amarah yang menggelegak di dada. “Jangan sangka setiap
kali abang keluar dengan perempuan penghujungnya akan ke bilik tidur. Abang tak
seteruk dan sehina tu. Kalau abang berperangai begitu sudah lama tubuh Qaseh
jadi pemuas nafsu abang!” Luah Arief dengan rasa marah yang meluap-luap.
“Tapi itu yang Qaseh dengar...” lemah suara
Qaseh. Dia tertunduk tidak sanggup melihat raut wajah tegang Arief.
“Jangan mudah menilai diri abang jika Qaseh belum
betul-betul kenal diri abang yang sebenar. Abang jujur menikahi Qaseh bukan
disebabkan nafsu dan keadaan tetapi kerana abang memang cintakan Qaseh.”
“Kenapa itu yang abang sering ulang? Bukan senang
untuk Qaseh percaya. Jangan mudah bermain dengan kata cinta abang. Cuba abang
tanya pada diri abang sendiri atau mungkin perasaan itu juga sama jika abang bersama
dengan perempuan lain. Sudahlah abang, tak guna kita bertekak pasal hal ni. Dan
Qaseh tak harap semua ni.” Kunci kereta bertukar tangan.
“Qaseh nak balik,” kata Qaseh lantas mengatur
langkah ke arah pintu kereta sebelah penumpang.
Kusut raut wajah Arief. Rambutnya diusap ke
belakang. ‘Kenapa hubungannya dengan
Qaseh semakin meruncing. Bagaimana lagi cara untuknya memulihkan keadaan?
Adakah tiada lagi peluang baginya? Ya Allah, Kau bantulah aku.’ Arief meraup
muka sebelum melangkah lemah masuk ke dalam kereta.
*******
‘Ya Allah,
berilah ketenangan dalam jiwaku ini. Mengapa perasaanku sentiasa gelisah? HambaMu
ini terlalu lemah Ya Allah. Kau bantulah
aku Ya Allah. Berilah ketabahan dan kesabaran dalam diriku untuk menempuh
segala dugaan. Tunjukkanlah jalan terangMu agar aku tidak jauh dari rahmatMu. Hanya
padaMu ku memohon dan berserah diri, Ya Allah Ya Rabbi.” Mohonnya dihujung doa.
Perlahan kedua telapak tangan diusap ke wajah. Helaan
nafas terhembus lembut. Kemudian kain telekung ditanggalkan. Qaseh bangun dari
tikar sejadah. Kain telekung dilipat lalu disangkut di penyidai kayu. Dia
melangkah ke arah meja solek lantas merapikan rambutnya. Anak matanya memandang
sekilas jam dinding. Hampir jam 12.00 tengah malam tetapi matanya masih terasa
segar.
Qaseh menghela nafas. Dia mengatur langkah ke
arah katil. Sejak balik tadi, dia terus berkurung dalam bilik. Perasaan marah
pada Arief masih bersisa.
Tiba-tiba ketukan pintu mengejutkan Qaseh.
“Sayang... boleh abang masuk.” Suara Arief sayup
kedengaran di luar bilik.
Qaseh menyepikan diri tidak menjawab. Cepat-cepat
dia baring dan menarik selimut sehingga paras dada. Mengiring membelakangi
pintu bilik.
“Abang masuk ya...” suara Arief masih kedengaran
dari balik pintu. Qaseh tetap membisu menanti dengan dada yang berdebar-debar. Bunyi
daun pintu terbuka membuatkan dada Qaseh semakin berdebar. Apabila terasa
dirinya dihampiri, Qaseh pantas memejam rapat matanya. Tubuhnya keras mematung
dalam selimut. Pertelingkahan siang tadi membuatkan dirinya belum bersedia
untuk berdepan dengan Arief.
Bagaikan hendak pecah debaran dadanya apabila
terasa ada tubuh yang berbaring di sebelahnya. Qaseh tetap memejamkan mata
rapat. Entah menjadi atau tidak lakonan pura-pura tidurnya itu.
“Buka mata sayang, abang tahu Qaseh belum tidur.”
Suara Arief menerpa perdengaran Qaseh bersama cuitan lembut di hujung
hidungnya. Perlahan Qaseh membuka mata. Wajah tenang Arief bersama senyuman
nipis di bibir menjamu pandangannya.
“Marah lagi?” Lembut Arief bertanya pada Qaseh
yang membisu seribu bahasa. Hanya memandangnya tidak berkedip.
“Abang minta maaf. Hari ni kita banyak bergaduh,
kan. Sampai abang tak boleh tidur. Boleh tak abang tidur sebelah sayang malam
ni?” soal Arief.
Membuntang mata Qaseh dengan pertanyaan Arief
itu. Namun belum sempat Qaseh bersuara, Arief terlebih dulu meletakkan jarinya
di bibir Qaseh. “Pleaseee...” rayu Arief. Tangan Qaseh diraih dan diletakkan di
dadanya.
“Mungkin lepas ni abang tak boleh tidur lena
kalau sayang tak ada kat sebelah,” kata Arief sambil mendekatkan tubuhnya di
sisi Qaseh. Tangan Qaseh masih melekap kemas di dadanya.
Qaseh tetap diam membisu seribu bahasa. Kelu
lidahnya tersentuh dengan tingkah Arief yang lembut menyapa hati kecilnya. Bagaikan
melayang pergi perasaan marah dalam jiwanya.
Suasana terusan menyepi sehingga keduanya terlelap
tanpa sedar. Moga mimpi indah menemani tidur meleraikan gelora perasaan yang menyendat
jiwa.
akan bersambung ^_^
dah habis baca jom layan lagu ni *__*
Babak Cinta
Engkaulah cahaya dalam hidup yang penuh kegelapannya
Rasa kesakitan dalam dada menghilang pabila kau berada
Cintamu kepada aku tak pernah ku rasa sebegitu
Engkau meringankan hati ini, engkau menenangkan jiwa sepi
Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya
Kau tahu kau disakiti, hatimu sedang kau melindungi
Percayakan pada cinta ini, relakan ia berterbang tinggi
Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat
Aku juga merasa ketakutan oh cinta
Percayakan pada kita oohhh...
Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna slalu terluka
Ku ingin menjadi penutupnya, babak tentang pencarian cinta
Aku untukmu sepanjang hayat
Aku ingin menjadi pembuka hatimu yang sekian lamanya
Terkunci kerna selalu terluka
6 comments:
Aduhaiii Qaseh....whylah so stubburn this woman....dah sikit punya gentle caring loving plus macho summore si Arief tu...masih curiga bagai lagi...ape daaa....Arief laling...meh lah ngan I...biaukan dak Qaseh tu...ahakssss...
Rozie > amoh amoh kak Rozie... bukan lagi mujuk si Arief laling dia ya...^_______^
Kenapa Arief susah sangat nak terus terang dengan Qaseh tu? Rahsia besar ke? Rasanya Qaseh boleh accept kot....
aduhaiiii....knpalah si Qaseh tuu degil sgt2 ...
mmg sweet kata2 Arief memujuk Qaseh semoga Qaseh jatuh cinta gilerr kat suami dia...
sabar je la Abang Arief yeh...Qaseh tu lom dapat selami hati sendiri lagi 2, tunggu dia tol2 leyh terima hakikat yang hati dia mmg dah jatuh cinta ngan Abang Arief nanti tt2 abang akan bahagia hihihii
cey2 cam pakar cinta plak rasahahhahahaha
kak gee nak agi hahaha
Saya suka...saya suka!! Hehe...thanks for the n3..can't wait for the next one! :)
Fidd
Post a Comment