*********
Ayuni melangkah ke balkoni. Angin malam terasa dingin menyapa tubuhnya. Dia menebarkan pandangan pada keindahan malam. Helaan nafas panjang terhembus lembut. Langit malam ditatap seketika sebelum beralih pada telefon bimbit di tangannya. Lama matanya tertancap pada skrin telefon itu.
Ayuni menarik nafas panjang dan dengan debaran di dada dia mula menekan butang untuk membuat satu panggilan. Kemudian perlahan telefon itu dilekapkan di telinga. Terasa degupan jantungnya bergerak laju menanti saat panggilan itu dijawab.
“Hello.” Satu suara kedengaran dihujung talian.
“Assalamualaikum,” ucap Ayuni perlahan.
“Waalaikumusalam...kak Yuni ka ni?”
Ayuni sebak. “Ya dik, kak Yuni ni,” jawab Ayuni menahan getar suaranya.
“Kak apa khabar? Abang Yusri bagitau kak tinggal dengan abang Danial. Hari tu Fira risau sangat. Takut apa-apa jadi kat kak sebab tu Fira mintak tolong abang Yusri tolong carikan kak Yuni. Bila abang Yusri bagitau kak Yuni tinggal dengan abang Danial, Fira tak risau sangat.”
Ayuni hanya diam mendengar kata adiknya itu.
"Fira sihat?" tanya Ayuni lembut.
"Fira sihat kak."
“Mak macam mana dik?” tanya Ayuni bersama debaran di dada.
“Mak tak berapa sihat kak. Demam. Makan pun tak berapa lalu.”
Mendengarkan tentang kesihatan emaknya perasaan bimbang menyendat dalam dirinya. Kalau tidak kerana dia tentu emak tidak jadi begini. Semuanya kerana dia. Tapi apakan daya bukan kehendaknya perkara itu terjadi. Tiada siapa di dunia ini suka menconteng arang pada keluarga sendiri.
"Ini semua sebab akak," kata Ayuni bersama keluhan di bibir.
"Kalau Fira temankan akak malam tu mesti tak jadi macam ni."
"Jangan salahkan diri Fira pulak. Benda dah jadi," kata Ayuni tidak mahu adiknya itu menyimpan rasa bersalah dalam diri.
Talian sunyi seketika sebelum Ayuni menyambung bicara.
“Fira tolong tengok-tengokkan mak ya. Pasal perbelanjaan rumah Fira jangan risau nanti akak masukkan duit dalam akaun Fira. Kalau ada apa-apa Fira cepat-cepat bagitau akak tau.”
“Kak jangan risau, Fira janji akan jaga mak. Kak Yuni pun jaga diri baik-baik.”
“Terima kasih Fira. Terasa lapang sikit dada kak ni Fira. Kak Yuni pun dah tak tahu nak buat apa? Kak Yuni buntu.”
“Kak Yuni... Fira percayakan kak,” perlahan nada suara Fira meresap ke telinga Ayuni. Seolah sejalur penawar meresap ke jiwanya.
Ayuni mengetap bibir. Sayu terasa di hati mendengar luahan satu-satunya adik yang dia ada. Kepada Fira tempat dia berkongsi masalah, kekadang tempat meluahkan perasaan. Alangkah baiknya jika emak juga mengungkapkan kata itu padanya. Tetapi apa yang berlaku tidak seperti yang diharapkan. Begitu kuat perasaan ragu di hati emak sehingga tiada ruang untuknya membela diri.
“Terima kasih adik sebab percayakan kak Yuni,” ucap Ayuni perlahan.
“Fira percaya kak Yuni dan abang Danial tak bersalah. Fira tahu abang Danial dan kak Yuni tak buat perkara macam tu,” beritahu Fira lagi.
Ayuni hanya membisu. Tanpa disedari air matanya tumpah juga menyapa pipi.
"Alangkah baiknya kalau mak juga fikir macam Fira. Tapi mak dah tak percaya kak Yuni. Mak dah buang akak dik," kata Ayuni bersama deraian air mata yang semakin laju mengalir di pipinya. Tangannya pantas menyeka air mata itu.
“Fira yakin satu hari nanti pasti mak akan percaya juga kat kak Yuni.”
“Macam mana lagi kak Yuni nak buat Fira. Mak langsung tak mahu dengar penjelasan kak Yuni.”
“Sabar kak Yuni... kita sentiasa memohon pada Allah supaya ditunjukkan jalannya. Semua ni dugaan kak Yuni. Pasti ada hikmah disebalik semua kejadian. Kak Yuni selalu nasihat kat Fira supaya menerima dugaan dengan hati yang tabah. Mungkin hari esok kebahagiaan menanti kita semua. Yang penting kita sentiasa berdoa pada Allah.”
“Terima kasih Fira...”
“Fira...!!!”
Ayuni terkedu. Rindu betul dia dengan suara itu.
“Kak Yuni mak panggil Fira tu... Fira letak telefon dulu.”
“Okay Fira, jaga diri dan tolong tengok-tengokkan mak ya.”
“Kak Yuni pun jaga diri... okay kak... assalamualaikum.”
Perlahan Ayuni menjawab salam. Perasaannya kembali bergolak kerisauan. Bimbang dengan kesihatan emaknya. Khuatir penyakit darah tinggi emak akan bertambah teruk jika keadaan ini berterusan. Apa yang perlu aku buat ya Allah? Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia pulang ke kampung tetapi adakah itu dapat menjernihkan keadaan. Dalam keadaan seperti ini dia perlu memikirkan sesuatu. Sampai bila aku nak hidup begini.
Ayuni mendongak ke langit. Dia mengeluh. Memikirkan masa depannya hanya jalan kelam yang ditemuinya. Tidak nampak sejalur sinar di lorong yang dia lalui kini. Memikirkan diri Danial beban yang ditanggung semakin tidak tertanggung dirasa. Danial sering pulang lewat malam. Kadang-kadang mereka hanya bertembung diwaktu pagi sahaja. Tetapi keadaan begitu kaku sekali. Ayuni mengeluh lagi. Entah kali berapa dia mengeluh sepanjang dia berdiri di sini. Dia mesti berbincang dengan Danial. Perkara ini tidak boleh ditangguhkan lagi. Tekadnya di dalam hati.
Danial melemparkan pen di atas meja. Dia mengurut lehernya yang terasa lenguh. Sudah sejam dia berteleku di meja kerja di dalam biliknya. Seketika dia membuat senaman ringan pada leher. Helaan nafas terhembus sebelum dia bangkit ingin ke dapur menghilangkan rasa haus. Mug yang telah kosong di bawa bersamanya.
Ketika Danial melintas bilik Ayuni, dia terdengar satu suara. Suara itu semakin lama semakin kuat singgah di telinganya. Danial semakin cemas bila dia mendengar suara Ayuni menjerit. Pantas dia memulas tombol pintu namun berkunci. Dia bergegas masuk ke dalam biliknya dan mencari kunci pendua dari dalam laci mejanya. Setelah menemui kunci yang dicari dia berlari ke bilik Ayuni.
Setelah pintu berjaya dibuka. Danial pantas mendapatkan Ayuni yang sedang meronta-ronta di atas katil sambil menjerit meminta tolong.
"Ayuni bangun!!" Danial mengejutkan Ayuni yang masih meronta-ronta di atas katil. Namun panggilan Danial itu tidak berjaya menyedarkan Ayuni. Jelas di raut wajah Ayuni peluh memercik di sekitar wajahnya.
"Ayuni bangun Ayuni!!" Kali ini suara Danial agak tinggi dari tadi. Tangannya memegang kedua bahu Ayuni.
Keadaan sunyi seketika bila Ayuni menghentikan rontaan. Matanya terpaku memandang Danial di hadapannya. Dada Ayuni turun naik berombak. Danial pula perlahan melepaskan pautan di bahu Ayuni. Tiada kata yang dapat diluahkan saat ini melainkan sepasang matanya terus melekat pada wajah Ayuni.
Dalam beberapa saat air mata Ayuni menitis menyapa pipinya tanpa disedari. Ayuni menekup mukanya dan menangis teresak-esak tanpa mempedulikan Danial yang terusan memandangnya.
Serba salah Danial dibuatnya. Bagaimana cara hendak menenangkan Ayuni pun dia tidak tahu. Sudahnya dia hanya membiarkan Ayuni menangis sepuas-puasnya. Mungkin dengan cara itu dapat melepaskan beban yang tertanggung di jiwa Ayuni tika ini.
"Sudahlah tu... lama benar awak menangis. Awak hanya bermimpi. Jangan terlalu ikutkan perasaan sangat," kata Danial apabila tangisan Ayuni beransur reda.
"Saya takut awak. Orang tu kejar saya. Mukanya bengis. Saya takut sangat," beritahu Ayuni dalam sendu.
Danial menghela nafas panjang. "Mungkin kerana awak terlalu banyak berfikir hingga terbawa-bawa dalam tidur. Sudahlah, tak ada apa yang nak dirisaukan. Tidurlah," kata Danial memujuk.
Ayuni hanya membisu. Di raut wajahnya masih terpamer riak ketakutan dek mimpi yang dialaminya. Sejak kejadian itu, tidurnya sering terganggu dengan mimpi yang menakutkan. Mungkin betul kata Danial. Dia terlalu memikirkan perkara itu sehingga terbawa dalam tidur.
Danial yang ingin bangkit terduduk kembali bila melihat Ayuni yang hanya membisu dengan wajah yang sugul.
"Nak saya temankan awak tidur?" pertanyaan Danial itu mampu membuatkan Ayuni beralih pandang padanya. Wajah yang sugul berubah mencuka. Namun Danial hanya berwajah selamba.
"Tak payah... keluar mulut buaya masuk mulut naga..." omel Ayuni perlahan sambil membetulkan selimutnya. Namun pergerakkannya terhenti bila dia tersedar sesuatu.
"Aaaaaa!!!"
Terkejut Danial apabila Ayuni tiba-tiba menjerit. "Awak ni kenapa,tiba-tiba menjerit macam nampak hantu?!!"
"Awaklah hantu!" Kalut Ayuni menarik kain selimut menutup rambutnya."Macam mana awak boleh masuk dalam bilik ni?" Soal Ayuni. Mencerlang matanya memandang Danial.
Danial mengulum senyum dengan tingkah Ayuni itu. Kemudian dia mengangkat segugus kunci dan digoncang di hadapan Ayuni. "Well... saya tuan rumahnya mestilah saya ada kunci penduanya," kata Danial bersama senyuman nakal terhias di bibir. Ayuni menjeling geram.
"Bak sini kunci tu, awak ni bukan boleh percaya sangat," pinta Ayuni sambil tangannya ingin merampas kunci yang dilayangkan di hadapannya. Namun pantas Danial menarik kunci itu ke dalam genggamannya.
Danial menjongket keningnya sambil menggelengkan kepala. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman nakal.
"Nope! Apa-apa hal susah pulak saya nak masuk bilik awak," kata Danial lalu bangkit dan berpaling ingin berlalu pergi.
Ayuni hanya mampu mengetap bibir menahan geram dengan tingkah Danial itu. Namun apabila Danial kembali berpaling kepadanya dan melemparkan satu pandangan yang begitu aneh membuatkan hatinya berkocak hebat. Dadanya terasa ingin pecah bila Danial semakin menghampirinya. Ayuni mula cuak. Dia mula mengesok badannya ke belakang sehingga rapat di kepala katil. Kain selimut di tangan digenggam kejap. Wajah Danial kini hanya beberapa inci dari wajahnya. Sepasang mata hitam itu menikam ke dalam matanya.
"Dan lagi satu... diri awak halal untuk saya... tiada dosa bila saya melihat mahkota awak," bisik Danial dan kemudian disusuli dengan lirikan senyuman nakal.
Bulat mata Ayuni mendengar kata Danial itu. Bertambah geram bila segaris senyuman nakal tersungging di bibir lelaki itu. Dalam geram terasa wajahnya mula merona. Dia menolak tubuh Danial menjauh dari dirinya.
"Dah!! Saya nak tidur. Melayan awak ni buat sakit hati dan perasaan saya saja." Pantas Ayuni berbaring menarik selimut sehingga menutupi tubuhnya sehingga ke kepala.
Danial hanya tergelak dan melangkah keluar dari bilik Ayuni. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman sejak keluar dari bilik Ayuni tadi. Ingatannya sudah melayang jauh sehingga lupa apa yang ingin dibuatnya tadi. Sudahnya dia terlentang di atas katil. Merenung siling yang kosong. Menebak hatinya yang mula berentak irama. Dia sendiri tidak pasti irama apa yang sedang dimainkan oleh jiwanya tika ini. Tetapi yang pasti dia rasa bahagia dengan alunan irama itu. Semakin dia cuba lari dari perasaan itu semakin dekat perasaan itu datang padanya.
maaf jika n3 ni x syok... harap dpt mengubat rindu kat Danial & Ayuni :)




8 ulasan:
besst..lame tgu entry ni..d
nnt smbg lg ek...
slale2 lah letak n3 baru. biar meriah rumah ni.
keepit up sis...
zura asyfar > terima kasih :) sorry lama menunggu...
SyAz n Hani > insyaAllah akan disambung nanti :)
Anonymous > insyaAllah... akan disambung lg nanti moga akan meriah kembali blog gee :)
nak lg
> MaY_LiN : nanti k gee sambung lagi ye :)
wah! sukanya dpt bce n3 baru! x sabar tnggu next n3 :)
anor.adilla > :) moga terubat rindu anor hehe...nantikan sambungannya ya ;)
Post a Comment