Pintu almari di buka luas, sehelai kemeja lengan panjang dan seluar slacks hitam dikeluarkan. Dia mengeluh perlahan apabila melihat baju dan seluar itu masih tidak bergosok. Baju dan seluar itu dilemparkan di atas katil. Danial mengerling sekilas ke arah jam di atas meja kecil sebelah katil. Sudah masuk waktu subuh. Sekali lagi dia menapak ke almari itu mengeluarkan sehelai baju melayu dan sehelai kain pelekat lalu disarungkan ke badan.
Ayuni merebahkan tubuh di katil berniat menyambung tidurnya usai solat subuh. Ayuni tersentak. Pintu biliknya diketuk. Bunyi ketukan itu semakin kuat kedengaran. Kalau dibiarkan, mungkin boleh pecah pintu tu agaknya. Ayuni sudah dapat meneka siapa gerangan di luar sana. Apa dia nak? Aku mengantuk ni. Ayuni menarik tudung yang tersangkut di birai kayu dan disarungkan ke kepala.
“Ada apa?” Soal Ayuni di balik pintu yang dibuka sedikit. Perasaan yang berkocak ketika ini disimpan kedap. Danial kelihatan segak berbaju melayu dan berkain pelekat.
“Gosokkan baju saya. Lepas tu buatkan saya sarapan. Sekejap lagi saya nak masuk office.” Lancar Danial memberi arahan. Baju dan seluar itu dihulurkan kepada Ayuni.
Ayuni tidak menyambut malah mencuka wajahnya memandang Danial. “Kenapa saya kena gosok baju awak pulak dan buatkan sarapan lagi?” Aju Ayuni tidak puas hati. Dia ingat aku orang gaji? Senang hati aje nak memerintah.
“Awak jangan banyak soal boleh tak! Takkan saya nak mintak tolong sikit pun tak boleh.”
Danial mengeluh. “Whatever.” Malas bertingkah bicara. Pagi-pagi sudah mula bertikam lidah. Ada saja jawapan yang menyakitkan hatinya. Baju dan seluar masih dihulurkan pada Ayuni. Sepasang mata hitamnya tepat memandang ke dalam anak mata Ayuni.
Ayuni kalah dengan renungan itu. Dengan wajah yang memuncung Ayuni menyambutnya. Tak habis-habis nak paksa orang. Benci!!
Setelah selesai menggosok, Ayuni terus ke dapur pula. Langkahnya terhenti di muka pintu dapur. Dia tertarik dengan susun atur kabinet dengan gaya moden. Tampak kemas dan teratur.
“Hhmm...aku nak masak apa ye?” Gumam Ayuni perlahan. Dia mula membuka satu persatu pintu kabinet. Berkerut dahinya. “Nampak aje cantik. Tapi di dalamnya kosong belaka.”
Ayuni melangkah ke arah peti sejuk. Sebaik pintunya dibuka, kepala digeleng perlahan. Mana tidaknya, yang ada hanya beberapa tin air berkabonat dan dua botol besar orange juice serta beberapa biji telur ayam. Macam mana nak masak, apa pun tak ada.
Ayuni mencapai roti lapis di atas meja dan mengamati tarikh luputnya. “Esok tarikh luput. Aku buat roti telur aje lah.”
Tanpa berlengah Ayuni memulakan kerjanya. Dia yang sudah biasa dengan kerja dapur tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan sarapan pagi yang seringkas itu.
Ketika Ayuni sedang leka mengacau air teh di dalam teko, dia menangkap satu haruman wangian yang menusuk rongga hidungnya. Wanginya...
“Awak masak apa?”
Ayuni tersentak. Pantas dia berpaling ke belakang. Terkesima dia seketika dengan penampilan Danial. Segak bergaya dengan baju dan seluar yang baru digosoknya tadi. Rambutnya disisir rapi. Mukanya bersih tampak segar, kesan kebiruan di pipi dan dagu menunjukkan ia baru dicukur. Hensem. Detik hati Ayuni.
“Saya buat roti telur dengan teh panas aje. Saya tengok tak ada apa yang boleh dimasak selain ni.” Ujar Ayuni menyusir rasa kaku yang tiba-tiba bertandang antara mereka.
Ayuni meletakkan roti telur dan teko teh panas di atas meja berkembar dengan kabinet dapur. Danial melabuhkan punggung di kerusi tinggi di situ.
“Tolong ambilkan orange juice untuk saya.” Arah Danial dengan lagaknya.
Ayuni tarik muka. Mula meluat dengan kerenah Danial yang semakin menggugat kesabarannya. Dipujuk saja hatinya supaya bersabar lantas dia mencapai gelas dan mengambil botol orange juice dari dalam peti sejuk dan dituang ke dalam gelas itu. Sebaik meletakkan gelas itu di depan Danial permintaan lain pulak yang meluncur dari bibirnya. Telur separuh masak. Panas sahaja hati Ayuni. Namun cuba ditahan. Setelah siap, telur separuh masak itu diletakkan di depan Danial.
“Awak ingat saya ni apa? Tukang masak awak?”
“Takkan masak untuk suami sendiri tak boleh. Itu kan tanggungjawab seorang isteri.”
Ayuni mengeluh. Berpaling mengadap sinki. Paip air dibuka perlahan. Apa yang harus aku buat? Lari dari sini. Tapi ke mana? Lebih memeritkan lagi keadaan apabila dia diberi notis 24 jam berhenti kerja kerana hampir dua minggu gagal hadir bekerja. Tambahan pula dia hanya pekerja kontrak di situ, bila-bila masa saja boleh dibuang. Bukan dia sengaja, sudah diberitahu dia mengambil cuti tanpa gaji disebabkan masalah peribadi yang perlu diselesaikan. Ah! Mungkin itu hanya alasan memandangkan syarikat itu memang mempunyai masalah. Sebelum ini beberapa orang pekerja telah diberhentikan tanpa sebab.
Tatkala mengenangkan nasib diri, pasti kelopak mata akan bergenang. Emak juga menyisihnya. Ke mana lagi harus dia tuju? Tempat ini terlalu asing baginya. Tanpa dia sedari mutiara jernih menitis menyapa pipi. Cepat-cepat diseka. Dia tidak mahu Danial melihat kesedihannya.
Berselera Danial makan. Habis licin roti telur di dalam piring itu. Danial mengerling sekilas jam di tangan. Dia mengelap mulut dengan sehelai tisu dan menghabiskan teh yang masih berbaki di dalam cawan. Kunci kereta di atas meja dicapai lalu dimasukkan ke dalam kocek seluar.
Ayuni masih tegak berdiri di hadapan sinki.
“Ayuni.” Panggil Danial.
Ayuni tidak menyahut, dia seperti berada dalam dunianya sendiri. Sedari tadi dia menggosok punggung kuali dan membiarkan air mengalir perlahan dari paip sinki. Danial menapak menghampiri.
“Ayuni.”
Ayuni tersentak. Menyedari Danial berada di sebelahnya dia melarikan mukanya ke arah lain, tidak mahu Danial mengesan sesuatu di wajahnya.
Danial mengeluh berat. Dia bersandar santai di kabinet dapur. Perasaannya tersentuh tatkala melihat wajah keruh Ayuni.
Suasana hening seketika.
“Kenapa awak bawa saya ke sini?” Tanya Ayuni memecah kesepian antara mereka.
Danial menghela nafas. “Saya pun tak tahu kenapa saya bawa awak ke sini. Mungkin kerana sekarang awak sudah menjadi tanggungjawab saya.”
“Sudah saya katakan, awak tak perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku.”
Danial senyum hambar. “Awak nak saya buat seolah-olah tidak ada apa yang berlaku. Menganggap semua tu sebagai mimpi semata-mata.”
Ayuni diam.
“Pak Long banyak nasihatkan saya. Jangan menyalahkan diri sendiri. Redha dengan apa yang berlaku. Kita dihimpit oleh keadaan. Walaupun perit untuk kita terima tetapi hidup mesti diteruskan. Pak Long meminta saya berjanji untuk menjaga awak, belajar menerima awak sebagai isteri.”
“Jangan paksa diri awak untuk menunaikan janji jika awak tidak mampu untuk menggenggamnya.”
“Ayuni...jangan hanya kerana kenangan silam kita dulu, awak dan saya asyik nak bertingkah pendapat. Dulu kita masih mentah, tetapi sekarang kita dah dewasa dan matang dalam membuat keputusan. Mungkin ada cara lain selain dari kita asyik nak bergaduh. Biarlah keadaan tenang dulu. Selebihnya kita fikirkan kemudian.”
“Saya dah lambat.” Kata Danial sebaik mengerling sekilas ke arah jam tangannya. Mengatur langkah keluar dari ruang dapur itu. Ayuni membasuh tangan dan mengikut Danial di belakang.
“Kunci pintu dan tolong jangan bertindak bukan-bukan. Jangan menambahkan masalah saya lagi.” Danial terus melangkah tidak menoleh lagi.
Ayuni tertunduk kesal mendengar kata-kata itu. Tidak terniat untuk dia menyusahkan hidup sesiapa. Perlahan pintu ditutup rapat dan dikunci. Longlai langkahnya diatur ke ruang tamu. Matanya meneroka segenap ruang tamu yang tampak simple tetapi kemas dengan susunan perabot yang moden. Ayuni menghenyakkan punggung di sofa. Pandangan kosong dilemparkan di skrin televisyen LCD yang kelam di hadapan. Fikirannya melayang. Teringat emak dan adiknya di kampung. Ingin dia bertanya khabar tetapi mungkin sekarang bukan masa yang sesuai.
“Selamat pagi Danial.” Ucap Kak Erin merangkap setiausaha Danial sejak dua tahun lalu.
“Kalau dia call lagi akak bagi ajelah apa-apa alasan. Tak kuasa saya nak melayan.”
Berkerut dahi Danial. “Calon menantu? Pandai akak buat gosip pagi-pagi ni.”
“Hari tu...masa Danial cuti dia ada datang cari Danial kat office. Lama juga kami berbual. Mungkin dia cuba nak cungkil maklumat dari akak kot. Dia ada tanya Danial pergi mana? Kenapa Danial off handphone? Danial pergi bercuti kat mana? Macam-macam lagi lah. Sampai tak terlayan akak.” Panjang lebar kak Erin bercerita.
Danial hanya tersenyum. Malas mengambil tahu hal Maria. Ada perkara yang lebih penting dari itu. Otaknya pun tengah berserabut. Tidak mahu perihal Maria menyemakkan lagi fikirannya yang sudah sedia serabut.
“Nanti akak tolong bawa masuk fail Syarikat Mega Setia.” Kata Danial dan berlalu masuk ke dalam biliknya.
Melihat pandangan Danial tanpa dipinta segaris senyuman terukir di bibir. “Dah nak masuk lapan bulan.”
Danial diam seketika. “Nanti saya fikirkan.”




6 ulasan:
gee.. sukanya dpt bce ep ke 6 ni.. ntah knpe brdebar2 bca dri awl.. rsa mcm dpt rsa gelora di hati danial dn ayuni..
aduhh..de gak n3 bru cite ni..lme tnggu tu~..bez..p kalu bleh n3 lps ni kasi le cpt ckit..xsabo dah nk mnanti n3 strus nyer..hehe..bleh kn..
oh tidak,,,huhuhu...
cepat sambung,,nmpaknya si danial ni da jatuh syg..ngeh3
huhuhu..
caya lah
>anor.adilla : :) terima kasih anor sudi menjengah & lyan BAC...berdebar2 ye ;)
>pipvz devil : terima kasih :)citer ni agak slow upload n3...heee..idea pun kdg ada kdg x ade..
>Ana Johari : terima kasih sudi layan :)
>MaY_LiN : hehe...:)
hmm.. agaknya nnti ayuni akn gantikn tmpat kak erin smentara dia cuti bersalin ye..
Post a Comment