Blogger Templates

tErIMa kAsIH sUDi fOllOw

Kau Ditakdirkan Untukku

Kau Ditakdirkan Untukku

Tika Hati Berbisik Rindu

Tika Hati Berbisik Rindu

Tika Hati Berbisik Rindu

Tika Hati Berbisik Rindu

Wednesday, April 13, 2011

Jangan Lafazkan 9

ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku

meski tiada seorang pun yang tahu

cintamu terus terpahat di lubuk hatiku

tak mampu lagi ku lenyapkan dari hatiku

~ Danial Haikal

Ayuni melirik pandangan ke arah Danial yang sedang leka membaca suratkhabar sambil mengunyah roti bakar. Sibuk sangat ke mamat ni sampai paper semalam hari ni baru nak baca. Ngomel Ayuni sendirian.


Sebaik pinggan terakhir di cuci, Ayuni mengelap tangan dengan tuala bersih. Pandangannya beralih pada Danial. Ayuni menarik nafas dalam mengumpul semangat untuk memulakan bicara. Ada sesuatu yang ingin dibincangkan dengan Danial. Dari mana aku nak mula ek? Ish! asal tiba-tiba otak blur ni. Dah lah aku dengan mamat ni macam orang pekak bisu. Bercakap bila perlu.


Sedang dia leka melayan perasaan sendiri. Bunyi kerusi di tolak menyedarkannya. Lantas pandangan Ayuni tertumpu pada Danial yang sudah bangun dan bersedia untuk bergerak ke luar dari ruang dapur.


"Awak!" Ayuni terus bersuara memanggil Danial. Terhenti langkah Danial di muka pintu ruang dapur itu lalu berpaling memandang Ayuni.


Tatkala sepasang mata yang redup itu merenung ke arahnya, tiba-tiba lidahnya menjadi kelu. Apatah lagi dengan pandangan Danial yang meresahkannya. Mengingatkan kejadian semalam, terasa darah menyerbu ke mukanya saat ini. Ayuni melarikan pandangan. Aduhai... apasal boleh teringat kes semalam pulak ni.

"Ada apa?" tanya Danial. Nada itu lembut menyapa telinga Ayuni. Melayang seketika perasaannya. Apa kena dengan kau, Ayuni? Cepat betul kau jadi lemah dengan si Danial ni. Wahai hati... kuatkanlah perasaanku. Aku tidak mahu jatuh lagi.


"Err... saya ada hal nak bincang dengan awak," beritahu Ayuni memberanikan diri melawan pandangan Danial itu. Seketika pandangan mereka bertaut.



"Saya tak boleh lambat, ada meeting pagi ni... malam nanti kita bincang," beritahu Danial. Dia tidak boleh terlewat ke pejabat pagi ini kerana papa telah memberitahunya akan mengadakan mesyuarat diantara lembaga pengarah. Baru semalam papa balik dari oversea, pagi ni dah ada mesyuarat tergempar. Mestilah ingin membentangkan hasil urusniaganya di sana. Begitulah kehidupan papa yang sentiasa sibuk dengan dunia perniagaan. Ingat boleh bawa ke mati agaknya harta yang berlambak tu. Kalau tidak mengenangkan pujukan pak long, tak ingin dia bekerja di syarikat papa. Dia lebih suka mencari haluan sendiri.


Ayuni mengetap bibir. Takkan sekejap pun tak boleh. Wajah keruh mula terbias di raut wajah Ayuni.


"Saya dah lambat ni, saya janji balik awal malam ni," kata Danial.


Kemudian Danial menapak keluar dari ruang dapur. Ayuni turut mengekori langkah Danial. Langkahnya perlahan mengiringi rasa kecewa yang mula bermukim dalam diri. Hubungan yang begitu suram antara dia dan Danial seperti tiada penghujungnnya.


"Ayuni..." panggil Danial.


Ayuni tidak jadi menutup pintu. Dia mengangkat muka memandang Danial.


"Awak tunggu ya..." kata Danial merenung tepat pada sepasang mata Ayuni.



Ayuni mengangguk perlahan tanpa kata.


Sebelum berlalu sempat Danial melirik segaris senyuman nipis buat Ayuni. Terpaku Ayuni di situ seketika dan kemudian perlahan daun pintu dirapatkan. Tersandar dia di pintu sambil menekan dadanya. Aduhai Ayuni... kau memang cepat tangkap angau bila tengok senyuman si Danial tu. Ayuni menarik nafas dalam. Entah-entah dia senyum sebab hal semalam. Tapi senyuman tu menggoda ku. Gatal!! Tidak! Aku takkan mudah rebah kali ini. Tekadnya di dalam hati. Tidak tahu akan dapat bertahan berapa lama. Kau tu Ayuni di belakang Danial segala tekad berapi-api, bila di depan Danial semua tak jadi. Ayuni... Ayuni... keluhnya sendiri sambil menggeleng perlahan.




************



Mesyuarat berlangsung agak lama dari biasa. Beberapa agenda telah dibangkitkan. Terutama mengenai urusniaga di luar negara yang telah berjaya Datuk Khalid dapatkan. Selama tiga bulan dia berada di luar negara telah banyak usaha yang telah dicurahkan untuk mendapatkan tender tersebut. Sejak syarikatnya mengalami masalah, Datuk Khalid telah mengambil keputusan untuk menceburi bidang import dan export pula. Berbekalkan bantuan modal oleh sahabat baiknya Tan Sri Rashid, dia mencuba berjinak-jinak dalam bidang tersebut. Setakat ini dia berpuas hati dengan perjalanan urusniaga itu yang telah dirancang rapi olehnya.


Usai mesyuarat, tinggallah Datuk Khalid dan Danial Haikal berdua sahaja di dalam bilik mesyuarat. Datuk Khalid meminta Danial tunggu sebentar kerana ada perkara yang ingin dibincangkannya.


"Macam mana dengan kes Danial tu, dah selesai." tanya Datuk Khalid membuka bicara apabila dilihat Danial hanya membisu sahaja sedari tadi. Walaupun telah diberitahu oleh abang iparnya tentang kejadian itu tetapi dia mahu mendengar dari mulut Danial sendiri. Pada abang iparnya diharapkan dapat menguruskan kes Danial kerana ketika itu dia berada di luar negara.


"Papa jangan risau, tahulah Danial nak selesaikan masalah Danial," jawab Danial endah tak endah sahaja tanpa memandang Datuk Khalid.


Datuk Khalid mengeluh berat. Dia sedar hubungannya dengan Danial tidak pernah mesra. Danial hanya membuka mulut bila ditanya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana cara lagi untuk membeli hati anaknya itu. Sehingga dia meminta tolong abang iparnya untuk memujuk Danial bekerja di syarikatnya. Dengan harapan Danial akan lebih rapat dengannya. Ternyata sangkaanya meleset sama sekali, Danial seperti menganggap dia seperti orang asing sahaja.


"Pak long dah ceritakan pada papa dan papa tak salahkan Danial dalam hal ni. Cuma papa bimbang jika ada orang yang cuba perangkap Danial. Mungkin semua tu sudah dirancang. Kita dalam dunia perniagaan banyak risikonya. Musuh kita ada di mana-mana. Sebab tu kita mesti sentiasa berwaspada."


Danial hanya diam mendengar. "Papa jangan risau, Danial boleh jaga diri," jawab Danial mendatar seketika kemudian.


"Perempuan tu ada bersama Danial sekarang?" tanya Datuk Khalid memandang tepat ke wajah Danial yang sikit pun tidak memandang ke wajahnya. Benci benarkah Danial pada papa kandungnya sendiri.


"Danial rasa tak perlu papa tahu hal tu." jawab Danial bersahaja lalu bangkit ingin berlalu pergi.


"Danial!!" Suara Datuk Khalid kedengaran agak keras.


Terhenti langkah Danial.


"Papa berhak tahu. Danial anak papa. Apatah lagi bila melibatkan hal keluarga kita." kata Datuk Khalid tegas sekali nada suaranya.


"Sejak bila pula keluarga menjadi keutamaan papa. Selama ini tidak pernah papa fikirkan pasal keluarga. Dalam fikiran dan hati papa hanya ada harta sahaja. Business papa yang lebih utama dari segala-galanya," balas Danial sinis sekali.


Kelu lidah Datuk Khalid terkesan dengan kata-kata anaknya itu.


"Kalau papa nak Danial terus berada di sini, tolong jangan masuk campur urusan peribadi Danial. Danial kerja di sini sebab arwah mama. Bukan sebab sesiapa." kata Danial berbaur amaran dan sebaik menyudahkan kata, dia terus melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu.

Terpana Datuk Khalid mendengar kata Danial itu. Semakin ingin didekati semakin jauh terasa hubungannya dengan Danial. Begitu dingin hubungan mereka anak beranak. Dia tidak mahu masalah Danial merosakkan rancangannya. Walaupun dalam masa yang sama dia mahu memperbaiki hubungan mereka anak beranak. Tetapi kepentingan syarikat juga menjadi keutamaannya. Sebab itu dia perlu bersabar kerana Danial pasti akan menentang cadangannya itu. Dia akan menyiasat perkara ini tanpa pengetahuan anaknya itu.


*************************


Ayuni gelisah menunggu Danial pulang. Dia memandang sekilas pada jam dinding yang hampir detik 12.00 tengah malam. Mengingatkan janji Danial, keluhan terbit dari bibirnya. Nampaknya malam ini Danial balik lambat lagi. Apa yang disibukkan sangat tiap-tiap hari balik lambat. Entah-entah pergi dating. Aku juga yang tercongok kat sini. Kalau nak balik lambat pun takkan tak boleh nak call. Pasang telefon kat rumah nak buat apa kalau tak digunakan. Buang duit ja tiap-tiap bulan. Eh! Yang aku nak hangin satu badan ni kenapa pulak? Biarlah dia nak dating dengan sapa pun... yang aku ni nak sibuk-sibuk buat apa.


Tetapi kenapa perasaan aku resah gelisah sejak akhir-akhir ni? Eeiii... tak sukalah perasaan macam ni. Aduhhh... boleh sakit jiwa aku kalau dok melayan perasaan sendiri ni. Majalah di atas meja di capai tetapi seketika saja bila dia melemparkan kembali majalah itu di atas meja. Remote tv pula di capai lalu ditekan-tekannya mencari channel yang mungkin menarik perhatiannya, namun tiada satu pun rancangan yang mampu menghilangkan rasa yang bergolak dalam dirinya tika ini. Sudahnya Ayuni bangkit ke arah balkoni menikmati suasana malam yang dingin. Melihat bintang-bintang yang berkelip mengundang ketenangan dalam dirinya.


Sebaik Danial membuka pintu, keadaan cerah di dalam rumah menggamit rasa hairan dalam dirinya. Tak tidur lagi ke minah ni? Bila di pandang sekeliling, sunyi sahaja sehinggalah pandangannya menangkap sesusuk tubuh sedang terbaring di atas sofa panjang di ruang tamu. Danial melangkah perlahan menghampiri.


Wajah polos Ayuni sedang enak lena di tatap lama. Beg bimbit di tangan perlahan di letakkan ke lantai. Hatinya bagai ditarik untuk terus merenung wajah itu dengan lebih dekat lagi. Danial duduk melutut di hadapan Ayuni. Wajah Ayuni di tatap sepuasnya. Mengapa hati ini tidak mampu melenyapkan perasaan itu? Semakin dia cuba hindarkan, semakin kuat perasaan itu menggasak nalurinya.

Tiba-tiba tubuh Ayuni bergerak membuatkan Danial gelabah. Cepat-cepat dia berdiri sambil mencapai begnya kembali. Dia bergenjak ke belakang sedikit. Namun dia tidak berniat untuk berlalu dari situ.


Terpisat-pisat Ayuni bangun bila menyedari Danial berada di hadapannya. Dalam keadaan mamai Ayuni tersandar di sofa itu. "Dah pukul berapa ni?" tanya Ayuni sambil menggosok-gosok matanya.


Danial mengeling sekilas ke arah jam dinding. "Dua pagi..." jawab Danial berlagak selamba.


"Lambatnya awak balik... baik tak payah balik..." spontan kata itu terlontar dari bibir Ayuni.



"Saya ada kerja yang perlu diselesaikan. Kenapa awak tidur kat sini?"


Ayuni menarik muka bosan. Mesti dia dah lupa pasal janji tu. "Awak yang cakap pagi tadi suruh tunggu awak balik."

"Oh! saya terlupa," jawab Danial mengendur menyesali kealpaannya. Dia betul-betul terlupa pasal janjinya pagi tadi.


"Pagi tadi awak cakap ada hal nak bincang dengan saya. Hal apa?" tanya Danial lalu melabuhkan punggung di sofa bersebelahan Ayuni.



Ayuni menjeling membisu seribu bahasa. Aku yang tunggu dia macam tunggul kat sini boleh dia cakap TERLUPA, lepas tu boleh buat muka tak bersalah pulak tu. Mamat ni memang sengaja nak bagi aku hangin satu badan.


"Tak payah bincanglah, saya dah mengantuk!" kata Ayuni lalu bangkit dan melangkah ke arah biliknya.


Bunyi hempapkan pintu membuatkan Danial menggaru kepalanya yang tidak gatal. Marah pulak. Dah aku terlupa nak buat macam mana? Danial menyandarkan tubuhnya di sofa. Sekaligus melepaskan lelah yang melingkar segenap tubuhnya. Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak kerja terbeban di atas bahunya. Apatah lagi kepulangan papa membawa projek besar menambahkan pening di kepalanya. Sehinggakan janjinya dengan Ayuni pun dia boleh terlupa. Dengan lemah Danial bangkit dan berlalu ke biliknya.


**************


bersambung (*_*)


pendeknyeeeee... sorry sibuk sgt akhir2 ni


t gee sambung lagi... semoga terhibur :D



5 ulasan:

liana said...

ala... sikit sangat la... tak sempat pun nak lepas rindu ni... huhuhuhu

aqilah said...

apapun, akak followwwwwwwwwwwww

geemus said...

liana > tau2 pendek huhuhu...

aqilah > terima kasih k aqilah :)

jajazuzu said...

kak geeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

x dpt baca. panjang bebenor. xsempat. hehheheh

rindu kak gee, rindu alea, rindu kak rinie............rindu sume.

nnti bila dah siap novel, aja nak 1. free tau......


misshhhh yu

SyAz n HaNi said...

bila nk ada n3 baru ni?? rindu nk baca JL... xsabar nk tau selanjutnya..