buat RENUNGAN kita bErsAmA

" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin "
Kata ustaz : "kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"
Kita semua ada kelebihan dan ada kekurangan… jangan sesekali kita pupuk didalam diri kita sifat suka mencari2 kekurangan dan keburukan orang lain. Renunglah diri sendiri… jangan mata kita hanya melihat KOYAK dikain orang lain sedangkan kita lupa kain dibadan kita yang mungkin TERKOYAK... Tutuplah Keaiban orang lain semoga ALLAH menutup keaiban diri kita.
Mengapa perlu mencari kesempurnaan jika diri juga tidak sempurna, Mengapa perlu mencari kejujuran jika diri juga tidak pernah jujur. Kita tidak perlu mencari seseorang insan yang sempurna untuk menjadi TEMAN, Cukuplah mempunyai seorang TEMAN yang menjadikan kita sempurna bila bersamanya.

Kata-kata ini saya ambil dari email yang saya dapat untuk renungan diri saya sendiri dan kita bersama.

kEpAdA yAng sUDi fOllOw & lAyANnnnn...aMaT gEE hArgAi

Monday, November 23, 2009

Kau ditakdirkan untukku 10

Min bernyanyi kecil mengikut alunan lagu dari corong radio sambil membakar roti untuk sarapan paginya bersama Anis.

"Anis.!Oooo..Anis.! Jerit Min dari dapur. Mana Anis ni.? Selalu dah masuk dapur time ni. Apasal hari ni lambat pulak. Roti bakar sudah tersusun di dalam piring. Air teh panas sudah tersedia di atas meja.

"Anis.! Kau dah siap ke belum.?" jerit Min lagi. Namun masih tiada sahutan. Mana minah ni, selalu dia yang awal daripada aku. Entah-entah tak sihat lagi tak. Langkah sudah diatur ke bilik Anis. Pintu diketuk beberapa kali tapi tiada suara menyahut. Pintu bilik perlahan dibuka. Kepala dijengul ke dalam bilik, terkejut Min bila melihat Anis masih berkubung dalam selimutnya. Serta merta dia menghampiri Anis.

"Anis.! Kau demam lagi ke ni.?" soal Min tangan sudah diletak ke dahi Anis.

"Ya Allah, makin panas badan kau ni. Jom aku hantar kau pergi klinik." Saran Min sambil duduk di birai katil.

"Tak payahlah Min sikit je ni. Nanti aku makan panadol hilang la." Lemah Anis bersuara. Badannya tidak la panas mana. Cuma seluruh tubuh badannya terasa lemah. Selepas solat subuh tadi, niat hanya ingin melelapkan mata sebentar tetapi tidak sangka terlajak hingga hari meninggi.

"Kau ni degil betul la, dari semalam aku dah cakap pergi klinik tapi tak nak dengar. Asyik nak telan panadol je kerjanya. Aku dah larang jangan pergi kerja, nak pergi jugak. Muka kau tu dah pucat benar aku tengok. Hari ni tak payah pergi kerja. Nanti aku bawa kau pergi klinik. Kau ni kalau pergi klinik memang banyak alasan. Macam budak-budak, nak pergi klinik pun kena paksa. Kau ni dari dulu sampai sekarang perangai tak berubah-rubah.." leter Min.

"Chopp!" pintas Anis. Kelima hujung jari bersatu ditunjuk di depan muka Min. Minah ni kalau berleter macam murai tercabut ekor. Anis sudah menyandarkan badannya di kepala katil.

"Kau ni nak main chop chop pulak pagi-pagi ni. Jom aku hantar kau pergi klinik." Ajak Min.

"Tak payahlah Min, aku boleh pergi sendiri. Kau ingat aku budak-budak lagi ke? Kau pergilah kerja nanti aku pergi la klinik. Kau jangan la risau. Sikit je demam aku ni." jelas Anis menyakinkan Min, walaupun kepalanya berdengut-dengut namun cuba ditahan.

"Kau ni degil la. Kalau jadi apa-apa dekat kau macam mana.? Aku tak payah pergi kerja lah. Aku teman kan kau kat rumah." cadang Min.

"Weyy...! Kau dah lupa perbentangan kertas kerja kau di Syarikat Synergy. Seminggu kau bertungkus lumus siapkan kertas kerja tu, hari ni kau nak sia-siakan macam tu. Dah.! Kau jangan nak risaukan aku. Pandai-pandai la aku nanti. Kau jangan ingat aku ni budak lagi tau." larang Anis.

"Tapi panas la badan kau Anis. Larat ke kau nak drive ni. Risau la aku biar kau pergi klinik sorang-sorang ni." ujar Min risau.

"Ala...makcik ni. Jangan risau la. Aku masih berdaya lagi kalau setakat nak pergi klinik. Kau pergi la kerja. Nanti terlewat pulak nanti." desak Anis. Lama Min terdiam memikir. Risau hatinya melihat muka Anis yang pucat dan tidak bermaya. Khuatir sekiranya terjadi apa-apa.

"Ok, aku pergi kerja tapi kalau ada apa-apa kau cepat-cepat telefon aku." Pesan Min.

"Yes, miss.!" gurau Anis.

"Aku dah sediakan sarapan, nanti aku bawa masuk dalam bilik." ujar Min sudah berdiri.

"Tak payah la Min, tahu la nanti aku ambik sendiri." tegah Anis.

"Betul ni.?" tanya Min inginkan kepastian.

"Betul la makcik. Nanti aku bangun la. Tapi aku nak cakap dengan kau sesuatu." tutur Anis mengamit Min supaya menghampirinya.

"Apa!" soal Min menghampiri Anis.

"Terima kasih, aku sayang kau, Min" tutur Anis sambil memeluk Min. Min membalas sambil mengusap belakang Anis. Terasa bahang panas badan Anis.

"Aku pun sayangkan kau Anis. Kita kawan dunia akhirat. Dah macam adik beradik kita Anis.Aku dan kau tak ada saudara mara, apa-apa jadi kita tanggung bersama." Perlahan Min bersuara. Membesar bersama di rumah Ar Raudhah merapatkan hubungan mereka. Gurau senda, suka duka dikongsi bersama sudah sekian lama.

"Dah lah, kau pergilah kerja dulu. Nanti lambat pulak." ujar Anis memecah suasana hening di antara mereka. Pelukan perlahan direnggangkan.

"Kalau ada apa-apa cepat call aku.!" pesan Min tegas.

"Makcik ni berapa kali nak pesan la. Ye la aku ingat." tutur Anis. Dia amat bersyukur kerana dipertemukan sahabat sebaik Min. Walaupun Min suka membebel namun dia tahu Min terlalu risaukan kesihatannya.

"Ok, aku pergi dulu. Ingat pesan aku." pesan Min lagi.

"E'ye, ingat.!" balas Anis menggeleng dengan gelagat Min. Min berlalu selepas memberi salam. Anis kembali baring, niat untuk melelapkan mata buat seketika menghilangkan rasa sengal-sengal badannya. Berharap sakit kepalanya berkurang yang berdenyut-denyut sakitnya sejak semalam.


********************************************************************************


Irama muzik telefon bimbit mengejutkannya dari lena. Kening berkerut seribu menahan sakit di kepala. Spontan tangan di bawa ke dahi memicit cuba keredakan kesakitan. Tangan mencapai telefon bimbit di meja kecil sebelah katil. Tanpa melihat nama pemanggil butang ditekan.

"Hello" perlahan Anis bersuara. Tangan masih memicit dahi.

"Hello, Anis. Awak tak sihat ke?" nada risau dari pemanggil mencelikkan sedikit matanya.

"Siapa ni?" soal Anis. Salam pun tak ada main terjah tanya. Suara macam biasa dengar tapi dimana ya.? Anis memandang skrin telefon. Agak tersentap bila nama Akmal yang tertera. Telefon kembali ditekap ketelinga.

"Sorry la bos, tak perasan tadi. Hari ni saya mc. Tak larat sangat nak pergi office. Ada apa-apa ke bos call saya.?" ujar Anis. Memang tak terdaya dirinya hari ini nak bekerja. Sengal-sengal sendi urat sarafnya membuatkannya tidak bermaya.

"Awak ingat saya telefon ni nak tanya pasal kerja saja ke.? Saya risaukan awak tahu tak. Semalam awak tak pergi klinik ke.?" soal Akmal kerisauan.

Erk.! Mana dia tahu aku tak pergi klinik. Nujum pak belalang ke bos aku ni. Tapi ikut suka aku la nak pergi ke tak.

"Saya demam biasa je la bos, bos jangan risau. Lepas berehat sihat la nih." ujar Anis menyakinkan Akmal.

"Awak ni degil jugak ye. Awak siap sekarang saya bawa awak pergi klinik." tegas Akmal.

"Eh.! Tak payah bos, saya boleh pergi sendiri. Masih terdaya lagi kalau setakat nak pergi klinik tu." Menolak perlawaan Akmal. Apa la bos aku melalut pagi-pagi ni. Hilang akal ke apa nak hantar aku pergi klinik. Takkan la semua staff kat office tu kalau sakit dia nak hantar pergi klinik jugak. Melampau la tu.

"Saya dah ada kat depan rumah awak ni. Nak bawa awak pergi klinik." Kata Akmal tegas. Terkejut Anis dengan kata-kata Akmal. Terbeliak matanya, sepantas kilat Anis bangun dari pembaringannya.

"Aduhh..." berkerut dahinya menahan sakit. Spontan tangan memegang kepala yang semakin terasa sakit apabila dia bangun secara mengejut.

"Awak tak apa-apa ke Anis.? soal Akmal risau bila mendengar Anis mengaduh.

"Apa bos ni main terjah rumah orang pagi-pagi ni.!" nada tidak puas hati dengan tindakan Akmal yang agak keterlaluan dirasakan. Perlahan Anis bangun menuju ke tingkap biliknya kain langsir diselak sedikit. Kelihatan kereta BMW hitam metallic terletak elok di hadapan pintu pagar rumahnya. Anis kembali duduk di birai katilnya. Tidak menduga Akmal akan bertindak begini. Gelabah dirinya dengan tindakan Akmal.

"Saya tak kira, saya tunggu sampai awak keluar." tutur Akmal tegas.

"Ya Allah bos, saya boleh pergi sendiri. Daripada bos buang masa kat depan rumah saya ni, lebih baik bos balik office. Banyak kerja bos boleh buat." Kepala yang sudah sedia sakit makin sakit jadinya dengan perangai Akmal. Kusut dia memikirkannya.

"Boleh tak kali ini awak jangan degil Anis." Pinta Akmal memujuk.

"Terima kasih banyak-banyak kerana ambil berat tentang saya. Tapi saya masih berdaya nak pergi klinik sendiri." Walaupun tidak senang dengan tindakan Akmal, tapi dia perlu menghargai sikap ambil berat majikannya.

"Baik.! Kalau awak boleh degil, saya pun boleh degil. Saya akan tunggu di sini sampai awak keluar." terus dimatikan talian. Terkedu Anis dengan tindakan Akmal. Termangu dia seketika. Tangan menyisir rambut yang terjuntai ke belakang. Memicit kepala yang serabut memikir tindakan yang patut diambilnya.

Pergi tak pergi. Pergi tak pergi. Pergi tak pergi. Adehhh..pening kepala aku. Kenapa dia layan aku macam ni. Dia ada hati dengan aku ke.? Ish, sempat lagi perasan aku ni. Sedar sikit Anis. Enggan manakan padan dengan pipit.

Perlahan Anis bangun, langsir tingkap diselak. Akmal masih setia menanti di dalam kereta. Perlahan dia menarik tuala dipenyidai kayu berhampiran tingkap untuk membersihkan diri. Biarlah dia mengalah, rasa hormatnya pada majikan mesti dijaga. Tidak betah lagi dia untuk bertelingkah dengan keadaannya yang tidak bermaya.

Hanya bersiap serba ringkas, setelah berpuas hati dengan penampilan diri. Anis menyarungkan 'sweater' lalu melangkah keluar. Pintu rumah dibuka. Memandang seketika ke arah kereta Akmal. Kelihatan Akmal melangkah keluar daripada perut keretanya. Setelah memastikan pintu rumah dikunci. Anis melangkah perlahan ke pintu pagar. Tidak keruan jadinya bila Akmal asyik memandangnya. Degupan jantung sejak tadi berdegup kencang membuatkan dia gementar. Setelah mengunci pintu pagar Anis berpaling mengadap Akmal. Salam diberi tidak tahu reaksi apa yang patut diberikan, malu jadinya bila diri diperhatikan.

Salam dijawab perlahan. Pucat lesi wajah Anis dipandangnya tanpa jemu. Tangan membuka pintu kereta sebelah penumpang. Hanya isyarat mata diberikan mempelawa Anis masuk ke dalam kereta. Perlahan Anis bergerak meloloskan diri ke dalam kereta.

Tanpa disedari ada sepasang mata memandang mereka dari jauh. Mata yang membara api cemburu.Hatinya sudah padat dengan rasa cemburu. Dia harus mengatur rancangan untuk merebut cintanya. Kereta Akmal diekori jauh dari belakang tidak mahu Akmal menyedarinya.

********************************************************************************

Setelah selesai mendaftar, mereka mencari tempat untuk duduk. Anis jadi rimas dengan Akmal yang asyik mengekorinya.

Dah macam bodyguard bos aku ni. Sampai nak daftar pun nak terpacak jugak sebelah aku. Dia ingat aku ni bini dia ke.?

"Yang bos asyik ikut saya ni kenapa.?" soal Anis rimas.

"Saya takut awak pengsan nanti. Pucat sangat muka awak tu.?" jawab Akmal. Sungguh dia risau dengan keadaan Anis. Pucat sungguh wajahnya, lemah tidak bermaya pergerakkannya.

Anis sudah melabuhkan punggungnya di kerusi yang berdekatan. Memang dia tidak berdaya lagi untuk berjalan walau selangkah. Tetapi memandangkan Akmal yang berada disisinya digagahkan juga. Mungkin kerana perutnya belum diisi membuatkan badannya semakin lemah. Teringat sarapan yang disediakan Min belum bersentuh.

"Awak dah makan ke belum.? soal Akmal tiba-tiba bila melihat Anis menyepi. Anis memandang, hanya menggeleng perlahan.

"Belum makan.!! Patut la pucat sangat muka awak.Kenapa biarkan perut kosong. Dah la badan tak sihat lagi lemah la jadinya. Kalau dah tahu badan tu tak berapa sihat, masih degil tak nak pergi klinik. Kenapa nak biarkan melarat macam ni." leter Akmal. Anis melirikkan matanya kearah Akmal.

Mamat ni nak berleter pulak kat aku.Mentang-mentang aku tak larat nak membidas bukan main bermaharajalela dia bersyarah kat aku.Ikut suka aku la, badan aku, tak payah la nak berleter segalanya. Bukan aku tak nak makan dah terlajak tidur, lagipun tekak ni memang tak ada selera nak makan.

"Awak tunggu sini, saya nak keluar sekejap." Akmal berlalu keluar. Sambil berpeluk tubuh menunggu nombor gilirannya dipanggil, matanya ralit melayan keletah anak-anak kecil yang seronok bermain disudut tempat mainan yang disediakan pihak klinik.

"Nah," Tiba-tiba sebungkus plastik dihulurkan didepannya.

"Ya Allah, bos ni buat terkejut orang je la." Bentak Anis sambil mengurut dadanya.

"Awak tu asyik mengelamun, saya dah terpacak lama kat sini pun awak tak sedar." ujar Akmal sambil melabuhkan punggungnya dikerusi bersebelahan Anis.

"Nah ambil ni." Akmal menghulurkan bungkusan tadi kepada Anis.

"Apa tu?" soal Anis. Hanya memandang bungkusan yang dihulurkan. Bukannya dia tak nampak tapi saja-saja buat tanya.

"Takkan tak nampak kut. Ni roti, ni air kotak." ujar Akmal sambil menunjukkan satu-satu bungkusan ditangannya.

E'eleh macam la aku tak tau. Walaupun aku ni tengah sakit kepala tahap 'gaban' pun tapi belum sampai tak tahu benda apa tu. Yang aku ni pun satu, dah tahu lagi mau tanya.

"Nak buat apa?" soal Anis bersahaja.

"Nak buat apa lagi. Makan la." Jawab Akmal. Minah ni macam bengong je aku tengok. Dah teruk sangat ni demam dia.

"Untuk saya?" soal Anis. Jari telunjuk dihala kemuka.

"Ye la, untuk awak la, siapa lagi." Bungkusan masih ditala didepan Anis.

Welawehh... Bos beli breakfast untuk aku.Tak tau la macam mana rasa sekarang ni. Terkedu. Terharu. Semua ada lah.

"Cepat la ambik, dah lenguh tangan saya ni." ujar Akmal.Perlahan tangan Anis menyambut huluran bungkusan itu. Masih merenung bungkusan makanan yang kini diatas ribanya. Dua bungkus roti gardenia dan sekotak air milo.

"Makan la apa lagi yang ditenung makanan tu. Makan dulu roti tu nanti kalau awak nak makanan lain nanti kita boleh singgah beli." ujar Akmal bila melihat Anis hanya berdiam diri merenung bungkusan yang dibelinya tadi. Dia pun tak tahu nak beli apa. Sudah puas dibelek beraneka roti dirak kedai runcit yang berhampiran klinik, akhirnya roti jagung gardenia yang dicapainya dan sekotak air milo. Cukup la untuk mengalas perut yang kosong.

Huh! Malu pulak aku nak makan. Macam budak-budak pun ada. Aisehhh..apa dah kena dengan kau ni Anis.

"Atau pun, awak nak saya suapkan." selamba Akmal berkata. Cemberut muka Anis bila mendengar kata-kata Akmal. Muka dah mula 'blushing'. Segera tangan membuka bungkusan roti. Akmal sudah tersenyum dengan gelagat Anis.

Mengada-ngada pulak bos aku ni. Menyampah, aku bukan apa, tak habis lagi rasa terkejut.Jari mencubit sedikit roti dan dimasukkan ke mulut. Walaupun tekaknya terasa payau tapi digagahkan untuk menelannya bagi mengisi perutnya yang kosong.
Akmal memandang senang bila melihat Anis mula makan. Sekurang-kurangnya dia akan mendapat sedikit tenaga. Akmal mengeluarkan PDA dari sarung yang terselit di pinggangnya. Tumpuan diberikan kepada PDA ditangan.

"Nak!" Tiba-tiba sebungkus roti dihulurkan didepan Akmal. Tersentak Akmal. Minah ni nak balas dendam kat aku ke ni.

"Awak ni terperanjat saya." tutur Akmal. Berpaling memandang Anis yang masih menghulurkan roti kepadanya.

"Opps! Sori. Bos nak makan?" soal Anis masih menghulurkan roti yang masih belum dibuka.

"Ni makanan budak-budak, saya tak makan." selamba Akmal bersuara.

Erk! Habis tu aku ni budak-budak la. Dia juga yang beli roti ni. Kata makanan budak-budak pulak. Memang aku nak cakap jugak tadi tapi mengenangkan dia susah payah pergi beli aku diamkan je la.

"Roti ni untuk budak-budak je ke? Tak ada pun saya nampak label for kids only." selamba Anis berkata sambil membelek bungkusan roti ditangannya.

Terkedu Akmal. Niat hanya ingin mengusik tapi diri sendiri yang terkena.Dalam tak sihat pun sempat lagi tu. Akhirnya bibirnya mengukir senyum. Bahagia hatinya bila disamping Anis. Adakah dia rasa apa yang aku rasa.? Walau sehari tidak melihat wajahnya rasa rindu sudah bertandang dihati ini.

6 ulasan:

keSENGALan teserlah.. said...

whoaaaaaa..
comey je..
hehe..
ske2..
isk2..
nieh mesty minah gedik yg ekot akmal nieh..
huhu..smbung2..

~lawrian_inSan BiAsa+peNconTeNg tEgaR~ said...

ho.h.oo..ho...

lone spread all over the air!~

misz nana said...

=)

zarith said...

ops.. kn dah trkena blek akmal...
makn sweet ar diorg ni akak...
smbung lg.. best2...

nurulislam said...

salam...
wah...wahh...wah...
mkin mekarlah rasa syg masing2 2...
alah ble nak luahkan nie
akak...
hurry up...
sdp nie...
nyum3...
huhuhuhu....

liana akil said...

ish3... ehem3... uihhhhh..... dah tak tau nak kate ape dah ni... sooooo sweeeeeeeetttt....

Post a Comment