Assalamualaikum...
Dan Sebenarnya... citer ni santai-santai saja...
Mencoret kala otak tengah membeku dengan idea.
Jika ada terkurang dan terbabas kat mana-mana harap dimaafkan ya...
So... selamat membaca & semoga terhibur ^_^
************ ^_^ ************
Oh bulan
Yang melayan diriku
lagi
Pabila air mata
membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio
seolah-olah memerli aku
Pabila kau bersama
yang lain
Adakah perasaan benci
ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi
untukmu
Dan sebenarnya ku
mengharapkan
Di sebalik senyumanmu
itu
Kau juga merindui aku
Ku enggan
Berpura-pura ku
bahagia
Ku enggan
Melihat kau bersama si
dia
Oo ku akui cemburu
mula menular dalam diri
Pabila kau bersama
yang lain
Terhenti lenggok Hana apabila lagu Dan Sebenarnya nyanyian Yuna sunyi
tiba-tiba.
“Eh, kau pergi off ni kenapa? Aku nak dengar la,” kata Suhana lantas
jarinya menekan kembali butang ‘on’.
“Aku tak nak dengar!”
“Kau tak nak dengar sudah pekakkan telinga, aku ni nak dengar...”
Aku menjeling geram apabila kali ini Suhana turut sama menyanyikan lagu itu
menambahkan sakit hatiku. Kenapa dengan aku ni? Tiba-tiba nak terasa pulak
dengan lagu ni.
Adakah perasaan benci
ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi
untukmu
Dan sebenarnya ku
mengharapkan
Di sebalik senyumanmu
itu
Kau juga merindui aku
Di saat kau merenung
matanya
Ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar
benar mahu pergi
Seperti ku bernafas
dalam air
Adakah perasaan benci
ini sebenarnya cinta
Yang masih bersemadi
untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku
Ohh ohh oh...
Dan sebenarnya... dan sebenarnya...
Aku rindu...
Dan sebenarnya... dan sebenarnya...
Aku tak mampu...
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyumanmu itu
Kau juga merindui aku
Ohh ohh oh...
Dan sebenarnya... dan sebenarnya...
Aku rindu...
Dan sebenarnya... dan sebenarnya...
Aku tak mampu...
“Dan
sebenarnya… cinta…” tokok Suhana sambil melirik senyum sinis padaku. Kalau tidak
mengenangkan aku tengah memandu, sudah lama minah ni kena dengan aku. Nak aje
aku sumbat CD tu dalam mulut dia.
“Yang
kau tersengih-sengih ni kenapa?soalku bersama lirikan mata pada Suhana.
“Tak
ada apa... aku cuma hairan napa kau tiba-tiba
hangin satu badan?” soal Suhana dengan kerutan di dahinya. Jarinya pula
di bawa ke dagu seperti orang sedang memikir lagaknya.
Menyampah
betul minah ni. Ada saja nak menguji jiwaku. “Aku cuma tak suka lagu tu, itu
aje yang kau perasan lebih-lebih ni kenapa?”
“Kau
cemburu ya?” duga Suhana mendekatkan wajahnya padaku. Sengihan panjang tidak
lekang dari bibirnya.
“Cemburu
apa?” soalku buat tidak tahu.
“Kau
cemburu Hariz dengan perempuan tu kan?”
“Eh,
biarlah dia dengan siapa pun. Aku apa peduli. Aku tak ada kaitan dengan dia la
Cik Suhana oii...” jawabku cuba melindungi perasaan sebenar. Cemburukah! Ya Allah
kenapa lelaki itu mesti hadir lagi dalam hidupku ini. Detik pertemuan semula
setelah dua tahun mengubat hati yang terluka terimbau di ruang mata.
Langkah
kakiku semakin laju diatur. Jam tangan dikerling sekilas. ‘Alamak aku dah
lambat!’ Fail di tangan aku dakap kuat ke dada. Hayunan kakiku semakin laju ke
arah bilik mesyuarat. Kelibat Suhana di luar bilik mesyuarat yang tampak
kegelisahan menangkap pandanganku.
“Wafi!!
Kenapa kau lambat?!!” jerit Suhana sebaik aku menghampirinya. Wajahnya jelas
tampak kegelisahan. “Kau tau tak Encik Jaafar sejak tadi asyik tanya pasal
kau!” sambungnya lagi masih nada yang sama seperti tadi.
“Sorry Hana... jam teruk tadi, ada accident. Aku dah keluar awal tapi dah nak jam nak
buat macam mana,” beritahuku termengah-mengah. Tidaklah seawal mana aku keluar cuma setengah jam lebih awal dari hari-hari biasa. Ingatkan boleh sampai awal
dari biasa tetapi sungguh nasibku kurang baik hari ini terpaksa menempuhi jam
teruk pula. Bukan nak sampai awal, lewat lagi adalah. Sudahlah hari ini ada
presentation dengan client. Awal-awal lagi sudah tunjukkan bad impression.
“Client
kita dah sampai ke?” tanyaku berdebar-debar.
“Belum...”
jawabnya dengan riak selamba membuat mataku terbuka luas.
“Belum!!
Habis tu yang kau beria-ia nak marahkan aku ni, kenapa?” tanyaku sedikit geram
dengan tingkah Suhana tadi.
“Ye
lah, aku risau takut kau lambat. Selalunya pukul lapan kau dah sampai office.
Ini 830 tak nampak batang hidung lagi. Mahu aku tak risau. Dahlah semalam kau
bermalam kat rumah parent kau. Aku takut kau terlajak tidur aje. Telefon pun
kau tutup. Aku call kau banyak kali tau. Kenapa kau tutup telefon kau tu? Mana
aku tak risau. Macam nak pecah dada aku ni tau. Dup dap dup dap...” jawab
Suhana panjang lebar. Tangannya melekap di dada bersama riak wajah yang masih
bersisa kerisauan.
“Telefon
aku bateri kong. Lupa nak charge semalam. Aku lambat 5 minit aje bukan 5 jam
lagi pun client kita tu pun tak sampai lagi kan. Kau ni yang risau lebih.”
“Amboi...
bukan main lagi dia. Tadi dia sendiri pun cuak nak mengata orang lebih. Encik
Jaafar nak jumpa kau nak tanya pasal presentation tu. Dia tunggu kau kat bilik
dia.”
“Kejap
lagi boleh tak?”
“Mana
boleh kejap lagi, presentation tu pukul 9 lagi 20 minit.”
“Kau
cakap pukul 830 semalam. Kau tipu aku ya?”
Tersengih-sengih
Azura memandangku. “Sengaja aku cakap awal setengah jam supaya kau lebih
bersedia.”
“Hana!!
Eeiii... geramnya aku...!! Kau tahu tak aku macam lipas kudung tadi.” Ringan
saja jariku hinggap di lengan Suhana melempiaskan geram.
“Sakitlah!
******
Selepas
keluar dari bilik Encik Jaafar, aku kembali semula ke bilik mesyuarat untuk
membuat sedikit persediaan sebelum mesyuarat dimulakan lebih kurang 15 minit
lagi. Daun pintu bilik mesyuarat aku buka seluasnya. Sebaik memastikan penghawa
dingin dan projector berfungsi dengan baik, kertas kerja untuk pembentangan aku
letakkan di atas meja.
Aku
menghela nafas. Entah mengapa dada ini terasa begitu berdebar-debar. Mungkin
kerana ini pertama kali aku akan membuat pembentangan. Sebelum ini aku hanya
menjadi pembantu Encik Hashim. Hari ini tanggungjawab itu telah diserahkan
padaku kerana Encik Hashim terpaksa bertugas di luar daerah. Ada perkara yang
lebih penting yang perlu dia selesaikan.
Aku
menarik nafas panjang. You can do it, Wafi! Kepercayaan Encik Hashim tidak akan
aku sia-siakan. Sementara menunggu yang lain masuk, aku mengambil kesempatan
untuk meneliti kertas kerja yang akan dibentangkan sebentar lagi.
Aku
segera berpaling apabila terdengar pintu dibuka.
“Wafi,
client kita dah sampai,” beritahu Suhana. Kemudian dia melabuhkan punggung di
kerusi sebelahku.
“Berapa
orang?” tanyaku.
“Dua orang...” beritahu Suhana.
Kami
serentak menoleh ke arah pintu apabila tawa Encik Jaafar kedengaran. Kelihatan
Encik Jaafar berjalan beriringan bersama seorang lelaki yang tampak dalam
lingkungan seusia dengannya. Kala mataku terpandang lelaki yang menyusul di
belakang, nafasku bagaikan terhenti. Pantas aku berpaling menyembunyikan
wajah.
Ya
Tuhan, mengapa aku dipertemukan dengannya kembali. Mengapa ada getar di hati
ini walau berjuta kebencian tersemat terhadap lelaki itu? Menggigil terasa
seluruh tubuhku rasakan disaat ini. Terasa tidak mampu lagi untuk bertahan
dengan tekanan yang semakin menyendat dadaku ini. Terasa sesak nafasku.
Aku mengangkat wajah lantas bertemu pandang
dengan wajah Encik Jaafar yang kebetulan memandang padaku. Senyuman keyakinan
di wajahnya sedikit menyuntik kembali semangat yang telah hilang dalam diri
ini. Kepercayaan Encik Jaafar padaku tidak patutku sia-siakan begitu sahaja.
Aku perlu buktikan diri ini bukan lagi seperti Wafiah Najwa yang dulu. Bangun
Wafiah Najwa!! Dia bukan lagi sesiapa pada kau!
Encik
Jaafar memperkenalkan aku kepada mereka.
“Encik
Hashim tidak dapat hadir dalam pembentangan hari ini kerana ada tugasan luar
yang tidak dapat dielakkan dan akan digantikan oleh pembantunya Cik Wafiah
Najwa. Wafi, ini Encik Lukman Ketua Pengurus dan Encik Hariz Iskandar Senior
Engineer. Dan Encik Hariz juga dipertanggungjawabkan memantau projek kita di
Putrajaya.”
Aku
menunduk bersama senyuman nipis kepada Encik Lukman dan pandanganku beralih
pada lelaki di sebelahnya. Riak terkejut jelas di raut wajah lelaki itu. Senyum
paksa terukir di bibirku kala ini. Aku percaya pasti tampak hambar di matanya.
Dia
masih seperti dulu kacak dan bergaya. Sekarang lebih tampak matang dan
berkarisma mungkin kerana jawatan yang disandangnya kini membuatkan dia lebih
menjaga personaliti diri.
Sepasang
matanya tidak berkedip memandangku. Aku beralih pandang pada Encik Jaafar.
Tidak sanggup lagi bertentangan mata dengan sepasang mata itu yang mampu
menggetarkan dada ini. Encik Jaafar terus memperkenalkan pula Suhana kepada
mereka.
Aku
tidak lagi memandang wajahnya. Tumpuanku kini diberikan sepenuhnya pada
kertas kerja yang akan aku bentangkan
sebentar lagi. Kepercayaan Encik Hashim tidak patut aku sia-siakan begitu sahaja
hanya kerana lelaki di hadapanku ini.
Setelah
hampir satu jam pembentangan itu berlangsung, aku menarik nafas lega kerana
Encik Lukman berpuas hati dengan kertas kerja kami. Kini bibirku mampu
mengukir senyuman kepuasan. Aku mendengar penuh minat penerangan Encik Lukman
tanpa mempedulikan lelaki di hadapanku ini. Walaupun dari ekor mata aku tahu
dia asyik memandang ke arahku.
Aku
tersentak apabila Suhana menyiku lenganku. Aku menoleh ke arahnya. Sekeping
nota diletakkan di atas ribaku. Dengan lagak santai aku membaca nota itu supaya
tidak sesiapa menyedari tingkahku.
Hensem gilerrr.... Encik Hariz Iskandar tu.... sekacak namanya.
Mamat tu asyik pandang kau aje?
Aku rasa dia minat kat kau.
JANGAN LEPASKAN PELUANG WAFI!!
Aku
melirik pandang ke arah Suhana seketika sebelum mengambil pen di atas meja.
Melihat Encik Jaafar dan Encik Lukman asyik dalam perbincangan aku mengambil
kesempatan untuk membalas nota daripada Suhana itu.
Aku tak berminat!
Rupa hensem bukan boleh harap.
Entah-entah buaya darat jadian!
Nota
itu aku letakkan di atas riba Suhana. Tingkah Suhana yang menahan tawa menarik
perhatianku. Cepat-cepat aku siku lengannya supaya dia mengawal diri. Khuatir
jika disedari mereka nanti. Entah kenapa sepasang mataku bagaikan tertarik untuk memandang
si dia.
Ya
Tuhan, tidak disangka dia sedang memandangku. Sepasang matanya redup menikam
mataku membuatkan debaran di jiwa bergelora kembali. Seketika pandangan kami
bersatu. Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan ke arah lain. Tidak sesekali aku
biarkan kenangan lama merantai jiwaku kembali. Dua tahun aku cuba memujuk hati
ini, tetapi kenapa hari ini dia ada di hadapanku lagi.
Lega
rasanya perbincangan hari ini tidak berlanjutan agak lama. Berada bersama
lelaki ini boleh membuatkan aku separuh nyawa.
Aku
cepat-cepat meminta diri daripada Encik Jaafar atas alasan ada perkara penting
yang patut aku buat selepas ini. Suhana tidak senang hati dengan penolakan aku
untuk keluar minum bersama mereka.
“Kau
ni tolak rezeki Wafi...” rengek Suhana di sebelahku.
“Aku
tak halang kau nak ikut. Tapi kau yang tak nak ikut kan. Nak salahkan aku
pulak,” jawabku sambil mengemas fail-fail di atas meja.
“Kalau
aku sorang malu la, kalau kau ada, tak ada malu sangat.”
“Nak
makan pun malu.”
“Kerja
apa yang penting sangat sampai orang nak belanja makan pun kau tolak?”
Aku
tidak menjawab soalan Farhana malah kakiku atur ke arah bilik meninggalkan Suhana yang masih tidak berpuas
hati dengan sikapku.
Keluhan berat terhembus dari bibirku. Bermula
dari saat itu hatiku mula digamit rasa resah dan gelisah. Apatah lagi pertemuan demi pertemuan antara aku dan dia membuatkan perasaanku gundah gulana sahaja. Walaupun aku pernah menyuarakan hasratku untuk
menarik diri dari terlibat dalam projek itu tetapi tidak dipersetujui oleh
Encik Jaafar. Katanya projek inilah yang akan memberi banyak pengalaman padaku. Lemah rasa tulang temulangku mendengar keputusan itu. Arrgghhh!!! Lelaki itu betul-betul buatkan hidupku jadi huru hara!
akan bersambung ^_^